Monday, 10 December 2012

KENAPA ISTERI BERTAHAN WALAUPUN RUMAHTANGGA BERMASALAH

Assalamualaikum....

Selamat tengahari...
Setiap kali melihat ada isteri2 yang dianiaya tapi masih
tetap setia dan memilih untuk kekal bertahan dalam hubungan sebegitu
mesti kita akan terfikir,,
"kenapa la dia tak mintak cerai je.."
"kenapa la dia tak lari je.."
"kenapa la dia tak repot polis je.."

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa mereka bertahan..
salah satu ini mungkin alasan nya..

1-tak mahu jadi janda
tau2 je la kan bila jadi janda ni..banyak yang orang nampak
cuma tak eloknya aje..paling tak best bila sebut janda je yang
orang nampak ialah suka kacau laki orang..

2-nak anak..
ada isteri yang bertahan sebab nak kan anak..
dia pikir bila dah ada anak suami mesti akan berubah..
sebenarnya kalau suami tu memang jenis angin punye kepala
sampai anak sepuluh pun dia tak kan berubah kalau dia memang
tak ingin nak ubah jadi baik.

3-tak nak sakitkan hati pasangan
ni kes sayang giler babas punya..dia rela hidup dalam hubungan
yang tak sihat.dia takut nak melawan
sebab takut suami terluka..

4-tak mahu anak2 susah
bila bercerai selalunya ank2 akan jadi mangsa.
kekurangan kasih sayang dan boleh menyebabkan
masalah sosial...

5-berharap semua nya menjadi baik..
Dia akan terus berharap,berharap dan berharap..
tanpa dia sedar dia terus membuang masa dalam hubungan
yang tak sihat ni..memang kadang2 kita kena bagi peluang
dan masa untuk seseorang tu berubah..

6-takut tak jumpa lelaki yang lebih baik.
bila hubungan suami isteri yang sudah lama terjalin
isteri dah tentu bergantung banyak dengan suami.
tambah pulak dia jenis isteri yang tak bergaul dengan orang ramai..
sedikit sebanyak risau tetap ada kalau2 bertemu dengan lelaki yang lebih teruk
atau pun langsung tak de lelaki yang nak kan dia.

7-sering berasa diri sendiri sebagai punca masalah
bila anak2 bermasalah atau ada masalah suami isteri,
isteri ni  akan anggap
puncanya ialah dia sendiri tak pandai didik anak..
jadi dia bertahan je la dengan rumahtangga macam tu sebab
konon nya nak tebus ksalahn

8-tak paham apa makna hubungan yang yang sihat.
mungkin dia risau di gelar isteri derhaka..
dia takut nak bertindak sebab takut berdosa..

sekian..

27 comments:

  1. beri peluang tu tak salah.. mungkin dia akan berubah. Tp yg lebih tahu adalah isteri2 yang melaluinya.. byk punca sebenarnya kenapa mereka bertahan bukan apa yg ter list kt atas tu jer. Apapun.. takde siapa pilih untuk hidup derita, kadang2 menangis di permulaan sebab ada senyum di pertengahan & ketawa di akhirnya.. Insyaallah

    ReplyDelete
  2. Yelah..lagi2 pasangan lama. Tetap setia walau tak bahagia.

    ReplyDelete
  3. bile dua hati dah jadi satu, bukan mudah nak dileraikan..cewah!! haha

    ReplyDelete
  4. Part yang sayang gile tu biasa saya tgk kalo isteri drug addict. Banyak kali pun kena pukul atau suami minta duit, mula2 benci, pastu baik balik.

    Kalo yang no 4 tu, sebab anak2. Saya rasa kalo ada pompuan yang berkorban tak bercerai demi anak2 saya memang rasa pengorbanan tu sangat mulia. Mmg kesian kat anak2 kalo mak ayah berpisah. Kawan2 kat skolah lagi yg suka mengejek.

    Dan no 5.. pompuan ni hati lembut. Takyah kata yg dah kawen akan berharap semuanya akan baik kembali, yang masih bercouple pun ramai yang camtu.

    ReplyDelete
  5. sgt penyabar..tp mmg byk pkara perlu dpertimbangkn sblom buat kptsn besar cmtu kn

    ReplyDelete
  6. takut tak boleh survive dan hidup sendiri..err alasan macamni boleh diterima tak agaknya kakak?

    ReplyDelete
  7. ye D .. x mahu jadi janda dan x mahu perceraian kita menghantui kehidupan anak2 huhu
    kena pikir panjang
    selagi boleh bertahan ...

    ReplyDelete
  8. sebenarnya laki yang jenis pukul bini tu klu dgr ayat cerai dia pun tiba2 mcm kena shock elektrik. sebabnya cerai ni sesuatu yang klu boleh semua org nak elakkan...

    tp point2 sis kat atas tu ada juga betoinya :)

    ReplyDelete
  9. as salam

    tapi zaman la ni dah terbalik, ramai pulak bini yang buat perangai..tp tak dinafikan kes mcm ni besenye pempuan pikir anak2..kalau yg ada keje n stabil dia blah jer..buat pe nk tunggu kan..

    ReplyDelete
  10. isteri dan suami dua2 pun kena byk bersabar.........
    dugaan rumah tangga ada pasang surutnya.......

    ReplyDelete
  11. bila dalam situsi macam tu, mungkin juga dia akan rasa serba salah dalam segala hal. sedih kan?

    ReplyDelete
  12. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. kadang2 kita rasa cam senang je tapi bila dlm situasi tu, kita sendiri tak tau nk buat apa. bile dgr mcm2 kes skrg ni, jadi takut sangat. mintak2 tak jadi kat diri sendiri. sbb lau jd mmg tak tau pn camne nk hadapi. guguguug

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum diana

    lama ayu tak singgah sini..
    harap diana baik2 selalu


    ps: mudahan jodoh kita dgn pasangan bpanjangan selamanya.. amin.. syukur suami jenis y baik2

    ReplyDelete
  14. Suami pun ada yg hadapi maslah yg sama, terus bersabar dgn rumah tangga yg tak bahagia. Bila ditanya mengapa tak tambah cawangan bila istri bermasalah? Jawabnya dia kesian anak2 yg sdg membesar dan semoga suatu masa Allah akan mengubah hati istrinya...

    ReplyDelete
  15. klu sy mgkn tkut x jmp lelaki yg baik lps tu.hehe.

    pe beza medela harmony n freestyle ea..hubby tau brand ni sbb akk die pki..dl die dok dgn kakak die mse bujang..

    ReplyDelete
  16. setiap isteri yang pernah alami mesti ada alasan tersendiri kan.

    ReplyDelete
  17. pendek kata : tepuk dada tanya sampai biler anda boleh bersabar... :)

    ReplyDelete
  18. Isteri memang banyak bersabar..

    Tp kalau inginkan hubungan bertambah baik.. Eloklah berbincang kan..

    ReplyDelete
  19. pasti ada cara untuk mengelakkan rumahtangga dari bermasalah kan...harap dijauhkan lah perkara2 mcm nih...amin...

    ReplyDelete
  20. rasanya banyak yg disebabkan anak2... takut anak jadi mangsa nanti

    ReplyDelete
  21. Tapi kebanyakannya semua sebab takut.takut untuk bertindak dan hilang keyakinan diri.

    ReplyDelete
  22. itulah wanita yg dah bergelar isteri...

    ReplyDelete
  23. ada yang boleh besabar ada yang tk boleh besabar yang besabar tu syurga tempatnya nanti :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();