Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

TIP UNTUK BUAT ANAK TAK TAKUT KE KLINIK GIGI

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua....:)



pagi ni nak cerita pasal gigi ...
korang ada tak anak2 yang takut nak periksa gigi kat klinik??
mesti susah kan??
kalau gigi sakit tahan je la..
nak bawak ke klinik dah sah2 dia tak mau..

aku ada tips untuk buat anak tak akut ke klinik gigi.
tapi tips ni untuk kita amalkan dari awal la..

yang pertamanya ceritakan bagaimana cara doktor gigi memeriksa gigi
tapi secara sederhana dan menyeronok kan.
jangan sesekali cerita pasal kesakitan ,berdarah,atau
perkara2 yang boleh buat dia takut.

kalau kita ada pengalaman buruk ketika dapatkan rawatan gigi
jangan sesekali ceritakan pada anak kita.
jangan sesekali cakap "tak sakit pun.."
sebab anak akan fikir kenapa kita cAkap pasal sakit??kan??
jadi soal sakit ke tak tu baik kita diam kan je..
tapi kalau ditanya..."sakit ke?"
baru la kita jawab ."sakit kenapa pulak??doktor tu tengok2 gitu je..
sikit pun tak sakit.." tu ayat aku dulu la masa nak didik maisara
tak takut ke kl…

MAISARA::malas nak layan

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
dah lama tak menulis entry baru ni..
entry2 yang sebelum ni semuanya memang dah ada
dalam draft.tak larat sebenarnya nak menulis..
nak duduk lama2 yang malas tu..
sakit pinggang ni..

aku banyak baring dan tengok tv je sekarang ni..
lepas tu dengar maisara bercakap..
kadang2 aku tertidur
dia siap kejut kan aku semata2 nak
bagi tau Pororo telah menipu..
aih..ada aku kesah katon pororo tu menipu ke idak..



tak larat aku nak layan dia besembang.mulut tak reti penat..
sudah nya aku buat tak tahu je apa yang dia cakap..
dan selalunya bila dia tengok
aku tak layan pun dia,
dia akan kata..

"dah la..malas nak layan ibu ni.."

patutnya aku yang cakap gitu kat dia..

sekian..

TAK PANDAI NAK BAWAK GELARAN CIKGU

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
kalau ditanya apa pekerjaan paling suci murni
bak minyak masak dah tentu jawapan paling atas
dengan markah penuh 10 adalah CIKGU..
setuju tak??

Bila sebut cikgu je
mesti orang rasa kagum dan hormat la..
yang dibayangkan dengan gelaran cikgu tu
ialah dia seorang yang ramah,
pandai bawak diri,berdisiplin,dan yang baik2 saja la..

tapi ada setengah cikgu2 ni yang tak pandai nak jaga reputasi diri..
contohnya macam kat facebook
dia pakai nama cikgu Nona.
tapi bila berkomen2 dah macam nak jual diri,.

alasan...
"alah..bukan anak murid kenal pun..."

kalau gitu apa kata tukar je nama tu..
jangan pakai nama cikgu..
guna je la nama yang lain.

alasan lain:
"cikgu pun manusia biasa jugak.."

bagi aku kalau dah namanya cikgu
dia mesti seorang yang luar biasa.
sebab anak murid ni akan lebih jadikan
cikgu sebagai rujukan.

cer kita jadikan contoh sorang doktor..
bila kita kata.."doktor tu suka berpoya2 tau.."
ada orang heran??pedulikan lah..dia doktor..

tapi ka…

LELAKI KATA DAN PEREMPUAN KATA

Assalamualaikum...

bila orang perempuan minat tunggang motor besar...

lelaki:tergedik2 nya perangai pompuan tu..

Bila lelaki minat jahit manik..

Perempuan:bagusnya dia ni..halus je kerjanya..

Bila perempuan minat bola

lelaki:minat kat pemain je tu.bukan tau apa pasal bola.

bila lelaki masuk masterchef

perempuan:dia ni masak bagus la..selalu juri puji..

Bila perempuan jadi makenik

lelaki:boleh harap ke dia ni??habis kereta aku nanti..

bila lelaki susukan anak(guna botol ye..)

perempuan:untungnya isteri dia..baik suami dia tu..

sampai bila la orang
lelaki ni nak pandang rendah pada orang perempuan ye??
padahal mereka sendiri pun ada masa2nya belajar dari wanita jugak.
tapi sebab memang jenis suka
belagak bagus tu yang berasa macam dia je hero dan mampu...
kita ni lemah je bagi depa.

Sekian

EURO:DULU SOTONG SEKARANG BABI..

Assalamualaikum...

Kalau dulu,sewaktu di piala Dunia 2010 sotong kurita yang bernama paul
menjadi perhatian peminat2 bolasepak.Paul berjaya
meramal 7 perlawanan dengan tepat.

Euro 2012 sekali lagi haiwan digunakan untuk meramal
perlawanan2 yang akan berlangsung.
tapi kali ni bukan lagi sotong.
ianya adalah seekor babi asli ukrain.
namanya belum dipastikan lagi.


Babi tersebut akan meramal keputusan perlawanan setiap jam 4 petang
sebelum perlawanan bermula.
Caranya, dia akan meramal dengan cara menghidu
bendera pasukan yang bertanding.
dengan cara itu lah dia menentukan pemenang nya..

**lepas ni babi pulak jadi perhatian..
ada2je la depa ni..
percaya kat babi nak buat apa???
hahahaha

ISTERI-ISTERI DAH BERSEDIA KAH??

Assalamualaikum...


apa benda ni???

ooo..jadual EURO CUP....

Isteri2 dah bersedia ke??
bersedia untuk menyerahkan remote tv kepada suami???
hehehehh

sekian...

NI MESTI ADA BENDA TAK ELOK NAK JADI NIH...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
korang mudah tak rasa was2??

sikit2 nak was2..
sikit2 mula nak risau...
contohnya macam ni la..
tengah korang basuh2 cawan tetiba gelas tu
terjatuh dan pecah...
mula la gelabah..bukan gelabah sebab
takut kaca kena kaki ke,jari ke..
tapi risau yang tak ketahuan hala.

"ni mesti ada benda tak baik nak jadi ni..."

padahal dia yang pegang gelas sambil berangan

tengah dok tengok tv tetiba bingkai gambar keluarga
yang ada kat dinding jatuh..
terus pikir,
"apa benda tak baik nak jadi kat keluarga aku ni???"

padahal paku kat dinding tu yang dah bekarat.

sejujurnya aku rimas dengan orang macam ni..
jalan2 tersepak batu je..
dia pikir...

"sapa la dok mengata aku ni...
kalau aku tau sapa memang aku koyak mulut dia.."

aih..semua perkara yang terjadi
dia anggap satu petanda..

memang rimas la..!

sekian.

MAISARA::suami ibu..

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
maisara ni dari dulu sampai sekarang
memang suka punggah barang2 mainan dia
lepas tu tak reti nak kemas..
Agaknya dia seronok kot rumah penuh dengan mainan sampai
nak duduk bersila pun tak de tempat.

Tadi petang pun gitu...

Ibu:Ni apa pasai yang bersepah sangat ni...kemas cepat..

Maisara:satgi la..maisara tengah sibuk ni..

Ibu:kemas cepat..bersepah sangat ni..takut ibu tengok!

Aku kata takut tu sebab
bersepahnya luar biasa dari selalu..
takut2 aku yang kena kemas..

maisara:ibu nak takut apa...ibu kan ada suami....

apa kena mengena pulak
dengan suami aku ni???
tetiba je melibatkan suami aku pulak...


sekian...

INILAH HANTU YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK MELARISKAN JUALAN MAKANAN

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
dalam zaman moden ni
masih ramai yang mengamalkan perkara2 khurafat
dengan tujuan untuk mengaut keuntungan.
salah satunya ialah pelaris.


hantu peludah

pelaris yang selalu digunakan ialah hantu peludah..
ianya dipanggil peludah kerana setiap makanan yang
disajikan akan diludah oleh makhluk peliharaan peniaga tersebut.
makanan yang diludah akan menjadi sedap
dan pengunjung akan ketagih untuk makan di kedai makan tersebut.

Ada peniaga yang tak tahu sebenarnya hantu peludah ni
akan meludah ke dalam sajian yang dihidangkan..
yang mereka tahu,mereka hanya perlu memagar
kawsan kedai makan mereka dengan tenaga dari hantu tersebut
yang mereka dapati dari bomoh2 .

Biasanya bila sajian tu dimakan oleh orang2 yang
banyak ilmu agama atau alim ulamak,mereka akan merasa
mual dan muntah2 .

sekian.

sumber;kaskus

APA PENTINGNYA POLLS NUFFNANG UNTUK BLOG KITA?

Assalamualaikum.


Selamat petang semua..
dah lama tak buat entry2
tentang nuffnang .
petang ni aku nak cerita pasal polls yang
ada kat desk nuffnang tu.ramai blogger yang
tak peduli pun pasal pollls ni.
tapi sebenarnya polls ni
sedikit2 sebanyak penting untuk blog kita.

apa perlunya polls ni???
sebenarnya polls ni la yang menunjuk kan pembaca bagaimana
yang ada kat blog kita.
benda ni jugak diperhatikan oleh pengiklan
untuk memudahkan mereka menetukan 'jenis iklan bagaimana
yang sesuai dengan blog kita.

mereka akan meletak kan iklan yang sesuai dengan
peringkat umur pembaca blog kita.
sama ada produk tu sesuai
dengan pembaca blog kita atau tak..
kalau pembaca blog kita dalam lingkungan 15-20
tahun tak mungkin la dia nak pilih
blog kita untuk iklan berbentuk barangan bayi
atau barang2 otomotif..

mungkin iklan2 yang sesuai adalah
iklan dari syarikat2 telekomunikasi..

jadi kalau nak letak polls letak la soalan2 yang
berkaitan produk2 atau soalan tentang barang2 keprluan ke..
contohnya macam
:biasanya kat mana k…

MAISARA;:cikgu

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua...
semalam aku pi sekolah untuk tandatangan kad laporan maisara.
rasa bangga je bila cikgu kata
dia paling cepat dapat apa yang cikgu ajar
berbanding murid2 lain...


kejap je maisara dah besar.masa ni dia tembam sangt..:p

dia jugak dah boleh mengeja dan
tahu buat tambah dan tolak dengan baik.
cuma dia paling banyak becakap dan
kawan2 nya kata dia suka menangis..hahahah..

tu tak dapat disangkal lagi..
kat rumah pun aku pening dengar
dia bercakap tak berhenti..
kat sekolah bagi la cikgu pulak pening.
boleh la aku berehat untuk 4 jam sehari..ahahha..

kat sekolah pun maisara duduk depan sekali.
kata maisara..

"duduk depan senang nak bersembang dengan cikgu.
kalau duduk belakang cikgu nak bersembang dengan
maisara susah sikit..."

aduhai..
kesian pulak kat cikgu..
mesti letih nak jawab soalan2 dan
melayan cerita maisara.

aku dapat agak dah dia memang kerap bersembang dengan
cikgu sebab kadang2 kat rumah
pun dia tersasul panggil aku ni cikgu...hahahhah

terima kasih cikg…

CARA-CARA MENONTON PERLAWANAN BADMINTON SUPAYA TAK KECEWA BILA KALAH

Assalamualaikum...


Selamat malam semua...
korang tengok badminton tak??
jangan tengok..nanti stress..hahahah..

aku tak tahu la kalau korang
tengok badminton sama macam cara aku tengok
badminton..

aku kan...
kalau tengok macam malaysia tertinggal 2,3 mata
cepat2 aku alihke siaran lain..
sebab kekonon nya,nanti kalau alih ke siaran
perlawanan tu semula mata malaysia akan berubah dok mengatasi lawan..
hahaha..tak tau la sapa yang ajor tengok gitu..cuma perasaan sendiri je..

korang macam tu jugak ke??
lagi satu kalau nampak kompem malaysia
macam nak kalah je memang tak nak tengok..
dah dekat2 nak habis nanti baru tengok.
sebab tak nak kecewa awal2..
biar kecewa hujung2 nanti je..
kecewa hujung2 tak la sakit sangt..hahaha

sekian...

SAYA SEORANG IDOLA??BIAR BETUL....

Assalamualaikum...

Selamat petang...
tersipu2 aku baca blog hijau ni...
taksangka ada jugak nak jadikan aku ni idola..
malu pulak rasa..hehehe..

apa pun terima kasih Fa..
terima kasih jugak pada yang sudi
jadi pembaca setia blog ni..

suami aku pun agak suka baca entry2 lama aku.
dulu kan aku ni aktif berblog..
sehari sampai 1o entry.
jadi banyak la jugak entry2 yang dia terlepas..
tapi sekarang ni memang slow sangt
aku berblog..
sehari paling banyak 2 entry je..
kadang2 langsung tak de.
kalau ada pun banyak entry yang aku rujuk dari sumber2 tertentu je.

insyaallah..
lepas bersalin nanti aku aktif balik macam dulu2.
sayang weh blog ni..
tetiap tahun bayar kat netkl kalau nak biar terabai
rasa rugi je..kan??

korang pun jangan lupa tau
selak2 la entry lama kalau tak buat apa2 tu..
heheheh..


Sekian..

SIKAP TERSEMBUNYI ORANG YANG CEPAT BOSAN

Assalamualaikum...

Selamatpetang semua...
kalau sapa2 nak bagi pendapat tentang masalah kesihatan yang aku
tengah alami sila la komen2 kat entry sebelum ni ye..
segala komen anda sangt la saya dan suami hargai.
terima kasih...

tetiba je jadi saya..hahahah
aku nak cerita pasal cepat bosan.
adakah korang jenis yang cepat bosan dengan seseorang??

bila bercinta je tak boleh la jumpa kerap2..
mula la bosan.bila bosan tau nak bergaduh je..

bila berkawan tak boleh nak
kerap2 sangat berbual..
mula la nampak kawan tu tak elok je..

sebenarnya orang gini
dia lebih selesa bersendiri.lebih tenang.
bukan bermakna dia tak suka berkawan.
cuma tak suka lebih2.

dia jugak agak kedekut dan
lebih menghargai diri sendiri berbanding orang lain..
dia sangat sayangkan harta benda dia sendiri.
dia tak suka membebankan dan dibebankan.

Jika dia sudah berkahwin
dia sangat mengutamakan pasangan nya dan anak2.
dia seorang yang berjimat cermat dan agak berhati-hati.

kalau kita tengok fakta2 tentang orang macam ni..
dia sebenarnya mencari kes…

SAYA SEDANG SAKIT!!IBU2..SILA BAGI PENDAPAT SIKIT

Assalamualaikum...

Selamat pagi...
aku rasa macam tulang pelvik ni sakit la..
ibu2 yang pernah hamil
pernah tak alami masalah ni??
sakit tu macam sengal2 bila nak bangun dari duduk..
atau nak bangun tidur..
kadang2 rasa sengal tu bercampur dengan rasa pedih...

baru nak masuk 23 minggu ni...
tak kan nak besalin dah kot..
risau...;(

Menjadi masalah tak
bila nak besalin nanti??

tolong.....tolong!!!!!

sekian...

TINDAKAN IBU BAPA BILA ANAK DEMAM

Assalamualaikum...
selamat petang semua...

aku nak kongsikan dengan korang apa yang korang perlu buat bila anak demam.. selalunye ada ibu bapa yang gelabah giler bila anak demam.. aku pun sama la.. risau je..
ok..mula2 sekali korang kena bagi dia pakai pakaian yang nipis dan tidak berlengan.. bukan baju sejuk ke apa ye.. selimut pun tak payah.

lepas tu bagi dia ubat paracetamol mengikut sukatan yang betul setiap 4-6 jam.boleh jugak diberi setiap 6 jam sekali.. ikut cakap doktor je la ye..

lepas tu korang kena lap air suam kat badan anak.. mak aku dulu lap guna air suam yang di campur asam jawa. jangan guna air sejuk.. nanti dia menggigil pulak.

pastikan korang pasang kipas.. ni untuk menurunkan suhu sekeliling anak untuk bagi dia selesa.. elak kan penghawa dingin.

dan akhir sekali bagi anak minum air secukupnye.. beri dia bubur supaya senang di hadam. kalau tak de masalah batuk atau selsema boleh bgai aiskrim untuk mengurangkan suhu badan. jeli pun ok..



sekian...

CARA MENDIDIK ANAK SUPAYA TIDUR DALAM BILIKNYA SENDIRI.

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
ada yang bertanya pada aku cemana aku ajar maisara tidur sendiri??
tidur dalam bilik sendiri la maknanya..

sebenarnya benda ni nak kena mula dari awal.
aku mula asing tidur dengan maisara sebelum maisara umur setahun lagi.
sebelum dia tidur aku susu kan dulu..
lepas tu bercerita,menyanyi..sampai la dia tidur.
awal2nya memang susah sikit sebab
dia akan terjaga tengah malam.
jadi kita kena sentiasa pasang telinga la walaupun tidur..

Aku ni tak bekerja jadi mudah la benda2 gitu..
bagi yang bekerja mungkin susah nak buat macam ni..kan??

bila dia dah pandai merangkak
dia akan merangkak ke bilik aku dan suami..
pintu memang tak tutup la..malah tombol pintu pun aku cabut sebab tak nak
pintu tu tertutup sendiri.tapi sekarang tombol tu ada balik la
sebab dia pun dah pandai buka tutup pintu.

kat bilik dia tak tidur atas katil.kami sediakan tilam tak tebal tak la nipis..
dan bantal supaya kepala tak terhantuk kat dinding
sebab dia ni memang tidur lasak sejak dalam panta…

MAISARA::meh la ibu....

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
petang tadi kan...
masa tu aku kat dapur..tiba2 je..

Maisara:ibu...meh sini jap...

Ibu:Nak buat apa??

Maisara:meh la..

Ibu:tak mau la..nak masak ni..

Maisara:meh duduk depan tv ni..dah start dah "art attack" ni..



Ibu:tak mau la..bukan best pun..

Maisara:bukan suruh ibu tengok..adik tu yang nak tengok..

Ibu:eh!tak kuasa la...


#sukahati dia je..


sekian...

DAYUSNYA LELAKI

Assalamualaikum...

Bila kita memilih lelaki untuk dijadikan suami
perkara yang penting adalah
keupayaan dia membimbing kita..
betul tak???
kalau suami nak berjalan lurus pun payah
agak susah nak membimbing isteri dan anak2 nanti..
silap2 tanggung jawab suami serah kat isteri..

Bila isteri melakukan kesilapan
sewajibnyalah suami memperbetulkan..
bukan terus memberi hukuman..

tapi itu lah yang berlaku zaman sekarang..
bila isteri buat silap
terus suami lafazkan cerai..
katanya ..
"dayus lah kalau aku biarkan saja.."
betul tu..
dayus kalau kamu biarkan isteri terus terusan melakukan kesilapan..
tapi lebih dayus jika kamu tidak
memperbetulkan kesilapan isteri kamu..

sepatutnye kamu bimbing la dia..
tunjuk kan dia jalan yang betul..
jangan la terus ucap kata cerai.

sekian...

Sidara dan suami orang

Assalamualaikum...

hari ni tak mendung tak panas..
yang sedang2 je..sapa yang nak lari2
buang lemak petang nanti sesuai sangat la...

jom kita cerita tentang lelaki berlagak bujang..
pada adik2 yang belum kawen tu mesti ada yang pernah
kenal dengan lelaki belagak bujang ni..
silap2 bercinta pulak.
lepas tu gelabah bila dah tau rupanye lelaki yang
dia dok deting tiap2 malam tu laki orang rupanye...

cemana nak tau lelaki tu dah kawen atau masih bujang???
meh2 nak cerita..
nanti jangan kata aku tak bagitau pulak..

1)kemas dan bersih..
kemas ni maknanye baju dia bergosok dengan sempurna.kat leher baju pun bersih je tak de daki.kalau lelaki bujang dia gosok baju line gosok tu mesti senget sikit.kadang2 pakai baju kemarin ja..kalau dia kata mak dia yang siapkan,tipu lah!!

2)lelaki dah kawen suka bercakap konon2 dia tu hero.dia tau semua benda.

3)cuba ajak dia jumpa mak ayah dia.kalau dia setuju,itu cukup baik.tapi kalau alasan nye banyak sangat baik kita berhati2.

4)menetapkan undang2 yang pelik.contohnye..

MAISARA::kurang sopan

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
sekarang ni dah dapat rasa
bayi bergerak kuat..kalau baring2 boleh nampak perut
bergerak2..seronok..!

maisara pun selalu la dapat rasa dengan tangan dia.
tapi kadang2 buat gitu akan buat
dia rasa geram dengan adik kat dalam perut ni.
pernah sekali masa dia tengah letak tangan kat perut aku
dan adik pun bergerak..tiba2 je dia cubit perut aku
sambil cakap..

"eiii...comel la adik ni.."

aduhai..naik terkejut aku dibuatnya.
geram sampai gitu sekali..

tapi ada masanya dia marah dengan adik ..heheh
kadang2 bila dalam kereta maisara akan
duduk kat depan dengan aku.tu time mengada2 nak peluk la..

satu hari tu bila dah peluk aku perut aku ni pun
terkena la perut maisara.
sambil peluk aku nyanyi2 sikit bagi dia tidur
tiba2 je adik kat dalam bergarak kuat sangt.
maisara pun dapat rasa la gerakan tu.

Maisara:hey adik..tau tak buat macam tu kurang sopan.
sorang adik tak boleh tendang2 kakaknya yang sedang tidur..paham??


huh!dia yang menyempit kat depan buat apa..
nak tidu…

WISHLIST::kekasih hati

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
susah hati tak kalau tak de kekasih??
kalau umur dah lanjut mungkin rasa jugak la susah hati tu..kan??
tapi kalau umur baru belas2 dah risau,
cemanaa tu ye??
penting sangt ke ada kekasih ni??

aku selalu la jugak blogwalking
kat blog adik2 ni.
maksud aku adik2 yang umur belas2.
maknanya masih dalam alam persekolahan.

ada antara mereka ni kan aku nampak kat wishlist tu
salah satu wishlist mereka ialah kekasih.
aduhai...benda tu pun nak kena
senaraikan dalam wishlist ke??
bukan ke cinta tu datang sendiri.
kalau kita buat wishlist gitu
nampak macam terdesak sangat nak kan kekasih.

bila terdesak kita pun sambil lewa
je la dalam memilih teman hidup.
sebab dah terdesak sangat nak tunaikan impian tu..kan??jadi bila sambil lewa kekasih kita pun bukan lah dalam kalangan manusia berkualiti.
untuk buat bekalan geli2 je atau isi masa lapang,boleh la...

Muda lagi dik oi..
tak payah la nak senaraikan ada kekasih
sebagai salah satu impian dalam hidup.
banyak benda lain lagi tau nak…

KENDURI??TAK SUKA LA..

Assalamualaikum...

Selamat tengahahri semua...
terlalu lama beraksi kat padang awal pagi tadi. .
sudahnya lepas subuh baru tidur..
jadi bangun pun matahari dah tinggi...
hahahha....tak baik tidur lepas subuh ye adik2...
jangan ikut cara ni tau,..

ada apa2 rancangan hari ni???
ada yang nak pi kenduri..
rasanya minggu depan memang banyak la jemputan kenduri..
sebab dah cuti sekolah.
rumah mertua kat kampung pun kenduri jugak..

Aku ada sorang kenalan dia cukup tak suka pi kenduri.
orang jemput pun dia tak mau pi.
macam2 alasan la dia bagi..
rimas ramai orang la..panas la..

sampaikan sorang kawan pernah cakap yang
dia tak nak jemput orang ni pi kenduri..

"buat apa jemput dia..buat tambah dosa dia je..
kan menghadiri jemputan tu wajib kalau diri tu mampu.
kesian la kat dia.jadi tak nak la jemput dia.."

jadi bila kawan2 kenduri memang tak jemput la dia..
kesian kan??
sebab tu orang kata
rezeki jangan ditolak..
tolak rezeki sama macam mencari musuh..
bila orang dah tak peduli kat kita
rasa seronok tak???huh…

MAISARA::senarai

Assalamualikum..

Selamat pagi semua..
panasnya hari ni.dah 2 hari tak hujan..kan??
mintak2 la hari ni hujan..amin....
Hujan atau tak urusan rumah tetap kena uruskan..
barang dapur banyak yang dah habis.
jadi hari ni kena la pi beli.
kena buat senarai ni..

cakap pasal senarai barang..
maisara selalu buat senarai,.
senarai apa nak buat hari ni..
senarai maninan apA nak beli..
senarai apa rancangan best nak tengok kat tv nanti..
dan macam2 senarai lagi..

Dulu dia tak berapa pandai la nak tulis senarai..
jadi dia buat gini...
dia lukis je...
kadang2 apa yang dia lukis tu pun dia sendiri tak tahu...
bila lukis dah tentu lah kertas senarai tu jadi besar.
pernah sekali kami keluar
dan tiba2 ayah dia terkejut tengok kertas apa yang dilipat2 ada kat
dalam poket belakang jeans ayah.bila di buka kertas tu
terpampang senarai barang yang dia lukis.besaq pulak tu kertasnya.hahah
entah bila dia masuk kan senarai tu pun ayah dia tak tahu ..

tapi sekarang ni dah tak de dah lukis2..
dah boleh tulis sikit.
cuma kadang2 kalau …

WAKTU YANG BETUL UNTUK MINUM CAPPUCCINO.

Assalamualaikum...



selamat petang semua...
suka cappuccino tak???
wah...suka..suka..suka!!hehe..

Bila rasa nak minum kita pesan je..
dapat2 terus minum..
tak kira masa la..
pagi ke..petang ke..
malam ke..ikut tekak la..kan??

tapi yang sebenarnya tahu tak korang..
di negara asal nya iaitu Itali,
cappuccino hanya diminum di masa tertentu saja.
iaitu ketika sarapan.
dan kebiasaan nya dihidangkan bersama sepotong
croissant.

lepas waktu sarapan tak de orang dah yang
minum cappuccino ni..
sebabnya cappuccino ni kena minum lambat2..
jadi bila dah bermula waktu kemuncak,
orang tak de dah duduk2 sambil minum cappuccino..
orang sibuk dengan kerja dan sebagainya.
lepas je waktu sarapan
yang jadi pilihan mereka adalah short Espresso.

tapi kita kat malaysia ni
malam2 hari minum cappuccino..
style la konon..orang itali tengok mesti pelik..
hehehe..biasala..kita kan unik..
muahahahahah

sekian..

BAYI LAHIR BERSAMA AL-QURAN

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...




seorang bayi dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil..
bayi yang diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo
oleh sorang ulamak itu dilahirkan pada 7 mei 2012.

Dalam pemberian nama tersebut, ulamak terkenal tersebut Ustaz Abdul Rahman,
menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi
walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga menambah bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah,
untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan,
iaitu lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Ulama lain yang ikut serta dalam acara menamakan bayi
tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,
Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,
dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Ahad (13/5), ibu bayi ini memeluk Islam setelah melihat bayinya
lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Kini,ibu berusia 32 tahun yang dulu bernama
Kikelomo Ilori ini kemudian menukar na…

BELI RUMAH DAN SEWA RUMAH

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
segar je rasa pagi ni sebab tidur cukup..
baru la boleh berblog dengan riang ria..ekekekek..



Nak cerita pasal rumah ...
seronoknya bila kita dah duduk rumah sendiri kan??
aku dengan suami pernah duduk menyewa
sebelum kami beli rumah ni.
memang rasa tak seronok dok menyewa ni..
nak ubah sana tak boleh,ubah sini tak boleh..
rosak sikit nak kena call tuan rumah..leceh la.
tambah pulak tuan rumah masa tu dok luar negara.
memang susah sangt nak berurusan dengan dia.

pernah sekali waktu tengahari
tiba2 je aku keluar rumah nak ke kedai nampak
terlekat kat pintu pagar "FOR SALE"
hah!punye la gelabah.
yang peliknya tuan rumah kat sana pun gelabah
sampai sanggup balik kesini nak selesaikan urusan rumah dia.

tapi lepas je duduk rumah sendiri rasa lega sangat.
rasa selamat je..tambah pulak kemudahan
memang banyak kat sini.

tapi kalau nak beli rumah kena tengok kewangan jugak..kan??
kalau tak mampu yang murah pun ok..
ada duit nanti besar kan la mana yang kecik tu..

pagi …

WANITA TAK PERLU MANDI UNTUK ELAK KAN HUBUNGAN SEKS

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..
baca berita pelik ni..

seorang ahli politik mengusulkan supaya wanita di zimbabwe
mencukur rambut dan tidak perlu mandi
untuk membuatkan lelaki kurang tertarik
kepada mereka dan sekaligus dapat mencegah penularan HIV dan AIDS.

morgan femai

Dalam undang-undang yang diusulkan oleh ahli politik tersebut Morgan Femai,
akan berisi peraturan yang memaksa perempuan
untuk membuat diri mereka kurang menarik.
Sehingga tak ada lelaki yang tertarik untuk melakukan
hubungan seks dengan ramai wanita.



************

kelakarnya cadangan dia ni..
kalau tak mandi bukan ke ada penyakit lain yang datang..
datang pulak penyakit kudis buta ke..
panau ke..kan??
silap2 boleh demam panas..

bukan semua ahli politik cerdik ..kan??
cemana dia boleh jadi ahli politik ni??

sekian..

SENARAI PEMAIN MANCHESTER CITY YANG BAKAL DIJUAL

Assalamualaikum..

Nampak nya gelaran juara bukan lah
jaminan pemain2 sedia ada akan kekal bermain di
manchester City.

Pengurus Manchester City beranggapan
beberapa pemain tersebut tidak sesuai untuk bersaing di liga-liga juara
apa lagi di Liga Eropah.

berikut senarai pemain yang mungkin akan dijual.

~Carlos Teves ( 47 Juta Pound )
~Edin Dzeko ( 27 juta Pound)
~Mario Balottelli (24 juta Pound)
~Alexander Kolarov ( 19 Juta Pound)
~Kolo Toure ( 16 juta Pound )
~Adam Johnson ( 7 Juta Pound )
~Stefan Savic (6 Juta Pound)
~David Pizarro (free).

sekian...

sumber;yazid.com

GAMBAR LUCU TEVEZ DAN FERDINAND

Assalamualaikum...

bagi yang tengah mengantuk tu jom kita
tengok gambar kelakar ni..




dalam twitter nya Ferdinand memberi komen..

"Haha, apa yang sebenarnya dicari Tevez tu? Foto yang bagus!"

aku pun tak ingat dah ni game bila.
tapi menurut sumber waktu ni sebenarnya Tevez terjatuh atas ferdinand.
mungkin dari kedudukan jurugambar ni
keadaan masa tu nampak sangt lucu la.

sekian..

PENSIL WARNA YANG BAGUS UNTUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum..

Selamat tengahari..
nak pi ambik maisara ni..
tapi sebelum tu nak cerita pasal pensil warna ni..
baca tajuk tu..
macam iklan kat tv pulak..heheheh

aku selalu jugak beli pensil warna.
maklum la anak aku kan suka melukis.

sejak umur 2 tahun aku dah start belikan pensil warna untuk dia.
ni antara pensil warna yang aku beli untuk dia sejak umur 2 tahun .
yang ketot2 pun di simpan lagi.


sebenarnya banyak tapi sebab kawan2 nya pinjam dan tak
pulang kan ,ada yang bagi hilang..
ada yang simpan buat harta sendiri..
dan ada yang anak aku sedekah tanpa aku suruh..
tu yang aku suruh dia jadi kedekut tu..

tapi nak pilih pensil warna yang terang tu agak susah la.
sebab nya kebanyakan pensil warna mesti warnanya malap2 je.



dah macam2 jenama pensil warna aku beli
dan aku rasa pensil warna yang aku beli kali ni
memang sangat terang.aku beli jenama Stabilo
pensil nya pun besar2.
kalau beli yang saiz biasa tu memang tak terang.
harga dia pun tak mahal mana pun.
yang kotak besar tu 12 ringgit kot.
aku beli yang…

KAHWIN 3 KALI LEBIH CEPAT MATI

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua...
siap yang dalam status madu 3??
kalau ada..kena hati2 sebab anda mungkin akan jadi janda
sebelum anak2 besar dan dapat timang cucu
sebab suami pergi dulu..ahahahha...

Perkahwinan adalah suatu perkara yang boleh mendorong kita
menjadi lebih baik.
namun jika perkahwinan terjadi lebih dari
sekali ini akan menyebabkan tekanan dan
bagi yang berkahwin cerai sebanyak 3 kali
mungkin boleh menyebabkan anda terlalu kerap memikirkan tentang
kegagalan perkahwinan terdahulu.

perkara2 begini boleh menyebabkan masalah kesihatan
terutamanya bagi mereka yang sudah berusia 30-50 tahun.

tapi ni cuma kajian saja..
tengok Elizabeth Taylor tu..kawin 8 kali..
last2 sampai umur 79 jugak dia..kan??
ajal maut ditangan Tuhan...

sekian..

sumber:dailymail

MAISARA::kedekut 2

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
Dalam entry ni ramai yang tanya kenapa maisara
cakap kedekut pulak???hahaha..
bagi maisara bila orang mintak sesuatu dan kita tak bagi
itu maknanya kedekut.
tak kira la kalau orang tu mintak tolong ke..mintak pinjam ke..
mintak nasihat ke..:p

maisara paling tak kedekut dengan kawan2.
sebab tu pensil warna dia selalu je hilang..
jadi baru2 ni aku ada belikan pensil warna yang baru.
dan aku pesan panjang lebar kat dia..

"kalau kawan2 nak pinjam ,jangan bagi..kalau nak bagi,
bagi je pensil warna yang lama tu..
pesan pada kawan2,ibu tak bagi guna pensil warna yang
baru ni sebab kawan2 tak reti nak
pulang kan balik lepas guna.
siapa guna pensil warna baru ni ibu akan ikat dia kat pokok.."

maisara cuma cakap.."ye..pahammm"
kemudia dia diam...tak lama lepas tu dia cakap...

"ibu..agak susah nak cakap tidak dan tak boleh pada kawan2.."

Ibu:sekali sekala maisara kena jadi kedekut.
kalau tidak kawan2 maisara asyik hilangkan pensil warna.
kali ni …

GAMBAR JERSI BARU MANCHESTER UNITED

Assalamualaikum...

Bagi peminat2 Manchester United
mesti teruja nak tengok kit baru team kesayangan depa ni kan??



Amacam??
cantik kan???

sekian...

sumber:sini

MAISARA::kedekut 1

Assalamualaikum...


Selamat tengahari semua...
sejak nak dapat adik ni maisara rajin betul
merelakan dirinya untuk bantu aku buat kerja2 rumah..
kadang2 ambil berat tak kira masa..
macam pagi tadi...

Maisara:kenapa ibu minum oren pulak??kenapa tak minum susu?

Ibu:susu dah habis.ibu lupa nak bagitau kat ayah semalam..

Maisara:tak pe la.ibu minum je susu maisara tu.maisara minum susu malam nanti je la..

baik kan anak aku.rela korbankan susu waktu pagi dia tu untuk aku..hahaha..
**********************
semalam...

Ibu:rasa letih nya nak masak..

Maisara:tak pe ..biar maisara masak.

amboi..siap nak masak lagi tu..
baik sungguh2 la...
anak sapa entah..hehehe

***********************

ada satu hari tu...

Ibu:ambik kerusi satu..ibu nak sidai baju ni.letih nak berdiri.

Maisara:tak pe la..ibu duduk,maisara yang sidai kan..

eleleh..macam la dia tinggi sangt..
sampai ke kat ampaian tu..heheh..
******************
tapi tu time rajin la....
kalau datang malas dia...

Ibu:ambik bantal satu.ibu nak baring2 la..

maisara:tak mau la..ha…

UMUR 46 TAPI MACAM ANAK GADIS

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
malam tadi tak boleh tidur..
pusing sana pusing sini tak boleh lelap jugak.
mujur tak de apa2 kat dapur yang boleh dimakan..
yang ada biskut kering dengan chocolate brownies.
manis2 tak boleh nak telan la tengah2 malam..
kalau ada nasik goreng ke..
cucur udang ke...
sah2 aku bangun lewat2 malam tu untuk menjamu selera..hahaha..

aih..cemana la tak makin bulat kan??
perut naik seiring dengan pipi,betis,lengan..
lepas bersalin nanti siap la bertempur dengan lemak.

sebenarnya nak kurus ni kena rajin bersenam je..kan??
tengok macam sorang wanita kat Korea ni..
umur dah 46,anak tapi dapat balik bentuk badan idaman dia
dengan hanya bersenam je..tak de sedut2 lemak ke..
makan2 pil ke..tak de!ni gambar sebelum kurus.berat 70kg

berat badan asal nya 70kg..
semuanya bermula selepas dia melahirkan anak kedua.
usia pulak meningkat
jadi berat badan pun naik la seiring dengan usia.


selepas bertungkus lumus inilah hasilnya...

berubah sangt kan ..
nampak macam anak dara pulak...

p/s:en…

AYAH UNTUK BERMAIN..IBU UNTUK TIDUR

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
ayah untuk bermain..ibu untuk tidur..
anak2 korang ada yang macam tu tak???

Bila nak bermain dia lebih suka dengan ayah..
nak tidur baru la sibuk cari ibu..

Sebab nya dengan ayah,boleh buat macam2 aksi..
jadi harimau la..jadi burung la..
jadi gergasi yang nak tangkap tuan puteri la..
boleh lompat sana..lompat sini..kan??



kalau dengan ibu..
tak de larat nya ibu nak layan lebih2 gitu..
"ibu jadi raksasa,maisara jadi puteri.."

"eh!tak kuasa la..ibu nak berehat pulak ni."

hahaha..tu aku..
korang mungkin ok je..kan??


tapi kan bila nak tidur..
cemana pun tetap nak kat ibu..
sebab ibu tepuk2 pun lembut je..
nyanyi pun sedap je dengar...cerita2 ibu sebelum tidur pun
semua yang boleh buat mata mengantuk..

cer kalau ayah tepuk2..
macam nak kejutkan bangun pi sekolah je..
suruh nyanyi??
ayah bukAn tau lagu2 dodoi ni..
suruh cerita???
cerita robot kena serang..
cerita perang...cerita hantu...
cemnaa nak tidur???
kan???


sekian...

KANAK-KANAK INI KETAWA SELAMA 12 TAHUN

Assalamualaikum...


SELAMA 12 tahun kanak2 ini tidak pernah berhenti ketawa.malah dia tidak boleh bercakap. Xu Pinghui (13), dikatakan mulai kertawa sejak dia mengalami demam pada usia lapan bulan. Ibu bapanya sekarang sudah berputus asa untuk berikhtiar mencari penawar.. Ayahnya, Xu Weiming,berkata "Kami sedih, melihat dia ketawa tapi melihatnya menagis itu lebih menyedihkan

sekian...

TANDAS YANG MENGERIKAN

Assalamualaikum...

korang berani tak guna tandas ni??


Agak2 boleh
keluar tak apa yang korang lepas kan??
heheheh..

kalau korang masuk tandas ni bermakna korang berada di tingkat 15.
ni sebenarnya untuk buat lift tapi tak jadi terus dijadikan tandas..nak nampak unik dia pasang lantai kaca saja supaya bila kita guna tandas ni kita boleh nampak la 15 tingkat ke bawah..

sekian..

KENAPA ISTERI ORANG SANGAT MENARIK DI MATA SESETENGAH LELAKI BUJANG

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
ramai yang minta aku buat satu entry tentang
lelaki bujang yang tertarik dengan isteri orang.
Jadi jom kita baca pulak sebab2 kenapa
sesetengah lelaki bujang tertarik dengan isteri orang.

1-matang
nama pun dah kawen..kalau pun wanita berkahwin tu jenis yang gatal
merenyam tapi tak kan sesekali dia tonjolkan sisi gedik dia tu
bila kat tempat ramai orang.yang dia tonjolkan adalah sikap
matang dan tenang walaupun sebenarnya itu bukan sikap sebenar dia.

2-bentuk fizikal dan gaya yang menarik
setuju tak kalau aku katakan wanita yang dah berkahwin mengalami
perubahan bentuk tubuh yang lebih menarik.dadanya,pinggang nya,
pinggul nya,cara dia berjalan..bentuk bibirnya..kulitnya..segalanya berubah.
bandingkan pulak dengan anak dara.dada pun nipis je.
pinggang pun tak de lekuk2.bila bergaya pulak wanita dah bersuami ni
memang jaga penampilan.badan pun wangi je..
maklum la ada laki.jadi siapa la yang tak tertarik..kan??
sebab tu bila dah jadi bini orang jaga diri baik2 ye..…

PUNAH HARAPAN MANCHESTER UNITED

Assalamualaikum...

kesian Manchester united...
dah kemain berharap dah tu...
last2 tak dapat jugak..

penyokong2 jangan sedih2..
musim depan cuba lagi..
kasi peluang la kat man.city..
depa tak merasa lagi..heheh..

seronok kemain la suami aku hari ni..
hahah...
Walaupun kami satu rumah tapi
kami lain2 kelab..:P

sekian...

PERGI MATI LA KAU!

Assalamualaikum...

Ada orang suka buat kerja bodoh..
salah satu nya hack akaun fb orang..
nampak bodoh kan??
kalau aku ni artis ke..
orang polittik ke...
ok la jugak kalau nak hack..kan??

ni setakat aku yang bila login semata2
nak main game,
nak jenguk group2 ibu mengandung,
update status pun
setahun sekali,
nak berkomen2 pun sebulan 3,4 kali...
punnnn nak di hack..
nampak kerja bodoh la yang dibuat oleh si penceroboh..
tak de kerja..!!kan??

kalau dah tak de kerja sangat nak dibuat
dalam dunia ni
apa kata kau pergi mati je..

sekian..

DITINDIH KETIKA TIDUR.APA SEBENARNYA YANG BERLAKU??

Assalamualaikum...

Pernah terbangun dari tidur, tapi sukar bergerak ataupun bersuara?ramai yang menyangka ada unsur2 mistik bila terjadi situasi begini.




Sleep Paralysis
Menurut perubatan , keadaan ketika orang tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak dan sukar bersuara/menjerit disebut sleep paralysis(tubuh tak boleh bergerak dan terasa lumpuh). Hampir setiap orang pernah mengalaminya.sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidupnya.




Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa saja, lelaki atau perempuan.Rata2 mereka yang pertama kali melauinya adalah ketika usia 14-17 tahun.Sleep paralysis iaitu tindihan ini memang boleh berlaku dalam tempoh saat hingga minit. Yang menarik,ketika terasa ditindih kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat lembaga atau bayangan hitam di sekitar tempat tidur. Tak hairan lah fenomena ini sering dikaitkan dengan hal2 mistik.



Di dunia Barat,situasi ini juga di kenali sebagai old hag berdasarka…

4 PERUBAHAN PADA PAYUDARA YANG BERLAKU KETIKA HAMIL

Assalamualaikum..

ketika hamil memang semua wanita tahu yang payudara akan menjadi lebih besar. Tetapi selain itu kita dapat merasai beberapa perubahan lain muncul pada payudara. berikut adalah soal jawab dan pandangan Jeanne Faulkner, RN, pakar kehamilan dan penulis buku The Complete Illustrated Guide to Childbirth.

Ada wanita yang sering orgasma ketika suami meransang payudara. Adakah ini normal?
Sepanjang kehamilan, payudara memang menjadi lebih besar, lebih sensitif, dan peredaran darah terjadi lebih kerap daripada sebelumnya. Jika sebelum hamil Anda tidak selalu mengalami sexual pleasure, setelah hamil Anda akan mudah merasakan sensasi yang ditimbulkan oleh ransangan dari pasangan. inilah salah satu bonus ketika hamil. jadi anda tidak lah cuma merasakan situasi yang kurang enak saja sepanjang kehamilan sepeti mual dan muntah2.

Jika suami meransang payudara ketika hamil, adakah ASI akan terbentuk lebih cepat?
Kemungkinan tidak, tetapi jika payudara Anda mengeluarkan se…

AKSI BUKA BRA.BETUL2 GILA.

Assalamualaikum...

jom cuci mata dengan aksi buka bra ni..






la..lelaki rupanya..
hehehehe


sekian...