Skip to main content

KANAK-KANAK INI MAKAN TARANTULA SETIAP HARI


Assalamualaikum...


Labah-labah Tarantula yang terkenal sangat ganas dan boleh membawa maut kini tidak ditakuti lagi oleh kanak-kanak di pedalaman kemboja Trov Pheang Ctas, malah ianya menjadi makanan kegemaran mereka seharian. Tanpa menggunakan sebarang pelindung kanak-kanak  menangkap tarantula. Kemudian haiwan itu dibersihkan dan disapu dengan mentega.

Goreng. Lalu ngap!!! Tarantula masuk ke mulut mereka,





Jurugambar British, George Nickles, yang mengambil gambar kehidupan di Kampung Trov Pheang Ctas, hanya terdiam melihat kejadian itu.



"Mereka begitu santai menangkap tarantula, seperti kanak-kanak memetik strawberi" kata Nickles.
Saya kagum." Tarantula, tikus, cicak, katak, dan kala jengking merupakan menu biasa yang kerap disantap warga Kemboja. Namun tidak ada kepastian sejak bila mereka memakan haiwan berbisa dan beracun.


"Beberapa sumber mengatakan memakan haiwan berbisa diamalkan  sejak pasukan Khmer Merah berkuasa di Kemboja," kata Nickles. "Ramai rakyat yang kelaparan, hingga nekad memakan haiwan berbisa."


Tarantula-tarantula itu kemudian dibersihkan lalu digoreng dengan mentega atau minyak. walaupun nampak merbahaya, tapi tarantula itu tidak  membawa maut. Sengatannya hanya terasa seperti sengatan lebah. Tarantula di Kemboja ini dari jenis tarantula zebra Thailand, atau Haplopelma albostriatum.



Ketika menangkap Tarantula,kanak-kanak ini  hanya menggunakan buluh atau cangkul. Dengan alat itu, mereka gali sarang tarantula. Bila haiwan itu keluar ditangkaplah binatang itu. "Mereka pegang bahagian punggung tarantula agar terhindar dari gigitannya,'' kata Nickles.



##kesian nya tengok budak2 ni..kena cari makan sendiri..untungnya anak2 kita...

sumber:dailymail



sekian..

Comments

  1. sudah terpaksa..kalau kita pun dah tkde makanan lain mahu makan juga kan

    ReplyDelete
  2. bler bace jer...ngan tgk gmbr...bulu roma naik...tapi itu la kan...sudah terpakse untuk meneruskan hidup...

    ReplyDelete
  3. macam menyeramkan aje . tapi tula , kalau dalam keadaan terdesak , apa pun boleh jadi .

    ReplyDelete
  4. Oh No........tak dapat bayangkan macamana mereka telan binatang tu..

    ReplyDelete
  5. bertuahnya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia

    ReplyDelete
  6. tu lah kita duk malaysia patutnya syukur sgt2 kan..
    salam kenalan dari lia...lia dah follow 4837..

    http://gulagulagetahwarnawarni.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. bygkan anak2 kita...xde makna nak dekat or nak main kat tempat2 mcm ni apatah lagi nak tangkap trantula tu kan...

    ReplyDelete
  8. sedap jugak kalau digoreng......
    tapi risau pasal keselamatan dieorg jer...takut kena gigitan.....

    ReplyDelete
  9. Tapi kan Diana... anak angkat Angelina Jolie tu yg Vietnam ke Cambodia, pun suka makan cengkerik tau. Rasanya bukan sebab kemiskinan semata-mata, tapi genetik mmg suka makan serangga kot [walaupun kemiskinan mmg penyebab utama].

    ReplyDelete
  10. perghhh..budak Mont Kiara kalau tengok bebudak nie mau terkejut beruk dorang kak..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. seram gile..lau budak2 kite nampak sekor da bertempiaran lari agaknye ini pulak nak korek2 lubang dia. huhuhu

    ReplyDelete
  12. perghhh dah lah kena cari makan sendiri .. makanan yg berbisa lak tuu

    aduhhh x terbayanglah huhuh

    pening kepala ieda baca D !

    ReplyDelete
  13. aduhhh... tak terjangkau dek akal dorg leh makan tarantula tu. rasa sgt2 kesian pun ada kena mkn binatang berbisa camtu.

    # diana, depend pada baby. zayyan ni yg izan peratikan dia cepat kuat kepalanya. mengiring dlm 3 bln camtu. tak lama lepas tu dah start meniarap. skrg ni 4bln stgh dah mula ke belakang dan pusing keliling.

    ReplyDelete
  14. JR masa kecik2 suka mkn belalang bendang, lepas digoreng ia mengeluarkan aroma yg amat menyedapkan....

    ReplyDelete
  15. gulpp... bersyukur betul masih punya makanan yang sedap untuk dimakan...

    ReplyDelete
  16. wah...sy pun blm tentu nk mkn bnde ni klu tgh darurat...seram..


    *erk...sudah dibetulkn ayt td..sambal dah ditambah dlm entry tu..hihi

    ReplyDelete
  17. sian, dah abes makanan dah kut nak telan..

    ReplyDelete
  18. kesian betul budak2 tu kan.. dapat makan tu je berbanding kita kat sini.. bersyukurnya lahir di bumi bertuah malaysia ni.. tu pun ada lagi rakyat malaysia yg tak sdr diri kutuk negara sendiri.. hampeh

    ReplyDelete
  19. syukur kita mampu makan makanan yang lazat setiap hari..

    ReplyDelete
  20. tak sanggup tgk..
    alhamdulillah duk Malaysia ni smua ckup..

    ReplyDelete
  21. seperti snek kegemaran sahaja..rangupp!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …