Skip to main content

MAISARA::tempah baju kurung

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
petang semalam pi tempah baju kurung
untuk maisara.
tempah 2 helai sebab nak pakai kenduri
bulan depan..

Maisara tak pernah lagi tempah baju..
sebelum ni kalau baju2 kurung ni
aku belikan yang dah siap je.
tapi kali ni kena tempah la sebab dah merata kami cari
kedai yang jual baju kurung
untuk kanak2 tapi tak de.
nak dekat raya nanti baru ada kot..

jadi sedikit jakun la semalam bila
tukang jahit tu ukur badan dia.
baru keluar kedai dia dah tanya..
"bila dia nak siapkan baju tu?"

setengah jam kemudian..
"ibu,baju maisara tu dah siap ke belum?"

"belum.."

lepas siap mandi petang..

Maisara:ibu..orang jahit baju tu dah telefon ke belum?

Ibu:belum la..lambat lagi nak siap..

waktu malam lepas makan nasi
ayah dia sms dari tempat kerja..

maisara:siapa tu ibu?orang yang jahit baju tu ke?

alahai anak oi...
dah naik berbuih mulut aku
bagitau dia yang jahit baju ni ambik masa lama.
tak sama macam masak nasik.

sebelum nak tidur malam tadi pun
telefon opah dia dulu
sempat lagi mengadu yang tukang jahit
baju tu lambat sangt siapkan
baju dia..

ada tak mana2 tukang jahit yang
nak berurusan dengan maisara ni??

sekian

Comments

  1. Kelakar la..comel je perangai gitu!
    Dia mesti excited sbb 1st time tempah kan..

    ReplyDelete
  2. btol 2, excited tol bdk2ni ye..^_^

    ReplyDelete
  3. ahaha...kelakar la maisara.
    sakit perut ni gelak ke dia.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Diana

    saya baru nak hantar kain untuk tempah baju raya untuk anak2

    ReplyDelete
  5. haha excited la tu..dia ingat jahit baju ni macamana agaknya ya..

    ReplyDelete
  6. Terujanya dia nak pakai baju baru. :)

    ReplyDelete
  7. Heheee, kesian tukang jahit tu dikata jahit lambat :)


    ps/: Kak, TAHNIAH ye teka betul, nanti bg no akaun Maybank/CIMB kat
    normj1001@hotmail.com

    ReplyDelete
  8. aikk..dah tak sabar sangat la nak pakai baju baru :)

    ReplyDelete
  9. salam
    maisara...oh maisara...lambat lagi dik ooiiii...tak sabar2 ya...

    ReplyDelete
  10. dh start tempah baju..
    lucu baca. btw, semoga dipermudahkan segala urusan dan persiapan ^^

    ReplyDelete
  11. haha..teruja nak pakai baju baru laa tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. nak cepat bayar lebih...
    ok la..hehe

    ReplyDelete
  13. hahahaha, kelakarlah maisara ni...hihi.

    Sabtu lepas, kami anak beranak pun pi tempah baju, tp baju untuk raya, bukan baju untuk kenduri. Tukang jahit tu, kalau tak tempah awal, nanti mesti dia tak nak lagi dah sbb dah dekat raya, yus biasa mmg siapkan awal...:)

    ReplyDelete
  14. he3..... mcm ler nak pakai bsk jer maisara nie....
    buat nyer baju tu tak siap.....
    macammana ler maisara ckp nanti...he3

    ReplyDelete
  15. maisara ni kena ada sorg tukang jahit peribadi lah..kompem sehari boleh siap bj dia..hoho =P

    ReplyDelete
  16. xcited betul si maisara tu ye hehe :)

    ReplyDelete
  17. excited la tu... kalau lala nnti mcm maisarah kena bersediala nk menjawab

    ReplyDelete
  18. amboiii tak sabar maisara nak baju baru..:D

    ReplyDelete
  19. hahahaha.... maisara maisara.. terujalah tu

    ReplyDelete
  20. maisara ni kan... kalau lah dia yg berurusan sendiri ngan tailor... kompon tailor pun penin pale..

    ReplyDelete
  21. excited maisara tempah baju kurung..sabar ye maisara sayang.

    ReplyDelete
  22. maisara excited tu kak.... hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …