Wednesday, 6 June 2012

ISTERI KITA BERPELUH..JADI BAIK CARI BIDADARI SYURGA JE!

Assalamualaikaum...

Selamat tengahari semua..
semalam ada terbaca status dari sorang rakan
lebih kurang gini la..

"isteri kita,kentut busuk,
muka berjerawat,ketiak bau,badan berpeluh..

tapi bidadari syurga tak dak semua tu..
bidadari syurga cantik sempurna..
jadi,kejar la bidadari syurga.."

tak tau apa yang sebenarnya dia nak sampaikan
dalam kata2 dia ni..

adakah dia nak kata
"jangan pedulikan bini korang..
lebih baik buat amal ibadat puas2 je.."

"alah..setakat bini je...
bukan apa sangat pun..
baik kita kejar bidadari dari jaga
hati perasan bini sendiri."

"buat la amal ibadat puas2 supaya nanti kat syurga
kita ditemani bidadari syurga.
tak mau la ditemani isteri yang beranak 2 tahun sekali
dan sentiasa ada di sisi time kita sakit pening..isteri kat dunia busuk"

hahah...
sebab tu kalau nak buat quotes apa2
jangan sampai apa yang orang baca dia salah ertikan..
buat la quotes yang lengkap
dan tak peningkan kepala pembaca.

takut nanti lepas ni bila isteri2 baca dia akan kata
"huh!aku beranak penat2..
kehulu hilir bawak perut,masak membasuh,kerja cari duit
last2 dia nak bidadari syurga yang layan dia
kat syurga nanti.."

Buat pulak dapat suami jenis lurus macam tiang..kan??
siang malam la dia dok atas tikaq semayang..
balik kerja semayang,
lepas mandi mengaji..
kira tambah pahala sendiri je la..
sampai anak bini terabai..heheheh

mana ada isteri yang rela tengok suami nya di layan
oleh wanita yang lebih cantik dari dia..kan??

kalau ada yang kata.."saya rela"
erk...kenapa nak berpura2 nih??

muahahah

dari pada baca quote diatas,
aku lebih suka quote yang dibawah...:)

"jika isteri di dunia mu ini adalah wanita yang
solehah dan mukminah maka dia lah yang akan
menjadi ketua kepada bidadari mu di syurga...~."

quotes ni sesuai untuk suami dan isteri..
kan??isteri dan suami sama2 buat yang terbaik
supaya dapat ke syurga bersama2...
membimbing dan dibimbing..


sekian...

::maaf kalau kita berbeza pendapat..

47 comments:

  1. macam2 orang..mcm2 sifat dan sikapnye...

    ReplyDelete
  2. "jika isteri di dunia mu ini adalah wanita yang
    solehah dan mukminah maka dia lah yang akan
    menjadi ketua kepada bidadari mu di syurga...~."

    suke gak kak

    tkpela

    org y suke bahaskan bende tu org y xreti nk pk mkne sebaliknye

    so kene la buat ayat bg org paham

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Diana

    isteri sekarang jadi bidadari di Syurga nanti...Insyaallah

    ReplyDelete
  4. Yang berkias, yang jelas, yang samar2 Dan yang pasti.

    :)

    ReplyDelete
  5. btol.saya suka quote yg bawah tu.sama sama.yg atas tu kalau laki saya buat quote cm tu.aku kejor ngan parang.hehehe

    ReplyDelete
  6. Sy teringat pd hamba Allah seroang tu. Bangga bercerita pd orang tuanya, KEJE SY SKG NI BYK DIHABISKAN DI MASJID. NAK BT AMAL IBADAT SEBANYAK YG MUNGKIN SELAGI ADA MS DALAM DUNIA. Tapi anak2 seme anta kmpg, suh org tua jage.

    Apekah??


    Samelah kesnya dgn hal nie. Pentingkan diri sendiri di dunia tp tggjwb di dunia diabaikan. Klu mcm tu, jgn kawen klu tak nak menghargai.

    ReplyDelete
  7. setuju dengan entry neh...:)

    nobody perfect.. kalo nk sgt, biar sama2 melangkah ke arah tuh..

    ReplyDelete
  8. dulu nak jadi ketua kelas cikgu tak bagi..harap2 dapat jadi ketua bidadari..hehehe..

    ReplyDelete
  9. hargailah pasangan seadanya...:)

    ReplyDelete
  10. silapnya hanya atas perbandingan yang dibuat.

    ReplyDelete
  11. Bimbinglah bidadari(isteri)mu di dunia ni dulu baru nanti akan dpt bidadari di syurga........

    ReplyDelete
  12. bidadari tu dok kat syurga..orang laki yang cakap macam tu dah cukup ciri nak jadi ahli syurga ke..?huhu..

    ReplyDelete
  13. kalau isteri di dunia tak boleh dijadikan bidadari, boleh ke dapat bidadari syurga..? heheh~

    ReplyDelete
  14. seorang isteri perlu la dihargai...baru la jantan...hehe

    ReplyDelete
  15. uishhh benci ngan lelaki macam nie .. ape lahhh x tahu ke isteri kita tuu juga yg akan kita jumpe disana huhuh

    ReplyDelete
  16. setuju dengan semua kenyataan diana , bee sokong.. tak elok buat status yang menjurus kepada isteri/suami di facebook

    ReplyDelete
  17. MUngkin dia cuba nak buat ayat santai dan sempoi serta kelakar.. Tapi tak kena la. Dah la dia publish kat FB. Keburukan isteri dia. Isteri dia tak kisah ke dia tulis camtu? Kalo dah camtu cerita keburukan isteri, ingat ada can ke nak jumpa bidadari tu? Heheh. Tak layak kot.

    ReplyDelete
  18. akk cam marah jew... hehe..

    tapi tak patutla lau nak buruk2kan isteri. huhu..

    ReplyDelete
  19. yes, betul! suka quotes yg kat bawah tu...lebih sesuai utk rumahtangga yg harmonis. quote yg pertama tu kedengaran janggal sangat...takut salah faham..kan kecik pulak hati para isteri..

    ReplyDelete
  20. peliknya status...ada ke status camtu buruk2kan isteri la plk gayenya..

    ReplyDelete
  21. hidup bekerluarga..biasa lah suami mmg camtu..harap sy tak..hehe

    ReplyDelete
  22. Hahaha... dia tak pahamlah tu, tu yg dia dok buat macamtu...

    haha... Kak Diana, dulu kan saya pernah t'pikir taw, orang dok kata kalau lelaki masuk syurga dapat bidadari, dah tu kalau perempuan masuk syurga dapat bidadara ke? (lain benor bunyik nya, bidadara?, tak macho langsung,haha)...

    dahtu, kalau suami isteri kat dunia kesianlah nanti isteri kena tinggai sorang2 kan...

    soalan zaman budak2 memang macamtu...

    bila dah baca sana baca sini tanya sana tanya sini, rupa2nya dapat taw, yg isteri solehah kat dunia tu lah yg akan jadi bidadari untuk suami dia kat syurga nanti...

    kiranya, suami soleh dapat bidadari which is wife dia yg kat dunia tu banyak kekurangan tapi dah dinaik pangkat jadi bidadari yg tak ada kelemahan kat syurga...

    hmm... :)

    wallahualam... :)

    ReplyDelete
  23. sampai hati sungguh eh kalau suami-suami berkata begitu.. sebelum kahwin tak pulak cakap badan berpeluh, bau busuk sume.. eei, tak sukanya laki camtu tau

    ReplyDelete
  24. konon-konon la dia perasan dialah lelaki yg kejarkan akhirat..sampaikan buat status macam tu kat fb..silap besar la! wekkkkk :P

    ReplyDelete
  25. MM setuju.. Ape pon suami isteri mesti ada muafakat & tolak ansur antara satu sama lain.. InsyaAllah aman bahagia sampai syurga.. =)

    ReplyDelete
  26. terimalah dia seadaanya sebab dia tu pelengkap hidup kita di dunia..:)


    dah review blog akak..

    ReplyDelete
  27. isteri mithali akan jadi ketua bidadari utk suami soleh. tak gitu?

    ReplyDelete
  28. ya Allah ada jugak manusia buat status cemtu kan.tu dah kira buruk2 kan isteri tu.kesian isteri.apa lah salahnya tegur masalah kebersihan dia, pastu bimbing isteri biar nanti sama2 dapat masuk syurga.kan?

    ReplyDelete
  29. kalau suami yg biarkan isterii dia, layak ke dapat bidadari syurga...?

    ReplyDelete
  30. saya setuju, memang betul ada ramai isteri yang rasa sedih sbb dgr suaminya akan dilayan oleh bidadari syurga,
    tapi bergembira lah wahai para isteri sekalian, jika anda msuk syurga anda ada lah ketua kepada bidadari ;)

    ReplyDelete
  31. setuju dengan quotes kak diana.lebih manis dan lebih bermakna.^__^

    ReplyDelete
  32. setuju sekali.. :-)

    kena ada 'sama2' berusaha la kannnm

    ReplyDelete
  33. yea betul tu..sama-sama dibimbing dan membimbing..

    ReplyDelete
  34. ada jugak orang buat quotes camtu erk.. sepatutnya suami bimbing isteri jadi isteri solehah.. kelak jadi bidadari syurga.. wallahuaklam..

    ReplyDelete
  35. apa sebenarnya maksud dia?
    adakah yang buat status tu org sudah berkahwin? kuat agama atau bgaimana..

    hmm, apa pun, kita anggap yang baik2 jela ye. mgkin mksudnya positif dan x bermaksud sstu yg x baik :)

    ReplyDelete
  36. tak boleh baca perkataan isteri ni..rasa nak kawen plak..haha

    ReplyDelete
  37. bila kurang ilmu, tp nk tunjuk pandai, mcm2 status pelik kuar, huh...

    ReplyDelete
  38. org yg duk ckp mcm tu, lemah imannya. nipis ilmunya. dan bercakap ikut sdp mulut.

    ReplyDelete
  39. diri x sempurna akhlak, nk bidadari syurga? eheheh

    ReplyDelete
  40. "jika isteri di dunia mu ini adalah wanita yang
    solehah dan mukminah maka dia lah yang akan
    menjadi ketua kepada bidadari mu di syurga...~."

    suka jugak quote tu ! :)

    ReplyDelete
  41. masa bercibnta dulu kentut pun wangi..

    ReplyDelete
  42. nimatlah kahwin .sama ada di dunia atau di akhirat kelak .jodoh Allah yang tentukan .

    ReplyDelete
  43. amma pernah baca nie..kat mana ntah..hee

    ReplyDelete
  44. kata kata juga ibarat doa....
    tak suka tak apa...
    tapi jgn mengata......

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();