Skip to main content

SEJAUH MANA PERLU JUJUR DENGAN KEKASIH

Assalamualaikum..


Selamat petang semua..
bersikap terbuka dan jujur adalah faktor penting
dalam menjalinkan hubungan cinta.
tapi harus ingat ianya perlu lah ada batas2 nya
supaya sikap terbuka kita tidak menjadi racun dalam hubungan.

ramai muda mudi yang bercinta merasakan harus menceritakan segalanya
pada pasangan dari sejarah peribadi silam hinggalah
kepada email dan kata laluan laman sosial.

Apa perkara yang sepatutnya dikongsikan dengan
kekasih dan apa yang tak perlu??
kongsikan maklumat diri yang kita rasakan selesa untuk dikongsi
dengan orang lain.perkara2 yang kita kongsikan dengan
rakan2 lain itu lah yang boleh dikongsikan dengan kekasih.
jangan berkongsi maklumat yang sulit yang rakan2 lain tak tahu
tapi dengan kekasih kita bagitau semuanya...
tambah2 kalau hubungan kita dengan sidia masih baru.

yang perlu dikongsikan dengan kekasih seperti contoh
dengan siapa kita kerap keluar...
maklumat diri tentang tempat tinggal
dan kenalkan ibu atau ayah pada kekasih..
tak de masalah juga kalau kita bersikap jujur dengan
menceritakan yang kita masih berkawan dengan bekas kekasih.
mesti la dia cemburu tapi jelaskan yang hubungan kita dan bekas kekasih tak
kan menjejaskan hubungan anda berdua sekarang.

sekian..

Comments

  1. dari kekasih jadi suami ..
    teruskan sikap jujur itu dimana2 sekalipun .. insyaallah kita akan bahagia .. kan kan kan D ;)

    ReplyDelete
  2. dengan kekasih tak perlulah berterus terang sangat kan, baru kawan2 je pun, tak semua benda kita boleh terus terang....

    ReplyDelete
  3. wah dktor cinta :)
    kejujuran tue knci utama stiap kbhgiaan

    ReplyDelete
  4. erk... belum ada kekasih.. huhu

    ReplyDelete
  5. hanya kongsi perkara yg kami suka iaitu psl bola...heheheh

    ReplyDelete
  6. betul, bergantung pd perkaranya. kalau bgtau cuma jadi punca gaduh berpanjangan, elok simpan je.

    ReplyDelete
  7. kesimpulannya, dah besar pandai2 la pk mana yang baik mana yang boleh mengundang keburukan.... tp tgk situasi jugak kalo nak share pape kn?

    ReplyDelete
  8. Jujur tu bagus..tapi bila dah bercinta tu janganlah semua pun nak carita..kenali dia dulu dan make sure die pun jujur jugak.

    ReplyDelete
  9. Jujur tu bagus..tapi bila dah bercinta tu janganlah semua pun nak carita..kenali dia dulu dan make sure die pun jujur jugak.

    ReplyDelete
  10. huhuhuhu. bercerita pasal hal bekas kekasih memang sangat merunsingkan pasangan. aku adalah seorang yang selalu dengar cerita bekas kekasih dari pakwe aku sendiri. aku cool. tapi dalam hati hanya Tuhan yang tau.

    so, sape yang kapel berkali-kali tu, silelah jaga hati pasangan yang simpan diri untuk kapel dengan korang.

    tu je, sekian komen saya untuk akak senyum :)

    ReplyDelete
  11. err.. tak kan laa sume nak cite kot?
    blm kawen pn? itu pun blm tentu, bcinta dn kawen dgn org yg sama..
    iye2 je kan share mcm2, sampai password bagai dn hal-tak-penting-bagai....
    ape pun tak bleh...
    kih kih kih...
    >_<

    ReplyDelete
  12. Tak perlu cerita 100% kisah peribadi, ada juga yg perlu menjadi rahsia diri. Bukan krn tak nak jujur, tapi kdg2 ada cerita yg cuma akan menggores hati pasangan....

    ReplyDelete
  13. kalau setakat kapel tu xpyh la semua benda nak cerita.agak2 lah....huhuu

    ReplyDelete
  14. awe jujur sebab xnak dia tahu dari org lain..kdg2 jujur pun kena maki gak..huhu...tpi xsemua benda

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …