ZUL MUHAMMAD

NOMBOR EKOR DAN POKOK BERTUAH.

Assalamualaikum...

Semakin hari kesihatan semakin baik.
jadi nak buat apa lagi.update blog je la..
lagipun suami tak bagi aku asyik termenung memikir pasal perut.
dia jugak tak bagi aku asyik baca masalh orang ngandung je..
itu yang buat aku asyik risau..katanya...heheh

pagi ni aku nak cerita pasal jiran aku ni..
rimas la dengan dia.jiran aku ni india.
dia ok je dengan kami.tapi yang tak bestnya dia
suka beli nombor tapi suka melibatkan suami.

dulu awal2 kawen suami pakai kereta lain.
dia selalu beli nombor guna nombor plat keta suami.
tak kesah la kan.siapa kami nak halang.
tapi yang tak best nya bila nombor tu kena je
dia akan panggil2 suami dan cerita pasal nombor tu.
dah la cakapnya kuat2.rasa malu je
bila jiran2 lain dengar.
kang tak pasal2 orang cop suami aku main nombor.
yang suami aku ni pulak bila
india tu cakap dengan dia,
dia tak balas apa pun.yang dia tau angguk2,senyum..
lepas tu terus masuk umah.
aih..nak je aku tolong jawab kan gini..
"kami orang islam tak main nombor la..berdosa..
jangan cerita pasal nombor lagi..paham??"
tapi tak de la aku nak cakap gitu..
kang bermusuh pulak jadi lagi tak best.

kemudian kami tukar kereta..
pun sama jadi gitu..beli nombor.
yang peliknya kerap la pulak nombor tu kena.
alahai..geram je rasa.
dulu kami ingat dia nak pindah tapi dok ada lagi
kat sini.agaknya dia sayang nak tinggal jiran yang
bertuah macam kami ni kot,..muahahahha..

kes lain pasal pokok depan umah kat luar pagar.
tapi pokok bunga tu betul2 depan umah aku.
suami kata pokok ni memang dah lama ada sini.
aku rimas tengok pokok ni sebab mengganggu pandangan.
tapi nak cantas buang tak boleh la pulak.
sebab india sebelah ni
dok sembahyang pusing2 pokok ni.
katanya pokok ni banyak tuah ooo..
aduhai...sabar je la aku ni.

kalau pokok tu depan umah dia suka hati dia la..kan??
ni sah2 depan umah aku.
kalau boleh pindah kan pokok ni ke rumah dia
aku dah suruh dah dia ambik boh dalam umah dia je.
kadang2 entah air apa2 je la yang dia siram2 kat pokok tu.

nak buat apa pun kami tak berani..
bukan apa..cuma depa ni bukan jenis boleh
bawak berbincang.tambah2 melibatkan agama depa..kan?
jadi berdoa je la semoga dia pindah ke tempat lain je.
tapi bila?????hehehe


sekian...

Post a comment

35 Comments

  1. sabo je la kak.. doa jgn dia buat benda yg x baik + x senonoh udah ler...

    ReplyDelete
  2. sabar jer la kak diana.....
    bab2 agama nie sensitif......

    lagi satu.....alhamdulillah.... bila akak kata akak dah sihat....

    ReplyDelete
  3. Macam2 kerenah berjiran dgn berlainan agama n kepercayaan ni kan.. Takut cakap lebih2 lain pulak yg jadi... Banyak bersabar n berdoa semoga india tu cepat2 insaf...

    ReplyDelete
  4. sabar je la yg blh dibuat...doa banyak2 moga dia pndh or xbuat benda pelik2.dia xpeka la tu dgn orang lain,kang jadi isu lak kalau cantas pokok tukan....susah jugak tu rumah kita tp xblh nak buat pe.

    ReplyDelete
  5. sabar jew la..doa byk2..

    http://kamiboolat.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. adohaiii .. sabar ye D
    sib baik hang cakap dah sihat ..
    kalau tidak huhuhu

    banyak2 kan berdoa D
    duk berjiran dgn berlainan bangsa nie memang lah .. silap hb kita leh terikut .. haishhh selisih !

    ReplyDelete
  7. menyakitkan mata dan hati je jiran awak tu..huhu.sabar2,jgn geram sgt awak tu hamil.sian baby ketap bibir dlm perut tu.jg diri ye..

    p/s:diana plis pm alamat awak boleh?saya ada benda nak pos ke sana.

    ReplyDelete
  8. Jiran Kak Alin pun India. Memang baik tp rimas ngan anjing dia yg asyik menyalak siang malam

    ReplyDelete
  9. Haih.. tak bule kaya pun hanya dengan beli no :|

    ReplyDelete
  10. tu lah kan ...
    hidup berjiran nie...
    terpaksa jer tahan pe'el dorang tu....
    sabar sabar sabarrrr....

    ReplyDelete
  11. Susah juga bila melibatkan jiran kan? India pulak tu, nanti main parang pulak...hehe...hrp2 tidak gitu.

    ReplyDelete
  12. kandungan akak tak ok ke?

    haah..ada tempat saya ni..maghrib2 dia duk sembahyang pasang colok..busuk habis satu blok berbau.. yang kesiannya kami yg duk di atas ni la..sbb asap naik atas.. kesian anak2..kadang sampai pedih mata diorang..bayangkanlah macam mana banyaknya asap colok tu..

    ReplyDelete
  13. sabar la jawabnyer yer sis :)
    hehehe

    ReplyDelete
  14. Adehhh!!
    Kalau Myra rimas gak...

    Kita sama2 la doa kan kak moga jiran akak tu cepat pindah :)

    ReplyDelete
  15. uishh...payah gak berjiran macam ni...

    ReplyDelete
  16. susah juga jiran mcm ni ya. Sabar jelah diana...

    eh! Bila due ni diana...tak sabar lak nak tgk adik Maisara...:)

    ReplyDelete
  17. Sembah pokok ke dia? ahaha. Saya rasa betul la dia sayang nak pindah sebab pertama dah la ada jiran yg bertuah. Pastu ada plak pokok bertuah dia. Mungkin dia siram pokok tu dgn air sireh kot. Tak pun minyak bijan.

    ReplyDelete
  18. hihi bertuah sungguh no tu erk...xpala rezeki kt dia ;-)

    ReplyDelete
  19. adoii..melarat jugak kalau berjiran dengan orang bukan islaam ni..
    boleh melarat lah jawabnya..semuanya tak kena ngn agama kita..

    ReplyDelete
  20. haha.. betul la.. orang india ni mmg jenis tak hiraukan orang langsung.. depan umah sy ni india gak.. kalo dok bergaduh anak beranak macam die ingat die je yg dok sini.. grr grr

    ReplyDelete
  21. dni pun berjiran dengan bukan sesama bangsa agama.. tapi Alhamdulillah mereka sporting :) semoga dipermudahkan segala urusan, amin

    ReplyDelete
  22. Hidup dlm negara berbilang kaum ni kenalah bertoleransi..cuma bukan satu pihak saja patut bertoleransi, tapi semua pihak. Bagi yg Islam jika kita tak lakukan sesuatu yg menyentuh agama lain, penganut agama lain juga jangan lakukan sesuatu yg menyentuh sensitiviti penganut agama Islam. Cuma masalahnya di sini mungkin sesetengah mereka tak faham perkara2 sensitif dlm agama kita...tanggung jawab sapa nak terangkan??

    ReplyDelete
  23. Doa je lah banyak2...sambil2 ambil air yasin...simbah plak ke pokok tu....jgn hantu dia pindah dlm rumah sudah....ahakz

    ReplyDelete
  24. tang nombor, rasanya tak perlu bumbang sangat.. orang paham.. tp tang pokok tu mmg agak masalah.. pokok yg dipuja secara berterusan ada buruknya..apatah lg kalau ada anak kecil..lain plk jdny nanti..

    ReplyDelete
  25. salam, kunjungan pertama disini. Harap bersabarle dengan jiran macam tu..buat hal masing-masing aje. Kalau sikap jiran macam-macam hal dibuatnya.
    Nota:Suka jiran yang menegur kita...

    ReplyDelete
  26. hadoi..ade pulak jiran camtu erk..doa je la lam hati moga dia cepat pindah...

    ReplyDelete
  27. ooo jiran ngn india yer..mesti bising bangau rumah india tu...meriah semacam jer bila diorang start berborak sesame mereka..kita jong dgr jadi pening..tapi apa boleh buat..rukun jiran tetangga ke hormati..kan??

    ReplyDelete
  28. dalam menangani jiran macam ni, kita kena banyak bersabar je.. yang penting Allah tau apa yang kita lakukan.. biarlah jiran lain nak mengata apa ke.. yang penting, jiran india tu tak menyusahkan dan tak mengganggu keharmonian keluarga.. :)

    ReplyDelete
  29. isshh susah jugak cmtu kan... hop die pindah umh lain pasni cepat2..hihikk

    ReplyDelete
  30. aduhai... buat sementara ni terpaksalah makan hati dulu yer diana..

    Salam ramadhan buat diana dan keluarga.. selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  31. saborlah kalau berjiran dengan india ni...paling tak tahan bila berjiran dgn inda ni satu..bau kemanyan yg dibuat sembahyang

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)