Tuesday, 31 July 2012

LELAKI MACHO BUKAN LAGI PILIHAN WANITA

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
dalam keadaaan ekonomi yang tak berapa stabil ni,
korang setuju tak kalau aku
kata kebanyakan wanita sangt berhati2 dalam memilih pasangan.



Ada satu survey dilakukan oleh Southampton Solent University,united kingdom
menemui salah satu kesan dari ekonomi yang tidak
stabil ialah cara wanita memilih teman lelaki.
salah satu nya ialah wanita kurang berminat
dengan lelaki yang macho

bagi wanita lelaki seperti ini
sukar untuk menghadapi saat2 sukar dalam kehidupan.
wanita lebih tertarik dengan lelaki yang sensitif.

wanita juga merasakan lelaki yang macho akan
menguasai perhubungan atau mendominasi hubungan tersebut.
selain itu lelaki yang macho juga berpotensi untuk berlaku curang
berbanding dengan lelaki yang lembut dan penuh kasih.
ianya lebih mudah dikawal dan
layak menjadi seorang ayah yang baik.

Wanita juga berpendapat lelaki2 macho lebih suka berhibur,
cenderung menjauhkan diri dari masalah, suka memerintah,
tidak berani mengambil risiko, dan sukar diajak bekerja keras.
Oleh sebab itu lelaki macho di nilai sebagai seorang yang
kurang bertanggungjawab dan sukar bertindak sebagi ketua keluarga yang baik.

tak tahu la
apa sebenarnya makna lelaki macho ni..
mungkin lelaki yang terlalu menjaga penampilan diri,badan ketul2..
tak buat lawak bodoh depan orang ramai..
dan serius je orang nya..
itu ke lelaki macho??

yang tak macho lak cemana??
tak control kacak..
tak de control2 macho..
dan mungkin yang bersiap pun setakat
pakai gel rambut dan deodorent..
baju pun takat pakai apa yang ada je la..
tak de la sampai dok umah pun pakai jaket
dan cermin mata itam..ekekekek...
gitu ke lelaki tak macho??

sekian..

KASI TAYANG LA...RAMAI NAK TENGOK NI!

Assalamualaikum...

Selamattengahari semua...
petang ni kena pi klinik..
kena tulis ni dan ingat sebab takut lupa..
tak pernah lagi la kena pi petang..
selalunya pagi je..minggu ni kena pi petang pulak...
tu yang takut lupa tu...heheheh..

Nak cerita pasal baju raya ni..
sapa dah siap semua baju raya dia??angkat kain..hehehe
orang perempuan ni kan
kalau bab baju raya,kasut raya
memang kita cukup2 ambil berat..kan??

Bukan takat kain baju sendiri je kita sibuk..
yang suami punya pun kita jugak nak kesah kan..
yang mak mertua punya pun kalut kita nak uruskan..
bukan apa..takut nanti bila raya tak sedondon la pulak..
bila tak sedondon tak boria la..kan???

Dari awal tahun lagi dah siap bincang dah dengan biras,
dengan mertua dengan ipar duai
nak pakai kaler apa raya ni..
kalau tak sama kaler boleh kena buang keluarga la..
hahahahah

Aku dengan suami tak pernah lagi pakai sedondon warna ni..
last kami pakai sama kaler masa hari kawen..muahahh..
tu pun ikut kan hati nak je aku pakai kaler lain
dengan dia..hahahah..

mungkin tahun2 akan datang terbuka la pintu hati kami ni nak
berdondon.. hehehehh..
maklum la..
warna kegemaran aku dengan suami ni tak sama..
bab kaler baju ni memang kami tak sejiwa la..
hahahha...

pada yang dah siap baju raya tu,apa lagi...
kasi tayang la kat blog..
ramai nak tengok ni oi..
heheheh..kalau boleh lengkapkan sekali
dengan kasut dan beg tangan..:p

sekian...

MALUNYA...NAMPAK SANGAT KAU LEMBIK.

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
korang tengok tak liputan sukan
Olimpik kat tv tu??aku ada jugak tengok..

hari tu ada dah kecoh2 pasal
budak2 yang pi olimpik ni dibolehkan tak berpuasa sebab
berjuang untuk negara la konon nya..
aku pun tak paham la kenapa boleh tak puasa
sebab Nabi sendiri berperang masa bulan puasa
tak de pulak dengar nabi tak puasa..hehehe..

balik pada cerita pasal Olimpik ni..
terkejut betul aku tengok
bila sorang peserta melayu (islam)
dari negara kita selambe je teguk air..
padahal sukan yang dia masuk tu bukan kena dia berlari ke,
terjun gaung ke..melompat sampai keliling padang ke..
badan memang sihat la budak ni..
tapi boleh tak puasa..sedih betul aku tengok..

orang kerja kontrak buat umah dari pagi sampai petang
pun kena puasa,ni kan pulak takat 2,3 jam kat tengah
panas gitu..puasa je la..
kalau pun tak boleh nak puasa jangan la minum selamber je
depan2 orang ..
HORMAT ORANG LAIN SAMA OK
??
yang masuk olimpik tu bukan negara kita je yang ada orang islam..
tu pun tak boleh pikir.malu la bila peserta olimpik yang beragama islam dari negara lain tengok..
mesti dalam hati dia..
"gini rupanya orang malaysia..tak reti
nak hormat orang lain yang berpuasa"


entah la..kang cakap lebih2 kata aku ngumpat pulak..
maklum la..zaman sekarang ni
kalau benda2 yang macam ni ramai sangat pembela nya..
kita yang bagi nasihat pulak yang nampak salah..kan??



sekian...

PERFUME LADY GAGA BERAROMA SPERMA DAN DARAH

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
kalau sebut pasal Lady Gaga sah2 kita
terbayangkan pelik dan ngeri..hahahah...



baru2 ini penyanyi tersebut telah mendedahkan
botol perfume yang disebut2 sebelum ini
beraroma sperma dan darah di laman twitter nya.

"Looks like photos of my perfume are being leaked.
Oh you fashion editors I could just crinkle my hands at you!"

tulisnya ditwitter selepas editor majalah Flare
mendedahkan bentuk sebenar botol perfume bernama fame itu.

perbuatan editor majalah tersebut memaksa Lady gaga mendedahkan
rupa sebenar botol perfume tersebut.

Menurut Gaga perfume tersebut khas untuk wanita..

"My perfume was designed for women,
but a lot of my gay friends wear it,"

Walaupun perfume tersebut beraroma sperma dan darah
tapi menurut Gaga ianya bukan la di buat dari bahan yang menjijik kan itu.
melihat dari kandungan yang di tulis di belakang botol perfume tersebut,
perfume nya di buat dari nama2 bahan yang cukup pelik
seperti tears of belladonna, crushed heart of tiger orchidea
with a black veil of incense,
pulverized apricot dan
the combinative essences of saffron and honey drops.

**ada ke orang nak pakai bau gitu??eeiiiiyerkkk!

sekian...

Monday, 30 July 2012

AJAIB:BAYI MUNCUL DARI DALAM TANAH

Assalamualaikum...

Selamat malam...

kejadian berlaku di Bangladesh.
seorang lelaki menemui bayi yang
secara tiba2 muncul dari dalam tanah.

menurut rakyat setempat bayi ini adalah milik seorang
wanita yang maut akibat banjir yang
melanda daerah itu.

Ini berdasarkan penemuan mayat wanita tersebut
yang memperlihatkan ciri2
seorang wanita yang baru lepas melahirkan.
ajaib nya..bayi ini masih hidup..
Subhanallah...





sekian..

MERTUA MANJA KAN CUCU TAK KENA TEMPAT??

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
korang yang berstatus ibu bapa ni pernah tak
rasa risau bila anak lebih mesra dengan
mertua berbanding mak ayah korang sendiri??

jangan terkejut sebab memang ada orang jenis gini..
takut sangat kalau mertua nya tu
lebih rapat dengan anak berbanding mak ayah belah dia.

lepas tu dia guna la alasan
takut nanti anak besar jadi manja sangat la...
tak dengar cakap la...
padahal kalau mak ayah dia sendiri yang manja kan cucu
tak de pulak dia risau anak dia jadi degil ke apa..kan???

bersyukur la kalau mertua tu nak
mesra dengan cucu dia.
buat nya dia tak layan baru korang tau..
balik kampung pun mertua buat tak tahu je kat cucu..
kan tak best kalau macam tu..kan??

memang ada kadang2 tingkah mertua yang kita
tak berkenan dalam bab melayan cucu ni..
tapi rasanya kalau kita bagitau dia
elok2 rasanya dia boleh paham..
ala..dia dulu pun ada anak la..

Lagipun kan,kalau cucu tu jumpa nenek dia
sebulan sekali je tak payah la risau melampau2 sangat.
lain la kalau hari2 jumpa.
memang boleh pengaruhi anak kita tu..
tapi kalau kita ibu bapa pandai main peranan,
manja cemana pun cucu dengan nenek dia,
dia tetap akan ikut cara didikan kita.

macam maisara ni la..
kalau balik kampung jumpa
dengan opah,tok,tokwan memang geram je tengok
perangai dia..tergedik2 je..
sikit2 nak nangis..manja la konon..
tapi bila dah balik ke umah sendiri
tak de maknanya dia nak buat perangai sebab dia tau
takat tu la manja dan degil nya pun..
sebab ibu dia malas nak layan.
ngada2 sangat,tunjuk rotan je....
hehhehe...

sekian..

CERITA APA LAGI KALAU BUKAN TENTANG SAKIT..HEHHE

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
alhamdulillah hari ni aku sihat...
2 hari rasa macam nak mati dah..
tak tahu la kenapa lepas buka puasa hari jumaat tu
bangun je nak ke dapur
terus rasa dunia memusing2..

tak tahan sangat,sabtu malam
suami terus ajak ke klinik sebab risau.
bayangkan la sabtu petang tu
muntah sampai tak keluar apa dah.
berbuka puasa pun cuma setakat makan laici.
sebab tak boleh nak masuk apa pun.

bila ke klinik rupanya
tekanan darah rendah.
alahai..baru seminggu puasa dah kurang darah.
belum sebulan lagi..



dalam banyak2 sakit masa mengandung ni,
ini lah sakit yang paling sakit.
inilah sakit yang paling merisaukan suami
sampai dia sendiri papah aku ke klinik.

tapi bila sakit2 gini rasa bersyukur sangt
sebab nampak yang tersayang sentiasa
sanggup buat apa je untuk kita..kan??

eh!sebenarnya nak cerita
pasal benda lain tadi...hahahah..
selalu jadi gitu kan??
nak tulis cerita lain,
cerita lain pulak yang keluar..
korang pernah tak jadi gitu..hehehe

tak pe la..lepas ni ok..


sekian...

Saturday, 28 July 2012

KALAU TAK SEDAP,MASAK LA SENDIRI.

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
ada yang dah rancang ke petang ni nak beli
juadah berbuka kat
bazar ramadhan mana???


gambar hiasan je

Korang perasan tak harga makanan kat bazar ramadhan
tak sama dengan harga makanan kat pasar malam..
kalau kuih muih tu ada yang sampai cecah sebiji sampai 50 sen.
padahal saiz sama je macam yang dia jual kat pasar malam..
kalau sedap tak pe jugak..kan??heheh..

cakap pasal sedap ni..
ada sorang kawan mengadu dia bagitau kat sorang pakcik ni yang mee
pakcik tu jual tak sedap..tawar,rasa ajinomoto je lebih,kuah cair..
tapi pakcik tu jawab..
"kalau tak sedap,senang ja..masak ja sendiri.."

aduhai..
mudah nye jawapan dia..
padahal dia tak fikir ke jualan dia tu kalau
orang beli maknanya orang nak makan.
boleh pulak jawab gitu..

sepatutnya dia berusaha la memperbaiki jualan dia tu..
berniaga sebab nak untung je..
bukan ikhlas pun nak bagi pelanggan yang
keluarkan duit tu rasa kenyang dengan masakan dia.
kiranya lepas pelanggan bayar,
pandai2 la pelanggan nak makan ke atau nak buang je..
boleh gitu?
tak de tanggungjawab langsung!

sekian...

Friday, 27 July 2012

HELLO BRO.. JOM MASAK!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
korang ada tonton tak rancangan memasak
"Helo Bro.. Tolong Masak!" kat astro ria??
korang rasa best tak rancangan tu??

tak tahu la kenapa..
tapi bagi aku tak best langsung rancangan tu..
aku ingat kan rancangan tu
macam rancangan memasak kat diva tu..
"hot guys who cook"
sorang selebriti untuk satu seisi masakan..
tak de la kecoh kat dapur tu

rupanya rancangan memasak yang
kecoh je lebih kat dapur..
hahahah...kecoh kan??
dah macam makcik2 dok rewang kat dapur masa
nak kenduri kawen pulak..
dah la dapur tu nampak sempit..
lepas tu masing2 nak bercakap.
memang serabut sangat tengok.


bayang kan la dapur sempit gitu
dua,tiga orang memasak..

kalau dapur aku,
memang aku halau dah depa bertiga ni..
muahahhhaha


sekian..

Thursday, 26 July 2012

MAISARA:catur

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
maisara sekarang ni cukup suka main game catur.
tak la teror mana pun sebab baru 2,3 hari ni
la dok hadap game tu..



cer tengok gamba atas ni..
buah nya tinggal satu je..habis kena makan..
asyik kalah je..tapi dia tak jemu2 dok main jugak..

aku tanya la dia..

Ibu:apa pasai habis buah kena makan tu??

Maisara:heheh..tak tahu la..

Ibu:kenapa tak makan buah yang itam tu??tak teror la tu..

Maisara:tak la..maisara tak boleh nak makan dah
sebab buka puasa tadi makan banyak..kenyang dah perut ni..

logik sangat la bagi alasan gitu..


sekian..

APA LA..ANAK DAH BESAR PUN TAK NAK AJAR PUASA!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
boleh tak kita salahkan anak orang lain
bila anak kita ngikut anak orang tu tak puasa??
bagi aku...tak patut la..

itu sebenarnya tanggungjawab kita..
bukan tanggungjawab mak bapak orang lain..
kalau anak kita yang umur 6,7 tahun
tak puasa sebab kawan dia pelawa minum air
atau makan biskut,itu salah kita..
kita mak bapak yang belum cukup bagi
kesedaran pada dia apa sebenarnya puasa ni..

nak marah2 anak orang buat apa??
mana la tau kot2 anak orang tu
tengah tak sihat ke...kan??
sebab tu dia tak puasa..

kita pulak bila anak tak puasa boleh tanya pulak dia..
"kenapa boboi tak puasa.."

"sebab tadi kawan kat sekolah minum air depan boboi.."

lepas tu kita nak menyalahkan mak bapak orang tu..

"apa la..anak dah besar ajar la puasa..
tak pasal2 anak aku pun tak puasa.."

kalau anak kita tak puasa,tak payah tanya anak kenapa
dia tak mau puasa..tanya soalan tu pada diri kita sendiri..
"kenapa anak aku tak mau puasa.."

bahaya nih orang gini..
sebab dia tak nampak salah diri
sendiri dan salah anak dia.
dok rasa orang je yang tak betul..


sekian...

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam, mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan,” katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

- Bernama

Wednesday, 25 July 2012

LIKE UNTUK MERUBAH KEADAAN

Assalamualaikum...


keadaan umat islam rohingya di Myanmar..

Bila tengok je gambar ni memang sebak..
nak menitis air mata..

tengok anak yang dok atas riba tu..
apa la yang budak sekecik tu tahu..kan??

patutnya seusia macam tu depa
cuma rasa seronok je..

Tapi kan ada jugak manusia2 yang suka ambik lesempatan
atas keadaan penderitaan orang lain ni..
buat page kat facebook
"selamatkan mangsa bla..bla..bla.."
nama page tu..mintak ramai2 like..
tapi mintak like je la..dah ramai yang like apa pun tak jalan..
semata2 nak buat page je..

yang menderita tetap terus menderita..
masuk 3,4 bulan
mula tak dak dah cerita pasal penderitaan orang itu ini..
dok sibuk cerita pasal politik pulak..
cerita artis mabuk2..
cerita pelik2 dari barat..
"wanita berpayudara 4.."
lelaki dengan alat sulit terpendek.."

kalau nak buat page yang memperjuang kan
sesuatu buat la betul2...buat sampai keadaan boleh berubah..
jangan dok upload gambar je lepas tu mintak like.
like je tak kan mengubah keadaan si penderita..
mintak la pembaca2 doa ke..
buat solat hajat ke..
ini mintak like..
ada ka patut???

sekian...

#tiap kali lepas solat tu jangan la kedekut nak mendoakan
saudara2 islam kita yang kat myanmar tu..
kita nak tolong guna kederat,mungkin tak boleh...
jadi kirim2 kan lah doa semoga depa selamat..

Tuesday, 24 July 2012

MAISARA::puasa

Assalamualaikum...



morgan(kaler kelabu)dan kawan2 sedang berbuka puasa..

Selamat pagi semua..
tahun ni maisara belajar berpuasa..
dia pergi sekolah semalam,cikgu tanya puasa ke tak??
dia jawab la puasa..jadi walaupun dia bawak bekal makan dan
bekal air,cikgu nya tak bagi la makan sebab dia dah bagitau dia puasa.heheh..


balik rumah je dia menangis sambil ngadu..

Maisara:ibu..tadi cikgu tak bagi maisara makan..

Ibu;cikgu ada tanya tak puasa ke tidak??

Maisara:ada...maisara jawab la maisara puasa..

Ibu:ye la..sebab tu la cikgu tak bagi makan sebab
maisara dah bagi tau maisara puasa...bukan salah cikgu pun...

alahai..sebenar nya lupa nak bagitau kat cikgu
yang maisara baru belajar puasa tahun ni..
cara puasa pun lain macam...
bangun jam 7 dia akan makan sarapan..
puasa pun bukan la sampai tak makan cuma aku ajar dia tinggalkan
sementara makanan tertentu..
contohnya dia kena puasa dari mintak makan dan susu.
hari pertama aku cakap..

"hari ni puasa pertama tak boleh minta nasik dan susu ye.."

jadi hari pertama memang tak mintak langsung susu dan nasik..
dia cuma minum air masak dan roti.
masuk hari kedua aku kata
hari ni puasa tak boleh mintak nasik,air masak ,ayam goreng dan jajan..
jadi hari kedua memang dia minum susu dan roti je.
lepas tu tak mintak makan apa dah..
hari ke tiga lepas sarapan aku kata
tak boleh minum susu,nasik.aiskrim,ayam goreng,jajan,air masak dan roti.
cuma boleh makan sosej 3 batang je.

hahah..memang lain dari yang lain kan
aku ajar maisara berpuasa..
bukan apa..cuma tak mau dia rasa
puasa tu sesuatu yangmenyusahkan dia.
biar dia tinggalkan makanan tu sikit demi sikit.
masuk minggu kedua nanti baru aku nak ajar dia
lepas jam 8 tak boleh makan apa dah.kena tunggu maghrib baru makan.
tapi buat masa ni aku guna cara awal ni dulu la..

harap2 cara ni berkesan la..
lain anak2,lain cara asuhan nya..
kita ibu bapa kenal anak kita
jadi kalau orang lain kata cara tu tak bagus,jangan la
kita terus kata tak bagus jugak.anak dia dengan anak kita lain..tak sama...kan??
semoga nanti dah masuk 7 tahun
dia dah boleh puasa macam kanak2 lain..


sekian..

Sunday, 22 July 2012

BERJIMAK SIANG HARI DIBULAN PUASA

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...selamat berpuasa..
sedang online facebook semalam aku terlihat
satu status seorang rakan untuk rakan aku yang
lain yang baru saja mendirikan rumahtangga awal bulan lalu..

"hati2..bulan puasa tak boleh "ehem2" tau.."

kemudian ada nampak komen2 lain
yang bertanya kenapa tak boleh...
sebenarnya boleh..cuma boleh nya waktu malam saja..
kalau siang memang tak boleh...

ada satu kisah dimana salah seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan berkata,
” Wahai Rasulullah..binasalah saya..!!”

Rasulullah s.a.wbertanya,

Apakah yang telah membuatmu binasa?”

Dia berkata,

Saya telah melakukan hubungan intim dengan isteri pada siang hari Ramadhan.

Rasulllullah s.a.w berkata

“Apakah engkau memiliki kemampuan untuk membebaskan seorang budak?”

Dia menjawab, “Tidak.”

Rasullullah s.a.w berkata “Apakah engkau sanggup untuk berpuasa dua bulan berturut-turut?”

Dia menjawab, “Tidak.”

rasullullah s.a.w berkata lagi..

“Apakah engkau sanggup untuk memberi makan enam puluh orang miskin?”

Dia menjawab, “Tidak.”

Lalu Rasulullah s.a.w terduduk, kemudian datang seseorang membawa setandan buah kurma kepada baginda.


Rasullullah s.a.w berkata kepada lelaki tersebut,“Bersedekahlah dengan kurma ini.”

Dari kisah di atas, maka sangat besar sekali dosa dan kerugian jika seseorang yang melakukan jimak ketika sedang berpuasa ramadhan. dalam Al-Qur’an ayat Al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud

Allah Berfirman :

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, aitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.” (Al-Baqarah: 187)


sekian...

Saturday, 21 July 2012

PUNCA MULUT BERBAU DAN TIPS HILANGKAN BAU MULUT

Assalamualikum...

Ramai orang suka mengelak untuk mengambil
karbohidrat sebagai menu utama atas sebab
ingin mendapatkan bentuk badan ramping
dan menawan..
tapi tahukah kita bahawa tidak mengambil kabohidrat
akan menyebab kan mulut berbau..

Ini kerana apabila kita kekurangan kabohidrat
kita akan menggunakan lemak dalam badan sebagai
sumber tenaga kita.proses ini akan menyebabkan
bau kurang enak yang melaui rongga mulut kita
apabila kita bernafas.

lebih parah lagi bila bakteri-bakteri yang ada di dalam
mulut akan menghasilkan zat sulfur
(bahan utama penyebab bau mulut) lebih banyak,
ketika kita mengambil makanan yang mengandungi protein.

Untuk menghilangkan bau mulut,
ada beberapa cara yang boleh kita praktik kan...

1. Minum air kosong yang banyak untuk membantu
membersihkan zat-zat sulfur di mulut kita.

2. Gosok gigi dan flossing setiap kali selesai makan.
Jangan lupa untuk membersihkan lidah dengan tongue scraper
atau pembersih lidah yang mampu membantu
menghilangkan partikel-partikel yang bersembunyi
di balik lidah kita yang merupakanzon aktif pembentukan sulfur.

3. Kunyah gula2 getah yang bebas gula untuk memperbanyak kan air liur.
ada juga gula2 getah yang berfungsi sebagaipewangi mulut.

sekian..

Friday, 20 July 2012

MAISARA::sosej

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
selalunya bekal maisara kesekolah sekadar
sosej dan mayonis je.pagi tadi itu la jugak bekal nya. .
bila balik dari sekolah
tengok2 bekal nya tak habis makan.ada tinggal satu..



Ibu:kenapa tak makan habis ni?

Maisara:ibu letak garpu je..pisau nya ibu lupa letak..
macam mana maisara nak makan??



Ibu:makan la guna tangan..apa yang susah sangat nya??

Maisara:mana boleh..sosej ni panjang.
kena la potong2 dulu.baru boleh makan..

Ibu;tak potong pun boleh je makan..
masuk mulut nak kena gigit jugak..

maisara:tak boleh..sosej tu panjang..
kalau masukkan dalam mulut
lepas tu terkena otak,cemana??
satu kerja nak bawak pi hospital..

alahai....


sekian..

BOLEH KAH IBU YANG SEDANG HAMIL BERPUASA?

Assalamualaikum...

Menjelang bulan Ramadhan,ramai ibu2 dan bakal ibu yang risau untuk menjalankan ibadah puasa secara penuh kerana kuatir impak perubahan pola makan terhadap kesihatan bayi didalam kandungan.Padahal kajian menunjukkan,puasa dapat memberikan impak positif bagi ibu hamil asalkan ibu dalam keadaan sihat serta pola makan diatur dengan baik dan pengambilan nutrisi tetap terjaga dengan seimbang.

Salah satunya manfaat puasa bagi ibu hamil adalah membantu pembakaran lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh.
perubahan pola makan dari tiga kali sehari menjadi dua kali sehari selalu membuat ibu hamil risau untuk menjalankan ibadah puasa. ini kerana ada yang beranggapan wanita hamil yang berpuasa memiliki risiko melahirkan bayi yang kurang berat badan.
Namun perlu diingat bahawa masalah berat badan bayi kurang hanya dialami oleh wanita yang cenderung memiliki pola makan dan diet yang teruk


kajian lain juga menunjuk kan bahawa berpuasa di bulan pertama kehamilan dapat mengakibatkan penurunan berat badan bayi ketika lahir. Namun penurunan ini hanya sekitar 40 gram dan tidak akan memberi kesan langsung pada bayi.

wanita hamil yang berpuasa akan mengalami perubahan keseimbangan kimia dalam darah. Namun, perubahan ini tidak berbahaya bagi ibu dan bayinya.


namun wanita hami perlu membatalkan puasa jika ada tanda-tanda seperti pendarahan, kontraksi (lebih dari empak kali dalam 1 jam), terjadi penurunan pergerakan janin, penglihatan kabur, tegang otot,sesak nafas dan pening kepala.

Oleh itu, ibu hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup dan menjauhkan diri dari stres. Selalu ingat untuk mengambil nutrisi yang mencukupi ketika berbuka puasa.

ibu hamil umumnya memerlukan nutrisi yang berbeda dengan wanita biasa. disarankan supaya ibu hamil mengambil makanan berasakan susu dan protein lebih kurang dua kali ganda lebih banyak.Pastikan juga pengambilan nutrisi ketika puasa mencukupi di malam hari dengan memperbanyakkan makanan yang kaya serat dan minum air kosong yang banyak.

Jangan mengambil gula berlebih sewaktu sahur kerana boleh menyebabkan insulin shock.elak kan juga minuman berais dan berkafein ketika sahur.


sekian..

Thursday, 19 July 2012

NOMBOR EKOR DAN POKOK BERTUAH.

Assalamualaikum...

Semakin hari kesihatan semakin baik.
jadi nak buat apa lagi.update blog je la..
lagipun suami tak bagi aku asyik termenung memikir pasal perut.
dia jugak tak bagi aku asyik baca masalh orang ngandung je..
itu yang buat aku asyik risau..katanya...heheh

pagi ni aku nak cerita pasal jiran aku ni..
rimas la dengan dia.jiran aku ni india.
dia ok je dengan kami.tapi yang tak bestnya dia
suka beli nombor tapi suka melibatkan suami.

dulu awal2 kawen suami pakai kereta lain.
dia selalu beli nombor guna nombor plat keta suami.
tak kesah la kan.siapa kami nak halang.
tapi yang tak best nya bila nombor tu kena je
dia akan panggil2 suami dan cerita pasal nombor tu.
dah la cakapnya kuat2.rasa malu je
bila jiran2 lain dengar.
kang tak pasal2 orang cop suami aku main nombor.
yang suami aku ni pulak bila
india tu cakap dengan dia,
dia tak balas apa pun.yang dia tau angguk2,senyum..
lepas tu terus masuk umah.
aih..nak je aku tolong jawab kan gini..
"kami orang islam tak main nombor la..berdosa..
jangan cerita pasal nombor lagi..paham??"
tapi tak de la aku nak cakap gitu..
kang bermusuh pulak jadi lagi tak best.

kemudian kami tukar kereta..
pun sama jadi gitu..beli nombor.
yang peliknya kerap la pulak nombor tu kena.
alahai..geram je rasa.
dulu kami ingat dia nak pindah tapi dok ada lagi
kat sini.agaknya dia sayang nak tinggal jiran yang
bertuah macam kami ni kot,..muahahahha..

kes lain pasal pokok depan umah kat luar pagar.
tapi pokok bunga tu betul2 depan umah aku.
suami kata pokok ni memang dah lama ada sini.
aku rimas tengok pokok ni sebab mengganggu pandangan.
tapi nak cantas buang tak boleh la pulak.
sebab india sebelah ni
dok sembahyang pusing2 pokok ni.
katanya pokok ni banyak tuah ooo..
aduhai...sabar je la aku ni.

kalau pokok tu depan umah dia suka hati dia la..kan??
ni sah2 depan umah aku.
kalau boleh pindah kan pokok ni ke rumah dia
aku dah suruh dah dia ambik boh dalam umah dia je.
kadang2 entah air apa2 je la yang dia siram2 kat pokok tu.

nak buat apa pun kami tak berani..
bukan apa..cuma depa ni bukan jenis boleh
bawak berbincang.tambah2 melibatkan agama depa..kan?
jadi berdoa je la semoga dia pindah ke tempat lain je.
tapi bila?????hehehe


sekian...

Wednesday, 18 July 2012

ELEH!!ENTRY DIA MEMANG BEST.TAPI ENTRY KAT BLOG AKU PUN BEST JUGAK LA...

Assalamualaikum...



Selamat malam semua..
"bersempena ulang tahun ke 2 blog ciktom[dot]com, cik tom ingin berkongsi rezeki hasil income blog cik tom dengan menganjurkan satu giveaways buat semua pelawat blog cik tom. Harap dapat penyertaan yang mengalakkan dari blogger. Jomlah join ramai-ramai meriahkan giveaway cik tom."

bila baca je post ni kat blog cik tom kemarin memang teruja sangat nak join..tapi selalunya bila teruja mesti tak menang..hahaha..menang ke tidak itu tak penting.yang penting aku join.kalau menang itu satu bonus.kalau tak menang,tak pe.sebab bulan lain cik tom akan buat GA lain lak.dengar2 hadiah nya cash RM500..muahahahah..tersedak kalau cik tom baca ni..:)

Seingat aku la..blog cik tom ni antara blog terawal yang aku follow masa mula2 berblog dulu.dulu kan kami rajin bw..kan cik tom??jadi wajib la saling menerjah.jumpa blog cik tom ni pun sebab blogwalking.bila singgah blog cik tom makin ramai la kenal blogger2 lain sebab masa tu cik tom ni pun boleh kata blogger yang tengah meningkat naik.penulisan nya menarik dan ada identiti walaupun masa tu dia masih baru.jadi senang sanagt nak ingat.jadi kalau tersinggah kat blog2 yang pernah copy entry cik tom ni jangan nak ngaku tu entry korang ye.sebab aku tau tu korang copy kat blog cik tom.ehem...siapa makan cili dia berak2..heheh

tapi kan...walaupun entry cik tom best,entry aku pun banyak yang best..tiba2 sahaja..kan???perasan best??boleh jugak kalau nak anggap gitu...best tak best meh baca dulu la...klik sini..http://www.dianarashid.com/2011/05/kenapa-perlu-buat-entry-bila-nak-masuk.html.tak tahu la best ke tak best.aku pilih entry ni sebab entry ni banyak komen..hahahah

meleret2 dah entry aku ni.cik tom kata buat ringkas2 je...cemana la aku nak menang kalau gini kan??hahahah.ok la..sapa2 yang nak join GA cik tom ni jangan lambat2 sebab tarikh tutup nya 31 ogos 2012.

Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”

klik gambar atas untuk join.


sekian...

TAK MAU LA DENGAR ORANG CAKAP MACAM TU....

Assalamualaikum...

Cuma nak bagitahu...
bukan tak nak beli barang2 mewah..
kereta mewah...
gadjet2 terkini yang canggih manggih...
bercuti ke luar negara setahun 3,4 kali..
makan di restoran yang mahal2...
bukan tak nak semua tu...

cuma...
lebih selesa bila hidup cara sederhana..
beli apa yang perlu..
pakai apa yang ada..
bercuti seadanya...

sebab..
tak nak la nanti...
bila sakit mula sibuk nak kutip derma dari orang ramai..
sedangkan bila ada duit
tak ingat pun nak menyimpan untuk kegunaan waktu kecemasan.

bila anak sakit,
kita tunggu tepi katil sambil
tekan2 gadjet terkini kita tu..,.orang tengok pun..
"orang kaya ni....
aku pun tak de benda yang dia pakai ni...
tak kan la dia tak de duit nak mengubat anak dia.."
tak mau la orang cakap macam tu..kan??tak seronok rasa hati..

sekian...


Monday, 16 July 2012

SAYANG CIKGU KETAT-KETAT~RAFINA MIMI ZAIRUL MURNI

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
malam ni curi masa untuk update blog
sementara tunggu maisara habis tengok katun Doc Mcstuffin tu..

Siang tadi lepas balik dari klinik
apa yang ditunggu2 dah pun sampai..
apa lagi kalau bukan Novel sulung Rafina Mimi ni..
"sayang cikgu ketat-ketat"


selama ni baca kat blog dia je..
bila novel sulungnya depan mata memang seronok sangat la
sebab aku ni boleh kata pembaca paling beremosi la bila
baca novel ni..hahaha..

geram weh..tambah2 bila ada babak melibatkan si Aida gedik tu..
anak dua pun gedik..sapa tak geram..kan??

sekarang ni Kak Mimi ada karya baru
yang bagi aku memang tak kurang best cerita nya
dengan "DIA YANG AKU PILIH"
dan "SAYANG CIKGU KETAT-KETAT".
yang terbaru ni tajuk "mengharap sisa kasih mu.."
yang ni pun bikin aku emosi tiap kali habis satu2 bab.
kalau tak percaya pi la baca kat blog dia.

terima kasih kak Mimi sebab sudi hadiah kan saya
novel pertama kak mimi ni..
saya sangat suka..heheheh

sepetang tadi asyik baca novel tu je..
sampai kan maisara kata..

Maisara:nanti malam maisara tidur ibu tolong bacakan cerita
ni je la ye..

amboi..dia ingat novel ni
macam cerita sleeping beauty?snow white?

sekian...

##eh!dah baca ustaz k-pop ke belum??
yang ni pun best tau..heheh

Sunday, 15 July 2012

TULISAN NURSE KAT SINI MEMANG COMEL-COMEL LA..

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
selamat bercuti...

Aku suka tengok tulisan nurse2 kat klinik kesihatan
kat umah aku ni.(Simpang Ampat,Tasek)..
sebab comel2 je tulisan depa.
tengok ni..comel kan??



mudah je kalau kita nak baca.
tulisan doktor pun bulat2 tau..hehehe

berbeza kalau nurse kat kampung aku yang tulis.
sampai kena eja apa benda la
yang depa tulis .hahah..

esok kena pi klinik lagi.
sekarang ni dah start kena pi 2 minggu
sekali pulak..
jadi tak la aku asyik risau2 je..kan??
maklum la,bila dah 7 bulan ni memang
ada rasa risau2 sikit...sakit sikit je mula gelabah dah..hehehe..

sekian...

Thursday, 12 July 2012

ADIK DAN MAISARA

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
entry semalam..tak sangka masih ramai yang nak
komen2 entry busuk aku tu..hahahah..
terima kasih..ingatkan tak dak sapa nak baca dah...

aku sekarang dalam keadaan tertekan dan susah hati.
cemana tak risau,baru je 30w..
tapi perut aku ni asyik mengeras je.
lagi2 bila duduk atau berdiri.
takut besalin awal je..
baby pulak menendang bukan sejam sekali dah..
tapi sejam entah nak dekat 6,7 kali.
dekat buku pink tu pun aku tanda bila dia tendang
yang betul2 kuat je.setakat gerakan ombak rindu tu aku tak tanda..
kalau tanda memang jam 10 dah dapat 10 tick.

isnin ni baru nak pi klinik.
memang tak sabar2 nak tunggu isnin.

semalam Rara tanya anak lelaki ke perempuan..kan??
dengan yakin nya aku jawab perempuan..mak kat kampung pun
yakin sangt kali ni perempuan..:p
hahah..tapi tak tau la bila keluar2 nanti tengok2 lelaki...
apa pun,dalam keadaan aku sekarang tak de harap lain.
cuma nak baby keluar tepat pada masanya..
tak nak la keluar time ni..belum masanya.
kesian dia nanti..

Barang2 baby semua dah siap..
eh.tinggal nak beli stroller,drypers dan sarung tangan/kaki je..
yang tu malam nanti kot..
cuma stroller tu je yang melemas kan sikit..
sebab bukan senang nak cari..kena cari betul2..malas!
aku suka tangguh2 nak keluar beli barang baby ni
sebab tak larat nak bejalan..
risau nak jalan2 pun ada.sebab orang kata banyak bejalan
cepat sikit laluan tu buka..kan??
jadi aku tak nak jalan2..ahahahah..
dah la tulang pelvik ni makin rasa sengal2 nya..risau tak habis2 ni..
sampaikan kerap sangat aku mimpi aku dah besalin..

sekarang memang malas la nak keluar2 ni.
start minggu depan suami tak bagi dah aku pi ambik maisara kat sekolah.
dia suruh dok umah je..
tapi kan..maisara ada cakap..



Maisara:ibu,maisara tak mau la naik motor dengan ayah tu..

Ibu:kenapa??

Maisara:malu la...

Ibu:nak malu apa nya..kawan2 lain pun ibu tengok ayah depa hantar naik motor kan??

Maisara:maisara malu la..nampak macam orang dah kawen je..

hahahhahah...
ke situ pulak budak gemuk nih!!

sekian..

Wednesday, 11 July 2012

MAISARA::baju merah jambu

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...lama tak update..
rasa malu2 pulak nak menaip..ekekek..
tengah sakit tangan ni..
sakit lagi...kan??tak habis2 sakit..
meluat dah orang dengar..muahaha..

mula2 sakit belakang lepas tu sakit
tu melarat-larat sampai ke tangan pulak..
sabar je la...:p
sekarang ni nak keluar jalan2 pun malas..
sebab asyik tak sihat je..kan??

malam tadi maisara ajak jugak keluar..

Maisara:Ibu..jom la kita pergi beli barang baby lagi..

Ibu:lain kali la..ibu sakit tangan ni..

Maisara:jom la..baby belum ada sarung tangan dan sarung kaki lagi..

Ibu:sabtu nanti la..lagi pun sejuk la kalau keluar malam2.

balik je dari sekolah tetiba je dapat bungkusan.
aku dah buka dah awal2..
saja bungkus semula bagi dia buka sendiri..

maisara:wah..baju untuk maisara ke ni ibu??

Ibu:ye..

Maisara:siapa bagi?


dapat2 terus pakai..

Ibu:kawan ibu..nama dia Amy..

maisara:terima kasih.."kakak" Amy tu memang pandai jahit baju la..mcm mana dia tahu maisara suka merah jambu?

Ibu:semua orang tahu..

Maisara:malam ni kita beli barang baby jangan belikan dia barang warna merah jambu.merah jambu tu untuk maisara saja.nasib baik "kakak" Amy tu tahu ni warna maisara.kalau tidak,maisara menangis sampai esok..

ada aku kesah hang nak menangis sampai minggu depan pun?????

*terima kasih Amy..untuk hadiah comel ni..!


sekian...