IKLAN BERBAYAR

Photobucket Photobucket Photobucket

Rabu, 1 Februari 2012

KANAK-KANAK 7 TAHUN DI KURUNG DALAM KELAS

Assalamualaikum...

sedihnya aku baca berita ni..cer bayangkan
kalau jadi pada anak2 kita...

Seorang guru di sebuah sekolah di Mexico, Amerika Selatan,sanggup menghukum muridnya yang masih berusia tujuh tahun dengan menguncinya di dalam kelas, dan meninggalkannya sendirian hingga tengah malam.

Menurut polis,kanak-kanak yang dikunci sebagai hukuman atas kesalahan berkelakuan buruk, berjaya dikeluarkan pihak polis dari dalam bilik darjah yang terkunci.

Ketika kanak2 itu ditemui, kanak2 itu sedang meringkuk di bawah meja guru, dan menutupi tubuhnya menggunakan baju panasnya untuk mengelak kesejukan.

Polis mengatakan, keluarga kanak2 itu mula mencarinya pada hari isnin (27/1/2012), kerana tidak pulang kerumah walaupun waktu persekolahan telah tamat. seorang rakan kanak2 itu akhirnya memberi tahu kepada polis bahawa rakan nya dikurung dalam bilik darjah oleh guru mereka.

Pejabat Pendidikan Mexico mengatakan, ibu kank2 itu telah membuat aduan dan ianya masih dalam siasatan

dalam temubual yang dilakukan stesyen radio terhadap ibu kanak-kanak itu,dia menjelaskan ini bukan kali pertama anak nya dihukum dengan keterlaluan. Sebelum ini, guru itu menghukum anak nya dengan merantai kaki anak nya di kaki meja.

**cikgu2 tolong jangan buat macam ni kat anak2 kami ye..:P

sekian..

15 komen disini:

fieda berkata...

mmg tak patut..

munna berkata...

GERAM PULA MUNNA BACA BERITA NI...SEMOGA CIKGU2 DI SINI TAK BUAT PERANGAI MCM TU

CINTA UNTUK KITA berkata...

agak2 la nk mghukum pun.. time balik, bg je la balik. apalah punya cikgu..

UdinZ.com - Fakhruddin berkata...

tak layak jadi cikgu camtu..

mama maman berkata...

Mmg melampau..

Papa Mifz berkata...

pergghh kojam nyer cikgu tuh...

Daddylicious berkata...

itu namanya cikgu nak kena cangkul!

Niza Romli berkata...

gila ke cikgu tu.
tak takut plak kat mak bapak kanakx tu..

niesa berkata...

suke suki je kunci anak orang ...walau ape pun kesalahannya berilah hukuman yang patut2 ....

Azhafizah[フィザ] berkata...

amboi cikgu,hukum tu patut patutlah..dah mati budak tu baru nak menyesal..janganlah ade kes macam ni lagi..fobia budak budak nak g sekolah.

era kecik berkata...

best ler buat kat anak orang.. try orang buat camtu gak kat anak dia, acane dia rasa.. huh ==

..cik hana.. berkata...

kejam sangat buat macam tu..huhu

naiemah_ramli berkata...

erkkk...ksian budak tu...

Si BuDaK KaChAk berkata...

teruk sgt ke kes budak tu smpai buat mcmtu skali??

puanbee berkata...

kejamnya ingat binantang kot .. kesian .. harap2 cikgu di Malaysia ni baik2 balaka

Related Posts with Thumbnails