Skip to main content

JANGAN PASANG ICON MACAM NI DI BLOG

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
dah lama aku tak komplain2 blog orang..
mungkin dah sedar diri nampaknya..hahah..
tak2..kalau ada tak kena memang aku komplain la..
blog aku pun bukan elok mana pun..
dulu masa mula2 berblog ramai je blogger komplain itu ini tak kena,
sikit2 aku ubah dan perbaiki..
jadi apa salah nya pngetahuan cetek  yang sikit yang
aku ada ni\ turunkan kat korang pulak..boleh gitu??hahahaku

aku suka tengok blog adik2 ni..
paling suka tengok diaorang guna icon2 comel tu..
tapi kalau nak guna icon,
guna la untuk bahagian2 tertentu saja..

aku singgah kat blog A.aku komen..
aku nak pi blog lain,aku klik satu link kat bloglist di sidebar blog A.
dibawanya aku ke satu blog comel..
tapi sayang aku tak tau nak
baca entry dia kat mana..yang ada cuma icon2 kecik.
lebih kurang macam ni la yang keluar..ini saja.

cuma icon..tak de tulis2.
icon2 tu aku tak tau mewakili apa.
aku malas nak jelajah habis2 sebab aktiviti blog walking
aku memang terhad.
banyak blog lain lagi aku kena pergi.
ada banyak iklan aku kena share jap lagi..
 ada satu dua entry lagi belum aku tulis..
aku kena buat banyak benda sebelum Mikhail bangun tidur.
sudah nya aku tekan X je.

nampak??rugi tak??
penat2 tulis entry orang singgah nampak icon je.
entry??ko baca sorang je la..

jadi..kalau nak letak icon,pastikan orang tahu icon tu mewakili apa.
jangan berharap orang akan lalukan cursor ke icon tu satu2.
orang tak de masa nak buat tu semua..
mula2 orang akan gerak kan jugak la  cursor ke icon tu..
tapi bila sampai kali kedua tak jumpa2 lagi tempat nak baca entry korang,
memang selamat tinggal la jawab nya..

Buat blog untuk orang baca kan??
kalau untuk sendiri baca private kan je..
tak buang masa orang dan tak dngar keluhan2 macam entry aku ni..
hahahah..


sekian..

Comments

  1. hehehe..sy memang pernah terjumpa blog camtu..adoiyai..peningnya sy nak baca..hehehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. hahaha susah jgk kalo camtu wak...kalo aku pon komfirm trus blah~

    ReplyDelete
  3. kena kental hati bila kena tegur .. kalau tak , elok privatekan blog baca sendiri2 :P

    ReplyDelete
  4. yela2 nanti sy privatekan blog.. sy buat blog tu pun mmg khas untuk perhisasan icon je.. hewhew

    ReplyDelete
  5. hamek.. nak troll punye pasal eja perhiasan pun tak betul. hewhew

    ReplyDelete
  6. Setuju, kita buat blog sebab nak mudahkan orang lain datang jejak balas..

    Tp mungkin si empunya blog buat blog untuk diri sendiri? :)

    ReplyDelete
  7. betol tu , sakit hati je dgn blog camtu . huhu

    ReplyDelete
  8. betul betul, tak faham apa yang nak disampaikan

    ReplyDelete
  9. welcome note tu ke ? ahaa, banyak kali jugak blogwalking jumpa blog cemni. sudahnya tekan X sajo. itu belum dikira dengan guguran bunga ros lah taburan salji lah apela. ganggu nak baca entry -__________-

    ReplyDelete
  10. setakat ni belum terjumpa lagi blog cam gitu..tapi kalau terjumpa gitu memang payahlah confirm saya terus g blog lain je.

    ReplyDelete
  11. Huhuhu selamat dtg ke blog akak juga ya....

    ReplyDelete
  12. hihi teringat kat blog kawan yg serupa bikin...

    ReplyDelete
  13. hehe..
    tu la, rugi kalau dah masuk
    tapi tak ada santapan :D

    ReplyDelete
  14. fuhh.. nasib baik blog sy bukan macam tu. hehe. memang leceh nak kena cari satu-satu. nak-nak pulak internet slow.

    ReplyDelete
  15. beyul tu kaka.... buat apa nak letak icon pelbagai kalau takde fungsi kan.....

    ReplyDelete
  16. terlalu comel sampai tak tahu functionnye ye..

    ReplyDelete
  17. lebih suka baca blog yg lebih matang pengurusannya...tak suka yg blink blink..yg semak dgn ikon merelip...bahasa tunggang langgang dgn huruf besar kicik besar kecik... penuh dgn ntahhapa punye gambar takde kena mengena dan link sampai nak load berejam

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …