Rabu, 22 Februari 2012

25 RAHSIA DENYUTAN PADA TUBUH BADAN MANUSIA

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
pernah tak korang rasa macam mata korang berkedip
atau berdenyut dengan sendiri??
atau pun korang terasa tangan korang berdenyut tiba2..
ianya tak la sakit cuma rimas je rasa..kan??
ada orang kata itu ada makna2 nya yang tersirat.
tak tahu la betul ke tidak..
jom kita baca apa makna2 tersirat tu..

Denyutan di ubun-ubun kepala : Akan mendapatkan kebahagiaan.
Denyutan pada bagian kepala sebelan kanan : Akan sakit.
Denyutan pada bagian kepala sebelah kiri : Akan mendapatkan kemuliaan.
Denyutan pada seluruh kepala : Akan melihat perkara pelik atau ajal sudah dekat.
Denyutan pada dahi : Akan mendapat harta atau ilmu pengetahuan.
Denyutan pada tengkuk : Akan dicintai orang kaya.


Denyutann pada alis mata kanan : Akan berbahagia, tetapi terlebih dahulu mendapat kesusahan.
Denyutan pada kelopak mata kanan atas : Akan mendapat keuntungan.
Denyutan pada alis mata kiri : Akan bertemu dengan seseorang.
Denyutan pada kelopak mata kiri atas : Akan bertemu dengan kekasih/calon kekasih.
Denyutan pada kelopak mata kanan bawah : Akan bersedih.
Denyutan pada kelopak mata kiri bawah : Akan bersedih juga.
Denyutan pada ekor mata kanan sebelah atas : Akan sembuh dari sakit.
Denyutan pada ekor mata kiri sebelah atas : Akan bertemu keluarga jauh.
Denyutan pada ekor mata sebelah kanan bawah : Akan bertemu orang jauh.
Denyutan pada ekor mata sebelah kiri bawah : Akan sakit.
Denyutan pada biji mata kanan : Akan bersedih hati.
Denyutan pada biji mata kiri : Akan bersuka cita.
Denyutan pada hidung : Akan mencium kekasih.
Denyutan pada hidung sebelah kanan : Akan sembuh dari penyakit.
Denyutan pada hidung sebelah kiri : Akan tercapai cita-cita.
Denyutan pada pelipis sebelah kanan : Akan mendapatkan kesukaran, kematian dan sebagainya.
Denyutan pada pelipis sebelah kiri : Akan mendapatkan ketenangan hati.
Denyutan pada telinga sebelah kanan : Akan mendapatkan berita yang menyenangkan hati.
Denyutan pada telinga sebelah kiri : Akan kedatangan keluarga dari jauh.

entah ye entah tidak..baca boleh percaya jangan..hehehhe

sekian..

21 komen disini:

Selendang Merah berkata...

owh ada maksud rupenya semua tu..hehe.

oke baca jew x percaya..^^

Hanis Azla berkata...

mmg selalu terasa denyutan2 sebegitu kan.. ada makna2nya rupanya..

Papa Mifz berkata...

Denyutan nadi = alhamdulilah masih bernyawa ;-)

Tihara berkata...

selalunya akak denyutan kat montot..mmg nak gi jalan2 la tu..dah terbiasa dah signal tu...malas nk percaya tp selalu terjadi secara kebetulan..boleh ke dipanggil deria ke 6 ?? wallahualam :)

Niza Romli berkata...

sy selalu berdenyut2 kat kepala..tapi tu sbb sakit kepala kot.

Cikgu Ma berkata...

kalo denyut hati kak? bukan rindu ke namanya..hehe

Hanih Borhan berkata...

Haha, style jugak... Dapat dari mana ni? :D

khairul berkata...

sory lama x mai..bz skit

Azhafizah[フィザ] berkata...

pernah jugak merasa sebahagian dari di atas..tak pasti benda tu jadi ke tak.^^

Karukord Jagau's berkata...

denyut kat kepala sbb sakit kepala ada...tp lepaih makan panadol,ilang denyutnya :)

Pamie berkata...

kalau kepala berdenyut, selalu bawa tido je..huhu..ada makna jugak denyutan ni rupanya :)

jeBateja berkata...

Err...tak leh percaya ke...?....ingatkan nak percaya tadi...

cinta siswi berkata...

hehe.. bace je.. jgn percaya..betul tu akak..hehe

dear yayah berkata...

denyutan tu ada kaitan dgn saraf kan? hehe.. xpercaya kot.. maybe ada gak y btol kdg2

Miss Butterfly berkata...

tenz for sharing. selalu sgt brdenyut dekat mata.. huhuhu~

LydSunshine berkata...

Bahaya ni kalau suami saya ada 'Denyutan pada kelopak mata kiri atas'. Hehehe.

Azlan Hasan berkata...

banyak sgt laa tempat..payah nak ingat nie..nanti mesti confused..hehehe

Regards,
-Strider-

NURULHANIF berkata...

wah info yg bgs.. hehe

KhaiRin : anies berkata...

sy berdenyut2 kat gigi: tanda nk kena kuar duit la tu (jumpa dentist) hehehe

JR berkata...

"Denyutan pada tengkuk : Akan dicintai orang kaya".

Saya pernah rasa denyutan ini, siapa pula mak Datin yang akan jatuh cinta dengan saya?

(Isteri saya tentu tak percaya dengan firasat mimpi yg boleh menggugat kedudukannya ni...)

blog-tips-kurus berkata...

saya sedang mengalami denyut2 pada kening kanan ni. bukan petanda migraine ke?

Related Posts with Thumbnails