Skip to main content

SUKAHATI DEPA LA..TAK MAU RAYA HANG DOK DIAM2 OK??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
dah hari jumaat rupanya.
aku tak sedar pun..
semalam tanya suami "abang..hari ni hari apa??"
bila dia kata "sekarang dah masuk hari jumaat la."
terkejut dengar..
cepat betul masa berlalu.tak lama je lagi nak raya..kan??

Aku kekadang geram je dengan orang2 yang
selalu pertikaikan orang lain
yang teruja nak sambut raya berbanding sambut
hari kebangsaan..perlu ke dipertikaikan???

tak boleh pikir ke??
hari raya dengan hari kebangsaan tu berbeza tau..
salah ke kalau orang sibuk shopping baju dan kuih
raya dan masih belum kibar bendera depan umah??
apa nak heran...
bukan ke kita sambut raya dulu
dari hari kebangsaan.


lepas tu bila tengok orang dok sembang pasal
puasa dan raya je mula la nak kata kita ni tak patriotik la..
tak kenang jasa pejuang2 negara la..
tak penting kan sejarah negara la..

habis tu nak suruh buat cemana??
nak suruh hari2 dok depan umah terjerit2 baca
sajak kemerdekaan??
nak suruh tiap kali update status lebih kan cerita
pasal kemerdekaan berbanding raya dan puasa??
nak suruh tiap kali buka mulut
sembang pasal merdeka je??
pasal raya ni jangan sebut,tak patriotik??macam tu??

alahai..awak nak sambut raya dulu ke,
nak sambut merdeka dulu ke,itu sukahati awak la..
tapi jangan la bila orang tak ikut rentak awak,
terus awak nak label orang itu ini tak betul.
entah2 awak sendiri masa hari kemerdekaan dok
terbongkang je atas katil..
tak pun dok ngadap facebook
update status dari pagi sampai malam...
merdeka sangat la..kan???

sekian...

Comments

  1. ye la raya,rayalah. merdeka, merdekalah.....cuma kebetulan jatuh pd bulan yg sama...dua2 pun kita sambut,cuma mana yg dulu dahulukanlah...

    ReplyDelete
  2. Raya memang patut raikan lepas sebulan berpuasa.. Semangat kemerdekaan tu x semestinya kena jerit kuat2 merdeka.. gantung bendera malaysia smpai penuh laman umah.. kdg2 yg kita tgk excited mcm menghayati merdeka sgt tu sebenarnya seronok tang celebration jer padahal dia bukan hargai sgt pejuang yg menuntut kemerdekaan.

    ReplyDelete
  3. susah juga bila ada yg rasa diri sendiri aje yang betul.. klu tak condemn org lain kira okey lagi.. tapi part suka condemn org lain tu rasa tak best pulak kan..

    ReplyDelete
  4. ala..raya dlu,,lepas puas raya,baru mood merdeka.heheh :D

    ReplyDelete
  5. tak prihatin tak semestinya kita tak menghayati kemerdekaan.....
    dlm keadaan sekarang... sambutan raya lebih diutamakan.....
    itu juga satu kemenangan utk kita semua sebagai umat islam....
    lepas raya baru kita sambut merdeka pulak....

    ReplyDelete
  6. biasa org yg suka kritik2 org ni omong kosong je..pandai ckp je lebih..buatnya tak ponnn..hermmm~

    ReplyDelete
  7. sabar je la dgn org yg suka judge org lain ni... biarlah dia...

    ReplyDelete
  8. betul tu kak! raya ni kite smbut lepas kemenangan kite berpuasa,merdeka tu cukup lh kite sanjung negara kita dlm hati.yg nk kecok sgt tu knp.adoooiii tu lah manusia.

    ReplyDelete
  9. raya dulu baru cerita kisah merdeka..lagipun dua-dua disambut setahun sekali..

    ReplyDelete
  10. belum tentu lagi org yg duk gebang2 sambut merdeka tu patriotik..semangat cintakn ngara tu x perlu nk ditunjuk bila bln merdeka je..dh mmg kna slalu ada dlm diri..hari raya ni nk meraikan kejayaan kita dh bjya puasa slma sebulan..mmg haruslah ada p'siapan dlm bln syawal je..kesian dkt org tu..x semangat meraikan kejayaan dia berpuasa..huhu

    ReplyDelete
  11. ahai.. marah je kak diana... sabar, sabar.. slmt menyambut lebaran... :)

    ReplyDelete
  12. raya tu kemenangan utk org islam

    y merdeka tu kemenangan negara kite je

    berbeza sngt

    takkan nk utamakan bende lain dr hal agama

    musykil2

    ReplyDelete
  13. ahahha da juga manusia macam tuu kan , duk sebuk org x kibar bendera ..
    aduhh ingat kalau x kibar bendera jiwa x merdeka ke ??
    huhuhu yg kibar bendera tuu belum tentu ikhlas .. entah2 dpt @ dipaksa kibar bendera .. lagi parohhhhh

    skrg memang mood raya .. soo ??? ;))

    ReplyDelete
  14. 1 syawal ada tercatit dalam quran tapi hari merdeka 31 ogos tu tak ada..so, mana yg lebih penting? hehehe :)

    ReplyDelete
  15. huhuhu..garangnye kak diana ^_^

    ReplyDelete
  16. a'ah kan...raya dan kemerdekaan tuh kan lain majlisnya kan....abaikan jek ckp2 cam2 kan..kkdg deorang sdiri pon ntah bsemangat ntah tdk kan..ntah2 semangat syok ngata org jekan hehehe

    ReplyDelete
  17. bagus diana..suka acik baca..tak beria sambuat tak bermakna tak sayang negara kan

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …