Skip to main content

MAKNA TERSIRAT DISEBALIK LOGO NIKE

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
Nike adalah satu jenama besar yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang..
Dengan satu nama yang terkenal logo Nike mempunyai makna yang tersirat.


Dalam mitologi Yunani, Nike (yg bererti kemenangan) adalah dewi yang
dihubungkan dengan kemenangan dan keuntungan.
Bangsa Romawi menyamakan Dewi Nike dgn Dewi Victoria.
Menurut berbagai dongeng, Dewi Nike digelar sebagai putri dari Pallas
(Titan) dan Styx (Dewi Air), saudari dari Cratos, Bia dan Zelus.


Dewi Nike dan dan saudara saudari kandungnya menyertai Zeus ketika perang melawan Titan.
Nike sering digambarkan bersayap dalam lukisan mahu pun patung.
Sebahagian besar dewa-dewi Yunani kuno dapat melepaskan sayapnya.
Nike adalah dewi kekuatan, kecepatan dan kemenangan baik dalam peperangan
mahupun dalam pertandingan.

Nike berkawan rapat dengan Athena (dewi kebijaksanaan).
Nike merupakan salah satu dewi yg figuranya digunakan pada syiling.
Selain itu figura Nike juga digunakan untuk piala FIFA pertama yg dikenali sebagai piala Jules Rimet.

Sejak tahun 1928, figura nike digunakan untuk medal Olimpik musim panas,
yang digambarkan sedang memegang daun palem ditangan kiri
dan mahkota kemenangan ditangan kanan. Mengambil nama dewi Nike tersebut,Nike Inc.
adalah salah satu industri kasut, pakaian dan alatan olahraga Amerika Syarikat yang merupakan salah satu yang terbesar di dunia. Mereka terkenal kerana menajai beberapa atlit terkenal di dunia seperti Tiger Woods, Ronaldo, Maria Sharapova, Michael Jordan dan lain-lain.

mengenai  logo NIKE kenapa cuma gambar tanda "check"? Logo NIKE ini dinamakan Swoosh. Nike "Swoosh" adalah sebuah  logo yg diciptakan pada tahun 1971 oleh Carolyn Davidson, seorang mahasiswi  grafik di Portland State University. Dan digunakan sebagai motif pada kasut sukan sejak tahun 1970-an. Sedangkan tanda "check" pada  logo perusahaan didaftarkan sebagai tanda dagang pada tahun 1995.

sekian.



sumber:viva

World music award ditangguh untuk hormati keluarga mangsa tembakan
wah..ni wanita pertama jadi dato bandar


Comments

  1. ooo camtu sejarahnya...kasut dia kemain lagi mahainyer

    ReplyDelete
  2. saya tak pakai barangan jenama ni ..

    ReplyDelete
  3. baru ler sy tau kakkk.. uhuk! ^^p

    ReplyDelete
  4. baru tahu makne disebalik logo2 nike ni.. ena ada juga jenama barangan ni...

    ReplyDelete
  5. Anak bujang JR suka sangat dengan jenama Nike, walaupun tau harganya mahal. Tak dpt Nike ori, yg tak ori pun dia beli jugak...

    ReplyDelete
  6. tatau pulak sbelum neh . sbb logo dy simple je kan . tp makna disebalik tu haihh

    ReplyDelete
  7. rajin betul akak mencari info pasal ni.

    ReplyDelete
  8. kasut nike canyik-cantik, harga pun cantik.

    ReplyDelete
  9. tak minat nike..
    adidas je kalau beli pun..

    ReplyDelete
  10. den suka nike sekarang berbanding dulu...cantik2 kasutnya....bajunya tak minat

    ReplyDelete
  11. baru tahu, biasa pakai brand adidas itupun hadiah aktiviti sukan di ofis, mmg selesa kainnya ;)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kak diana :)
    terima kasih atas sokongan ya :)

    kak, bantu saya klik button g+1 sekiranya belum berbuat demikian ya kak. and mungkin boleh bantu undi untuk blog saya kak? :)
    terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  13. logo simple tapi penuh makna..

    ReplyDelete
  14. dr dewi yang berarca kompleks macam tu. simple nye jadi macam logo. kreatif gak...

    ReplyDelete
  15. alkisahnya....logo yg terkenal diserata dunia.....

    ReplyDelete
  16. Kenapa kasut Bata tu guna jenama Bata? heheheh soklan jenama

    ReplyDelete
  17. baru tahu kak.....
    ada sejarah rupanya.......
    iyalah...macam selipar jepun tu.....

    ReplyDelete
  18. selama ini hanya tahu itu tanda betul, hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …