Skip to main content

MALUNYA...NAMPAK SANGAT KAU LEMBIK.

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
korang tengok tak liputan sukan
Olimpik kat tv tu??aku ada jugak tengok..

hari tu ada dah kecoh2 pasal
budak2 yang pi olimpik ni dibolehkan tak berpuasa sebab
berjuang untuk negara la konon nya..
aku pun tak paham la kenapa boleh tak puasa
sebab Nabi sendiri berperang masa bulan puasa
tak de pulak dengar nabi tak puasa..hehehe..

balik pada cerita pasal Olimpik ni..
terkejut betul aku tengok
bila sorang peserta melayu (islam)
dari negara kita selambe je teguk air..
padahal sukan yang dia masuk tu bukan kena dia berlari ke,
terjun gaung ke..melompat sampai keliling padang ke..
badan memang sihat la budak ni..
tapi boleh tak puasa..sedih betul aku tengok..

orang kerja kontrak buat umah dari pagi sampai petang
pun kena puasa,ni kan pulak takat 2,3 jam kat tengah
panas gitu..puasa je la..
kalau pun tak boleh nak puasa jangan la minum selamber je
depan2 orang ..
HORMAT ORANG LAIN SAMA OK
??
yang masuk olimpik tu bukan negara kita je yang ada orang islam..
tu pun tak boleh pikir.malu la bila peserta olimpik yang beragama islam dari negara lain tengok..
mesti dalam hati dia..
"gini rupanya orang malaysia..tak reti
nak hormat orang lain yang berpuasa"


entah la..kang cakap lebih2 kata aku ngumpat pulak..
maklum la..zaman sekarang ni
kalau benda2 yang macam ni ramai sangat pembela nya..
kita yang bagi nasihat pulak yang nampak salah..kan??



sekian...

Comments

  1. marah betul akak senyum ni... cool

    ReplyDelete
  2. Betul tu kan kak...
    Adoi kalau ye pun korang 'dibolehkan' tak puasa tapi tak dibolehkan dengan selambanyer minum depan orang ramai...huhuuu

    ReplyDelete
  3. klu sebab betu2 tak larat takpelah.. tp kalau sebab dah dibolehkan dan mereka gunakan perkara itu sbg alasan, rasa sedih jugaklah kan..

    ReplyDelete
  4. memalukan org islam yg lain je.dah la bawa nama negara. hairan saya.

    ReplyDelete
  5. ye la..org lain kat tanah kering kontang tu boleh je berpuasa..

    ReplyDelete
  6. oh ye ke D ..
    adehhh ieda x tahu pula
    memang maluu lahhhh sebagai sesama ISLAM huhuhu

    ReplyDelete
  7. yeke kak?
    kalu mcm tu jgn hrp la nk mng apa2 pingat..pahala sah2 x dpt, pingat apatah lg..

    ReplyDelete
  8. oh tak taulah pulak, follow olimpik ni pun on off, aah ek, kalau betul la takmo puasa dan tak boleh puasa jangan la minum depan orang lain,segan je kan..

    ReplyDelete
  9. betol kee? sape ekk.. masalahnya hukum puasa wajib, tak kirelah ko pi bersukan ceruk mana pon! isshh!

    *emo pulak :P

    ReplyDelete
  10. yeke..tak tengok pulak..tapi rasanya dapat agak siapa..hihi

    ReplyDelete
  11. maybe dia rasa sbb sume org luar kot.xtau yg dia islam.

    ReplyDelete
  12. ada gak nampak komen2 kat fb pasal atlit ni..memalukan negara betul.. diorang tak faham keutamaan..

    ReplyDelete
  13. cuma bila dah tayang kat tv yang tak best tu kan...

    ReplyDelete
  14. Salam...lama tak singgah sini...
    Tu la masalahnya, yg Tok mufti pun sokong, kita yg jahil ni nak kata apa..???

    ReplyDelete
  15. buat malu je kan? coverlah sikit..

    ReplyDelete
  16. Dia tak puasa tu mungkin ada sebab2 kesihatan ke apa. Cuma betul la mcm diana ckp. Kena la hormati skit org lain. Minum la air sorok2 skit kalau ye pun sbb sakit ke apa. Ye tak?

    ReplyDelete
  17. xperasan le pulak.tp kalau tertengok pn msti dlm ati pk mcm kak diana pk..

    ReplyDelete
  18. adus, tak ptot la gitu. nak kate sebab tak cukup stamina mmg tak logik sebab dia kan atlit. huhu

    ReplyDelete
  19. buat malu malaysia jer.....
    camtu lah...bila dah lupa asal usul.....

    ReplyDelete
  20. erk... buat malu je... malukan agama dan negara sendiri...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …