Skip to main content

MAISARA::murid-murid

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
dah hari jumaat..cepat je masa berlalu...
minggu depan dah masuk minggu ke dua anak2 bersekolah.

Maisara pun kemain seronok betul sekolah.
Maisara masih tadika yang sama.
jadi agak kerek la dia kat depan kawan2 yang baru masuk
tadika tahun ni..
balik rumah ada je  yang dia komplain
pasal kawan2 yang baru masuk tadika tu..
orang tu tak pandai baca la..
orang ni menangis masa nak makan la..
Sembang macam la dia tu bagus sempurna semua nya..

Bukan kawan2 je yang dia komplain.
dengan cikgu2 sekali dia komplain..

Maisara: agak pelik perangai cikgu maisara sekarang ni..

Ibu: awat nya..apa pasai pelik pulak??

Maisara: dia dah tak panggil kami semua "murid-murid" lagi..

Ibu: habis tu dia panggil apa?

Maisara: dia panggil "anak-anak" pulak..

Ibu: bagus la macam tu.maknanya dia anggap murid2 macam anak2 dia la...

Maisara: bukan la..dia nak berlatih saja..sebab dia tengah mengandung.nanti dah melahirkan
anak mesti dia panggi kami "murid2" semula

Pulak dah..takkan la cikgu tu belatih sebut anak2
semata2 sebab dia mengandung..
pandai2 je maisara nih..


sekian..

Comments

  1. alahai..comellnyer maisara ni..bijak berceloteh..peluk cium dia utk cheqkaq yer!

    ReplyDelete
  2. ekek maisara .. maisara ..
    sabor ajelahh ;)

    ReplyDelete
  3. hhaaa.. dkna lak gelak.. aduiiii.. anak-anak oooo anak-anak.. lama tu nak tunggu cikgu bersalin :)

    ReplyDelete
  4. haha aduhai maisara maisara, mcm2 ragam, dok gelak je baca blog akak nih.

    ReplyDelete
  5. hahaha..pandainya maisara nie..takpe2...nanti dah bersalin suh cikgu tu tu beranak lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Haha...rindu dgn maisara. lama dah tak baca cerita pasal dia.

    ReplyDelete
  7. hahahahaha! menyengih sy baca kisah maisara ni. comel betul!

    ReplyDelete
  8. tergelak baca entry ni..pintarnya dia//

    ReplyDelete
  9. hahaha..memang kelolah sungguh anak diana ni...imagine je muka dia cane masa dengar cikgu tu panggil anak2.. :)

    ReplyDelete
  10. hadoii... maisara maisara... kelakar bertul maisara ni.. kalau deno jumpa maisara agak-agak macam mana dia cakap deno ni.. dah la deno keci.. hihi

    ReplyDelete
  11. sengih sorang munna baca entry ni.... alahai maisara ni....

    ReplyDelete
  12. hehehe comel je maisarah... cerdik sungguh! XD

    ReplyDelete
  13. hihi..pndainye maisara...bijak..bijak :)

    ReplyDelete
  14. hihihi, Maisara kelakar tau!

    ReplyDelete
  15. haha.. mcm adik sy yg baru 5 tahun ni baru masuk pra.. dah balik umah dia suruh anta balik pi sana. siap suruh kita tepon kwn2 dia lg kat umah.. err

    ReplyDelete
  16. amboi maisarah pandai buat spekulasi sendiri tu.. ni kalau jd wartawan esok, artis takut nak kena interview dgn dia ni.. hahahaha

    ReplyDelete
  17. perrghh...
    practice macamtu sekali..lawok bebeno jwapan maisara..hah

    ReplyDelete
  18. hehehe. spekulasi ape lah maisara tu buat?

    ReplyDelete
  19. maisara lagi bijak dari cikgu nie....he3

    ReplyDelete
  20. hehehe..pandai betul maisarah ni bercakap..rs ikut kepetahan akak ni..nanti blh buat blog gak 1..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …