Skip to main content

MAISARA::nurse

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
malam ni nak cerita pasal maisara.
dia selalu bagitau kat aku yang dia nak adik perempuan.
adik lelaki dia tak mau.
dah macam2 cara aku buat nak bagi dia terima je adik dia nanti
lelaki atau perempuan.
tapi alasan dia tetap sama..



Maisara:nak adik perempuan.adik lelaki tak best.tak boleh main puteri2 dengan maisara.lelaki suka bergaduh.lelaki tak boleh comel2.

petang semalam nurse datang ke rumah.
ni masuk kali kedua la nurse datang.
tiap kali nurse datang dia pun sibuk la jadi
pembantu nurse.rimas je aku tengok.
nurse tu pun mesti rimas..hahaha..

Nurse:check air kencing dulu ye..

maisara:pergi kencing dulu ye ibu.
(menyibuk)

bila nurse tu check perut dia tanya lagi??

maisara:berapa?

Nurse:17 (senyum..)

maisara:ibu memang makan banyak...

tak de kena mengena langsung!!

dah siap semua dia tanya lagi..

Maisara:adik maisara ni lelaki ke perempuan??

Nurse:tak tau lagi..kecik lagi tak boleh nampak..

Maisara:maisara nak adik perempuan.

Nurse:lelaki pun best jugak..

Maisara:lelaki tak best.perempuan dan lelaki susah nak berkawan baik.

Nurse:tapi nanti dia boleh tolong ayah.maisara tolong ibu,adik tolong ayah.kesian ayah tak dak sapa nak tolong dia.

Maisara:ok la..lelaki pun maisara suka jugak la..

bertuah punye Anak.selama ni
kalau aku cakap tak de nye dia nak terima.semalam nurse cakap
boleh pulak diterima pakai..

sekian...

Comments

  1. Hahahahaha!
    Comel gileeerrrr anak akak!
    Jeles~~ jeles~~

    ReplyDelete
  2. dah 2 kali ye nurse dtg umah diana. izan baru sekali je. hmmm... masa dulu2 takde pun..

    hehe... maisara ni kelakarlah. nurse cakap baru dia nak terima ye.

    ReplyDelete
  3. hehehe..ade ade je maisara ni.nanti dah ade adik dah ade kawan lah maisara kan.

    ReplyDelete
  4. hehehe...keletah bebudak nih mmg sweet...:)

    ReplyDelete
  5. hahah...ada2 je maisara ni...ckp nurse nak pulak dia terima...haha~

    ReplyDelete
  6. heheheee..maisara memang budak bijak! takpe nanti baby dah keluar mesti dia sayang punya, tak kira laki atau perempuan!

    ReplyDelete
  7. Hahahaaa..mmg kelako la anak diana ni!

    Eh..ada nurse dtg ya kalau pregnant? Tak tau pun.. Kalo time bpntang tu ada la.

    ReplyDelete
  8. Salam D..

    Keletah sungguh maisara yang comel itu.
    hehe..

    ReplyDelete
  9. hehehehe...comel dan klaka..haha :D

    ReplyDelete
  10. hahahah seb baek nurse tu ada....mau gak dia ha adek lelaki hehehee

    ReplyDelete
  11. nurse pandai carik alasan tu.. tip top

    ReplyDelete
  12. dia tengah suka dan tak sabar. biarkan lah dia dengan plannya bila adiknya dah kuar nanti. :)

    ReplyDelete
  13. haha.. nanti dah de adik konpem tak bley lepas... biasa la anak sulung.. kan kak... huuu

    ReplyDelete
  14. wa,..baiknye misi..siap dtg umah...biasanya time post natal aje dtg..time ante natal macam ni...tunggula berejam jam kat klinik tu...

    ReplyDelete
  15. ckp ibu dgn ckp nurse x sama hehehe

    ReplyDelete
  16. Nurse dtg rumah ke,biasanya time dah bersalinkan diorg pegi melawat....
    Pandai Maisara yea nak buat kwn xnak adik laki....

    ReplyDelete
  17. akhirnya..maisara terima..heheh

    ReplyDelete
  18. Hehee, maksudnya Maisara dengar cakap orang la tu.. :) heheee

    ReplyDelete
  19. kanak2 camtu lah.... kalau cikgu ckp atau org lain cakap.... cepat jer dia tangkap.... tapi kalau kita yg ckp.... hu hu hu.... ade jer alasan nyer....

    ReplyDelete
  20. mungkin alasan nurse tu lebih munasabah kot utk dia.. hehe.. kesian kt ayah mgkin..

    ReplyDelete
  21. heheee.....blh pulak dia xkisah bila nurse explain mcm tu....:)

    ReplyDelete
  22. nurse tu kiut kot sbb tuu dia mau trima reason tu, hikk...

    ReplyDelete
  23. hahaha..... maisarah2.. esok bila dah besar nanti jadi lah nurse yang cantik dan prihatin.. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …