Skip to main content

KESAN TAK BAIK BILA MINUM GUNA PENYEDUT

Assalaamualaikum..

Selamat petang semua..
aku pernah terbaca kat satu majalah
yang mengatakan bagus bila kita minum guna penyedut.

sebab cara tu akan buat gigi kita tak mudah rosak.
tak tahu la betul atau tidak.
tapi ada caranya la..
minum dengan meletak kan hujung penyedut di bawah lidah.
jadi bila kita minum
air yang melalui penyedut tak terus pada gigi kita.



baru2 ni aku ada terbaca ada kesan tak baik bila
kita minum guna penyedut ni..
salah satunya ialah bahagian tepi mulut kita
akan mudah berkedut.kalau dipikirkan logik jugak la kan??
asyik muncung kan mulut je lama2 terbentuk la
garisan2 kedut kat tepi mulut ni.

satu lagi kesan tak baik nya ialah
masalah pencernaan sebab dalam perut kita
ada menyimpan terlalu banyak udara.
dalam artikel tu katanya 50 peratus gas yang ada
dalam tubuh adalah disebabkan kita menelan
terlalu banyak udara melalui makanan.
waktu kita menyedut air minuman,
dalam tak sedar kita jugak menyedut udara masuk ke perut kita.
lama2 perut kita pun jadi kembung.

lepas ni kurang2 kan lah minum guna penyedut ye..
minum ais kat rumah tak payah guna penyedut pun..
kat restoran je mengada2 nak guna penyedut..
hehehehhe

sekian

Comments

  1. owh mcm tu eh...logik gak./

    ReplyDelete
  2. betul jugak tu..macam baby minum susu botol kene bg minum dgn cara yang betul gak kan supaya udara tak masuk dalam perut.thanks for share kak.

    ReplyDelete
  3. beli air bungkus, n then masukkan dalam kole atau mug. kan senang gitu.

    ReplyDelete
  4. ya tak ya jugak kan kak... hehe

    ReplyDelete
  5. mmg bila kat luar atau beli air kotak je pakai penyedut...... kat rumah minum mcm biasa lagi feel...

    ReplyDelete
  6. kalau gitu minum dan order air panas jer...

    ReplyDelete
  7. klu mcm tu kena kurangkan minum air ais lepas ni,minum air panas je r jawabnya kalau kat luar sbb kalau minum air panas xperlu guna penyedut.. :-)

    ReplyDelete
  8. Semua benda ada pros n cons dia,kak^^

    ReplyDelete
  9. hehe,tula....kat kdai je ngengada nk straw bagai:)

    ReplyDelete
  10. kalau cmtu teguk je la kat restoran..haha

    ReplyDelete
  11. takper lepas ni tak mintak straw lagi, hehe

    ReplyDelete
  12. betul juga tapi kak liza memang tak guna penyedut pun bila kat restoran Selalu order air panas je.. tak berapa minum ais.

    ReplyDelete
  13. kat kedai takut liptik lekat kawan cawan..sbb tu pakai straw..hehehe

    ReplyDelete
  14. oh pas ni minum terus dari gelas jek hahahaha

    ReplyDelete
  15. kalau minum air panas guna penyedut mmg menyeksakan..haha.....panas!

    ReplyDelete
  16. Kakcik suka teguk je minuman tu.

    ReplyDelete
  17. Utk mengelakkan menyimpaan gas terlalu banyak dlm perut, gas tu perlu dikeluarkan selalu..Sapa yg terkena hidu gas tu nasiblah....

    ReplyDelete
  18. nasib sy minum guna mulut..kih kih kih

    ReplyDelete
  19. sy terasa dengan perenggan teakhir tu.. =-="

    tp btl jugak kan..minum pakai straw muncungkan bibir.. ingatkan snap gambar je muncung2 bibir ni.. tak perasan lak.. hehe

    ReplyDelete
  20. jarang guna penyedut.. sbb biasanya kalau minum diluar mesti minum air kosong je! hehehee

    ReplyDelete
  21. betullah diana.. kat rumah tonggak aje tanpa straw.. he..h..

    ReplyDelete
  22. betullah diana.. kat rumah tonggak aje tanpa straw.. he..h..

    ReplyDelete
  23. owh betul jugak kan.. hehe

    ReplyDelete
  24. Sy pun dgr mcm tu. Minum guna straw bermakna kita sedut angin jugak. Bygkan, minum air bergas guna straw. Adehh! Tak kembunglak perut kan?

    ReplyDelete
  25. sebenarnya bukan ngada2 kak..tapi bila order dia automatik sampai..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  26. yang masuk angin tu...biler air dah habis pun masih sibuk menyedut sisa2...he3..sampai berbunyi shroooot3

    ReplyDelete
  27. bila fikir2 betul juga kan... hmm... kat umahni kalau nak tau izan ada je sediakan penyedut sbb budak2 kecik ni kadang2 sibuk nak minum air ngan straw bagai...

    ReplyDelete
  28. tgh bayangkan sedut air sambil straw letak bwh lidah... eh mcm tak mai je airnye.. haha

    ReplyDelete
  29. minum je ikut sunnah.. takyah guna starw.. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …