MAISARA::kedekut 2

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
Dalam entry ni ramai yang tanya kenapa maisara
cakap kedekut pulak???hahaha..
bagi maisara bila orang mintak sesuatu dan kita tak bagi
itu maknanya kedekut.
tak kira la kalau orang tu mintak tolong ke..mintak pinjam ke..
mintak nasihat ke..:p

maisara paling tak kedekut dengan kawan2.
sebab tu pensil warna dia selalu je hilang..
jadi baru2 ni aku ada belikan pensil warna yang baru.
dan aku pesan panjang lebar kat dia..

"kalau kawan2 nak pinjam ,jangan bagi..kalau nak bagi,
bagi je pensil warna yang lama tu..
pesan pada kawan2,ibu tak bagi guna pensil warna yang
baru ni sebab kawan2 tak reti nak
pulang kan balik lepas guna.
siapa guna pensil warna baru ni ibu akan ikat dia kat pokok.."

maisara cuma cakap.."ye..pahammm"
kemudia dia diam...tak lama lepas tu dia cakap...

"ibu..agak susah nak cakap tidak dan tak boleh pada kawan2.."

Ibu:sekali sekala maisara kena jadi kedekut.
kalau tidak kawan2 maisara asyik hilangkan pensil warna.
kali ni kalau hilang jugak ibu tak belikan dah.

maisara:baiklah..maisara akan berlatih..ibu jadi najwa
yang nak pinjam pensil warna..lepas tu maisara akan cakap "tak boleh" ok??

aduhai..
tak payah la sampai berlatih anak oi..


sekian..

Post a comment

18 Comments

  1. hahahahahahaha
    sy nk berlatih jg la jd kedekut

    ReplyDelete
  2. Hehehe... Nak ikat kat pokok tu... Hehe lawak la D ni.. Adeh!

    ReplyDelete
  3. kena berlatih lah ibu.nt kekok lak.hehehe

    ReplyDelete
  4. siap nak berlatih lagi tu..maisara oh maisara

    ReplyDelete
  5. alahai..comel dan cerdiknya maisara

    eh mak najwa baca blog ni tak?
    hehe

    ReplyDelete
  6. Hahaha spi nak berlatih tu ckp x boleh,budak cerdik nie....

    ReplyDelete
  7. hahaha..siap nak berlatih....:)

    ReplyDelete
  8. siap kena latih jadi kedekut tu hehe ;)

    ReplyDelete
  9. bagus2 maisarah teruskan belatih dengan gigih..ahaha

    ReplyDelete
  10. nampak sangat najwa yg selalu hilangkan..... he3....
    maisara nie tak pandai cover line dah......he3

    ReplyDelete
  11. hahaha..berlatih jadi kedekut..
    best gak jadi kedekut nih... untung lah kita..

    ReplyDelete
  12. haha..tergelak den...siap ado trainning lak yer sebelum cakap ngan kawan...hehe

    ReplyDelete
  13. Saya pun kedekut publish entry, paling banyak cuma 2 entri sehari....

    ReplyDelete
  14. berlatih?? kahkahkah adoi maisaraaaaa....tension betul la ngan maisara ni..hahaha :)

    ReplyDelete
  15. Siap nak buat rehearsal. Tapi kan bagus kalo dia tak kedekut. Mesti dia disukai kawan2. Cuma ibu dia la yg pengsan nak kena beli baru je brg2 dia kan? Hehe.

    ReplyDelete
  16. Saya juga kedekut :p hehehe

    ReplyDelete
  17. siap nak berlatih lg tu..hahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)