BETUL KE CIKGU NI "CIKGU"???

Assalamualaikum...

Cantik tak kad buatan sendiri ni??
bukan aku yang buat..
kad ni mak aku bawak balik dari sekolah.
dia kata pengetua sekolah tu bertukar ke sekolah lain.
jadi anak murid nya buat la kad bagi kat cikgu..

alih2 kad tu pengetua tu buang dalam tong sampah ja.
alahai..kesian anak murid.

Bila anak murid bagus
cikgunya pulak yang bermasalah.
hargailah sikit pemberian khas dari anak murid tu.
kalau ye pun nak buang dan rasa kad tu
tak bernilai bawak balik dan buang dalam tong sampah kat umah.

sebenonye citer pasal kad kat atas ni cerita lama.
citer tahun lepas.
balik bersalin kat kampung hari tu masa kemas2
kotak2 lama jumpa kad tu..
jadi keluar la cerita tu dari mulut mak aku.

yang terbarunya cerita pasal semalam..
maisara buat kad khas untuk cikgu dia.
guna kertaS buku je.
dalam tu dia lukis la gambar dia dengan cikgu
berpegang tangan..
siap tulis "MAISARA SAYANG CIKGU"

dia buat kad tu hari ahad.
dia bagitau nak bagi kat cikgu esok (isnin)
balik dari sekolah dia monyok je dan ngadu kat aku...

Maisara:ibu..maisara bagi kad untuk cikgu tapi cikgu tak terima.

Ibu:kenapa pulak..??

Maisara:cikgu kata "tak mau la.tak cantik..nampak buruk."

ish..ish..nak je masa tu jugak aku pi sekolah dan luku2 kepala cikgu tu..
ada ke cakap macam tu dekat budak umur 5 tahun??
tak rasa ke apa yang keluar dari
mulut cikgu tu boleh melemahkan semangat dia??

rasanya cikgu tu pun baca blog aku ni.

jadi harap2 cikgu fikir2 la balik apa yang cikgu dah cakap kat anak saya ni ye??
saya tak tahu la cikgu bergurau ke apa.
tapi kalau bergurau mesti cikgu dah ambik kad tu.kan??

betul ke cikgu ni "cikgu"??


sekian...

Post a comment

38 Comments

  1. ada gak yang jenis macam nie kan

    ReplyDelete
  2. ramai cikgu tapi tak ramai pendidik kalau sy mesti kecik hati lau cikgu ckp cmtu :/

    ReplyDelete
  3. ada jugak cikgu yang jenis macam ni. tak pandai nak hargai pemberian orang. kecik hati budak tu

    ReplyDelete
  4. ada juga cikgu jenis macam ni... tak tau nak hargai langsung... dah susah payah maisara buat.at least ambik dan ucap terima kasih.bukan susah sangat pun..GERAM BETUL KAT CIKGU MAISARA NI

    ReplyDelete
  5. hmm, ni la namanya ada pendidikan tapi tak pandai..Rasanya semua orang yang berpendidikan ni kena belajar tentang kemanusiaan la. Tak pandai amik hati kanak2 langsung..

    ReplyDelete
  6. Hmmm..cikgu tu bagi bad impression kat anak.


    kesian.
    banyak yang anak usahakan.

    ReplyDelete
  7. ish...sian maisarah... cikgunya pun tak agak2 cakap gtu..tk patut

    ReplyDelete
  8. secara jujurnya cikgu zaman sekarang memang tak sama macam cikgu dulu.. saya pun tak faham kenapa ada yg bersikap mcamtu...

    ReplyDelete
  9. Ish..ish..xpatut..xpatut.... X pandai nak hargai pemberian orang. Sekurang-kurangnya jgnlah mengecilkan hati ank murid sendiri. Tapi betul cikgu sekarang da pandai demand...especially hari guru..cikgu siap pesan suruh bwk hadiah..ish..ish...

    ReplyDelete
  10. Biar betul ckgu maisara ckp gitu? Alahai..lemah semangat bdk kecik..sian maisara. Diana kena buat ssuatu pulihkn perasaan dia tu.

    Kad yg pengetua tu buang cantik sgt! Kreatifnya..

    ReplyDelete
  11. laa..kesian nyer...sedih pulak hati nie...sampai hati cikgu buat mcm tu..

    ReplyDelete
  12. Bila sy baca entri awak ni, sy rs emosi sy terlebih-lebih. Perangai ciku2 kat atas tu sgt tak boleh diterima dek akal. Klu tak suke jadik cikgu, sila serahkan jawatan tu pd yg nak jadik. Kurang ajar sungguh.

    Sy teringat ms penah bergelar cikgu. Yelah, sy cikgu SPM je. Cikgu ganti tu setaraf cikgu kuli. Kena sepak sana sini. Bile nak beramah mesra, pilih bulu. Sy tak setaraf. Ada pulak yg sinis sindir, kata sy dpt jdk cikgu ganti sbb gune org dalam. Cilakak. Apa yg penting, budak2 syg sy. Ms sy dah abis kontrak jadik cikgu ganti tu, ada budak hadiahkan sy kepala anak patung. Sampah kan? Tp sy tak rs smph sbb bduak-budak...die kateb enda tu ctk. Dia nak bg pd org yg die suke. Sy simpan. Smpi skg, ade je kat umah org tua sy tu. Heee~

    ReplyDelete
  13. hah !

    sampai hati buang ..
    kot ye x suke .. bawak balik buang di rumah .. kenapa nak show off kat sekolah
    walau guru besar sekalipun ! ..
    erghhhhhhhhhh kijamm !! ;)

    ReplyDelete
  14. pehh nk slhkan 'cikgu' bkn sume cikgu hati busuk gitu..erm bukan semua pendidik boleh mendidik! =.=

    ReplyDelete
  15. Itu cikgu berangin la tu kot. Takpun dia period time tu *kalo dia pompuan la*.

    Saya ni tak la pandai sgt nak amik hati org, tapi masa saya jadi cikgu ganti dulu, kat sekolah kampung. Budak2 pun memang selekeh je. Smua anak2 org kampung. Ada murid saya dtg skolah bwk jambu air 2 bijik dan bagi saya. Dia kata dia amik jambu tu untuk cikgu. Rasa terharu walaupun jambu tu putik lagi. Bukan boleh makan pun. Tapi still amik. Bawak balik umah.

    ReplyDelete
  16. as salam,

    akak terbelek2 komen dari cikgu tu kat sini..mesti tak berani tu...sian budak2, tak reti lansung nk jaga hati budak kecik yg suci murni ni

    ReplyDelete
  17. Cikgu x de perasaan kot kak, adoi sabor je la

    ReplyDelete
  18. maisara..
    ptot ang ngis guling2 kt depan cikgu ang tu...snjata ang tu...hahahahaha....

    ReplyDelete
  19. ni la die bile time blaja dulu minat bende lain.tapi bile dipikir jd cikgu byk kelebihan, amek r kos cikgu. bukan atas dasar minat yang betol2 minat..

    budak da bagi hadiah, amek je la..apeda~

    ReplyDelete
  20. duh..tak patut betul cikgu dia buat camtu..satu contoh yang tak sihat untuk anak murid dia..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. LA...CIKGU KE TU???HM...CIKGU SEKARANG DA TAK SAME DGN CIKGU DULU..


    *AKK DE MSLH PE MSE BESALIN??CITE LA..CITE LA..

    ReplyDelete
  22. Macam ni punya cikgu pun ada? Teruk betul..

    ReplyDelete
  23. Saya pernah baca (tapi tak ingat bila) bahwa sebahagian drpd cikgu ada masalah mental. Kesian anak2 murid dan ibu bapa mereka bila bergurukan cikgu sakit mental. Mujur juga yg sakit mental tu tak ramai.
    Apapun, terima kasih cikgu..tanpa cikgu siapalah kita....

    ReplyDelete
  24. cikgu skrg demand nye..... hmm. tak macam cikgu dulu kan kak

    ReplyDelete
  25. mmg x patut..mau luku kepala cikgu tu

    ReplyDelete
  26. cikgu tu pun satu....memilih sangat... memang sah2 takde etika... suka atau tidak.... cantik atau buruk...hargailah usaha dan semangat anak murid......

    ReplyDelete
  27. x ikhlas keje cikgu kot org cmtu...

    ReplyDelete
  28. cikgu zmn skrg kan..x mcm zmn kita dulu...

    ReplyDelete
  29. alahai cikgu ni.... ada juga yg jenis mcm tu.... sian maisara

    ReplyDelete
  30. betul ke yg tu 'cikgu'? siannya, langsung xmo hargai pemberian pelajar..

    ReplyDelete
  31. Adoila sampai hati cikgu buat macam tu, macam tak sesuai ayat tu. Kesian kat budak2 punyala semangat nak memberi.

    Cantik kad atas tu, kenapa la dibuang, kesian student yg susah payah buat

    ReplyDelete
  32. lah takkan buang jer...ada juga ke cikgu mcm ni

    ReplyDelete
  33. isss, apa punya cikgulah camni..sian budak-budak kecil yg susah payah buat reka kad..dia buang jer..tak menghargai langsung..

    ReplyDelete
  34. aku sedih la..meh sini maisara
    auntie peluk sikit...

    ReplyDelete
  35. Jom pakat luku cikgu yg mcm tu...sian budak2 yg sgt menyanjugi mereka.

    ReplyDelete
  36. xptut cikgu tu ckp mcm tu.. Xhrgai lgsg.. Jgn la nak bnding bdk 5thn wat keje,. Xkan sama ngan org dwasa buat.. Xpyh jadi cikgu tdika la.. Xikhlas lgsg mengajar..

    #huhu.. Emo pulak.. Geram...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)