Monday, 10 August 2015

KENALI TANDA-TANDA MASALAH PENDENGARAN PADA ANAK-ANAK

Assalamualaikum...

Selamat petang..
Boleh mendengar adalah salah satu perkara yang penting
bagi seorang bayi sebab dengan mendengar la dia akan belajar banyak perkara semasa
awal usianya.tapi jika anak menghadapi masalah pendengaran
pasti ibu bapa akan merasa risau kerana dah pasti
perkembangan nya akan terjejas..

untuk mengenal pasti anak2 yang menghadapi masalah pendengaran
ada bebrapa perkara yang ibu bapa boleh perhatikan
pada anak tersebut..

-Baru lahir sampai usia 3 bulan
~tidak terkejut bila mendengar bunyi yang kuat
~Tidak memberi tindak balas pada bunyi-bunyian atau muzik
~tidak boleh ditenangkan dengan suara yang perlahan
~ketika tidur dia tidak terkejut dengan bunyi2 yang kuat walaupun dia tidur dalam keadaan yang sunyi.
~pada usia 2 bulan dia belum mengeluarkan bunyi seperti "uh.."
~pada usia 2 bulan dia tidak dapat ditenangkan dengan
suara yang ibu atau ayah/suara yang biasa didengari.

-usia 4-8 bulan
~tidak mencari/memberi tindak balas pada suara atau bunyi yang tidak dilihatnya
~ekspresinya tak berubah ketika mendengar bunyi yang kuat
~tidak mengendahkan bunyi loceng atau bunyi mainan nya
~usia 6 bulan masih tidak bersuara
~tidak memberi tindak balas pada perubahan suara
~belum mula belajar menceloteh

-usia 9-12 bulan
~tidak memberi tindak balas pada bunyi.
~tidak memberi tindak balas bila namanya dipanggil
~ketika bersuara,nadanya tidak berubah(nada suaranya tak variasi.)
~usia setahun dia belum boleh bersuara seprti da da atau ma ma
~tidak paham pada arahan atau ekspresi.

sebaik saja anak2 ada ciri2 diatas segera dapatkan bantuan pakar
atau bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan kepastian..

sekian..


19 comments:

  1. kalau dh pantang dgr bunyi iklan kat tv mencelik dgn drastik tu kira takde masalah la kot.. kekekekeke :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Diana

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Oo.. terima kaish di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Rasa je ada yg tk kena segera rujuk pakar

    ReplyDelete
  5. kesian kan kalau baby kena macam tu..nauzubillah

    ReplyDelete
  6. noted.. nice sharing, kak diana..

    *klau ank sdara sy bgun tido jaa suruh on tV, huh...

    ReplyDelete
  7. bagusnya entry ni!

    berdebar-debar baca setiap ciri2, lepas tu try bandingkan dengan baby.

    Alhamdulillah nmpknya baby belalang sihat :)

    ReplyDelete
  8. mungkin ramai yang terlepas pandang kan...


    bagus juga awak buat entri ni..

    ReplyDelete
  9. Memang tak boleh dengar sangat bahaya, sebab yg tak boleh dengar akan membesar sbg manusia bisu juga. Oleh itu dpt kan rawatn sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  10. mekasih kaka... panduan utk bakal ibu dan ayah.... dan jugak utk semua.....

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas tips nie kak..walaupun xde anak tapi kena amik tau gak kan demi kebaikan masa depan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. aa..bagus ni..bagi ibu2 muda yang baru ade anak, bagus tips ni..:)

    -simply moi-

    ReplyDelete
  13. Oo....xpnh tau plk pasal ni kak.thanx.

    ReplyDelete
  14. Yang ni insyaAllah anak2 saya memang tak kena. Dari dalam pantang memang bunyi ngek sikit dah mula terjaga.. maknya la yang takleh rehat.. bila jadi gitu jeles tgk mak lain yang banyak berehat sb baby baik..pasang tv kuat2 atau ada kakak dan abang yg buat bising pun tak terjaga tidurnya..

    ReplyDelete
  15. Teringat si Adik Cute. Masa baru lahir doktor ada buat ujian dan dia tak respond pada ujian bunyi. Doktor minta datang sekali lagi selepas beberapa bulan. Kata doktor mungkin masa tu dia tidur jadi sebab tu takda response bila buat ujian tersebut. Saya ni punyalah takut macam nak gila dok fikir kalau ada masalah yang serius. Pada hari appointment yang ditetapkan, pergilah kami ke hospital tempat Adik lahir. Kenalah pulak tidurkan dia...satu masalah besarlah sebab Adik masa tu tidur dalam buai. Kalau takda buai, memang siksa nak tidur. Alhamdulillah, dah pelbagai cara buat untuk tidurkannya akhirnya berjaya juga doktor buat pemeriksaan lanjut. Lega bila doktor kata takda apa-apa masalah!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();