Friday, 30 November 2012

SEMANGAT TEMPAT KERJA

Assalamualaikum....

Selamat hari jumaat semua..
Hari last kerja mesti seronok je kan?
Masa aku kerja dulu macam tu la...
Hari jumaat je kemain semangat nye...
Semangat nak cuti..hahahah...
Hari isnin lembik je sebab tak puas dok guling2 dengan tilam bantal..

Satu lagi yang buat semangt lain macam bila hari gaji..
Memang tak sabor2 dah nak balik umah.
Nak cocok duit..hehehe.
Padahal kalau sebelum hari gaji letih kemain  ..
Balik umah je ingat nak baring2 depan tv la..
Nak mandi air panas la..
Nak tidur sampai tak nak bangunla...
Macam2 la niat nya sebab letih sangt..

Tapi bila harigaji..
Duit belom cocok lagi dah niat balik
Kerja ni nak pergi shopping...hahah
Tak berasa letih langsung.hahhah

Ada jugak orang yang semangt kerja ni bila
Ada buah hati kat tempat kerja..
Tambah2 masa awal2 bercinta ..
Duhai..masuk kerja jam 8,
Jam 7 dia dah sampai..hehe...
Datang awal2 deting la..haha..
Eh!!bukan aku la..
Aku selalu lewat pi kerja..hahhahah
Salah abang driver la..:p

Satu lagi yang buat semangt pi kerja bila ada orang minat kat kita..
Kita tak de la minat kat dia..
Cuma seronok tengok dia dok usik2 kita...
Ala2 jual mahal gitu..hehe..
Tapi tau tak..
Kalau korang seronok macam ni,
Cer korang terima dia..
Percaya la,seronok tu dah tak de..haha...

Ok la..
Apa yang buat
korang semangat kat tempat krja??
Meh bagitau...

Sekian...

Saturday, 24 November 2012

PEREMPUAN TAK SUKA LELAKI BERPENAMPILAN BEGINI

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...
biasanya nya kan..orang perempuan ni bila tengah bercinta
semua benda yang dia pandang pada pasangan dia
semuanya nampak elok saja..kan??
tapi dalam pada tu mesti ada la sikit yang korang  tak berkenan..betul tak??



malam ni aku nak senaraikan tampilan diri
yang macam mana orang perempuan tak berapa suka pada
pasangan dia..
yang aku senaraikan ni adalah yang paling teratas.

1-suka pakai beg yang ikat kat pinggang tu.
entah apa ke nama sebetoi nye..
tapi kebanyakan perempuan tak suka
pasangan dia pakai beg tu.boleh pakai tapi ada masa dan tempatnya..
masuk hutan ke,tengah bertukang ke..nak pi main bola ke..jangan la pulak
pi makan malam berdua pun pakai beg tu..
pergi shopping pun pakai beg itu..
tengok wayang pun pakai beg itu..lagipun apa la sangt yang nak dibubuh dalam beg tu??
lipstik??bedak??aih..

2-suka buka tiga butang baju yang paling atas..
hallamak...ni ingat zaman elvis ke??
tak mau la buka2 tayang dada..tak seksi tau..
nak tayang kat sapa je pun???lagipun gaya gitu
nampak berlebih lebihan..

3-muka berminyak..
aih..banyak le produk2 rawatan muka sekarang ni..
calit2 je sebelum tidur tu..tak de susah mana pun..
muka bersih diri sendiri jugak yang untung..kekadang lelaki ni suka
rasa macam "aku lelaki,muka berminyak ,hitam karat pun tak pe.."
mana boleh gitu..nak bini yang sedap dipandang,muka sendiri pun kena la kasi lelok sikit..
baru orang tengok pun nampak kita ni sepadan je..heheheh

4-badan berbau..
yang ni memang ramai lelaki alami..
pasangan nya pulak nak tegur takut abang sayang kecik hati..
jadi tahan je la hidung tu..kan??
nak ajak abang sayang keluar dengan kawan2 pun segan sudah..

5-Berbaju lusuh
memang ada ramai lelaki yang bila dia selesa
dengan satu2 baju tu,dia akan kerap pakai baju tu.
tak kira baju tu dah lusuh amat.sebaik nya kalau selesa dengan satu2 baju tu
apa kata beli baju yang sama dengan baju lusuh tu.mungkin
boleh tukar2 dengan warna lain..

6-berambut panjang mengerbang.
pesyen2 jugak bang..tapi kalau mengerbang
macam hantu dalam hutan nampak tak kemas la..
boleh je berambut panjang.tapi bila keluar cer ikat kemas..
dok umah nak ngerbang ala2 Fazura sekali pun siapa peduli..kan??

bagi 6 ni je la..cer meh kongsi kat sini
apa tampilan diri pada lelaki yang korang tak suka..

sekian...

Friday, 23 November 2012

ini jubah ke??

Assalamualaikum...

selamat pagi..
 selama ni kalau orang kata jubah ,
yang aku tau jubah macam gambar kat bawah ni...

bagi aku yang ni jubah..

aku tak tahu la kalau aku ni kolot sangt..
tapi memang nya jubah zaman sekarang macam ni ke??

aku tak nampak pun tang mana yang dikatakan jubah tu??
klik kat gambar tu ye kalau nak jelas..

sekian...

Thursday, 22 November 2012

MAISARA::rumah besar..

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
sekarang kan musim hujan..
aku jarang2 bagi maisara main kat luar umah.
terkurung je la dia dalam umah ni hari2..

petang tadi dia berlari2 dalam umah..
kalau rumah ni besar stadium tak ada aku heran dia nak berlari sampi esok pun..
ini,ruang tamu pun sekangkang kera je..

Ibu: maisara,cer jangan belari dalam umah boleh tak??

Maisara: ala..maisara nak lumba lari ni..

Ibu:rumah kecik gini mana boleh lumba lari..

Maisara: tu la..sape suruh ayah beli umah kecik.beli la rumah besar macam Lucy tu..

(Lucy nama kawan dia kat sekolah)

Ibu: Kat sini mana ada rumah besar2..rumah besar  kat mana??


Maisara: Tu..situ la Umah Lucy..dia tunjuk kat maisara dulu
dia tinggal kat situ..besar rumah dia tau ibu...

yang tanda anak panah tu umah Lucy..
pemandangan dari depan umah aku
nampak la  umah flat kat depan ni..

sekian...

SAMSUNG DAN APPLE.

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...

sedia maklum yang Apple dan Samsung memang bersaing hebat
dalam industri smartphone dan tablet.
tapi ada satu yang lucu tentang Apple ni..


hahah...pelik tak???
ni kad perniagaan salah seorang staff Apple Store The Pacific Centre, Vancouve..
nama dia Sam Sung..

eekekek..

sekian..

KALIMAH ALLAH DI KEPALA CRISTIANO RONALDO

Assalamualaikum...

Ramai yang sudah tengok video ni..
tapi aku nak kongsikan jugak dengan sapa2 yang belum tengok..

yang jadi perhatian adalah
kalimah Allah yang ada di kepala Ronaldo tu..
sangat jelas.

video ni dirakam ketika perlawanan anatara real madrid
menentang Los Blancos pada isnin 12/11/2012.

ada yang kata itu palsu.
pendapat korang cemana??

<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube-nocookie.com/embed/HrGfDvnCVAI" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

EH!!macam tak keluar je video nya..
klik sini je la untuk tonton..

sekian..

Wednesday, 21 November 2012

JERUK PUNCA KUNING??

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
aku nak cerita pasal jaundis atau pun demam kuning
yang biasa dialami pada bayi2 yang baru lahir.
sebenarnya ni pertanyaan dari puan May..
ececeh..seronok pulak panggil puan..heheh..


dia tanya
"masa mengandung suka makan jeruk ke?"

memang aku pun pernah dengar
 ramai yang cakap kalau masa mengandung makan jeruk
anak mudah kena kuning.

masa mengandung maisara dulu
boleh kata setiap hari aku makan jeruk.
bukan jeruk je,
buah2 yang masam tu aku makan macam makan nasik je.
makan jeruk lagi banyak dari makan nasik.
tapi keluar je maisara tak de pun kuning.
sikit pun tak de...

tapi mengandung kat Mikhail
jeruk ni aku tak lalu langsung.
tak de rasa nak makan jeruk pun..
aku lebih suka makan benda2 yang manis..
gula2 ke..buah tembikai..ais kacang..
yang masam2 ni tak suka.
masam2 manis pun tak suka..
keluar je Mikhail ada kuning..

jadi jeruk bukan la punca kuning..ye adik2 sekalian..hehehh
tapi kan ada satu la yang aku perasan.
masa mengandung kat maisara langsung tak minum ais.
tak minum kopi..dan tak makan pedas...

mengandung kat adik.
hari2 ais..
hari2 kopi...
hari2 sambal belacan..
hehehe..

sekian..

**saja suka2 letak gambar kuning banyak2..:)

Tuesday, 20 November 2012

INI YANG JADI BILA ADA ANAK

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
lama aih tak update..
Mikhail selsema dan batuk..
tu yang tak update tu..
dekat seminggu jugak la dia tak sihat..
sekarang dah ok dah..sihat sepenuh nya...
tapi ragam nya je yang bertukar..

siang tak kerap tidur,
malam pulak tidur nyenyak..
bangun 2 kali je untuk menyusu..
senang hati ibu..hahahaha
tapi bila siang tak tidur tu masalah lain pun ada pulak..
masak pun kena cepat..
kadang2 kain baju basuh 2,3 hari sekali..hahha.
habis tu..nak kena layan dia bersembang je..
aih..mulut riuh macam kakak dia jugak..

Ada tak yang boring bila blogger asyik cerita pasal anak je??
risau jugak kalau ada yang bosan baca.
kalau yang tak de anak tu mungkin tak paham perasaan
seorang wanita yang baru melahirkan anak.
tak kisah la anak keberapa pun ,keterujaan tu tetap ada..
kalau boleh nak cerita pasal anak je..

korang tengok macam rara..
dulu asyik tayang muka comot dia je kat blog..
sekarang ni kat blog muka anak dia je dia post.
tak cukup kat blog facebook pun ada..
instagram pun muka sibulat sopi je yang dia letak..
memang seronok tau bila ada anak ni..
jadi jangan pelik la kalau kami asyik cerita pasal anak je..hahaha..

yang best nya bila ada anak ni..
kalau rasa tengah marah kat sapa2 cepat2 tengok muka anak.
terus lupa yang kita tengah marah..

sama jugak bila anak terjaga dan menangis malam2.
kita mesti geram kan sebab kena bangun.??
tapi bila bangun2 dan tengok je muka dia tengah
otometik kita rasa segar je bijik mata ni..

tambah2 kalau anak macam mikhail ni..
dia suka menangis yang tak macam menangis..
dia tengok muka kita lepas tu merengek macam merayu-rayu..
hahah..memang cair la kalau dia buat gitu..
&nbsp;lepas tu ajak bersembang jam 2 pagi..
besembang 10 minit,mnyusu 10 minit..
lepas tu tidur.bangun semata2 nak lepaskan rindu kat ibu je..
(ceh!ye ke rindu ibu?)

ok.nampaknya ada yang dah bosan membaca entry ni..
hahahha...

sekian...













posted from Bloggeroid

Tuesday, 6 November 2012

ACARA MELEMPAR TELEFON BIMBIT




Assalamualaikum...

selamat petang semua...
tau tak kat finland ada satu acara sukan
yang pelik lagi aneh dan mengarut..hahahha
Sukan melempar telefon bimbit.                  


acara unik ini adalah acara tahunan
yang diadakan setiap kali tiba musim panas..
eleh..baling telefon rosak boleh la..kan??
cer baling iphone yang baru beli punye..
yang masih elok pakai tu..
ada berani??heheh

 biasala kan..
macam kita jugak la..
bila panas hati je mula la
nak baling enpon..kan??


rasanya acara ni mungkin ada kena mengena la dengan
panas hati sebab tu diadakan pada musim panas je..
hahhaha...


ada taK siapa2 yang bila panas hati
dia baling enpon??
dulu aku selalu la buat gitu.
dulu..
masa dulu la..bukan sekarang..
paham kan??dulu je...
ulang sekali lagi..dulu!!!

sekian...

Monday, 5 November 2012

GROUP BLOGGER DI FACEBOOK YANG SURAM..

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
selamat berguling2 depn tv,depan laptop..
depan apa2 je la...

dah agak lama aku tak kongsi entry2 aku
kat group2 blogger di facebook.
sejak tak berapa nak aktif ni la..
tapi hari ni tergerak hati pulak nak buka group2 blogger untuk ping entry tu..

apa yang aku nampak???
suram!!!!
alahai...kenapa entah banyak sangat
iklan2 kat situ..
admin hilang ke??
atau admin tak kisah semua tu..

yang ping entry blog ada la 4,5 orang..
yang banyak iklan jual produk kecantikan la..
yang jual tungku pun ada...

agaknya tak ramai dah yang
nak berblog macam dulu..kan??
jadi admin pun malas dah nak ambik tahu ..

agaknya la...
kenapa ye jadi gitu???

sekian...

ARON AZIZ VS ADY PUTRA

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
sapa dah tengok filem "aku terima nikahnya"
kalau yang belum tengok
dan rasa nak tengok
jangan la tengok depan anak2..heheh..
maklum je la filem orang dah kawen ni
lain macam sikit dengan filem bebudak..

agaknya kalau filem yang berkisar tentang orang dah
kawen ni memang macam tu kot..kan??
dulu masa zaman kegemilangan Ombak rindu pun gitu jugak..
perasan tak??

tapi jalan cerita AKU TERIMA NIKAH NYA menarik la..
lagi2 yang belakon tu Ady putra..
memang ahkak2 semua melekat je depan tv kan???
ahkak2 jarang pi tengok wayang..
ala..sekarang kan dah ada astro 1st..heheh..

Antara Aron Aziz dan Ady putra ni
dua2 nya ada peminat tersendiri..
dua2 nya dari singapore..

^^^^^^^orang malaysia ni tak de yang layak jadi hero??
asyik hero rempit je..
tak hero rempit,hero halau hantu..hahahha..
hero malaysia pulak banyak ada kat filem yang terkinja2 je...
memang orang kita ni tak de bakat ke???
(saja bakor) ^^^^^^^^^^^^^^^

Ady putra tu nak kata kacak sangt tak la..
biasa2 je,..tak de la macam Aron Aziz.kan??
kulit putih,muka jambu..
tapi sama2 hebat..

masa aku kerja kat jb 11 tahun dulu selalu jugak layan siaran singapura.
tapi tak pernah tengok pun Ady putra ni berlakon.
kalau Aron Aziz tu selalu la jugak tengok drama2 yang dia belakon.
bila ada rancangan anugerah apa2 ke
muka Aron Aziz je yang selalu naik pentas terima hadiah..
Ady putra memang tak pernah aku tengok..

Agaknya kerjaya lakonan Ady putra memang bermula dia sini kot..kan??
Mungkin lepas ni Ady putra la pulak
nama hero filem yang disebut2
selepas beberapa drama lakonan dia yang boleh 
dikatakan cemerlang..

^^tertunggu2 hero malaya yang
cemerlang selpas Rosyam Nor^^


 ^eceh!pandai pulak aku tulis
pasal artis..maklum la..
sekarang dah jadi hantu tv..hahaha

sekian..

JANGAN BAGI ANAK KE SEKOLAH..

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
minggu ni inggu last budak2 sekolah..kan??
lega aku rasa..heheh..

Bukan tak nak bagi anak sekolah..
cuma lega la maisara cuti sekolah sebab bila
cuti dia dok dalam umah je.
kalau pi sekolah seminggu sekali mesti demam..
dapat dari kawan2 ..

dulu tak pe la demam pun..
sekarang dah ada adik ni tak nak la demam selsema bagi..
kang adik sakit cemana??
dah la kecik lagi..kan??

Aku kadang2 pelik jugak dengan setengah2 mak ayah ni..
dah tau anak demam,selsema,batuk..
dia bagi jugak anak tu pi sekolah..
"demam sikit je...dia nampak ok je tu.."

anak kau memang la nampak ok..
anak orang lain..??
tak kan tak tahu budak2 ni senang je dapat selsema ,batuk,demam ni..
bukan nya badan depa macam badan kita yang tua ni..

Budak2 pulak jenis cepat berpeluh je..
kawan2 ajak lari sana sini mudah la berjangkit..
jadi hentikan la penyebaran virus2 tak baik yang anak korang pegang tu ye??
suruh dok umah berehat.
dah sihat nanti pergi la sekolah balik.

aku percaya cikgu pun
tak suka anak murid dia yang sakit datang sekolah..
menyusahkan tau..??
(ceh!macam aku pulak yang cikgu nya..)

sekian..

Sunday, 4 November 2012

AIB LA SANGAT..

Assalamualaikum...

Kemain lagi...
Kat facebook dok tarbiah orang
Pasal aib tak aib..

Padahal kat blog,
Gambor dada,gambor bontot
Gambor berpeluk,semua nak letak..

Sekian

posted from Bloggeroid

Saturday, 3 November 2012

APA PERLU ANDA TAHU TENTANG SUAMI CURANG?

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
nak cerita pasal curang ataupun selingkuh..
tapi kali ni cerita pasal lelaki la yang curang..

satu yang oranng perempuan kena tau,
orang lelaki ni bila dia curang biasanya mesti dengan
wanita yang dia kenal..
maknanya bukan dengan perempuan
yang dia jumpa pertama kali.hari ni jumpa terus dia
curang dengan isteri..
bukan macam tu..ok..

sebab tu ramai lelaki beristeri ni
bila buat hubungan sulit adalah dengan rakan sepejabat,
kawan masa belajar dulu
atau pun ada jugak yang isteri dia sendiri kenal wanita tu.
berani sungguh...heheh..

Awalnya kenal2 biasa saja..
lama2 jadi la luar biasa..

dan satu lagi suami yang curang biasanya dia sayangkan isterinya.
dengar macam mengarut..kan??
tapi betul..tak tipu ni..heheh..
orang lelaki ni tahu sikap depa tu akan menyakitkan hati isteri..
tapi tu la satu cara bila dia ada masalah dengan isteri dia.
dia malas nak bertekak,marah2 isteri dia.
jadi dia dapatkan la perhatian dari pihak lain pulak..

balik rumah kalau isteri berleter ke,merajuk ke..
ada dia kesah..??dia senyum je...
sebab dia ada orang lain yang boleh tenangkan dia..
hehehe

sekian..