Skip to main content

STEERING KERETA MENYERLAHKAN KARAKTER LELAKI

Assalamualaikum....
selamat mlam semua..ada banyak cara untuk kita
mengenali karektar lelaki.salah satunya ialah dari cara dia memegang
steering kereta ketika memandu.

* Duduk santai membongkok. Satu atau kedua tangan berada di sisi bawah steering (arah jam pukul lima).

Bila jalanraya lancar dia akan memandu sepeti gaya in, itu tandanya dia termasuk lelaki yang selalu melakukan setiap perkara secara spontan.dia kurang suka terhadap peraturan yang terlalu banyak dalam satu2 perhubungan. Selain itu, ia jugalebih suka mengalah jika cinta nya tidak berblas.dari bersusah2 mengejar wanita yang tidak menerima cintanya baik dia mencari wanita lain.kalau suka kan dia jangan jual mahal dan kalau tak suka tinggalkan saja.

* Duduk santai bersandar dikerusi. Satu tangan berada di sisi atas steering (arah jam pukul dua atau 10).
Posisi tangan di bahagian atas steering dan posisi duduk santai menunjukkan dia termasuk lelaki dengan ego tinggi yang membuatnya ingin berkuasa dalam hubungan cinta. Dia juga tidak sabar dan sering bersikap sedikit memaksa untuk mencapai apa yang diinginkannya.
Bila dia yakin kalau anda adalah pasangan tepat untuknya dia takkan menunggu terlalu lama untuk meluahkan cinta.

* Duduk tegak dengan tangan di sisi kanan dan kiri steering (arah jam pukul sembilan dan tiga).

Dari gayanya sudah boleh diduga kalau dia jenis lelaki yang seadanya dan tidak suka berpura2. Tidak sukar membaca apa yang dia mahu dan bagaimana perasaannya sebab dia akan menunjukkannya. Punya prinsip kuat, baik soal kewangan atau kepercayaan.
dia juga seorang yang berjimat cermat. dia juga cukup cerewet bila ada hal yang tidak sesuai dengan jiwanya. Kecuali anda memberikan penjelasan lain yang mencapai logik pikiran nya.

* Duduk santai dengan satu tangan di sisi steering (arah jam pukultiga),tangan yang satu lagi tak buat apa2 atau hanya memegang tangan Anda
Posisi duduk yang santai dan mengendalikan steering hanya dengan satu tangan menunjukkan kalau dia tidak kisah walau dalam keadaan tidak selesa. sambil lewa dan kadang2 kurang fokus, termasuk dalam hubungan cinta. dia mudah tergoda pada pihak ketiga walau sebenarnya dia setia.
Sikapnya yang kadang2 cuai ini membuat anda perlu bersikap tegas.. Janganterlalu menurut kehendaknya. Sikap tegas Anda akan memberi amaran padanya bahawa anda tidak boleh dipermainkan.

* Duduk tegak cenderung ke depan dengan kedua tangan berada di sisi atas steering (arah jam 11 dan satu).

Mungkin masih trauma dengan hubungan yang lalu atau memang dia punya sikap yang gemar mengalah. dia tidak mempercayai cinta sepenuhnya. Namun bukan bererti ia tak berperasan.cuma dia kurang tegas dalam membuat keputusan dan memerlukan perdapat dari anda..Tandanya, dia merupakan lelaki yang sangat mengutamakan perkongsian pendapat..
lelaki seperti ini juga sangt penyayang.

sekian..

Comments

  1. kalau pompuan...mcmna?hikhik...:D..wah...ada gaya la..

    ReplyDelete
  2. saya yg no1 n no 2.. dan rasanya tafsiran tu tak tepat dgn sy.. haha...

    xnk ngaku.. ;-p

    ReplyDelete
  3. heh..cara pegang stereng pun ada tafsiran gak..^__^

    ReplyDelete
  4. aah .. ada macam2 jenis .. cantik juga kan ;)

    ReplyDelete
  5. sy nk bli steering
    ek9 type r
    harga 1k
    erm...
    nnti lah

    ReplyDelete
  6. kena tukar stering keta ngan stering kapal terbang lah lepas nie....he3

    ReplyDelete
  7. saya gayakan semua yg tertera di atas.. dan saya tak tahu siapa saya.. hihihi..

    ReplyDelete
  8. perggghh..cara pegang stering pun melambangkan keperibadian seseorang..

    ReplyDelete
  9. sekarang ada ciri tambahan ie jwp telepon & balas msg.

    itu di bawah ketagori >>> dah lama idup.

    hehehe.

    ReplyDelete
  10. aih, kena tengok org vwk kete nie utk cari calon suami. hihi

    ReplyDelete
  11. pegang steering pun ada tafsiran.macam macam gaya ada..pasni siap le sorang sorang kene observe..hehe

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Diana

    ha ha....atuk yg mana satu yer...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …