Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

WANITA TERTARIK DENGAN LELAKI YANG TANGAN NYA BESAR DAN KUAT

Assalamualaikum...
selamat malam..
Korang pernah tengok tak lelaki yang tangan dia halus je.. kalau tengok dekat2 macam ada tulang saja.. isi dia hilang..heheh...



Biasanya lelaki kan tangan nya mesti lah nampak kuat kan.. walaupun tak gemuk tapi tangan nya tu kalau kena penampar memang tenggelam kat dinding..
Dulu aku ada baca kat satu laman web ni.. katanya perempuan mudah tertarik dengan  tangan lelaki yang besar dan kelihatan kuat..
maknanya besar dan bila tekan pun tak la macam tekan tulang je..heheh..

Ketika berhubungan intim libido wanita akan meningkat  jika memegang tangan lelaki yang besar dan kuat. tangan yang berisi dan kuat kelihatan seksi di mata wanita.
ok..lepas ni lelaki2 sila siram tangan hari2. bagi cepat besar... ekekek... ingt tangan macam pokok nyoq ka boleh siram2.. muahahhah...
sekian..

JADUAL PERLAWANAN BOLASEPAK LIGA FA 2013

BERIKUT ADALAH JADUAL PERLAWANAN BOLASEPAK LIGA FA 2013 BAGI TARIKH 26/2/2013 DAN 5/3/2013.

SUMBER:bm

sekian...

BLACKBERRY LANCAR KAN Z10

Assalamualaikum...

sekali tengok cam iphone 5 pun ada..kan???










Mulai esok Blackberry z10 akan
mula dipasarkan di seluruh Uk dan
bulan depan baru berada dipasaran AS..

malaysia??
lambat lagi la kot,..

sekian..

HUBUNGAN UNIK SUAMI ISTERI

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
korang rasa hubungan korang dengan pasangan unik tak??



eleh ..ngaku je la memang korang rasa unik..
padahal sama je hubungaan  korang dengan
hubungan Encik Ali dan isterinya..
tak de mana unik nya aih...

Kalau suami korang jenis suka tidur sambil
peluk kaki korang,ada ramai lagi suami2 kat luar sana yang macam tu..
kalau isteri korang jenis marah suka tunjuk penumbuk ,
ada ramai isteri yang macam tu..

jadi tak de unik tang mana pun..

selalu kalau tengok kat tv tu
wartawan interbiu artis yang baru kawen...

"apa menariknya si Abu ni sampai cik Nab sudi berkahwin dengan Abu"

Cik Nab:Bang Bu ni unik orangnya.dia lain dari lelaki2 lain.memahami kerjaya saya..dia baik,sopan santun,hidung mancung,bulu dada sejemput..

eleh!!unik tang mana tu??berapa ramai lelaki yang jenis memahami kat dunia ni..
dia ingt laki dia sorang la suka buat perangai unik dia tu...

Tapi tau tak kalau korang rasa hubungan korang tu sesuatu yang unik
itu lah yang buat…

TAYANG LEMAK DENGAN PEPLUM..

Assalamualaikum...
Sekarang musim peplum... korang tau ke peplum tu apa??tak kan la tak tau.. kan??kita kan perempuan ..ekekek..


Kat facebook punye ramaila yang jual peplum.. sampai aku naik cemuih la.. semua pakat nak beli.. siap suruh tag lagi..
"nanti ada pesyen baru tag akak lagi ye.."
tag je la..beli idak jugak..heheheh
ni seteret tu de poin je la ye.. yang gemuk jangan la pakai peplum. aku tau ada peplum yang untuk badan saiz besar.. tapi tak elok pun walaupun tu saiz korang..


Peplum ni sesuai untuk orang yang  pinggang nya kecik..langsing macam kerengga.. yang pinggang besar tak mungkin la punggung dia kecik kan?? mesti punggung pun besar.ke ada orang yang pinggang  besar punggung kecik??aneh pulak kalau dibayangkan...errr..seram!
peplum tu pulak singkat,tak rasa ke punggung korang terdedah. tapi tak tahu la pulak kalau  korang pakai peplum dengan  ada alas baju lain yang lebih labuh.. tu mungkin pesyen baru la..kan??
ada peplum yang labuh tutup punggung.. tapi pelik …

TIPS UNTUK BIASAKAN DIRI MINUM AIR PUTIH

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua...
suka minum air masak tak???
aku percaya ramai yang tak daripada ya..
heheh...



aku ada tips nak bagi korang suka minum air masak atau pun air putih..
punca sebenar kita tak suka minum air putih ialah
rasanya tak sedap..
yang kedua sebab malas nak kedapur ambik
cawan,tuang air dan minum..
lain la kalau kat dapur tu ada cendol satu jag..kan??
memang dok ulang kedapur sepuluh kali la..hahahha..

satu cara nak bagi korang suka minum air putih
ialah perahkan limau nipis atau limau kasturi kat dalam
air putih yang korang nak minum tu..

kalau dah malas sangt potong siap2 limau tu
banyak2 dan bubuh dalam peti sejuk.
bila nak minum air putih buka je peti sejuk ,perah..

cara kedua nak bagi kerap minum air putih ialah
pergi mana2 bawak bekal air masak.
walaupun nak pergi duduk depan tv..
nak beronline kat dalam bilik,bawak air putih satu bekas.
isi la dalam botol sampai penuh...
tiap kali terpandang air putihtu,ambik dan minum.
biasakan..

cara ketiga,tetapka…

INI YANG KE 3015

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
Nak masuk hampir 3 tahun dah aku berblog dan ini entry
yang ke 3015...
entah apa la yang aku merepek sampai 3000 entry tu..
korang pun hadap je la akan
kemerepekan aku tu..



semalam aku update 7 entry..
sebenarnya itu la aku...
dah lama sangt tak berblog macam dulu
semalam lepas geram la..
aku memang suka tengok entry aku keluar setiap 3,4 jam..
rasa syok sangt walaupun satu entry cuma ada 5,6 komen
tapi bagi aku page view pun penting..

aku memang ada banyak benda nak tulis
cuma keadaan dan masa tu je yang tak mengizinkan.
hari ni aku akan cuba tulis macam semalam..
ada banyak tips dan cerita nak di kongsi.

InsyaAllah....

sekian...

PELIK..DAH MATI PUN NAK BERGAMBAR.

Assalamualaikum...

Selamat malam...
suka bergambar??
suka ambil gambar???
kalau dah kaki bergambar sampai mati tetap nak bergambar..hehehe
ini ha..yang aku nak citer ni pasal bergambar..

selalaunya orang bergambar bila kawen,
atau hari2 yang bersejarah la bagi kita kan??
tapi abad ke 19 dulu orang mati pun depa ambik gambar..
bukan gambar orang mati eksiden ke hape..
ni gambar oorang mati yang dipakaikan baju cantik2
lepas tu diletak kan macam posisi orang masih hidup..
lepas tu ambik gambar .untuk kenang-kenangan sebelum pengkebumian mereka..

ha..jom tengok hgambar2 pelik nih..








kalau tengok gambar2 ni ..
yang meninggal tu budak kecik memang rasa sedih la jugak..
walaupun orang yang bergambar bersama mayat tu
nampak macam kelakar...

sekian...


JENNY MOHON MAAF KERANA MENIDURI WAYNE ROONEY

Assalamualaikum...





Gadis pengiring yang satu masa dahulu pernah dikaitkan dengan Wayne Rooney hari ini menyatakan permohonan maaf kepada Coolen,isteri Rooney kerana menghancurkan hatinya.Jenny Thompson yang kini telah bergelar seorang ibu berkata "saya rasa sanagt bersalah dengan apa yang telah saya lakukan"



"Walaupaun apa yang saya lakukan dulu adalah atas dasar kerja tapi saya perlu bertanggungjawab kerana merosak kan sebuah keluarga"

Jenny juga mengalami tekanan apabila dilemparkan dengan kata2 kesat oleh masyarakat kesan dari tindakan nya .dia juga hampir2 membunuh diri akibat mengalami tekanan yang melampau.

"apa bila orang ramai mula memperkatakan sesuatu yang buruk tentang kita,semakin lama kita akan merasa apa yang diperkatakan itu adalah betul.saya mula membenci penampilan diri saya yang  mempunyai banyak tatoo di tubuh dan menyuntik botox.keadaan diri saya yang tidak masuk akal memaksa saya ntuk berubah tapi saya tidak tahu bagaimana."

Septembe…

NASIHAT UNTUK LELAKI SEPERTI TAPAI

Assalamualaikum...

Mula2 sekali korang kena tengok entry katblog ni...




Nasihat untuk tapai..
perempuan macam ni jangan la nak buat skandel ke,
perempuan simpanan ke
apalagi nak buat bini..

Bahayaa sangat2..
pertama dia akan selamanya ikat tangan lelaki
sampai tak boleh nak buat apa pun..
nak melangkah jenguk tingkap pun dia bising.

kalau nak ada hubungan dengan dia untuk main2 saja pun tak payah la.
nanti kalau kamu nak kawen dengan pompuan lain
tengok la tindakan giler dia.
silap2 pasangan kamu pun dia ganggu.
boleh menjejaskan hubungan kamu dan pasangan je..

Lumrah la lelaki memang suka kacau2 perempuan.
tapi perempuan macam ni,
mudah sangt terlentok dengan ayat manis lelaki.
memang perempuan mudah tergoda tapi perempuan ni
SANGAT2 MUDAH TERGODA.
Memang lain macam dia punye tergoda tu..
kalau kat kampung orang kata gatai merenyam..hehehe

Angkat kaki cepat2,jauh kan diri dari perempuan macam ni.
dia belum matang.walaupun umur dah 26.
tak kan nak tunggu dia umur 40 baru nak matang..ka…

5 ORANG YANG WAJIB IBU BAPA KENAL DISEKOLAH ANAK-ANAK

Assalamualaikum...


Nak cerita pasal sekolah anak ni..
tau tak selain pelajaran anak2
kita kena ambik tau pasal orang2 disekeliling anak2 kita
kat sekolah dia tu,..




tak banyak.sikit kita kena kenal mereka ni.
nak tau sapa??

1)kawan baik dia kat sekolah..
sebab kawan baik ni la yang
kita akan cari bila sesuatu berlaku pada ank kita.

2)pengetua sekolah..
sebabnya dia lah orang tengah antara kita dengan guru kelas
kepada anak kita

3)guru kelas anak kita
sebab dari guru kelas ni la
kita boleh tau bgaimana pencapaian anak kita kat sekolah.

4)pemandu
yang ni sebenarnya penting
demi keselamatan anak kita

5)cer korang lak isi..
aku tak boleh pikir dah..heheheheh


sekian...

BUKTI ORANG MALAYSIA NI BUKAN NYA KAYA PUN..

Assalamualaikum...

Selamat Petang semua..
korang rasa kan..
kalau korang kaya,korang bahagia tak??

oo...jadi sekarang ni tak bahagia la ye???heheh
kalau la kebahagian tu boleh diukur dengan wang ringgit
nampak gayanya ramai la rakyat malaysia yang tak bahagia..hahah..

Susah betoi nak cari duit sekarang ni..
susah sebab kena guna kederat (orang utara kata)
kalau tak guna kederat,baring golek2 depan tv
dah dapat duit itu baru bahagia..
tapi bila banyak sangt bergolek depan tv ja,tetiba
ada penyakit jantung,bahagia ka???

Orang Malaysia ni bukan ramai pun yang kaya raya..
berapa juta ye penduduk Malaysia sekarang ni??
jap nak google..ha!lebih kurang 27 juta
bukti Orang Malaysia tak ramai yang kaya..
dalam 27 juta tu kenapa selalu orang tulis kat majalah atau suratkabo
"50 orang paling kaya di Malaysia"
atau pun "200 orang paling kaya di Malaysia"

Kalau Kat Malaysia ni ramai sangt yang kaya
mesti la tajuk suratkabo tu "12  juta orang paling kaya di malaysia"
a…

WALKER:TAK RETI GUNA MEMANG LA BAHAYA

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
semalam suami aku ada cakap nanti
Mikhail dah 6,7 bulan dia nak belikan walker.
Aku ada dengar orang kata guna walker ni tak bagus..
katanya nanti anak lambat jalan..

Sebenarnya ada caranya bagi anak guna walker ni.
pengalaman aku besarkan maisara dulu..
umur 6 bulan kami bagi pakai walker..
tak de pulak dia lambat jalan..
bukan saja cepat berjalan,
terjatuh,tercedera,langsung tak pernah..
sebab kami tahu caranya...
yang tak tahu guna tu la rasa walker ni tak membantu..
jangan marah ye aku cakap gini..

Maisara start berjalan terus masa belum cukup setahun.
Aku ingat lagi sebab kami ada simpan video dia berjalan dari dapur ke ruang tamu..
seronok tengok video tu..
Bila pi klinik dia berjalan tak berenti2..
habis sampai ke pantry nurse tu dia pergi..
ambik cawan la ambik sudu la..haha..

Kat rumah memang kami letak dia dalam walker..
tapi tak la 24 jam...letak dia kejap2 je..
bagi kami walker tu macam alat mainan dia je..
aku tak letak dia dalam …

BUNYI APA DOK TENG.TENG..TENG..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
 semalam tengah dok online tetiba dengaq bunyi
"teng..teng..teng..."
kuat sangt..

aku cari tang mana la mai bunyi pelik ni..
dok belak jugak kot tu kot ni..
dalam hati "laptop aku nak meletup ka.."

nampak sangt jakun nya..

la...rupa2nya nya
tu bunyi iklan kat blog...

ada blog yang pasang iklan apa benda entah..
tekejut ceq..
awat ampa buat lagu tu..
mujuq ceq tak kopak laptop ni

tak caya cer ampa tunggu sat2 lagi..
mesti bunyi tu ada..

sat aku sat ceq...macam tak betoi ja.!

sekian...

ENTRY KEGEMARAN SAYA IALAH TENTANG...

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...

korang suka entry tentang apa ye??
*gosip artis
*politik
*sukan
*tempat percutian
*gadjet
*filem dan hiburan
*islamik
*aktiviti harian penulis

apa lagi?cer share kat sini..
susah jugak kalau kita tulis apa yang kita suka
tapi pembaca tak suka..kan??

jadi cer bagitau..
cemana yang korang nak??

sekian..

WANITA MATA DUITAN

Assalamualaikum...



Selamat pagi semua...
wanita mata duitan..ada tak wanita yang tak suka duit???
ok..kalau ada sila pergi tampar nyamuk kat hujung sana ye..
heheh..

Wanita mana la yang tak suka duit kan??
jangan kan wanita,lelaki pun suka duit jugak..
tapi bila wanita kata suka ada banyak duit ,mula la dia
kata wanita tu mata duitan ..
padahal lelaki tu  pun suka duitt jugak..heheh

Bila wanita bersikap mata duitan,
ada ada dua benda kat sini yang boleh terjadi..
pertama,dia mengambil kesempatan
dan yang kedua,orang ambil kesempatan keatas dia.

Yang pertama tu..
biasala mata duitan ni..kikis je kerja nye..
kikis sampai laki tu kering habis..tinggal tulang dengan kulit je..heheh
mentang2 lelaki tu cinta dia,
boleh dia bersikap mata duitan.
keluar shopping nak itu nak ini..
lelaki tu pun demi cinta,beli je la..
belum masuk bab duit poket lagi..kan??

Yang kedua,diambil kesempatan..
orang tau dah kita ni memang mata duitan..
jadi labur je duit,kita pun melenggang datang..
tergadai le semu…

BAYI AJAIB YANG LAHIR PADA 23 MINGGU

Assalamualaikum...

Dilahirkan pada 23 minggu doktor meramalkan bayi
kembar kepada pasangn suami isteri Pam dan Lee Glover
tidak ada harapan untuk hidup.



Mackenzi dan Cameron dilahirkan ketika kandungan Pam berusia 23 minggu.
Kehidupan Pam juga dijangka berisiko tanpa penjagaan pakar.
menurut doktor hanya satu dalam sepuluh bayi yang
lahir pada peringkat ini mampu bertahan.
Namun keajaiban berlaku apabila
sehingga sekarang mackenzi dan cameron membesar dengan sihat dan gembira..



kes kembar ini membuktikan bahawa walaupun bayi kecil
mereka mempunyai peluang untuk terus hidup kerana perkembangan dalam perubatan neonatal.




Pam dan Lee, yang tinggal di Jersey di Channel Island,
berkahwin dua tahun lalu selepas sepuluh tahun bersama-sama.
Pam, berasal dari Glasgow dan kini pengurus internet untuk Syarikat Kerajaan Jersey,
hamil bayi kembar pada awal 2012.




Pada bulan Jun 2012, ketika kandungan berusia 22 minggu dan
selepas  pemeriksaan kandungan, pasangan itu mbercuti di Maghribi, dengan kelu…

MAISARA DAN MIKHAIL 2

Assalamualaikum...

 Lama tak tunjuk gambar anak2..heheh
Anak2 comot..
tak dak sapa nak tengok..:p
kakak yang tengah buat konsert.. lagu omputih lagi...
Adik la jadi penonton setia .. hari2 dengar kakak menyanyi... sekarang pun adik asyik menjerit je.. nak kata menangis tak juga.. nak kata marah kat sapa2 pun tak .. rasanya dia ikut kakak menyanyi kot...
tengok kat gambar muka adik yang bercalar.. bergaduh dengan kucing..ekekek.. tak la...dekat seminggu dah adik tidur tak bedung. bila tak bedung,tangan tu menggagau2 la kat muka..
Dah potong kuku pun dok calar2 lagi.. malam ni nak tidur kena bagi pakai sarung tangan la nampak nye...
kenapa la anak2 aku comel.. padahal aku dengan abang lan bukan cantik menarik pun.. hahahah..tertukar anak kat spital gamaknye..hahahh
(jangan dok puji anak sendiri comel la.. Kang ada yang meluat..heheh)
sekian..

PEMAIN SELANGOR DAN ATM BERGADUH

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...
wah..panas betul bolasepak malam ni..kan??
bergaduh pulak Selangor dan ATM.
dengar2 cerita punca bergaduh nya sebab
Jaringan gol diraikan oleh pasukan selangor seakan2 mengejek2 pasukan ATM.
jadi bila tak puas hati apa lagi ,habis je game bergaduh tepi padang
dengan penyokong masing2 dok tengok..



Memalukan ok...
tambah pulak Pemain pasukan ATM tu ada yang bekas2 dari pasukan Selangor.
maknanya bergaduh kawan2 la ni..

aduhai.
ada yang sampai baling2 botol kat muka pemain lawan.
dengar2 jugak sampai ada yang cedera.

Bergaduh dalam bolasepak ni benda biasa la..
Liga  kat luar negara nun pun ada yang bergaduh.
Tapi walaupun benda biasa,malu la sikit..kan??
penyokong boleh terima kekalahan,pemain pulak yang tak boleh kawal emosi.

lepas ni kita tunggu je la apa tindakan FAM
keatas 2 pasukan ni..
bukan pe,2 pasukan ni agak kebal..
Anak manja FAM ni..

Jangan marah ye penyokong selangor dan ATM..heheh..
kalau nak meroyan sila meroyan kat blog sendiri..

CHARLIE MORGAN:ANAK ORANG KAYA RUPANYA...

Assalamualaikum...

Ada baca tak berita sukan yang hangt 2,3 hari ni??
ala citer yang penyerang Chelsea,Eden Hazard tendang ballboy
masa perlawanan  League cup semi final kat Swansea City..



Budak yang dia tendang tu,Charlie Morgan rupanya anak jutawan...kau...!!
Bapak dia orang no 23 paling kaya kat Wales..
siap ada hotel..


kalau tengok kat twitter dia..
wah..dia tunjuk semua barang berjenama nih..
sampaikan tuala dia pun dia tayang jenama apa..


Jadi korang yang sibuk nak tayang kat Fb,twitter,instagram
apa barang yang berjenama2 hak milik korang tu,
jangan perasan hebat la..
budak ni lagi hebat ok..heheheh
bila aku tengok apa barang yang dia tayang kat twitter dia
aku rasa korang punye barang2,bagi dia macam barang pasar malam je.muahahahah




Banyak lagi sebenarmya gambar aku nak letak ni..
tapi kang kita semua cemburu lak...
Bila cemburu mula la naik menyampah..kan??

Dah la aku memang tengah menyampah kat dia nih..
hahahahah..



sekian..