Skip to main content

TIP UNTUK BUAT ANAK TAK TAKUT KE KLINIK GIGI

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua....:)



pagi ni nak cerita pasal gigi ...
korang ada tak anak2 yang takut nak periksa gigi kat klinik??
mesti susah kan??
kalau gigi sakit tahan je la..
nak bawak ke klinik dah sah2 dia tak mau..

aku ada tips untuk buat anak tak akut ke klinik gigi.
tapi tips ni untuk kita amalkan dari awal la..

yang pertamanya ceritakan bagaimana cara doktor gigi memeriksa gigi
tapi secara sederhana dan menyeronok kan.
jangan sesekali cerita pasal kesakitan ,berdarah,atau
perkara2 yang boleh buat dia takut.

kalau kita ada pengalaman buruk ketika dapatkan rawatan gigi
jangan sesekali ceritakan pada anak kita.
jangan sesekali cakap "tak sakit pun.."
sebab anak akan fikir kenapa kita cAkap pasal sakit??kan??
jadi soal sakit ke tak tu baik kita diam kan je..
tapi kalau ditanya..."sakit ke?"
baru la kita jawab ."sakit kenapa pulak??doktor tu tengok2 gitu je..
sikit pun tak sakit.." tu ayat aku dulu la masa nak didik maisara
tak takut ke klinik..heheh

jangan ancam anak untuk bawak ke klinik gigi
kalau dia nakal atau makan gula2 dan sebagainya.
ramai ibu bapa yang suka ancam anak..
"malas gosok gigi je mak bawak kamu pergi klinik gigi.
biar doktor tu cabut semua gigi kamu.."
cara ni akan buat doktor gigi tu lebih menakutkan di mata anak2 kita.

bacakan buku2 tentang pengalaman anak2 keciL ketika
melakukan pemeriksaan gigi..
banyak buku2 macam ni yang kalau kita tengok
tak de pun cerita pasal sakit ke,menangis ke..kan?
tapi maisara dulu dia berani sebab tengok katon je..
dalam katon tu,bila lepas check gigi doktor akan bagi gula2..
ha..tu yang dia suka tu..heheh

last sekali kalau anak pertama kali check gigi kat klinik
bagitau doktor yang ini kali pertama dia.
supaya doktor pun akan bagi kerjasama dengan
kita supaya anak tak takut.

Jangan lupa berikan pujian selepas pemeriksaan gigi yang pertama..
boleh jugak berikan sedikit ganjaran..
maisara dulu kami siap puji melambung2
konon nya gigi dia nampak cantik dengan tampalan warna pink tu..hahahah..

ok..tu je la..
selamat berjaya ye..:)

sekian..

Comments

  1. Masa anak2 kakcik masih kecil dulu. kakcik sendiri yang cabut gigi mereka bila goyang. :)

    ReplyDelete
  2. anak saya yang pertama memang jenis redah je, cabut gigi umur 5 tahun langsung tak takut, yang takut adalah saya sendiri, huhu..sekarang kalau gigi goyang dia sendiri je cabut..anak kedua sekarang gigi berlubang tapi akan pergi nanti, haritu dah pergi klinik tapi since kali pertama dan dia kecik lagi so dr tak terus buat treatment, dr suruh makan ubat dan suruh datang kemudian..

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni! belum ada pengalaman bawa anak2 pegi klinik.. insya allah boleh apply bila sampai masanya..

    adik saya dulu siap lari keluar klinik sbb takut kena cabut gigi.. heheh..

    ReplyDelete
  4. Tip yang baik ni..

    Oleh itu para Ibu boleh la ikut tip ni :)

    ReplyDelete
  5. xde ank lg

    sndri pon takut g klinik

    ReplyDelete
  6. mase skolah rendah dlu, paling tkut bile kena jumpa dr gigi...grrr

    ReplyDelete
  7. Err...susah gak tu. Kena biasekan Aydin msk dlm klinik la kot. Tp skg nie, Aydin fobia nak msk kedai barber. Mcm ne nie? Hahahah!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Allah dah kembalikan nikmat sihat tu.. ;)



    Betul jugak la, dah terbiasa sangat cakap 'tak sakit pun'.. Diaorang pun mesti terfikir pasal sakit kan..

    Tip yang bagus ni!

    ReplyDelete
  9. TQ tipss D
    so far anak2 ieda suke je ke klinik gigi .. alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  10. Budak2 memang macam2 kerenah bila datang klinik gigi...

    Saya waktu kecik2 dulu jenis diam & ikut je... Menyerah je kat dentist tu dia nak buat apa,haha... :)

    ReplyDelete
  11. waktu sy kecik,dengar nurse2 sekali pegang tangan n kaki sy..hakhakhak

    ReplyDelete
  12. Nasib baik anak kita...okey bila pergi klinik gigi hihihi

    ReplyDelete
  13. memang laaa payah nak bawak budak cenonet p klinik gigi. jumpa dr biasa pun dah takut inikan dr gigi. kan salu tempat nya lagik siap lampu besar atas kepala tue... waduhhhhh

    ReplyDelete
  14. haha dh terbiasa mak2 mst takutkan anak2 dgn doktor gigi >.<

    ReplyDelete
  15. lala dh ada doktor gigi sendiri walau takde gigi lagi.. menyampah tau bila tgk asben dok melawak dgn lala nak check gigi.. di belek2 dlm mulut lala.. tp sblm tu mesti dia ckp dulu.. "op's hari ni blm check gigi." ntah apa2 dia main2 ngan lala..

    Apapun tips ni bagus.. setuju jgn takutkan anak. Ugutan manja mcm tu buat anak rasa Doktor tu amatlah menyeramkan..

    ReplyDelete
  16. usahkan budak kecik kak..yang tua ni pun tak berani..hahaha

    ReplyDelete
  17. Tapi ada jugak klinik gigi swasta tak tak terima kanak2 bawah umur 6 thn. Sebab malas nak layan kot.

    Tips yg diana bgi ni berguna. Boleh la praktik bila dah ada anak nanti.

    ReplyDelete
  18. sangat berguna tips ni..cuma nak kena tunggu masa sesuai je..bila bagitahu si kakak..dia nak pergi jumpa doktor..

    ReplyDelete
  19. Bagus tip nie,yelah kita yg dewasa nie pun klu x sakit memang x pergi klinik gigi sbb takut dan sakit,apatah lagi anak2 so dgn tips2 nie akan boleh membantu supaya anak suka ke klinik gigi.

    ReplyDelete
  20. bila kali pertama pergi klinik gigi, mesti dia dah tahu kesakitannya..

    jadi kena paksa dia jaga gigi slepas kali pertama jumpa doktor..sbb dia x nak pegi dah untuk kali kedua...haha

    ReplyDelete
  21. betul tu kak!
    bkn je utk g klinik, malah benda2 lain pon sm..beri positive view..

    ReplyDelete
  22. aah kan kak...anak2 sebut jer psl klinik or cabut gigi sure diorg nangis..bgs tips akak ni..mcm psiko budak...kita kasi motivasi..umpama kita jgk..kena bg pujian baru semangat itu naik...
    nice blog akak...kemas jer...ske bulat2 tepi tu cam telo puyuh jer
    follower akak ke 4744

    ReplyDelete
  23. tertipu jughak maisara nie ye.... tapi demi kebaikan maisara jugak.......

    ReplyDelete
  24. kena pandai main psikologi dengan anak2.
    tapi usahkan anak2...kita yang tua ni pun kekadang masih takut2...hehe

    ReplyDelete
  25. tips yg bagus ni kak...hee..

    > bukan budak2 je yg takut...tapi org dewasa pun ada yg takut pergi jumpa doc gigi..haa..tu mcm mana pulak...heee~

    ReplyDelete
  26. masa deno kecik2 dulu pun takut kalau sebut nak ke klinik gigi...

    ReplyDelete
  27. tips yg bagus tue...heehee mykids sebut jer nak cabut gigi dah nangis dahhh...peningg dibuat nyer.

    ReplyDelete
  28. kadang2 mak pun sama jugak takut nak ke klinik gigi. macam mana tu? ngeee...

    ReplyDelete
  29. gud info... skrg dlm proses pujuk maman gi klinik gigi... masalahnye org lain yg selalu dok sakat maman tuh yg dia takut tuh.... :-(

    ReplyDelete
  30. haha tips yg bole di guna pakai ni

    ReplyDelete
  31. Bagi tengok movie "Dentist".. Kompom lagi takut.. Haha.. Seram btol cerita tu.. Cerita pasal doktor gigi gila, habis dicabut semua gigi org tu.. uiiii.. ngilu tengok..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …