Tuesday, 5 June 2012

ADUHAI HATI..SABAR JE LA!

Assalamualaikum..

Selamat petang semua...
ni entry luahan perasaan ni..
jadi kalau rela baca la..
kalau tak rela tak pa...heheh

petang semalam suami aku ada bawak dua orang sepupu dia
datang ke rumah aku ni..
sepupu nya tu budak2 lagi..
yang kakak nya umur 12 tahun..
dah pandai bergossip dan cerita2 pasal lelaki.

adiknya pulak umur 10 tahun.
saja bawak datang sini sebab hari khamis nanti pun
kami nak balik kampung lagi.
sebab adik ipar aku nak kawen.
jadi saja la suami aku ajak depa tu mai untuk merasa la
duduk dalam 3 hari ni.

depa sampai dari kedah dalam pukul 1 petang,
tapi baru jam 4 petang dah meraung2 nak balik.
bosan agaknya dok sini..
dok kat sini bukan nya macam dok kat kampung.
kat kampung boleh la main panjat pokok,
tengah bendang boleh main tangkap belalang..
tengah2 hari kayuh basikal,sambil usha2 burung kat pokok pelam.

dok kat sini tengah2 hari mana ada orang keluar rumah.
nak main pun kena la pi taman permainan.
budak2 sini pun main nya bola sepak,badminton
buaian,lepak cyber cafe.

sudahnya semalam sepetang aku dok dengar dua beradik ni
meraung2 dalam umah.
aku malas nak layan aku keluar dok depan pagar sambil tengok kereta lalu lalang.
hahahah..

kalau budak kecik menangis telinga aku ni
boleh je tahan..
tapi bayang kan la budak yang entah berapa hari je lagi
mungkin nak datang bulan meraung2 nak balik..
tak hangin ke??

kalau sepupu aku memang aku bagi dah
sedas dua kat mana2 yang patut??
call mak dia kat kampung tak dapat2..
call mak mertua aku yang dok sebelah umah mak dia..
bergegas la mak mertua aku panggil mak depa.
mak nya bercakap la kat telepon dengan
dua beradik ni..bercakap pun sambil menangis2 bagitau kat mak
depa yang depa nak balik.
maknya pujuk2 la dan cakap
"kalau ayah balik kerja nanti ,
mak tanya ayah nak pi ambik ka tak??

kesian kat ayah nya..
ayah dia kerja kat modenas nun.
tiap2 pagi berulang dari pendang ke modenas Gurun tu.
bila balik umah pun hari dah gelap.
ni nak mai ambik depa kat pulau pinang ni pulak..
tak kesian ka??

sambil dok tunggu ayah dia mai ambik
dalam jam sepuluh malam tiba2 si adik ni cakap..
tak pa la..kami balik esok la..
aku dengar je macam tu mula la tinggi nada suara aku ni..

"hampa ingat ayah hampa dok kat sungai bakap ka..??
sat nak balik hari ni sat nak balik esok??
hari ni ka,esok ka,tak boleh balik lagi.
tunggu khamis nanti baru balik.
kalau nak balik bukan ada sapa2 nak ambik.
esok ayah angpa nak kerja.
tak dak dia nak mai nya malam2 macam ni.."

aku ni memang jarang2 tinggi suara kat depa.
tapi sebab hangin kush2 tu mai sampai ke kepala
sapa boleh tahan ..kan??
kalau budak kecik umur 5,6 tahun tak pa la..
kita boleh kata depa tak paham apa..
ni dah besaq nak buat perangai macam2 pulak.

bukan nya tak pernah jauh dengan mak ayah
tapi semalam tak tau la apa pasai jadi macam tu..
ikut kan hati memang nak suruh je suami hantar depa balik.
tapi sebab semalam suami pi kerja,tak dak kat rumah.
terpaksa la aku dok hadap jugak..

pagi ni aku kelentong depa kata
mak dengan ayah pi IJN.(ayah nya memang ada sakit jantung)
tak dak sapa kat umah..
walaupun ayat tu buat depa tak menangis dah
tapi muka masih lagi macam kain buruk..
ada aku kesah????hahah

#aku risau jiran2 dengar depa meraung2
nanti depa kata aku dera budak kat dalam umah ni ja..

sekian..

29 comments:

  1. kes serba salah dh jadi geram ye..bgus juga marah diorang g2, biar tahu sikit susah payah org lain...tumpang geram

    ReplyDelete
  2. aduillaaaa awat depa buat lagu tu

    ReplyDelete
  3. meraung mcm kena dera! dah la dah 12 tahun..huhu.sabar diana sabar.awak tu mengandung. mmg geram pulak saya dgr.sabar ye.

    ReplyDelete
  4. Sabar ye Diana.....mereka rindu la tu...
    Mungkin tak pernah berjauhan dgn famili.

    ReplyDelete
  5. hehe..mcm2 perangai bebudak ni kan..klo dh xnk pg xyah la ikut...blh pulak meraung2 gitu...
    sabar ye sis...

    ReplyDelete
  6. Buat aktiviti ngan depa. Masak2 kek ka kuih ka, mesti depa syiok! Hihi..

    ReplyDelete
  7. agk nyer kak, pasni sure kalu offer pon dia x nk dok umah akk lg... hehehe

    sabo je la kak

    ReplyDelete
  8. mungkin boring duk bandar...lain la kampung..hihihi....Pasni confirm tak datang dah...

    ReplyDelete
  9. haha garang jugak akak ni

    tp yela smpai saat grm la jugak kan

    ReplyDelete
  10. hah? dh besar pon meraung2 lg.pelik nya.saya yg membaca ni pon rasa hangin.kalau sy hantar je balik naik bus.hehee

    ReplyDelete
  11. ha3,,,layan je la.kalo ieja mmg ieja akn ajk bdk2 dtg tido umah.dr dulu lagi.kalo diorg nak, ikot.xnk sudah.t kalo kita ajk jd kes mcm ni la..mnyusahkn.rasa nk hngin satu badan je dgr bdk2 meraung.kalo kck ag xpe la stkat umor 3-4 tahun...

    ReplyDelete
  12. Pergh! Bunyi macam kejam nih. Hahaha!

    Dah besar-besar pun buat perangai lagi.

    Tp.. Biasa la..budak2...bila dah remaja nanti. Takdak la depa jadi lagu tuh.Kalau buat lagu tu jugak, bukan setakat sekeh je..makan selipar jwpnya..(kejam tak?) haha.

    OPs! Abey pulak yg terlebih. Sabar kak sabar. :)

    Salam perkenalan kak! Jalan-jalan kat sini.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. saya jenis tak sabar dgn karenah org yg macam ni. kalau budak kecik, ye kite faham. tapi kalau dah boleh fikir mcm depa tu, mmg angin satu badan la kan.

    mulut ringannn je nak sound. kalau kene sound jgn salahkan kita...

    ReplyDelete
  15. Klu kes yg camni pun sapa x geram jugakkan,Maisara x ajak kakak dua org tu main2 ke?

    ReplyDelete
  16. kalau saya pun dah hangin satu badan....kira akak ni bersabar juga..

    ReplyDelete
  17. La....np gembeng sgt 2 beradik tu? Takkan nak nanges2? Hahahahah! Mencabar sungguh la.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Diana

    semalam ada kawan saya drp kelantan dtg kerumah, hantar anak perempuannya masuk UIA, dah hari kedua masih menanggis...nak ikut balik, tak nak belajar......

    ReplyDelete
  19. lorrr kalu camtu.. baik dr awai2 lg dia gtau xnk ikut..

    ReplyDelete
  20. ishh bukan diana je kalau saya pun hangin gak, mungkin sama je tindakan tu cam diana..kalau budak kecik saya boleh sabar lagi kot..

    ReplyDelete
  21. wah entri terpanjang..

    menarik cerita ni,,
    macm cerita sy ngn anak sepupu..
    beso2 pun masih nakal duk meraung..rasa nak lempang je..

    kak diana sabar la ngn diorang tu,..hehe

    ReplyDelete
  22. yg umo 5-6 tahun dok melalak koi dah panas...apalagi yg 10-12 tahun..

    ReplyDelete
  23. Diorang tak penah berpisah dengan mak ayahnya kot kak?

    Tp yela dah besaq nak qiau buat pa, baut kita angin ja, bkn dok dengan org lain kan..

    ReplyDelete
  24. Tak boleh di bawak ke majlis budak gitu. Banyak masalah je. Tapi dia dtg umah diana tu ada sesape paksa ke? Kalo dierang sendiri yg nak dtg, mmg wajar disekeh je sorang2.

    ReplyDelete
  25. ujian Allah bagi masa tengah mengandung..kena banyak2 sabar tu.. :)

    ReplyDelete
  26. dah agak dah..akak diana mst sound punya budak2 tu..

    ReplyDelete
  27. aisey, terlebih manja laa budak2 ni.. wt malu org utara jaa, huh...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)