8 TIPS CARA MENERAN KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
pagi ni aku nak bagi tips untuk besalin..
aku tengok ramai jugak kawan2 yang bakal
menimang cahaya mata tak lama lagi.
mungkin tips ini sedikit sebanyak dapat membantu..
Meneran memerlukan teknik yang tepat ketika bersalin normal
pahami teknik nya supaya proses bersalin menjadi mudah dan tepat:-


1-menunggu waktu yang tepat-
jangan sesekali meneran ketika belum masa nya.
tunggu sehingga diarahkan oleh bidan kerana ia akan menyebabkan laluan
menjadi bengkak

2-simpan tenaga -
jangan buang tenaga dengan menjerit
atau meronta.

3-jangan cemas berlebihan
sebab ini akan membuatkan
otot2 menjadi tegang

4-jika rasa terdorong untuk mneran tarik
 nafas dalam2 melalui hidung
dan hembus melalui mulut supaya dapat meneran dengan lebih lama

5-ketika meneran fikiran perlu lah tenang
supaya bila kita meneran nafas tak habis.

6-Teran seperti buang air besar.

7-Jangn pejam mata ketika meneran supaya
pembuluh darah sekitar mata tidak pecah.
usahakan untuk melihat kearah perut.

8-Jangan angkat punggung
kerana akan buat vagina terkoyak,.

Diharapkan tips2 ini dapat membantu kawan2.
selain tu jangan lupa berdoa pada Allah
supaya dipermudahkan.
baca doa2 khas untuk bersalin.
aku harap kawan2 yang nak bersalin tu dipermudahkan
Allah untuk menghadapi saat2 kelahiran bayi kawan2 nanti..

sekian...


Post a comment

16 Comments

  1. tengs akak.kena note tips nih...hehehe

    ReplyDelete
  2. mekasih diana..no 8 tu selalu kakak saiya dok pesan tapi last2 dia jugak yang dok banak..hihi :)

    ReplyDelete
  3. Cuma ada pengalaman masa meneran ketika sembelit...hehehehehe...

    ReplyDelete
  4. thanks
    akan cuba tips2 nih nanti
    hehehehe

    ReplyDelete
  5. totally bersalin lala memang x de pengalaman langsung.. x smpai 10 minit push Doktor dpt detect jantung bby lemah then guna kaedah Vakum tp x sempat vakum sgt pun dia pandai lak keluar sendiri.. Dok cari2 gak kesan vakum kt kepala lala.. xde nampak pulak. tgk bby org lain yg kena vakum semua nampak kesan..

    ReplyDelete
  6. TQ D ..
    bila baca nie ... teringinn je nak bersalin layie ..
    sbb ieda tiga2 anak ceaser kan huhu

    ReplyDelete
  7. Allahuakhbar. saya baca pun , saya yang naik seriau. ini kot apa yang ibu saya rasakan masa nak lahirkan saya :"(

    ReplyDelete
  8. tq..wpun dah 2kali bersalin tetap seram nak ke labour room dan memikirkan keadaannya nanti. So far 2 org anak2 ni lain pengalaman..Nanti kita cerita kat blog.:)

    ReplyDelete
  9. wife tk sempat nk meneran..hehehe..bedah aritu

    ReplyDelete
  10. harap2x masa kat labor room nanti saya boleh gunakan petua nie semua.....bukan ape, bila dah panik, ape pun tak boleh ingat, huhuu

    ReplyDelete
  11. thanks for tips kak.......
    sangat bagus utk semua...... panduan utk para suami...boleh kasi tahu kat isteri nanti.....

    ReplyDelete
  12. gud info kak.bgusnye ad akk yg suke bg tips..

    ReplyDelete
  13. wah bagus tips ni utk ibu yg bakal bersalin..

    ReplyDelete
  14. :O seram! lebih seram dari tengok horror movie!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)