Sabtu, 4 Februari 2012

RAHSIA MEMBENGKOKKAN SUDU MENGGUNAKAN DAYA FIKIRAN

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..
malam ni aku nak jadi magican..boleh dak???heheheh..kalau korang pernah tengok rancangan silap mata kat AXN mesti korang pernah tengok aksi membengkokkan sudu dengan menggunakan daya kekuatan fikiran..jadi hari ni aku nak ajar korang cemana nak bengkokkan sudu macam David Copperfield tu..



Ambil beberapa sudu dari dapur dan letakkan di atas meja. Kemudian gunakan perasaan korang dan biarkan sudu itu menentukan sudu mana yang nanti korang pilih untuk dibengkokkan. Jika sudah dapat salah satu sudu, maka kita mulakan sekarang..(ye ye je ni..hehehh).

Pegang sudu dan renung sudu tu dengan penuh fokus. Di dalam hati, perintahkan sudu itu agar membengkok. Misalnya, “Hai sudu, bengkoklah sekarang!” ketika mengucapkan ayat tersebut korang mesti lah melakukan nya dengan keyakinan yang tinggi.

Kemudian lakukan Konsentrasi fikiran dengan rilek. Tarik nafas dan hembuskan dengan teratur. Bayangkan nafas yang korang hirup adalah tenaga dari alam semesta dan ia menjadi sebuah bentuk bola emas di atas kepala korang Buang nafas yang korang anggap sebagai tenaga yang negatif dan hirup udara segar ke dalam solar plexus anda.

Lakukan tehnik itu kira-kira 15 tarikan nafas sambil jari-jari menggosok2 pemegang sudu. yakin teruskan keyakinan korang memiliki tenaga yang cukup untuk membengkokkan sudu di tangan korang. Jangan terburu-buru, kumpulkan terus tenaga melalui udara yang korang hirup.

Dalam dua minit korang semakin meningkatkan tarikan nafas dan hembuskan kuat-kuat. Lakukan ini semakin cepat. Kemudian, cepat-cepat korang berpaling ke arah lain, misalnya tengok tingkap ke dalam kiraan satu minit..teruskan menggosok2 pemegang sudu . sesekali korang bersuara lebih cepat dan keras: bengkok! bengkok! bengkok!

Anggap saja sudu itu bagaikan sebuah getah yang lentur. Dan memang,sudu itu pelan-pelan membengkok seperti getah. Setelah dua atau tiga kali sudu itu melengkung, lepaskan ia di meja dan tunggu satu minit. sudu itu berubah menjadi keras kembali.

Rahasia tehnik ini adalah tenaga yang ada difikiran kita.tenaga ini hanya boleh didapati dari konsentrasi, saranan dan keyakinan tinggi. cara ini juga boleh digunakan untuk menguatkan semangat untuk mencapai kejayaan.dan untuk menambah keyakinan diri.

Tehnik ini diajarkan oleh Shannan D. Rohde, seorang pakar dalam penelitian paranormal. “Ini bukan magik, ini murni kekuatan dari pikiran,” tegasnya. Menurutnya, tenaga yang digunakan untuk membengkokkan sudu itu juga boleh diterapkan dalam bidang lain. Misalnya jika korang ingin mematahkan sebatang besi,teknik ini boleh digunakan.

*ada yang nak cuba ke.aku tak nak la..nanti maisara kata aku tak betul pulak..kalau korang nak cuba,cer cuba kat dalam jamban..hehehe..bukan apa..kalau cuba kat depan kawan2 ,kalau tak jadi malu pulak nanti..:p

sekian..

13 komen disini:

YaYaNsMuM berkata...

hehe...teringin nak cuba, tp sure my hb kata ai tak betul..haha!

Mak Lagenda berkata...

Hahahaha..baik mak x payah cuba. SAH2 x akan menjadi punyalah

KhaiRin - anies berkata...

tkt nnt tgk fokus tetiba terkentut kuat hehehehhee


tingat cite the matrix..

Tihara berkata...

haah..jap g nak p jamban bawak sudu..heheh :)

Daddylicious berkata...

dalam jamban?

silap2 tersudu lain jer...hehe!

JR berkata...

Bahaya juga ilmu tu, kalau yg dibengkokkannya sudu tak apa, tapi jika isteri bengkokkan kaki suami atau suami bengkokkan kaki isteri tak ke haru...

Nelly The Strange berkata...

eh , eh ? boleh ?

wow !! hebatnya !!!

Ezad Skytech berkata...

kena buat demo dulu sorang2..kang tak jadi..malu je..hee~

eita berkata...

jap eh..nak cari sudu yang dah benkok..senang sikit...kih3

aku HaniAsyira berkata...

jon, sesama try.. hee~~~

caliph shuriken berkata...

klau bole bengkokkan semua sudu2 tu, nanti kena kuar beli set sudu baru kn, hikk...

remyhazza berkata...

ye ker.... boleh caya ker nie.....
karang sudu tak bengkok... remy pulak yg bengkok ! he3

adan berkata...

mcm betul gak.. sbb sbelum ni sy penah tgk kat rancangan mana entah.. kita boleh berinteraksi dengan besi.. sama ada betul atau tidak.. wallahua'lam..

Related Posts with Thumbnails