Skip to main content

BUKAN TAK SUKA TAPI....

Assalamuaalikum...

Selamat pagi semua...

Aku akui yang aku ni bukan la orang yang mesra sangat..
sebanarnya aku tak pandai nak memulakan perbualan.
kalau korang tengok facebook aku ni,
susah sangt aku nak on chat tu..heheh..


aku macam risau je kalau ada orang tiba2 ajak berbual..
sebab aku bukan jenis pandai berbual punye orang,..
lepas tu bila ada yang ajak berbual
aku jadi risau kalau2 orang tu tak suka dan anggap
aku ni "tanya banyak sangt" ke,atau "dia ni bila nak kata bye"..hehehe..



kat group2 yang aku join pun
bukan aku bersembang2 dengan ahli group tu..
aku lebih suka baca status dan komen2 orang.
setuju ke tak setuju ke aku komen dalam hati je..
tak pun buat entry kat blog..

Aku bukan sombong cuma
takut bila kita komen status orang,orang tu tak suka.
sama jugak kalau aku punye status ada orang komen..
aku tak gemar sangt untuk komen balas sebab takut
nanti menyusahkan pulak orang
untuk berbalas2komen sampai meleret2.

harap maklum ye kawan2..
aku tegaskan kat sini bukan aku tak suka komen2..
bukan tak suka bertegur sapa..
cuma aku takut,..

kadang2 kalau aku ada pendapat sendiri
dan rasa nak komen jugak status kawan2 aku
akan hantar mesej je kat inbox dia.
sebab risau nanti ada yang baca komen aku
dan dia kata aku kerek je..atau macam bagus je..heheh

tapi kalau dah biasa dengan aku,aku ok je sebenarnya..
aku orang yang normal..tak pelik sangt..ekekek
tak caya tanya fariq jalil..taya Rara..
kan??kan adik2 ku sayang???hehehe

sekian..


Comments

  1. entah la.. hehehe

    sy suka komen status org yg nampak mcm komplen n emosi ni.. saja nak kacau.. tp syukur la tak penah menimbulkan provokasi,.. kekeke

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak on chat...atas alasan mcm diana la.

    Komen pun pilih2, dgn kwn yg mmg rasa rapat je. Tu pun jarang komen.

    ReplyDelete
  3. akak pun tak pernah 'on' chat kat fb hehe..tak tau nak sembang apa..lbh2 lagi kalau tak kenal.

    ReplyDelete
  4. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri..don't feel down ya..

    ReplyDelete
  5. izan pun jaraaaang skali on chat fb tu. hmm... komen n like pada kawan2 yg suka komen n like kita je. boleh gitu kan?

    ReplyDelete
  6. Satu spesis dgn JR lah tu, sebab tu FB JR dah lama berabuk, sebab takut nak buka. Bila buka adalah keuar: "salam...", bila tak jawab salam berdosa, bila jawab panjang cerita (kena pula isteri dok jeling2 macam nampak ada niat nak buka cawangan baru). Langkah selamat tak on langsung FB biar ia berabuk dan satu hari nanti tertimbus dalam habuk....

    ReplyDelete
  7. hee, same goes to me laa akak..kalo bukak fb xsuka on chat, tapi kalau ada org komen tu, ada jgk yg balas la.tp sye mmg xske on chat..hee..btw suka cara akak.. :)

    ReplyDelete
  8. ema pula on chat...tp bila ada yag chat..baru balas...pun ada yang tak balas juga..bila orang chat tu tak tak kenal..specially lelaki ler

    ReplyDelete
  9. haha....ada orang arab dok ajak saya sembang kat fb...at first layan la, lepas tu terus off chat...takut....haha

    ReplyDelete
  10. Sy suka ramah ramah. Tp kalau org tu mcm tak tegur, sy susah sikit nak tegur. Tp kalau org tu terlampau ramah sy pulak yang garu kepala. Kadang kadang taktau nak layan mcm mana. Btw kalau saya rasa nak comment dan beramah mesra sy cuma letak smiley ja kat status dia. hewhew.

    Selamat BErbelog :)

    ReplyDelete
  11. munna pun mcm tu... bila org ajak berbual mulahlah rasa segan..... tapi bila mengomen laju je menaip....

    ReplyDelete
  12. aah ko x mesra ngan ieda .. D ! ..
    ekekek ( acah aje .. )

    ReplyDelete
  13. haah, akak lebih ske like2..tp ade kawan2 yg kata akk sombong...padehal mmg tk ske meleret2 dlm fb..misalnya bulu hidung jatuh pn nak tulis kat status..haih

    ReplyDelete
  14. BUI X PERNAH PUN ON CHAT KAT FB TU..HEHE

    ReplyDelete
  15. kikiki BETULLLL SANGAT! so jgn lah risau and takut ngan akk sayang saye ni.dye ok taw! x sombong pon sbnrnya!

    ReplyDelete
  16. yup..lebih kurang saya..cuma sy akan lagi tatau nak berbual bila virtual..kalau online takde laa malu sangat..fariq kata ngan saya akak nie pelik..macam karekter star wars...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. samal ngn nad.tapi nad akn cube berbual tuk ckp biasa2 je..

    ReplyDelete
  18. deno on je... hihik^^

    p/s: hadiah akak deno pos ahad ini :)

    ReplyDelete
  19. samalah peel akak ngan remy kat fb tu.....

    ReplyDelete
  20. akak baik hati..minta tlg like ritu...heheee :D

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …