Monday, 30 April 2012

MAISARA::alat untuk mengesan apa yang berlaku dalam beg sekolah

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...
aku selalu tegur maisara tentang keadaan dalam beg sekolah dia.
pemadam,pensil,gunting kadang2 tak dimasuk kan dalam bekas pensil.
main campak je dalam beg.sudahnya bila nak guna
kena geledah satu beg.

jadi semalam maisara cipta satu benda.
nak tau jom tengok..


jeng..jeng..jeng...
menurut maisara alat yang dia cipta ni untuk tahu
apa yang berlaku dalam beg dia.

letak kan mic dalam beg..

kemudian tempat cocok mic tu
disambungkan ke topi khas rekaan maisara.

jadi ..ni la gambaran dari belakang..

dengan topi ni maisara boleh dengar apa yang
berlaku dalam beg dia...contohnya seperti
pemadam dan pensil yang melompat keluar dari bekas pensil.
ataupun gunting yang lari keluar dari bekas pensil
dan menyorok di sebalik buku2.

********************
kalau pakai dalam umah aku tak kisah sangt..
ni sampai kedepan pagar nun dia
bergaya dengan topi pelik dia tu..
terjerit2 aku suruh masuk dalam umah..
geram betul la..mesti jiran2 pelik tengok dia semalam..


sekian...

MEREKA IBU-IBU YANG KEJAM

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
selalunya bila ada ibu bapa yang buang2 anak,
atau tinggalkan anak2 kita akan kata ibu apa tu kejam..
ada yang kata kejam macam binatang.
nak tau binatang apa yang kejam suka tinggal2 kan anak ni??
jom tengok..

Helang-kebiasaan nya ibu helang akan membiarkan anak2 nya bermain bersama dan kalau ada anak yang mati ibu helang tetap membiarkan nya.bagi helang anak2 yang kuat saja yang boleh bertahan untuk hidup.ini disebabkan juga oleh jumlah makanan mereka yang terhad.

Kumbang(BURYING BEETLE)-setiap anak akan diberi makan satu persatu.namun jika jumlah makanan habis maka anak terakhir bukan saja tidak dapat makanan malah dia akan dimakan hidup2.kumbang jeis ini biasanya akan hidup didalam bangkai tikus dan bertelur dengan jumlah yang banyak.

Hamster-Ibu Hamster selalu memakan anaknya sendiri. Ibu Hamster biasanya akan melahirkan beberapa ekor anak, jika ada anak yang tidak sempurna (cacat) atau dianggap tidak berkualiti ianya akan dimakan hidup-hidup.tidak cukup makanan juga boleh jadi punca ibu akan memakan anak2 nya.
Arnab-sejurus selepas melahirkan anak2 nya arnab akan meninggalkan anak2 nya di dalam lubang selama 25 hari.ibu nya akan menjenguk anak dan memberi makan setiap hari tak lebih dari 2 minit sehari.namun lubang tempat persembunyian anak2 nya sentiasa ditutup rapat agar tidak menjadi santapan haiwan liar.(yang ini tak la kejam sangt..kan??:p)

Beruang panda-ibu panda hanya akan memelihara seekor saja anak nya.jika dia melahirkan lebih dari seekor anak,anak yang lain akan ditinggalkan begitu saja.Ibu Panda memang tidak dapat menyediakan makanan untuk anak yang kedua atau seterusnya, jadi selama 8-9 bulan pertama anak-anak panda yang tidak dapat makanan harus bertahan untuk hidup sendiri.jika tidak mereka akan dibiarkan mati.


sekian..

sumber:autoages

BERBOHONG SOAL BELANJA

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua...
baru lepas sarapan ni.
semalam aku ada beli barang sikit.
lepas tu bila balik umah suami tanya "berapa harganya..??"
tak mahal la..murah je..
aku jawab gitu..tapi harga sebenar tu tak jugak di bagitau..hehehe..

memang nya semua orang macam tu ke???
agak susah nak berterus terang tentang cara berbelanja
terutamanya barang2 peribadi..
beli kasut sepasang...
suami tanya "berapa harganya..?"
"tak sampai 200 pun.."isteri jawab...hahahah



itu kalau isteri beli barang2 peribadi la..
tapi kalau bil,atau barang2 dapur...
suami tanya.."semuanya berapa?"
isteri jawab "semua sekali rm 436.75 sen la abang.."
jujur pulak sebab nak klaim..kan???hahahh



Ada orang kata merahsiakan cara kita berbelanja gitu
boleh merosak kan hubungan .
tapi kan..kalau guna duit sendiri
apa salahnya kita nak rahsia2 kan??
asalkan tak menjejaskan ekonomi keluarga..

sekian..

Sunday, 29 April 2012

SETIAP ORANG AKAN JATUH CINTA 4 KALI SEUMUR HIDUP.

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
selamat berhujung minggu...
ada yang nak jumpa kekasih ke hari ni..
sedang mabuk2 cinta nampaknya..kan??



cerita pasal cinta...
berapa orang bekas kekasih korang??
3?6?10?20???

ada satu kajian mengatakan setiap orang akan jatuh cinta
purata 4kali dalam seumur hidup.
purata orang yang berkahwin adalah dalam usia 27 tahun..
33 peratus berkahwin dengan cinta pertama mereka.
4 dari sepuluh pasangan mengaku
berkahwin dengan kekasih kedua mereka.
dan 61 peratus menyesal kerana melepaskan
kekasih pertama.

ada juga fakta menyatakan 4 dari 10 orang
jatuh cinta pada seseorang tapi cintanya tidak berbalas.
1/3 pernah berniat untuk kembali pada bekas kekasih
namun hanya 1 dari 3 yang berhasil untuk bersama semula.



fakta lain...
41 peratus mengalami cinta terlarang.
aduhai..ternyata kita tak kan dapat semua
yang kita inginkan..kan???

(kajian ini dijalankan pada 77 orang yang di survey oleh opera north)

sekian...

Friday, 27 April 2012

BOLEH BERSETUBUH DENGAN SUAMI ATAU ISTERI YANG TELAH MATI

Assalamualaikum..

Selamat hari jumaat semua..
nak cerita pasal bersetubuh..eheh!!eh!!
cerita pasal bersetubuh dengan si mati..



Di Mesir jika seorang suami atau isteri baru saja meninggal,
maka pasangan sahnya boleh “berhubungan suami-isteri” dengannya.
Syaratnya,tempoh kematian tidak lebih dari 6 jam.
itulah Undang-Undang yang kini sedang menjadi kontroversi di negera Piramid itu.
Undang-Undang ini digelar “Farewell Intercourse” (persetubuhan perpisahan).

untuk berita sepenuh nya klik kat sini

macam2 la dunia sekarang ni.
bunga bukan sekuntum..
kumbang bukan seekor..
yang patah,kan tumbuh kembali..
yang hilang pasti kan berganti..

kalau dah mati,biarlah dia pergi..
kita yang hidup ni buat apa lah nak buktikan cinta sampai
macam tu sekali..kan??
kalau isteri yang mati tak ke
nampak macam sampai mati isteri kena layan suami.
kalau suami yang mati nampak pulak
macam hak suami tu lebih dari segala-galanya pulak..kan??

macam2 la dunia ni..
tak dak penyakit cari penyakit..
hehehehe

sekian..

Thursday, 26 April 2012

MAISARA::dalam bilik..

Assalamualaikum...

Selamat malam..
tadikan...masa dok layan2 drama korea "fashion king" ni..
tiba2 je maisara masuk bilik dan tutup pintu..

Ibu:maisara..buat apa tu??

Maisara:.....

Ibu:maisara!!keluar cepat..

Maisara:.....

aku pun ketuk pintu suruh dia buka,.

Maisara:kejap la...

Ibu:keluar la..buat apa kat dalam tu??

dia pun buka pintu..

Maisara:maisara nak bersendiri kejap..

Ibu:kanak2 tak boleh bersendiri..lagi2 kat dalam bilik.
bahaya tau tak???

Maisara:korek idung pun bahaya ke??

ooOOO....korek idung rupanya...
heheheh


sekian..

Wednesday, 25 April 2012

LALANG OH LALANG...

Assalamualiakum...

Petang ni saja nak buat entry usik2..
kelakar betul dengan sikap2 lalang yang
ada pada manusia ni..

bila angin bertiup ke kiri..
dia pun ikut pi kiri..
bila angin bertiup pi kanan dia pun pi kanan..
tak dak angin dia senyap..

hahah..
aduhai..
minggu lepas kemain lagi..
menjulang2 si messi..
konon nye messi sorang boleh lawan 3 penyerang chelsea.
last2 hari ni lain pulak cerita nya..
yang geram tu siap mengutuk2 penyokong chelsea..heheh

sebab tu la bila kita suka pada satu2 benda..
kita jangan menghina pada benda yang kita tak suka
sedangkan orang lain suka..
diam2 sudah la..
tau la fanatik tapi agak2 la sikit kan..
sebab nasib kita ni tak selamanya kat atas dan
tak selamanya sentiasa bernasib baik..

belum final lagi dah berubah hati..
agaknya kalau chelsea kalah final nanti
berubah lagi la pendirian dia...
hahaha...

Bola ni untuk hiburan je..
jangan la serius sangat sampai hina2 orang..
lagipun penyokong ni jadi tukang sorak je..
bukan kita yang berambat tengah padang tu.

apa pun..
maju lah sukan untuk negara..harap2 kedah boleh kalahkan kelantan..
tiba2 je...hahahah...

sekian...

Monday, 23 April 2012

MAISARA::cikgu

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...tadi kan...
sambil2 tengok tv aku cubit la pipi maisara.
geram sangat tengok.
makin hari makin bulat pulak.

Maisara:"takit" la ibu..

Ibu:takit???

Maisara:taakit!

Ibu:cikgu awak tak gelak ke awak cakap macam tu kat sekolah??

Maisara:tak ..cikgu tak gelak pun...

Ibu;kalau ibu jadi cikgu mesti
ibu gelak.ibu gelak guling2 kat lantai..

maisara:sebab tu la ibu tak jadi cikgu..


eleh!!!

sekian...

Sunday, 22 April 2012

JANGAN LETAK SHORT LINK KAT CHATBOX AKU.

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
selama ni aku senyap je tengok mesej2 mengarut
kat chatbox aku tu..
aku peram dulu..kasi cukup rasa..
hari ni aku ban mana2 link yang
mencurigakan..

kalau tak nak kena ban ingat ye..
jangan nak tinggal short link kat chatbox tu..
jangan nak tinggal iklan zakar ke..
iklan payudara ke..

aku memang tak suka kalau orang tinggal kan
short link sebab nampak macam menipu.
contoh short link tu macam ni la.. http://tinyurl.com/6mpeekl
bila korang klik iklan tu keluar la iklan
says ke,churp2 ke..mcm menipu la..kan??

kalau tak menipu kenapa tak tinggal je link yang sebenar?
ye tak??
selalunya memang aku tak klik pun..
aku cuma lalukan je curso kat link tu.
tapi aku ban jugak le sebab tak mau blogger lain tertipu
dan malas nak tinggal jejak kat blog aku lagi...rugi la aku..kan??

cakap pasal iklan says ni rasa nak sekeh2 je
sapa2 yang tinggal link says dan churp2 kat chatbox orang
guna short link..lepas tu bila dah boleh cashout
dengan muka tak malu canang kat orang..
padahal dapat duit dengan cara menipu.

sekian...

Saturday, 21 April 2012

SEJAUH MANA PERLU JUJUR DENGAN KEKASIH

Assalamualaikum..


Selamat petang semua..
bersikap terbuka dan jujur adalah faktor penting
dalam menjalinkan hubungan cinta.
tapi harus ingat ianya perlu lah ada batas2 nya
supaya sikap terbuka kita tidak menjadi racun dalam hubungan.

ramai muda mudi yang bercinta merasakan harus menceritakan segalanya
pada pasangan dari sejarah peribadi silam hinggalah
kepada email dan kata laluan laman sosial.

Apa perkara yang sepatutnya dikongsikan dengan
kekasih dan apa yang tak perlu??
kongsikan maklumat diri yang kita rasakan selesa untuk dikongsi
dengan orang lain.perkara2 yang kita kongsikan dengan
rakan2 lain itu lah yang boleh dikongsikan dengan kekasih.
jangan berkongsi maklumat yang sulit yang rakan2 lain tak tahu
tapi dengan kekasih kita bagitau semuanya...
tambah2 kalau hubungan kita dengan sidia masih baru.

yang perlu dikongsikan dengan kekasih seperti contoh
dengan siapa kita kerap keluar...
maklumat diri tentang tempat tinggal
dan kenalkan ibu atau ayah pada kekasih..
tak de masalah juga kalau kita bersikap jujur dengan
menceritakan yang kita masih berkawan dengan bekas kekasih.
mesti la dia cemburu tapi jelaskan yang hubungan kita dan bekas kekasih tak
kan menjejaskan hubungan anda berdua sekarang.

sekian..

Friday, 20 April 2012

MAISARA::buat awal-awal

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
selalunya..bila nak keluar pi mana2
aku selalu pesan kat maisara...

Ibu:buang air siap2 ye..satgi tak nak la singgah mana2 semata2 nak buang air.
ibu bukan suka masuk tandas2 kat luar nun.kotor..

korang pun mesti ada yang macam tu kan??
anak nak buang air terpaksa la berhenti kat
stesen minyak ..tu tak pe lagi..
tandas kat stesen minyak banyak yang bersih
yang tak best nya tandas kat kedai makan.
aduhai..boleh terbantut selera.

tapi sekarang kan..sejak aku mengandung ni...
maisara pulak yang selalu cakap..

maisara:ibu buang air siap2 ye,..
nak muntah ke nak ludah2 ke buat awal2 ni.
satgi dah sampai baru nak buang air la,nak muntah la..

aih..aku pulak yang dibalik kan nya..


sekian..

Thursday, 19 April 2012

LELAKI RASA BANGGA HEBAT DIRANJANG

Assalamualaikum...

Terkejut baca satu berita hari ni..
korang pun mesti dah baca..kan??
pelakon muda yang umur 24 tahun tu mengaku
pernah tiduri 500 wanita.
dia juga mengaku pernah tidur dengan 5 wanita dalam semalam saja.
aih..apa la nak dibangga2kan dengan
perkara2 macam tu..kan??

pelakon tu bukan orang islam.....
kalau orang islam ada juga yang selalu
berbangga dengan benda2 yang tak sepatutnya..
tapi korang perasan tak
orang lelaki cukup suka menunjuk2 yang
dia hebat diranjang.

ye..kalau betul hebat pun tak payah canang la..
diam2 sudah.ada setengah tu siap
cerita kat surat kabor lagi..
memang la tujuan nya nak jual ubat je..
tapi cerita lebih2 nak buat apa.

bila cerita2 tak ke yang dengar tu membayang kan apa yang dia cerita??
dah jadi benda lain pulak.
ada juga yang dah tua lepas tu bila
berbual dengan yang muda2..mula la...

"pakcik dulu jahat...
mana2 perempuan yang pakcik nak semua pakcik dapat..
ayat2 sikit,belanja makan ,lepas tu bawak balik rumah.."

yang muda bila dengar..
dia tak peduli pun walau hujung penceritaan pakcik tu
ada bagi nasihat dan kesan2 tak elok bila buat jahat pada perempuan..
yang muda2 tu cuma seronok dengar pembuka cerita tu je..
berapa orang la yang nak nak ambik nilai2 nurni dalam cerita pakcik tu..??
1/10 ada la..kot!yang lain...??ermmm

rasanya kalau betul2 hebat baik tunjuk kat bini je la..
tak payah cerita kat orang.
yang belum kawen,kalau betul2 hebat kawen la.
jangan bazirkan kehebatan yang tuhan bagi..

sekian..

Wednesday, 18 April 2012

NAK ADA NAMA MACAM ORANG KOREA??CUBA INI...

Assalamualaikum...

Ada lagi tak yang sedang membaca ni suka kan korea??
kalau suka jom cuba tengok apa nama korea korang.
ini untuk suka2 je..
bukan betul pun..
jangan ambik serius ok..

Contohnya kalau korang lahir 4 semptember 1949 jadi
mana korea korang ialah jung sio Hee.
kita cuba ok..

Untuk nama depan korang gunakan nombor terakhir tahun kelahiran.
contohnya 1985.gunakan nombor 5.

0 : Park

1 : Kim

2 : Shin

3 : Choi

4 : Song

5 : Kang

6 : Han

7 : Lee

8 : Sung

9 : Jung


kemudian untuk nama tengah gunakan bulan kelahiran korang.

1 : Yong

2 : Ji

3 : Je

4 : Hyev

5 : Dong

6 : Sang

7 : Ha

8 : Hyo

9 : Sio

10 : Eun

11 : Hyun

12 : Rae

dan yang last sekali nama panggailan nya gunakan tarikh lahir.

1 : Hwa

2 : Woo

3 : Joon

4 : Hee

5 : Kyo

6 : Kyung

7 : Wook

8 : Jin

9 : Jae

10 : Hoon

11 : Ra

12 : Bin

13 : Sun

14 : Ri

15 : Soo

16 : Rim

17 : Am

18 : Ae

19 : Neul

20 : Mun

21 : In

22 : Mi

23 : Ki

24 : Sang

25 : Byung

26 : Seok

27 : Gun

28 : Yoo

29 : Sup

30 : Won

31 : Sub

tarikh lahir aku 3.6.1980
jadi kalau tukar ke nama korea nya
park sang Joon...
adik beradik dengan park ji sung nih..ekekekek


sekian..

sumber:kompasiana

Monday, 16 April 2012

TINGGALKAN LAMAN SOSIAL.SANGGUPKAH ANDA??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
ada yang sedang chating kat facebook atau twitter ke sekarang??
mesti ramai.kan??dan jangan terkejut kalau
ada yang mengaku dia mengadap facebook dan twitter sejak malam tadi lagi.
sampai sekarang tak berganjak2.
ketagih la tu..heheheh..

dalam tak sedar ada rakan2 kita yang terdetik dihati mereka..
"dia ni asyik tweet je...tak de kerja ke?/"
"asyik2 status dia je yang keluar.macam best!"
hahaha...

kita biasa dengar orang cakap
"saya dah berhenti merokok.."
tapi jarang2 kita dengar orang kata
"saya dah berhenti guna facebook/twitter atau melayari internet,."
betul tak??

memang la ketagih menggunakan laman sosial
tak merbahaya seperti ketagih rokok atau dadah.
tapi kalau rutin harian,kebersihan dan kesihatan diri
serta tanggungjawab di tempat kerja pun diabaikan
semata2 nak melayari laman sosial
tak mustahil la kesan nya lebih teruk dari ketagihan rokok.

masa yang terlalu lama dihabiskan di laman2 sosial
tak sepatutnya berlaku.
kadang2 apa yang rakan2 kita post kan di wall mereka tu
tak de manfaat langsung.tapi kita nak jugak scroll sampai bawah.
setiap hari wajib menyinggah kat laman sosial.
nak tengok cerita apa yang best!alasan..
sudahnya dah masuk setengah jam
tapi maklumat berguna yang masuk dalam hati dan kepala
kita??kosong!
heheheh..

aku juga rasanya tak boleh kalau tak
jenguk2 facebook aku tu..
mana boleh tak buka facebook.
habis hasil pertanian aku nanti.
hahah
korang boleh tak??

sekian...

Sunday, 15 April 2012

MAISARA::jangan nakal

Assalamualaikum...

nak cerita pasal malam semalam ..
tengah dok baring2 depan tv tiba2 maisara
datang kat aku sambil nyanyi lagu
Alif satar..kalau tak salah tajuknya "jangan nakal"

Maisara:please..please..please..kamu jangan nakal...

Ibu:amboi..menyanyi pulak..

Maisara:ibu tau tak nyanyi lagu tu..

Ibu:mana belajar lagu tu??

Maisara:Aliya (kawan sekelas maisara) selalu nyanyi lagu tu..
ibu tau tak nyanyi lagu tu??

Ibu:mesti la tahu..

Maisara:nyanyi la..maisara nak dengar..

Ibu:
please..please..please...kamu jangan nakal
nanti ibu rotan dengan kayu panjang..
oo..please..please..please..kamu jangan nakal..

maisara:ibu..ibu..berhenti..lagu tu bukan macam tu..
lagu yang ibu nyanyi tu menakutkan maisara la..

tau takuut..
lagu cepat je hafal..
suruh mengaji merangkak-rangkak bunyi nya..

sekian..

Saturday, 14 April 2012

MAISARA::nombor pin!

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...
sambil2 tengok tv dengan maisara ni kita update jap la.
sekarang ni hari2 aku bagi maisara tengok katon.tapi dalam kawalan la.
tengok kartun cuma lepas balik sekolah je.
sampai jam 4.petang sampai malam tak de kartun.

Minggu lepas aku ada perasan yang
dia dah tau nombor pin astro tu.
nombor pin nya mudah sangt kot.
sebab tu dia tau...1234.mudah kan??

jadi balik2 sekolah je terus buka tv.buka sendiri.tak tanya aku dah.
tapi kemarin aku dah ubah nombor pin tu..
1346..heheh..dia tak tau..

Maisara:ibu,telepon astro kejap.

Ibu:kenapa??

Maisara:maisara tekan nombor dia tak keluar jugak.

ibu:ambik telepon ibu jap..

maka bermula la lakonan aku.

Ibu:hello cik astro.anak saya ni nak tengok katon.
tapi nombornya dah tekan pun tak keluar lagi.kenapa ye??
ooo...ye ke??ok..ok...terima kasih..

Maisara:dia cakap apa ibu??

ibu:astro kata dia dah masuk kan nombor yang baru.
nombor yang baru ni kanak2 tak boleh tekan remote.
kalau umur 17 tahun baru boleh tekan remote.

Maisara:kalau tekan jugak??

Ibu;kalau tekan nombornya tak berfungsi la.

maisara:macam mana dia tau maisara ni kanak2 ??

ibu:dia kesan melaui cap cari awak yang dok tekan remote tu la..

Maisara:oooo..macam csi tu ye ibu??

Ibu:ye....:)

hehehe..lepas tu kan..dia syik belek2 remote astro tu..
rasakan..!!

sekian..

Friday, 13 April 2012

TERLUPA BUKAN KERANA TAK CINTA

Assalamualaikum..

Selamat Pagi..dah lama tak cerita pasal cinta.:p
pernah tak korang yang sedang bercinta ni
terlupa sekejap pada kekasih korang..

keluar makan dengan kawan2
lepas tu dah beberapa jam baru teringat..
"eh!!apa cerita la kekasih ku itu.."
"la..terlupa pulak kat kekasih hati ku..apa la yang dia tengah buat.."



sebenarnya bila korang terlupa
pada si dia dalam4,5 jam tu
bukan bermakna cinta korang tu tak kuat.
bukan bermakna tak cinta..
tapi itu bermakna hubungan korang dan si dia berjalan dengan baik.

korang boleh melalui hidup seharian tanpa ditemani kekasih.
boleh menikmati hubungan dengan kawan2 dan keluarga.
kehidupan percintaan korang
tak mengganggu ruang untuk aktiviti sosial dan kerjaya..
bukan kah itu bagus..??

itu lah cara orang yang matang bercinta..
jangan bercinta macam budak2.
biasanya cinta akan buat kita berkelakuan seperti anak2 kecil.
itu bermakna kita jadi hamba cinta.
biar kita kawal cinta.
bukan cinta yang mengawal kita..

sekian..

Thursday, 12 April 2012

MAISARA::yang pelik2 je dia

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
ada satu hari tu..
waktu suami aku tengah dok online tiba2 je maisara
minta ayah dia ambilkan gambar dia.

suami aku pun tak nak la menghampakan
permintaan anak bertuah dia
dengan rasa nak tahan ketawa,dia snap jugak la..

jom tengok gambar maisara ni..


gambar maisara berangan dapat ijazah..
dia memang selalu buat gaya2 pelik gini..
kadang2 entah apa2 yang dia sarungkan lepas tu boleh
duduk depan pagar nun..
bukan tau malu.
kalau orang gelak marah pulak..

sekian..

JANGAN PAKSA2 ORANG JOIN GROUP KORANG OKEY..

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
nak tanya ni..
ada cara tak nak elak kan orang
yang masuk kan kita dalam group2 kat facebook tu??
kalau ada cemana ye??

Tetiba je group2 yang aku tak pernah
tau pun dah jadi group yang aku join..
padahal tak de pulak aku ping entry atau
berkomen2 kat situ..

masalah bila aku terpaksa delete berpuluh ribu email.
sekarang ni email yahoo aku tu malas dah aku nak buka.
memang tak guna langsung dah.
semak mata tau tak??

yang paling banyak sekali dari group2 blogger..
banyak sangat la group blogger sekarang.
aku pulak bukan nya aktif dah kongsi2 entry kat group blogger.
jadi tak payah la jemput atau masuk kan aku dalam group tu ye..

akan ada yang kata ubah setting je..
tapi kalau dah berpuluh2 group ada
nak suruh buang masa dengAn ubah setting je ke??
aku banyak kerja lain nak buat..

tambah2 sekarang aku suka tanam pokok..kan kak liza???

sekian..

PUNCA DAN CARA MENGATASI MASALAH AIR KENCING KOTOR BAGI WANITA HAMIL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
pagi ni aku nak cerita pasal air kencing kotor.
masalah yang selalu terjadi pada ibu2 hamil.


alhamdulillah..sepanjang aku hamil kali pertama dulu
cuma sekali alami masalah air kencing kotor.
tu pun seminggu sebelum bersalin.
harap2 hamil kali kedua ni tak de masalah air kencing kotor lagi.
air kencing kotor boleh menyebabkan buah pinggang kita rosak dan
boleh menyebabkan kematian..
wanita hamil jugak berisiko mengalami kelahiran awal dan
bayi mengalami masalah berat badan.

Apa punca sebenar air kencing kotor??


punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

wanita hamil mudah mendapat kencing kotor kerana
selain ureter yang pendek perubahan hormon juga akan mempengaruhi.
sewaktu hamil otot saluran kencing sangt lemah dan menyebabkan
ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
dalam waktu yang sama rahim semakin membesar dan
ianya membuatkan air kencing tak keluar dengan sempurna atau sepenuhnya.
air kencing yang tak dapat dikeluarkan mengandungi kuman
dan kuman tu akan membiak.

bagaimana mencegah kencing kotor??


~bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.
~minum banyak air putih.6-8 gelas sehari.
~terus buang air kecil jika terasa hendak kencing.
~selepas buang air kecil biasakan mengelap dari depan ke belakang
untuk mengelak kan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
~sebelum melakukan hubungan seks buang air kecil dahulu dan cuci dengan bersih.
~tukar tuala wanita dengan kerap.
~kurangkan minuman manis dan berkafein.

sumber:drzubaidi.com

sekian..

Wednesday, 11 April 2012

VIDEO GEMPA DI ACEH:: belum pun kering luka mereka

Assalamualaikum...

petang tadi waktu aku dan maisara sedang menonton tv tiba2 saja
air dalam akuarium berkocak dengan kuat..

"ibu..ikan main kejar2 la.."

"eh..bergoyang ni..gempa la.."

"tak rasa pun.."

"dah hang melompat je kerja nya mana nak rasa gempa.."

aku tengok keluar rumah..
depan rumah aku ni ada kawasan rumah flat.
ramai antara mereka yang dah turun dan
hanya mampu memandang saja ke arah rumah mereka..
tiba2 je aku jadi takut sangat.

seingat aku ini gempa kedua yang kuat aku alami.
yang pertama dulu tahun 2004.
malam dalam jam 12.
waktu tu rumah mak masih lagi rumah papan dan bertiang.
terasa macam rumah aku tu nak runtuh dah.
mula dengan tingkap rumah yang seakan2 di ketuk dengan kuat dari luar
aku ingatkan ada orang yang nak pecah masuk rumah.
aku capai penyapu bawah kerusi dan cakap..

"oi..hang nak batang penyapu ye.."

baru je nak berdiri terus tumbang aku.
baru tau waktu tu gempa bumi..
cepat2 kejutkan mak dan adik yang tengah tidur.
buka pintu dan lompat je ketanah.
bayang kan dekat 10 anak tangga aku lompat.
hahahaha..kuasa orang aku boleh lawan..
tapi kuasa tuhan siapa yang mampu oi..??

hari ini sekali lagi perasa takut itu muncul lagi.
ini baru sedikit.bayangkan saudara2 kita d Acheh sana.
belum pun kering air mata dan luka mereka atas stunami yang dulu.
sama2 kita berdoa semoga mereka selamat.
bukan saja di Acheh malah mereka2 yang turut mengalami
gempa ini..



lihat lebih banyak video gempa di sini..

sekian..

semoga wulan dan keluarga selamat disana..

APA PUNCA KITA TIDAK GEMBIRA DAN BAHAGIA

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
ada tak antara kita yang selalu berasa
tak tenang dan kurang bahagia berbanding orang lain??
kalau ada jom kita tengok apa antara puncanya..



~Kerap menyalahkan segala sesuatu
sering menyalahkan segala yang tidak memenuhi kehendak dan keinginan anda.inilah yang membuatkan Anda tidak pernah merasa puas dan bahagia.

~suka bersendiri
Anda kerap mengelak dari bertemu orang lain, membatalkan janji temu dengan kawan2, dan kerap mengatakan pada orang bahwa Anda tidak suka ke majlis2. Ubah kebiasaan ini, mulakan bersosial

~suka memandang buruk pada orang lain
sebaiknya elak kan dari terus memandang serong pada orang lain. jangan melihat hanya sisi buruknya.Jika Anda mengatakan hal-hal baik dari orang lain, orang lain juga akan melihat kelebihan dalam diri anda

~jarang berolahraga
Cubalah meluangkan masa untuk olahraga. Olahraga boleh meningkatkan endorfin, hormon yang boleh mengubah mood kita menjadi lebih baik

~Tidak pernah memanjakan diri
Sesekali manjakan diri Anda. Anda boleh membeli belah.cukup sekadar membeli sehelai baju yang dah lama anda inginkan.cuba rawatan di spa atau sekadar bersantai di rumah dengan yang tersayang.

~jauh dari tuhan
satu cara mudah untuk mendekatkan diri dengan Allah ialah dengan bersolat 5 waktu.ini juga adalah ubat untuk hati yang sangt baik.

sama2 kita perbaiki diri kita..

sekian..

Tuesday, 10 April 2012

MAISARA::muzium Kedah

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
esok cuti kan??maisara hari ni dah cuti.
bila balik kampung je mesti batuk2 .
jadi hari ni tak sekolah la.
balik kampung hari minggu yang lalu.
panas sungguh kat kedah.
budak2 kat sana pun ramai yang demam.
tu yang berjangkit sekali kat maisara.

masa hari ahad tu tak demam lagi
jadi paginya lepas sarapan maisara ajak ayah dia ronda2.
nak ronda2 je.tak nak singgah mana2.
tapi bila lalu depan stadium tu ternampak muzium.
maisara pulak sekarang dah pandai mengeja jadi
bila nampak je muzium dan2 je nak singgah.

awal lagi tu..baru pukul 10 pagi ..heheh..
kami pengunjung pertama..:p

masa dalam muzium tu
ada la ambik gambar dia .
tapi bila suruh bergambar kat sini.....


maisara:ibu jangan nak suruh maisara bergambar dengan orang yang pelik tu.

heheheh...
nampak pulak pinggan2 lama ni..


Ibu:dulu2 depa makan guna pinggan ni la.

Maisara:pinggan yang buruk dan tak menarik ni.????

ibu:????

nampak pulak basikal tua dan kelapa ni..


ayah dia pun pegang2 la kelapa tu..

maisara:jangan sentuh la ayah..
untuk tengok je tu.jangan nak bawak balik pulak buah KEPALA tu..

nak tunjuk pandai..
cakap pun tak betul.

sekian..

Friday, 6 April 2012

KENAPA NURSE DATANG KE RUMAH KETIKA HAMIL??

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
ingat lagi tak entry maisara dan nurse tu??
kalau tak ingat baca kat sini ye...

ramai yang tertanya2 kenapa nurse datang
kerumah sedang kan belum bersalin.
sebenarnya memang nurse datang kerumah
waktu kita mengandung.
tapi dulu dia datang sekali je.
sebab nak chek persekitaran rumah kita
sama ada sesuai atau tak untuk kita.
ibu hamil kena la duduk dalam persekitaran yang bersih dan baik..kan??

tapi sekarang ni dah lain..
nurse akan datang setiap bulan.
kali pertama dia datang dia nak pastikan
persekitaran ,keadaan rumah kita dan keadaan kesihatan ibu.
dan jugak untuk berkenal-kenalan la..
bulan2 yang seterusnya dia akan datang lagi..

mula2 dulu nurse dah cakap dia akan datang setiap bulan.
aku pun pelik jugak.setiap bulan ke??
kata nya sekarang dah tak macam dulu.
mereka kena bagi perhatian yang lebih pada ibu2 hamil
sebab sekarang ni banyak kes2 kelahiran yang bermasalah.

tak tahu la kalau kat tempat korang nurse
masih datang sekali je atau nurse datang lepas bersalin je.

klinik tetap kena pergi..
seminggu lepas tu mesti nurse datang ke rumah.
pemeriksaan di rumah lebih kurang sama macam kat klinik.
chek air kencing,check tekanan darah dan ketinggian rahim.

ada orang tak suka tapi aku ok je..
tak ganggu jadual aku sebab aku tak bekerja.
nurse pulak datang masa hari bekerja
jadi aku sentiasa ada kat rumah.lagipun nurse kat tempat aku ni baik2 la.
jumpa kali pertama pun dah macam kawan2 je.hehehhe

jadi siapa2 nak merasai pengalaman nurse datang kerumah cepat2
la mengandung.yang belum kawen tu kawen cepat2..
lepas tu mengandung..
hehehehh..

sekian..

Thursday, 5 April 2012

KENAPA BAYI SUSAH UNTUK TIDUR

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
nyenyak ke tak tidur malam tadi..
bagi yang ada bayi tu mungkin kurang nyenyak la..kan??
itu perkara biasa yang boleh kata semua ibu bapa alami.

kenapa bayi susah nak tidur dan bila tidur dia tak nyenyak??
itu pertanyaan dari nuriman.
apa yang aku nak terang kan ni berdasarkan
pengalama aku waktu maisara masih bayi dulu.
waktu tu memang dia tak tidur malam.
umur dah 5 bulan lagi la payah nak tidur.

satu sebab yang buat dia tak nak tidur ialah
sebab siang dia dah tidur lama.
aku tak bekerja jadi aku kawal sendiri la waktu tidur dia.
aku bagi je dia tidur siang tapi 1-2 jam je.
waktu yang selebih nya aku luangkan masa dengan dia supaya dia tak bosan.
cara tu memang berkesan.malam dia akan tidur nyenyak.

bagi yang berkerja dan tinggalkan anak dengan pengasuh
rasanya baik berbincang dengn pengasuh untuk tidak membiarkan
anak tidur sepanjang hari.

sebab yang kedua ialah dia lapar.
bayi bukan macam kita.makan malam jam lapan
pagi esok bangun untuk sarapan.
bayi lebih kerap rasa lapar.4 jam sekali nak susu.
kalau bayi kenyang insyaallah nyenyak tidurnya.

yang ke tiga sebab kita sendiri tak melatih dia untuk tidur.
ramai ibu bapa risau anak dia tidur dalam gelap.
takut anak lemas,takut anak jatuh..rasanya kalau
kita berjaga2 tak jadi apa2 pun.
ajar anak tidur dalam gelap melatih anak untuk paham
bila gelap dia kena tidur.

tapi kalau kita tak buat macam tu dia sendiri keliru
waktu gelap suruh tidur,waktu cerah pun tidur..bila kita biasakan dia
tidur dalam gelap,bila siang dia tak kan mudah untuk tidur.
jadi malam nya nyenyak la tidur dia.

dan yang last sekali sebab panas.
ada antara kita rasa bila bayi ni tak boleh la
biar dia tak berbaju..tak boleh la bagi baju nipis2.
dah pakai selimut ada stokin lagi..sarung tangan pun pakai
kena sentiasa selimut.padahal bayi tak selesa.cemana dia nak tidur??

harap2 entry aku ni dapat sedikit sebanyak membantu nuriman.

sekian..

Wednesday, 4 April 2012

MAISARA::nurse

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
malam ni nak cerita pasal maisara.
dia selalu bagitau kat aku yang dia nak adik perempuan.
adik lelaki dia tak mau.
dah macam2 cara aku buat nak bagi dia terima je adik dia nanti
lelaki atau perempuan.
tapi alasan dia tetap sama..



Maisara:nak adik perempuan.adik lelaki tak best.tak boleh main puteri2 dengan maisara.lelaki suka bergaduh.lelaki tak boleh comel2.

petang semalam nurse datang ke rumah.
ni masuk kali kedua la nurse datang.
tiap kali nurse datang dia pun sibuk la jadi
pembantu nurse.rimas je aku tengok.
nurse tu pun mesti rimas..hahaha..

Nurse:check air kencing dulu ye..

maisara:pergi kencing dulu ye ibu.
(menyibuk)

bila nurse tu check perut dia tanya lagi??

maisara:berapa?

Nurse:17 (senyum..)

maisara:ibu memang makan banyak...

tak de kena mengena langsung!!

dah siap semua dia tanya lagi..

Maisara:adik maisara ni lelaki ke perempuan??

Nurse:tak tau lagi..kecik lagi tak boleh nampak..

Maisara:maisara nak adik perempuan.

Nurse:lelaki pun best jugak..

Maisara:lelaki tak best.perempuan dan lelaki susah nak berkawan baik.

Nurse:tapi nanti dia boleh tolong ayah.maisara tolong ibu,adik tolong ayah.kesian ayah tak dak sapa nak tolong dia.

Maisara:ok la..lelaki pun maisara suka jugak la..

bertuah punye Anak.selama ni
kalau aku cakap tak de nye dia nak terima.semalam nurse cakap
boleh pulak diterima pakai..

sekian...

PERFUME???TAK SUKA LA...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
biasanya lelaki ke,perempuan ke..
kalau nak pi kerja nak jugak sembur2 pewangi kat badan..kan??
kalau tak sembur pun calit2 sikit jadi la..
yang penting tak de bau yang kurang enak kita bawak
ke tempat kerja kita.

tapi ada jugak yang dah sembur,dah calit pun
masih lagi orang merungut..

"perfume dia buat kepala aku sakit la.."


tak semua orang suka wangi2 ni..bukan bermakna depa suka busuk
cuma ada setengah orang memang alah kepada
wangi2 yang ada bahan kimia ni.

kalau korang pernah ingat la..
tahun 2011 sorang wakil kerajaan New Hampshire, Michele Peckham
pernah mengusulkan semua pegawai kerajaan
dilarang memakai pewangi pada waktu bertugas.
nampak benda macam remeh tapi bila
perkara macam tu mempengaruhi orang lain
untuk melakukan tugas dengan baik rasanya kita kena
ambik perkara tu sebgai sesuatu yang serius.

jadi bagi yang suka berwangi wangian ke tempat kerja
tu ambik peduli sama keselesaan rakan sekerja yang
lain tentang pewangi yang kita pakai.
takut mengganggu orang lain pulak.

jangan tak tau ada yang kena saman
tau sebab bau perfume nya menggangu rakan setugas..
tak pasal2 kena bayar gantirugi 100000 dollar AS.
tak percaya baca sini

sekian..

Tuesday, 3 April 2012

KESAN TAK BAIK BILA MINUM GUNA PENYEDUT

Assalaamualaikum..

Selamat petang semua..
aku pernah terbaca kat satu majalah
yang mengatakan bagus bila kita minum guna penyedut.

sebab cara tu akan buat gigi kita tak mudah rosak.
tak tahu la betul atau tidak.
tapi ada caranya la..
minum dengan meletak kan hujung penyedut di bawah lidah.
jadi bila kita minum
air yang melalui penyedut tak terus pada gigi kita.



baru2 ni aku ada terbaca ada kesan tak baik bila
kita minum guna penyedut ni..
salah satunya ialah bahagian tepi mulut kita
akan mudah berkedut.kalau dipikirkan logik jugak la kan??
asyik muncung kan mulut je lama2 terbentuk la
garisan2 kedut kat tepi mulut ni.

satu lagi kesan tak baik nya ialah
masalah pencernaan sebab dalam perut kita
ada menyimpan terlalu banyak udara.
dalam artikel tu katanya 50 peratus gas yang ada
dalam tubuh adalah disebabkan kita menelan
terlalu banyak udara melalui makanan.
waktu kita menyedut air minuman,
dalam tak sedar kita jugak menyedut udara masuk ke perut kita.
lama2 perut kita pun jadi kembung.

lepas ni kurang2 kan lah minum guna penyedut ye..
minum ais kat rumah tak payah guna penyedut pun..
kat restoran je mengada2 nak guna penyedut..
hehehehhe

sekian

Monday, 2 April 2012

MAKAN PUN MALU KA??

Assalamualaikum...

korang pernah tak jumpa orang yang makan pun malu..
kalau kat tempat2 ramai orang ni dia segan je nak makan..
waktu pertama kali berjumpa tu lain la kan?

makan dengan kawan2 kat kantin pun malu2..
makan kenduri dengan kawan2 sekerja pun malu..

suap sikit2 je..
ada tu yang rela tak makan langsung..heheh..
aku pun ada masanya malu..
tapi malu2 pun nasik dalam pinggan habis tau..muahahahah


sedapnya tembikai..:p

sebenarnya punca orang perempuan malu
nak makan kat tempat ramai
orang ni adalah disebabkan jenis
dan jumlah makanan dalam pinggan tu..
makan kek satgi comot pulak mulut..
makan petai satgi orang kata mulut busuk pulak..
satgi kalau tambah nasik orang kata makan banyak pulak..
dia terlalu memikir tentang pandangan orang pada dia..
tu yang timbul rasa malu tu..

rasanya orang lelaki suka kalau tengok
pasangan nya makan banyak..kan??
apatah lagi suami isteri..
isteri seronok tengok suami makan bertambah..
suami pulak seronok tengok isteri suap
nasik sampai tak toleh kiri kanan..

(bila berat badan naik masing2
menyalahkan masing2..heheh)


kalau yang malu2 nak makan ni
selalunya perempuan..
tapi kalau lelaki pun malu2 jugak nak makan
masalah besar tu..hehehe..

jangan la malu2 ye..
kalau malu2 pun,makan tetap makan okey..:)

sekian..

BEKAS UNTUK MENJAHIT

Assalamualaikum...


Selamat tengahari semua..
sebelum pi ambik maisara kat
sekolah ni kita update la sikit..

Korang kan..yang wanita2 ni..
mesti ada bekas untuk menjahit kan??
bekas untuk bubuh jarum..benang..gunting..
dan sebagainya..kan?/kan???

aku pun ada...
ni dia...

satu yang best tentang bekas menjahit aku ni
kalau terlupa nak simpan ke..
tertinggal kat ruang tamu ke..
maisara tak kan kacau bekas ni..
nak tau rahsianya...

tengok ni...

eekekkeek...korang pun cuba la..
dah 5 tahun lipas tu dok kat situ..

sekian..