Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

BILA TUA NANTI.....

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
dah lama tinggal blog nih..
sibuk dengan raya..hahahah.
(ye la tu..padahal beguling depan tv je..)

semalam pergi check perut..
nurse kat sini cakap "check perut".hehheheh..
air kencing je kotor..
kurang minum air masak..
mana tak nya..pi raya mana2 umah dok hidang air manis je..
balik umah pun tekak rasa tak raya je bila
minum air masak..hahahha..

masa aku nak balik tu,dok tunggu suami datang jemput,
ada sorang pakcik india
dok depan pintu klinik tu..
mana2 lelaki yang lalu mesti dia tanya..
"balik nanti boleh tak saya tumpang "
rupanya dia datang pagi tu pun tumpang orang..
jadi nak balik kena jugak la tumpang orang..

paling nyampah kat sorang lelaki c*** tu boleh jawab gini..
"u tengok saya baru mau masuk sini...
saya tak dak senang..."
kalau ye pun tak boleh,cakap la baik2...
pakcik india tu bukan nya
letak pisau kat leher sambil suruh hantar dia balik..
kalau mai p.pinang ni boleh jumpa ramai bangsa nih yang kurang ajaq.
tapi bukan semu…

MAISARA: ucapan raya

Assalamualaikum....

Ni ada ucapan hari raya dari maisara..




maaf kain dan batik...heheheh
kalau tak paham buat2 paham ye...
maisara baru umur 5 tahun...
pelat pun tak hilang lagi...

sekian...

Maisara-UNTUK KAK AMY SINAR RAUDAH

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
dapat kad raya la kemarin..
tapi sebab pi klinik tak sempat nak
tunjuk kad raya tu..

kali ni dapat kad raya dari Amy sinar Raudah.
sapa la tak kenal Amy ni kan..
tengah ligat dengan bisnes dia yang makin berkembang tu...
sebut ja nak apa,semua benda dia jual kat muslimah fashion wardrobe

dapat je kad raya dan2 la setiausaha aku ni sibuk nak balas
kad raya nya...
cepat2 cari kertas dan mula la menulis..
sejak pandai menulis ni,
tak berenti2 menulis surat.lepas tu lempar dalam longkang.
aku jugak yang nak kena kutip.


yang hijau kat tepi tu ketupat okey...
pelita pun hijau..
dan kat tangan dia tu adalah
bunga api...
harap maklum!
sekarang ni maisara dah kurang melukis..sibuk menulis je...

ada sapa2 lagi nak hantar kad raya kat maisara dan ibu dia ni???
jangan risau..raya sebulan ..ada banyak masa lagi nih...
hehehehh..

sekian...

FESYEN BAJU MENGANDUNG YANG PELIK DAN HUDUH KEMAIN.

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
semalam pi klinik..
checkup untuk minggu ke 34..
tapi lupa pulak nak tanya doktor kenapa
bila aku duduk lama2 lepas tu
nak bangun je rasa sakit
sangat perut nih...??
menyusahkan betul la penyakit lupa nih.

Bila pi klinik ni kan..
macam2 pesyen baju mengandung
yang kita boleh tengok..
macam aku ni kadang2 pi klinik pakai baju ngandung..
kadang2 pakai seluar dengan t-shirt je..
heheheh..yang penting selesa.

tapi aku cukup tak berkenan
kalau pesyen baju ngandung yang
tak de lengan tu..
lepas tu pendek pulak.takat peha je..
pakai pulak dengan legging.
yang pakai tu pulak melayu..
ya ampun ..buruk nya!
(laki tak bagitau ke pakai gitu nampak huduh??)

ada satu pesyen lagi..baju tu labuh ..
lengan panjang...
tapi ada getah pulak kat atas perut tu..
kekonon nya nak menampak kan
bentuk perut tu..comel la konon..
wah!!seronok kemain tayang perut..

ha..yang satu pesyen ni paling pelik..
pesyen tayang pusat..
sengaja dipakainya baju yang ketat kat perut ni..
mentang2 la dia ada pusat yang…

BEZAANTARA KONTEST/GA BLOGGER ADIK2 DAN BLOGGER ABANG KAKAK.

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
dekat2 nak raya ni aku tengok
ramai betul blogger yang buat kontest.
meriah...ada yang dapat sambutan dan ada yang tak??

aku suka jugak join kontest dan GA nih..
tapi tengok hadiah la..kalau lumayan aku join je..
tapi kalau lumayan, tapi syarat nya leceh memang tak join.

satu yang aku perasan..ada beza tau sebenarnya
antara kontest/GA dari adik yang bersekolah ni
dengan kontest/GA dari blogger2 yang dah dewasa dan bekerja.

perbezaan yang ketara adalah
dari segi hadian dan syarat2 nya..

kalau dari adik2 yang bersekolah ni..syarat2 dia..
~like fanpage
~wajib follow
~like penaja
~follow blog penaja
~wajib tag blogger lain.

lepas tu hadiah nya pulak..
~doodle..
~bannner
~header
~watermark
~keychain
~shawl (hadiah utama)

tapi kalau tengok kontest/GA blogger2 yang
dewasa dan bekerja nih..syarat2 dia simple je..
~nak follow pun boleh,tak follow pun tak pe..
~letak link penaja dalam entry kontest

hadiah nya pulak..

~duit
~traffik
~gadget
~topup
~shawl dan aksesori wanita (saguhati)

set…

CEREWETNYA KANAK-KANAK ZAMAN SEKARANG

Assalamualaikum...

Selamat pagii semua...
hari sabtu kemarin keluar shopping untuk raya..
punya la sakit kaki aku berjalan..
Ingat nak beli kasut untuk maisara.
tapi cerewetnya ya ampun...
itu tak kena ini tak kena...

memilih betul la...
sampai tak tahu nak beli yang mana .
semuanya dia tak mau sebab tak berkenan.
last2 tak beli pun..
katanya nak beli kat kedai lain nanti..
pulak dah!!

Budak2 sekarang ni tak macam kita
kecik2 dulu kan>??
kadang2 kasut raya tu,sedar2 dah ada depan mata dah..
sebab mak ayah yang pi kedai tu sendiri.bawak tali sukat je.
kita depa tinggal kat rumah.

dah ada depan mata tu berkenan ke tak,kena la terima je.
kalau tak suka,menangis la berguling macam mana pun
last2 kena jugak pakai kasut tu masa raya nanti..ehheeh

kalau baju raya pun sama..
sedar2 dah beli kain dah..
tinggal nak bawak kita pi kedai nyonya tukang jahit ja..
nak pi sukat.tak de nya mak nak tanya ..
"nak kain warna apa??"
kalau ada pun mungkin masa tu umur kita dah masuk 15 tahun.



dah jadi anak dara..
tapi m…

MAISARA::zahir dan batin

Assalamualaikum...


Selamat petang semua...
dah banyak iklan raya kat tv kan??
kat astro 612 pun ada iklan hari raya..
maisara cukup suka tengok iklan tu..
siap tiru2 lagi ayat dalam iklan tu..

tapi kan..
maisara ni kalau dia tiru2 apa iklan tu kata pun,
bukan betul pun apa yang dia tiru tu..orang sebut lain dia sebut lain..


makin itam tapi takmau ngaku!

gelojoh!
orang kalau nak tiru kena
la dengar betul2 apa orang tu kata..
ni tak..
orang dalam iklan tu becakap dia pun becakap..
cemana nak dengar jelas apa iklan tu kata,.

macam iklan hari raya tu...
dalam iklan tu kata..
"selamat hari raya..ampun maaf zahir dan batin.."

yang maisara pulak sebut ikut suka dia je...

Maisara: selamat hari raya..ampun maaf KAIN DAN BATIK.."


ha!!
tak tau nak ampun kan ke tak..



sekian...

DUIT DARI BLOG DAN KAD RAYA

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua..
hari ahad sudah...
jarang2 aku nak update blog pada hari ahad...
tapi hari ni tak de buat apa ..boleh la update sikit..

hari jumaat hari tu
sampai sudah cek terakhir aku dari nuffnang
sebelum aku cuti bersalin ni..



cuti bersalin ni mungkin lama tak buka blog
jadi sah2 la takde duit dari nuffnang lagi..heheh
jumlah nya tak sampai seratus pun..
mana tak de..bulan 6 tu satu be je yang ada..
bulan 7 pun ada satu be tapi tak boleh nak cashout sebab
ada RM37 je..heheh..tu la..malas update blog lagi..heheh..

hari jumaat tu jugak dapat kad raya dari Deno..
comel je kadnya..macam dia jugak..

Maisara tanya "kenapa kad ni sebelah dia sekerat je ibu??"

Ibu:entah la...(jawapan malas nak layan.)

Maisara:entah2 kakak ni tahu maisara puasa sekerat hari je kot..?

Ibu:ha..tau pun..sebab tu kena puasa penuh.tak boleh sekerat2.



Ni pulak kad raya dari Myra..
Myra ni pun dok pulau pinang jugak..
tapi tak pernah jumpa..
teringin jugak nak jumpa dia tapi aku ni kan pemalu..
hahahha…

SUKAHATI DEPA LA..TAK MAU RAYA HANG DOK DIAM2 OK??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
dah hari jumaat rupanya.
aku tak sedar pun..
semalam tanya suami "abang..hari ni hari apa??"
bila dia kata "sekarang dah masuk hari jumaat la."
terkejut dengar..
cepat betul masa berlalu.tak lama je lagi nak raya..kan??

Aku kekadang geram je dengan orang2 yang
selalu pertikaikan orang lain
yang teruja nak sambut raya berbanding sambut
hari kebangsaan..perlu ke dipertikaikan???

tak boleh pikir ke??
hari raya dengan hari kebangsaan tu berbeza tau..
salah ke kalau orang sibuk shopping baju dan kuih
raya dan masih belum kibar bendera depan umah??
apa nak heran...
bukan ke kita sambut raya dulu
dari hari kebangsaan.


lepas tu bila tengok orang dok sembang pasal
puasa dan raya je mula la nak kata kita ni tak patriotik la..
tak kenang jasa pejuang2 negara la..
tak penting kan sejarah negara la..

habis tu nak suruh buat cemana??
nak suruh hari2 dok depan umah terjerit2 baca
sajak kemerdekaan??
nak suruh tiap kali update status lebih kan cerita
pasal kemerdek…

CAKAP SENANG LA SEBAB TAK KENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI LAGI...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
pagi ni aku tak tahu nak tulis pasal apa..
dah banyak benda yang
aku tulis dalam blog ni,..
malu la nak tulis benda yang sama je..kan??
nanti boring pulak orang baca.hehehe..

Dalam banyak2 entry aku,
aku ada banyak tulis pasal rumahtangga.
jangan salah paham lak.
bukan cerita pasal rumahtangga aku..
tapi lebih kepada tips rumahtangga dan
masalah2 yang biasa dihadapi oleh pasangan2 suami isteri.
harap2 apa yang aku sampaikan tu
dapat la sedikit sebanyak membantu mereka2 yang bermasalah.
nak bantu lebih2 aku bukan nya pakar motivasi ke..
kawen pun baru 7 tahun..

dalam rumahtangga ni benda2 yang kecik selalunya
orang kata jangan besar2 kan supaya rumahtangga kekal aman.
korang setuju tak dengan kenyataan macam tu??

bagi aku,tengok pada apa permasalahan yang kecik tu..
kadang2 benda kecik kalau
kita biar akan jadi besar.
ada jugak benda kecik pada mata orang
tapi kat mata kita rasa terbeban sangat..kan??

jadi bila tengok ada artikel2 atau post blog

MAISARA:buli!

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
aku ni paham sangat dengan perangai maisara ni..
dia ni kuat mengadu.
balik je sekolah ada je benda yang dia adu.
paling kerap sekali mengadu pasal
kawan2 ejek..

ada kawan2 kata dia gedik la..
ada yang ejek dia kuat nangis la..

Tapi aku takde kesah pun
setakat ejek2 tu..
walaupun kadang2 perkara tu buat dia
sampai mengigau waktu tidur.
bila kerap2 mengigau,sampai demam2 pulak.
sudahnya tiap2 bulan,mesti ada seminggu tak pi sekolah.

Hari ni
dia balik2 je menangis bagitau
kawan dia ni dah pecahkan bekas gam dia.
aku check beg sekolah habis gam tu dah
terkeluar dari botolnya.
beg sekolah,bekas pensil,pensil warna habis
kena gam.

aih..rasanya budak ni memang dah melampau la.
aku call sekolah dan mintak nombor telefon penjaga budak tu..
bukan la call nak marah
tapi cuma nak bagitau penjaga dia
apa yang anak dia buat kat anak aku.
kadang2 budak2 ni dia berani buat apa je
sebab tak de sapa larang...
harap2 mak ayah budak tudapat la buat sesuatu sebelum anak
depa jadi kaki buli ka…

MINGGU KE BERAPA AKU PATUT BALIK KAMPUNG??

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
semoga hari ni kita semua sihat ye..
aku pun harap sangt hari ni aku sihat.
tak nak sakit apa2..
semalam sakit gigi..heheheh..

pagi ni aku nak mintak pendapat ibu2
yang pernah melahirkan.
biasanya bila ye bayi kita dah cukup matang dan bila2
masa je boleh lahir??korang tau tak???
saja je tanya soalan belit gitu..heheh

sebenarnya aku ni tengah cari2 tarikah sesuai untuk balik kampung.
nak balik kampung untuk bersalin la..
d.date 22/9/2012.
agak2 minggu ke berapa waktu yang sesuai untuk balik kampung ni.
aku tak suka dok kampung lama2.
dulu boleh la dok lama2 sebab sorang.
sekang dah ada maisara tak mau la
balik kampung awal2 tapi besalin nya lambat lagi..
maisara ni bukan boleh dok lama2 kat kampung.
rindu ayah dia..

balik besalin pun sekejap je..agak2 baby tak de
masalah apa2 terus nak balik pulau pinang dah.

jadi agak2 korang la minggu keberapa aku
dah patut balik kampung untuk besalin..??

sekian...:)

MAISARA::nunipong

Assaalamualaikum...

Semalam,lepas balik sekolah..
aku tanya la maisara..
"cikgu ada pesan apa2 tak?"
memang tiap kali balik sekolah kena tanya macam tu..
kalau tak tanya memang dia tak rasa pun
nak bagi tau apa
yang cikgu pesan..

Semalam lepas tanya je dia jawab la..

Maisara:cikgu pesan esok tak pakai baju sukan.
kena pakai nunipong.

Ibu:pakai apa??

Maisara:ibu ni maisara cakap buat tak dengar je.
esok cikgu suruh pakai nunipong.

Ibu:bukan tak dengaq..
hang tu yang cakap tak betoi..
orang tak sebut nunipong..
orang sebut Uniform la..
becakap dah macam orang siam je...


sekian..

INGATKAN DIA SUPAYA TAK LUPA!

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua...
pagi ni aku nak cerita pasal
isteri2 yang tinggal dengan mertua.

banyak yang kita dengar kalau tinggal dengan mertua ni
banyak masalah nya..
tapi betul pun..kalau kita tak ikut
rentak mertua memang susah la
nak duduk sebumbung.
jadi kalau nak bahagia kena la ikut rentak mertua tu..kan??

dapat yang baik dan jenis memahami,
memang bernasib baik la..
tapi kalau dapat yang jenis suka mengawal dan mengarah ni'
memang masalah besar bila menantu pun
tak pandai nak terima cara tu..kan??

Kebanyakan pasangan yang tinggal dengan mertua ni
biasanya bagi alasan kewangan belum kukuh.
tapi nak ingatkan isteri2 tu..
selalu2 la ingatkan suami untuk duduk berdikari.
maknanya duduk rumah lain la.
jangan menumpang mertua lama2..
tapi jangan la hari2..
bercakap tu berkias2 sikit..
contohnya gini la..masa nak tidur ke
cakap gini..

"bila abang dah cukup duit nanti,
dan kita pun dah pindah boleh la beli perabot
sikit2.."
contoh nye la..

Bukan apa..
orang lelaki ni,
bila dia dah sedap d…

7 MASALAH YANG BIASA DIALAMI IBU-IBU YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum...

Ramai ibu2 hamil yang berharap dapat
bersalin secara normal berbanding bersalin melaui pembedahan.
Ini kerana bersalin melalui pembedahan memerlukan
penjagaan yang lebih rapi
berbanding bersalin secara normal.
dikatakan juga bersalin secara pembedahan akan meninggalkan banyak masalah kesihatan kepada ibu..

1. Ibu kerap merasa mual dan
muntah akibat sisa pengaruh ubat bius.

2. Ibu mengalami nyeri atau sakit pada tulang belakang
di tempat bekas penyuntikan ubat bius.
Biasanya berasa sakit ketika ibu mengangkat beban yang
cukup berat, membongkok, atau melakukan aktiviti
yang melibatkan tulang belakang.
Rasa sakit ini muncul hingga berhari-hari atau berminggu-minggu,
namun lambat laun rasa sakit ini akan hilang dengan sendirinya.

3.Ibu2 akan merasa sakit di bekas jahitan
hingga berhari-hari atau berminggu-minggu,
terutama ketika melakukan pekerjaan cukup berat.
kadang2 siibu berasa kebal di kawasan bekaspembedahan
kerana saraf dikawasan tersebut terputus akibat pembedah…

WALAUPUN SEDIH TAPI DIA ADA CINCIN BESAQ BERKILAT

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
hari ni dah isnin..
hari ke 17 berpuasa..
walaupun hati sedih sebab
Dato Lee chong wei kalah malam tadi
tapi kena la kita semua
terima kenyataan tu...
dia dah buat yang terbaik dah semalam..kan??

sedih betul semalam..
tambah2 bila tengok dia menangis


lagi la rasa sebak..
yang pasti kita semua tetap bangga
dengan pencapaian dia selama ni menjulang nama negara..
betul tak??

tapi kan...
korang tengok tak
cincin kat jari dia semalam..uih..
mahal tu tau dak??
tengok macam berlian je..
besaq pulak tu..
lip lap lip lap mata ni dok perati semalam..hehe
dah macam mami jarum la pulak..hahah

Tu kalau dia menang emas semlam
masuk poket lagi RM4 juta.
wah!!nampak tak betapa untung nya kalau
kita jadi kan minat sebagai mata pencarian..
tapi sebab dah kalah kita
anggap je la RM4 juta tu bukan rezeki dia..
anggap je la RM4 juta tu untuk rakyat2 malaysia yang
kurang bernasib baik dan hidup susah nih..kan??
susah ke???
susah2 pun,baju raya 4 pasang...hehehhe


sekian,.,

MAISARA::mercun

Assalamualaikum....

Jam sembilan tadi...
sambil tengok tv...
dengar bunyi mercun...

Maisara:ish!!budak2 zaman sekarang ni
asyik main mercun je..
tak tau ke orang tak suka bising2??kan ibu??

Ibu:ye...

15 minit kemudian...

Maisara:ibu..maisara tak mau puasa dah esok.

Ibu:kenapa???

Maisara:maisara nak raya dah..

Ibu:mana boleh suka2 hati nak raya.posa pun tak habis lagi..

maisara:lambat sangat la..
dah la kita ni mercun pun tak beli lagi..

alahai..
nak mercun jugak rupanya...


sekian,..

MAISARA::pobaiiitttttt...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
nak muntah je rasa petang ni...
panas sangt..kan??

sambil dok online ni ,layan2 la maisara berbual..
kadang2 kelakar je dengar dia bercakap..
dia suka belagak bercakap macam orang dewasa.
kadang2 ada perkataan2 yang
dia susah nak sebut
tapi dia bedal je...

dengar kat tv sekali dua je perkataan tu..
lepas tu mula la dia pun nak guna perkataan tu.
teringat tahun lepas pertama kali dia tengok Boboiboy..
lepas tu hari2 dok sebut "pobaittttt"
memula dengar pelik je..apa benda la yang dia sebut..
rupa2 nya dia sebut "terbaikkkk.."hehehe

sekarang ni dah boleh sebut "terbaik" tu
tapi ada lagi perkataan2 pelik
yang dia sesuka hati je sebut walaupun tak betul..


~Bukutatakaan-perpustakaan
~jempon-jepun
~koya-korea
~wangmeliat-buang tebiat

kalau ayah buat lawak ke...
"apa pasai ayah ni..wangmeliat ke apa??"

heheheh

sekian..

SEMUA ACARA NAK PAKAI BAJU MANDI..PELIK BEBENO!!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
tengah tengok liputan olimpik malam tadi..
tetiba maisara tanya..

"ibu..kenapa orang bersukan pakai baju mandi...
kan baju mandi untuk mandi je.."

hahaha...
betul jugak kan??
pelik je tengok orang bersukan
pakai macam baju mandi..
walaupun bukan bikini tapi
baju depa pakai tu iras2 baju mandi je..kan??..

contohnya sukan gimnastik..
yang lelaki nya boleh je pakai seluar panjang.
tapi perempuan nya pakai sampai nak nampak semua benda..
padahal bukan bergimnastik dalam air pun..

lepas tu sukan gimrama..
pun sama jugak..
sebab tu atlit2 melayu yang join sukan gimrama
dan gimnastik ni bersara awal.
umur 14,15 dah bersara.
dah ada perasaan malu gamaknya...heheheh



jangan satu hari nanti
acara memanah dan bowling
pun atlit nak pakai baju mandi..
alasan:untuk keselesaaan dan memudahkan pergerakan..
hehehe

sekian

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2012

Assalamualaikaum...


Petang tadi berlangsung undian Piala Malaysia 2012.
berikut adalah keputusan undian..

Kumpulan A
A1- Lions XII FC
A2- PKNS Selangor FC
A3- Johor FC
A4- Johor FA

Kumpulan B
B1- KELANTAN FA
B2- Terengganu FA
B3- Kedah FA
B4- ATM

Kumpulan C
C1- Perak FA
C2- N.Sembilan FA
C3- Felda United FC
C4- Sime Darby FC

Kumpulan D
D1- Selangor FA
D2- T-Team FC
D3- Sarawak FA
D4- Pahang FA

Dua belas pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana akan bersaing dalam Piala Malaysia musim ini bermula pada hari keempat Aidilfitri.
sekian...

TERAPI PALING MENGERIKAN

Assalamualaikum...

biasanya kan kalau kita orang perempuan suka anggap shopping tu satu tarapi..
oh..itu lah terapi paling indah sekali dalam hidup..
heheheh..

tapi kan,kat negara lain ada terapi yang
ngeri giler la..
tak sanggup aku nak cuba..
tengok pun rasa badan jadi gatai2..hahaha..
jom kita tengok..

kenboja-terapi kura-kura



china-terapi lebah



china-terapi kala jengking



ni paling ngeri..
china..entah la terapi apa..
terapi makan katak gamaknya...


sekian...

SEGMEN RAYA SAKAN:TEKA JUADAH RAYA!!

Assalamualaikum...



Aku nak join satu segmen ni...
segmen teka nama juadah raya nih..
sebenarnya nak tunjuk teror je teka nama jaudah ni..
(padahal aku pun hentam je...)
benda ini pun depa tak tau nama nya..
senang la..

sebelum tu tengok syarat2 nya..

Terbuka kepada blogger seluruh Malaysia dan di kepulauan Papua New GuineaNak kena follow ke? Ikut korang la tapi kalau folo , nescaya korang akan bertambah emsem dari semasa ke semasaBuatlah entry cincai2 ; Letak tajuk macam kat atas, tempek banner dan link ke blog mksyahir, Afzal Sukakaki dan Arra Ahmad dan last sekali jawapan korang.[pastikan ada link ketiga-tiga orang ni]Kemudian korang maklumkan penyertaan korang di ruangan komen entry salah seorang antara mereka. Letakkan sekali url entry segmen tersebut.Tarikh tamat pada 5 Ogos 2012, 11.59 malam. Sebarang surat menyurat dan sesi kipas mengipas tidak akan dilayan sama sekali. Harap maknyah.Seorang pemenang dengan jawapan yang tepat sahaja akan dipilih. Pemenang akan dimaklumkan di dalam …

TRADISI ANEH PRAJURIT SUKU PEDALAMAN AFRIKA

Assalamualaikum...

selamat tengaharisemua...
Satu tradisi unik dan menjijikkan ini berlaku di pedalaman Afrika,
Prajurit suku-suku di Afrika mempunyai tradisi meminum darah
segar dari lembu yang masih hidup.
Cara mengeluarkan darah dari lembu juga sangat unik
dan agak sadis aitu dengan cara menebuk pembuluh arteri.
Seperti mengambil air dari paip
mereka menampung darah segar yang keluar dari lembu
dengan menggunakan kulit labu yang berbentuk seperti mangkuk



Menurut dukun darah ini mengandung vitamin yang sangat tinggi,
syarat minum nya, setiap prajurit mesti minum darah segar
tersebut sebanyak dua liter,
namun ada di antara mereka yang muntah dan tidak mampu untuk
minum sebanyak itu..



amacam???
bulan2 puasa ni tengok
gambar gini ada yang terliur tak??
heheheheh...

sekian...

SAYANG BLOG KE TAK SAYANG?

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
sekarang ni aku nak ajar diri supaya kembali rajin menulis blog.
tapi tu la...kejap2 semangat tu datang..
kejap2 dia hilang..
sayang je kalau blog ni terabai..kan??
sebab masa nak buat blog dulu
rela bersengkang mata.

Belajar buat header la..
pasang iklan la..belajar ubah itu ini..
kalau nak tau blog aku ni
adalah hasil edit dari jari jemari halus ku ini..
tak de upah2 orang.sebab tu nampak biasa2 je..
tak de menarik pun..ekekkeek..

letih2 belajar semua ni tak kan nak tinggal pulak..kan??
jadi nak tak nak gigih kan jugak la diri ni untuk update.
lepas besalin nanti pun nak kena tinggal lama.
sementara ada masa ni buat la jugak sikit2
walau tak sempurna..hahah
lagipun baru renew domain ni..
dah bayar tak kan nak tutup buku pulak..kan??rugi 35 hengget..heheh

kadang2 tengok ada blogger yang dah tak menulis tu
terpikir jugak la..
"depa tak sayang ke blog depa tu?"
aku ni,blog kena hack pun aku nangis.
sayang tau,..nanti kalau maisara dah
lancar menulis membaca pun …