Monday, 4 June 2012

MAJLIS KENDURI ATAU KONSERT??

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
kembali menulis selepas lama bercuti...
tapi minggu ni masih ada lagi jemputan kenduri yang
perlu dihadiri..
rezeki tu..alhamdulillah..

dalam minggu cuti sekolah ni memang banyak la kenduri kendara.
seronok kenduri ni sebab kita boleh jumpa kawan2 lama..
yang tak pernah jumpa pun kita boleh jumpa.
lepas tu bila keluarga pihak satu lagi datang
bertambah la pulak kenalan dan saudara mara kita.

bila dah berjumpa tu nak la berbual2..
nak kenal lebih dekat lagi..
saudara mara yang kita jarang2 jumpa tu nak la kita
bertanya kabar dan bertukar2 cerita..

tapi kan yang tak best nya zaman sekarang ni kalau
kenduri lebih kuat bunyi lagu2 sampai
mengganggu orang nak berbual.
jadi sapa yang datang tu kalau rasa dah tak larat
nak bercakapsambil menjerit2 terpaksa la
"kau tengok muka aku,aku tengok muka kau.."



GAMBAR SEKADAR HIASAN

lagunya pulak tak putus2..
habis dj bercakap pasang cd lagu2,..
lepas habis lagu ada pulak penyanyi jemputan nak menyanyi..
aduhai..bengkak telinga ni..

jadi tetamu yang datang tu tak de la
berbual2 atau nak bertanya kabar.
kalau rasa nak berbual pergi la jauh2 sikit dari rumah
kenduri tu..
tambah2 pulak kat rumah kenduri tu makcik2 yang tua je yang ramai..
telinga pun tak berapa nak dengar.
jenuh menjerit2 bercakap.

kenduri kendara ni salah satu tujuan nya ialah untuk
mengeratkan silaturrahim...
tapi kalau yang datang tu cuma boleh
tengok muka tapi tak boleh nak bercakap
rasanya baik tuan rumah fikir2kan balik
perlu ke pasang lagu kuat2 ni??
perlu ke ada pembesar suara sampai 3,4 biji
sedangkan rumah sekangkang kera je..??

boleh je nak pasang lagu nak jemput dj bagai.
tapi agak2 la weh!!nak buat kenduri ke nak buat konsert??


sekian..

20 comments:

  1. erk! hah kan dh kena marah.hehehe tp betul tu kak.cukup lah sekadar ada lagu,xyah nk kuat2 sgt.saya pon sama kdg2 terjerit2 kalau ckp dgn kawan katkenduri,sampai rumah xde suara.gegee

    ReplyDelete
  2. heheh paling best bila dengar suara sumbang si penyanyi...pastu x putus asa tetap nak nyanyi sampai 2/3 lagu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Setuju dengan Ros maisara...mereka sangat gigih hu hu hu kita pulak kena tahan telinga hu huhu

    ReplyDelete
  4. mak mmg xbnrkan

    kalo nk pon nasyid

    y sopan2 je

    ReplyDelete
  5. Hee~

    Baru dikatakan meriah!

    Hahahahah!

    ReplyDelete
  6. betul la diana..kalau nak pasang lagu pun biarlah yang ada melodi je takde orang nyanyi2 tu, pening kepala..bila nak cakap dah kena jerit2 macam apa je kan..

    ReplyDelete
  7. setuju!
    lagi pun bukan kita nak datang dengar lagu..kalau nak dengar lagu baik duk dalam keta dengar cd.. hehe

    ReplyDelete
  8. yang tak best bila ada yang menyanyi tuh suaranya sumbang. elok tuan rumah bagi garis panduan patutnya kat dj tuh.

    ReplyDelete
  9. penat dengar org nyanyi bile g kenduri kawin mcm tu..

    ReplyDelete
  10. huhuhu setuju D ..
    adakalnya lagu dandut tuu
    memang ieda x setuju langsung kalau majlis kawin ada band2 macam nie
    suke ada marhaban atau lagu2 nasyid ... jadilah kan ;)

    ReplyDelete
  11. kalu pasang org mengaji x pe jg kn..

    ReplyDelete
  12. huhuhu. pinjam mic diorang utk ckp ngan kawan sebelah :)

    ReplyDelete
  13. ada kebenarannya kak... kalau dulu kat kmpg2.... kalau letak speker tu nun jauh atas pokok.....
    supaya satu kampung dengar....
    bukak memekak kat majlis tu.....

    ReplyDelete
  14. Saya mmg dh lama tak puashati psl benda ni. Mcm diana kata...susah nk borak.

    Pasang lagu buat meriah boleh, tp jgn kuat sgt. lgpun ganggu jiran2. Yg penyanyi jmputan pun tak payah la, makin sakit telinga dgr.

    ReplyDelete
  15. niat dia nak bagi meriah sebenarnya tp akk penah kena speaker duk betui2 tepi hidung masa tengah makan, berapa kali tersedak bila ada org perasan nyanyi karok..mak akak panggil roadcare..kah3 :D

    ReplyDelete
  16. tuan rumah nak menunjuk2 konon la kenduri kawin anak dia paling meriah kat kawasan tu..hahaha..kenduri sekarang ni dah lari daripada tujuan asal..sudah2 la..bawak2 la insaf..huhu

    ReplyDelete
  17. Sakit telinga kalau majlis kawin ada pasang lagu...nak borak pun susah bising...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();