IKLAN BERBAYAR

Photobucket Photobucket Photobucket

Rabu, 1 Februari 2012

DIHALAU KELUAR DARI PUB HANYA KERANA BERBAHASA JERMAN


Seorang bekas penjaga Tower of London, Tom Sharp, dihalau dari sebuah pub kerana berbahasa Jerman. Peristiwa tersebut berlaku minggu lalu, ketika dia mengunjungi Packhorse Pub bersama anak perempuan nya Nichole Falconer.

lelaki 71 tahun tersebut sedang berbual dengan anaknya, yang berdarah kacukan Jerman, iaitu hasil perkahwinan dengan isterinya yang berdarah jerman. Dalam perbualan tersebut, beberapa kali mereka menggunakan perkataan Jerman yang memang sudah biasa mereka gunakan.

Tiba-tiba pengurus pub, Janet Pitts, menghampiri mereka. dia berkata, jika anak dan ayah tersebut masih menggunakan bahasa Jerman dalam perbualan mereka,diminta keluar dari pub.

Mendengar teguran Pitts,Sharp dan Falconer kehairanan. Bagi Falconer, bahasa Jerman adalah bahasa ibunda yang biasa dia gunakan setiap hari.

Pitts mengatakan, Falconer adalah gadis berkulit putih, berada diLondon, jadi dia mesti bercakap menggunakan bahasa inggeris. Bagi Falconer, kata-kata tersebut bagaikan penghinaan bagi nya..

Sebenarnya, Sharp adalah pelanggan tetap yang selalu datang ke Packhorse Pub. Biasanya, dia datang setiap 4 petang. Sebagai pelanggan, Sharp pernah bermurah hati untuk menyumbangkan lukisannya menjadi sebahagian dari dekorasi Packhorse Pub. Namun setelah kejadian tidak menyenangkan itu terjadi, lukisan-lukisan tersebut dikembalikan kepadanya.

Kejadian tersebuttelah dilaporkan dan pihak polis masih menyiasat. Sementara itu, Packhorse Pub telah ditutup.

**agaknya pengurus pub tu pernah kena tinggal dengan awek jerman gamaknye.. heheh

sekian..

6 komen disini:

Azlan Hasan berkata...

betul gak tu..tak pun ade kena mangena ngan zaman world war 1 kot..hhehe

Regards,
-Strider-

YaYaNsMuM berkata...

Amboi...kijamnyer...huhu..bahasa pn diambil kire gaks... :P

Tihara berkata...

macam2 hal la depa ni kan :)

munna berkata...

macam2 hal sekarang ni

Azhafizah[フィザ] berkata...

bahasa pun boleh jadi kan isu..tak faham jugak kes camni.tapi itu yang terjadi..

Pok Amai-Amai berkata...

Klu kat msia amalkan sikap mcm nie, berbahasa selain inggeris...ramai le yg kene halau gamaknye...

Related Posts with Thumbnails