Wednesday, 29 February 2012

MAISARA::malas

..Assalamualaikum...

selamat malam semua...
aku tak nak cakap gini sebenarnya..
tapi makin hari aku makin malas la nak berblog..
aku rasa tidur dan tengok tv lebih best..
kalau online lebih seronok main game..
apa kah yang telah terjadi pada aku??
di manakah aku yang rajin ya amat dulu tu??
ke mana kah aku menghilang...??
hehehhe..

bila malas2 gini aku selalu cakap kat maisara..

"macam2 la dia ni..dah la ibu tengah malas ni.."

ayat pemalas sungguh2 kan??
tadi petang maisara suruh tolong cari pemadam dia dalam beg sekolah.
ayat ibu dia macam biasa..

"cari la...ibu tengah malas ni tau tak.."

maisara :ibu kalau ada baby dalam perut memang tak pe ke malas2??

Ibu : ye la..

maisara: sebab baby dalam perut tu pemalas sangat ke??

ibu: tak tahu la pulak...

maisara: mintak2 bukan baby lelaki..lelaki memang malas..macam ayah tu.dia malas nak bawak maisara pergi kedai..malas nak dukung maisara,malas nak suap nasi kat maisara..malas nak bawak maisara pergi makan kat restoran..kan ibu??

ibu: ??????

sekian...

Tuesday, 28 February 2012

MAISARA::Pantun

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
jom berpantun???
ada berani nak jawab??



ha!apa lagi..
jawab la kalau berani..
ekekekk...

kat sekolah belajar pantun kot..
balik umah je asyik berpantun je..
pantun tu je..yang lain tak de..
naik bosan dah aku dengan ayah dia dengar..


sekian...

Monday, 27 February 2012

PENGEMIS PALING GANAS DI CHINA

Assalamualaikum...

selamat malam...
jom tengok gambar pengemls paling ganas ni..



aduhai...
ada jugak mengemis dengan cara macam ni...
terdesak sangt dah ni...
tak padan dengan perempuan...


sekian.

APA KENA LA DENGAN IBU DIA NI?

Assalamualaikum...

Selamat petang....
apa pendapat korang tentang ibu bayi ni???

menurut ibu ni..memutar2 kan anak macam ni
menggalak kan anak lebih cepat membaca, menyanyi, berbicara dan berenang.



bagi aku orang giler je yang buat macam ni..
apa kalau tak pusing2 anak tu
anak tak boleh bercakap ke??tak boeh menyanyi??

pelik kan??
kalau sedara mara aku macam ni
memang aku sekolah kan cukup2...
hahahaha


sekian...

Saturday, 25 February 2012

ANJING GIGIT MUKA KANAK-KANAK 7 TAHUN

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
korang takut tak dengan anjing..?
aku takut...bukan sebab malas nak samak ke apa..kan??
tapi sebab bagi aku anjing ni haiwan yang merbahaya.
dia boleh mencederakan kita.

macam yang terjadi pada kanan2 ni..
muka nya di gigit anjing pitbull.

“Ini implan wajah pertama yang berjaya di lakukan di mexico,”
kata jurucakap Social Security Institute mexico, Juan Francisco Salazar.

Raul Carrizales (7) diserang seekor anjing jenis pitbull ,
di Kota Monterrey. Anjing liar itu mengoyak sebahagian besar bawah wajahnya

Seorang jiran yang melihat kejadian itu,
memungkut kulit kanak2 tersebut dan meletakkan
di dalam beg plastik.dia kemudian memasukkan ke dalam bekas berisi ais..
Berkat tindakan cepat jiran tersebut , doktor berjaya menyambung
kembali bahagian wajah kanak2 malang tersebut.

ni la rupa anjing tersebut..


sekian...

MIMPI SIANG HARI YANG MENJADI KENYATAAN.

Assalamualaikum...

tadi jam 9 aku tidur kejap...
lepas tu aku mimpi aku dapat be...
bila bangun je cepat2 aku buka blog.tengok2 dapat be
betul2 dari digi samsung galaxy nexus bm.
aduhai..lawak betul la...

malas2 pun masih dapat be.
nampak nya kena la rajin bw balik lepas ni.

tengok la..
gara2 malas be tinggal 3 je...
yang tengah2 tu baru dapat tadi.yang lain tu baru
seminggu 2 yang lepas..

apa pun terima kasih nuffnang...terima kasih digi dan friso...
nak bw la sikit lepas makan tengahari nanti..

satu lagi berita baik..laptop aku dah sembuh...
best2...

sekian..

Friday, 24 February 2012

CUBA KIRA PADA USIA BERAPA ANDA AKAN BOTAK??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua....
korang nak tahu tak tahap2 kebotakan kepala korang..
da ke perkataan kebotakan??heheheh...


sorang pakar rambut ada cipta satu kalkulator online
untuk memastikan pada usia berapa orang lelaki ni akan
mengalami kebotakan.

web site ni dicipta oleh
Dr Adolf Klenk dari Alpecin Research Institute di Bielefeld,
yang berasal dari Jerman.
kalau korang nak cuba cer klik sini..
http://alpecin.co.uk/en/baldness-calculator.html

sekian..

ZINA TAK APA..POLIGAMI???JANGAN BERANI2 YE.

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
kepada para2 isteri...
korang setuju tak dengan poligami??
ada yang tak setuju dengan poligami tapi kita tak
boleh menolak poligami sebabnya dalam alquran
tak suruh pun kita tolak poligami..kan??


aku nak cerita satu cerita ni...
seorang lelaki dia selalu berkerja diluar daerah dia.
sebulan cuma seminggu dua dia balik kerumah untuk isteri dan anak2.
tapi telefon nya kerap la..isteri dia selalu pesan pada suami...

"abang..kalau abang rasa kesunyian dan ingin mendampingi
wanita lain selain saya,jangan sesekali abang berzina.
beritahu saya dan saya setuju untuk abang berpoligami.."

nampak tak?dia rela suaminya kahwin lagi dari suaminya berzina..
tapi ini cuma cerita dongeng...
ada perempuan yang nak cakap macam ni??
dalam mimpi pun tak boleh..



bukan nya tak ada yang mengizinkan suami kawen lagi
tapi jarang2 nak ada..satu dalam sejuta gamaknya..heheh
kalau tahu suami curang dihalaunya suami..
disuruhnya suami tidur kat luar.bertarik2 rambut dengan wanita lain..
alasan nya sebab "dia rampas laki aku.."

dia cuma nak kan penyelesaian yang akhirnya memihak ke pada dia.
tapi penyelesaian kepada masalah zina yang makin berleluasa ni tak de.
itu lah sebenarnya sebahagian dari poligami..ianya untuk mengelak kan zina..
jadi jangan la menolak poliggami ye..sebab ianya sebahagian
yang tercatat dalam al-quran..

kalau kita ni orang beriman kita akan menerima
keseluruhan isi al-quran..bukan nya separuh2..

*makin ramai suami orang yang berzina..

sekian..

SEDAP MEMANG SEDAP...

Assalamualaikum...

selamat petang....
sekarang ni banyak betul buah2 yang susah nak jumpa.kan???
dah la aku ni teringin nak makan buah2 ni sekarang ni..
tapi susah pulak nak jumpa...nak menangis rasa dah ni...
muahahahah


ni buah yang dah lama betul aku tak makan..jambu susu.
sekarang teringin sangt...

buah rokam..sedap sangat...
kalau makan sampai pecah lidah baru puas hati..heheheh

Ni satu lagi...
tengok je comot tapi rasanya punye la sedap..
ada yang ingt ni buah salak..
sebenarnya namanya kelubi..ini isi dalam nya...sedap tau...

la..buah ni pun susah nye nak jumpa..kalau belah2 kedah nun
depa panggil mempelam teloq.selalu kat sawah2
banyak la pokoknya.tapi awat entah
la ni payah sangt nak jumpa.

boleh je nak jumpa buah2 ni kat pasar malam tapi
depa dah buat jeruk la...
tak mau yang dibuat jeruk.
aku ni bukan suka sangt pun makan jeruk.
sebab rasa gula tu aku tak suka.


sekian..

KENAPA ORANG MELAYU TAK SUKA KUTIP TIN KOSONG TEPI JALAN

Assalamualaikum...

selamat pagi...
Biasanya pagi2 selalu nampak makcik dan pakcik2 cina
yang kutip2 tin dan kotak kat tepi jalan
depan rumah aku ni.sambil bersenam pun mata
melilau tengok sekeliling kot2 ada tin2 kosong dan apa je
barang yang boleh di kitar semula..

selalu nampak orang cina buat macam tu..kan??
orang melayu jarang la nak jumpa yang kutip2 tin ni.
memang orang melayu pun amalkan kitar semua barang2
buangan macam tin dan suratkhabar tapi semuanya tu yang kita
beli dan habis guna kita simpanuntuk dijual,kan ??
kalau nak kutip2 tepi jalan tu idak le...

jangan la salah sangka ye...
bukan la orang melayu ni pemalas nak kutip atau malu..
tapi tau2 je la bila dah kutip tepi jalan ni..
ada rasa was2 sikit...duduk negara berbilang kaum ni
kena la paham..bukan semua orang bela kucing...
ada yang bela anjing.anjing pulak suka memancut
tak kira tempat.

tu yang malas nak kutip2 tu.kan??

sekian..

GAMBAR PERNIKAHAN LISA DAN YUSRY

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
pagi ni bila online je banyak betul orang dok cerita
pasal lisa dan yusry..
dah selamat pun jadi pasangan suami isteri...
siap je semua kerja dapur apa lagi..
cuci2 mata la dengan gambar pengantin baru ni..
jom tengok gambar2 perkahwinan lisa dan yusry..kita wow2 sama2..hehe






tengok lisa nampak lain kan mukanya..nampak matang sangt...
semoga mereka kekal bahagia ke akhir hayat..selamat pengantin baru..

sekian..

sumber gambar:roti kaya,oh bulan,murai dan nara

Thursday, 23 February 2012

NAK KE SEKOLAH ATAU MAKAN ANGIN?

Assalamualaikum..

Selamat petang semua...
masa aku bersekolah dulu..
ada kawan2 perempuan yang suka bawak cermin ke sekolah.
walaupun itu melanggar peraturan masih ada yang berani bawa.
cermin la satu2 nya yang pelajar2 ni berani bawa.
yang lain tak de la..
lipstik ke..pelembap bibir ke..perfume ke...
memang tak de la..

kalau ada pemeriksaan mengejut biasa nya cermin ni
disembunyikan di tepi tingkap kelas.
dan ada jugak yang sembunyikan didalam kasut.

cermin kecik yang satu tu kadang2 jadi tumpuan
beberapa orang pelajar..bertukar2 tangan cermin tu..heheh
kelakar kalau ingat balik.

tapi berbeza betul dengan sekarang ni..
dalam beg sekolah siap ada beg khas yang kecik..
dalam beg tu ada cermin,pelembap bibir,bedak..sikat
dan ada yang lebih berani bawak pembayang mata.

kalau ada pemeriksaan mengejut
kat mana agaknya depa sorok benda2 ni ye??
ataupun sekarang dah tak de lagi pemeriksaan mengejut
macam zaman2 aku dulu??

depa ni nak pi sekolah ka
nak pi makan angin ye??
atau memang nak ke sekolah tapi sambil nyelam minum air..
untung2 ada lelaki yang sangkut.
tak lulus spm kawen je.

sekian..

Wednesday, 22 February 2012

25 RAHSIA DENYUTAN PADA TUBUH BADAN MANUSIA

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
pernah tak korang rasa macam mata korang berkedip
atau berdenyut dengan sendiri??
atau pun korang terasa tangan korang berdenyut tiba2..
ianya tak la sakit cuma rimas je rasa..kan??
ada orang kata itu ada makna2 nya yang tersirat.
tak tahu la betul ke tidak..
jom kita baca apa makna2 tersirat tu..

Denyutan di ubun-ubun kepala : Akan mendapatkan kebahagiaan.
Denyutan pada bagian kepala sebelan kanan : Akan sakit.
Denyutan pada bagian kepala sebelah kiri : Akan mendapatkan kemuliaan.
Denyutan pada seluruh kepala : Akan melihat perkara pelik atau ajal sudah dekat.
Denyutan pada dahi : Akan mendapat harta atau ilmu pengetahuan.
Denyutan pada tengkuk : Akan dicintai orang kaya.


Denyutann pada alis mata kanan : Akan berbahagia, tetapi terlebih dahulu mendapat kesusahan.
Denyutan pada kelopak mata kanan atas : Akan mendapat keuntungan.
Denyutan pada alis mata kiri : Akan bertemu dengan seseorang.
Denyutan pada kelopak mata kiri atas : Akan bertemu dengan kekasih/calon kekasih.
Denyutan pada kelopak mata kanan bawah : Akan bersedih.
Denyutan pada kelopak mata kiri bawah : Akan bersedih juga.
Denyutan pada ekor mata kanan sebelah atas : Akan sembuh dari sakit.
Denyutan pada ekor mata kiri sebelah atas : Akan bertemu keluarga jauh.
Denyutan pada ekor mata sebelah kanan bawah : Akan bertemu orang jauh.
Denyutan pada ekor mata sebelah kiri bawah : Akan sakit.
Denyutan pada biji mata kanan : Akan bersedih hati.
Denyutan pada biji mata kiri : Akan bersuka cita.
Denyutan pada hidung : Akan mencium kekasih.
Denyutan pada hidung sebelah kanan : Akan sembuh dari penyakit.
Denyutan pada hidung sebelah kiri : Akan tercapai cita-cita.
Denyutan pada pelipis sebelah kanan : Akan mendapatkan kesukaran, kematian dan sebagainya.
Denyutan pada pelipis sebelah kiri : Akan mendapatkan ketenangan hati.
Denyutan pada telinga sebelah kanan : Akan mendapatkan berita yang menyenangkan hati.
Denyutan pada telinga sebelah kiri : Akan kedatangan keluarga dari jauh.

entah ye entah tidak..baca boleh percaya jangan..hehehhe

sekian..

MINTA MAAF...TUNGGU TAHUN DEPAN YE..

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
sebenarnya dah 3 hari tak buka email..ehheh.
hari ni buka je ada nampak 4 email untuk mohon beriklan kat blog aku...

sebenarnya aku dah tak buka iklan
untuk siapa2.sejak aku mengandung ni dah jarang2 berblog.
jadi uv pun dah tak macam dulu.
sehari aku cuma boleh dapat lebih kurang 900 uv.
sebab aku dah jarang
bagi tumpuan pada blog ni..


tengok la..update blog pun dah jarang..kan??
apa tah lagi nak bw.kalau aku buka blog pun
setakat singgah blog2 yang aku selalu baca je dan yang tinggalkan komen.
tak de dah aktiviti menjelajah sampai ke lubang cacing..ekekekke

iklan yang kat kotak pertama dan kotak kedua serta yang kat sidebar tu
akan kekal sampai hujung tahun ni...
yang tu depa bayar...
kalau siapa nak beriklan
tunggu la tahun depan ye..
masa tu mungkin aku dah aktif berblog semula.
kejar traffic macam dulu2 dan boleh la korang melanggan kotak iklan yang ada.


sekian...

Tuesday, 21 February 2012

HISAP ROKOK 20 BATANG SEHARI BOLEH PANJANGKAN UMUR

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.
siapa cakap rokok dan alkohol itu berbahaya dan memendekkan jangka hayat???
lepas korang baca ni mesti korang akan
lebih banyak hisap rokok..
heheh...

Seorang wanita yang berasal dari Gloucestershire, Amerika Syarikat yang berusia 100 tahun yakin bahawa umurnya panjang kerana rokok dan alkohol yang diambilnya

Lorna Gobey, yang menetap di Cheltenham,menghisap 20 batang rokok setiap hari dan meneguk segelas Guinness dengan wiski.

Pertama kali dia merokok pada tahun 1940 dan setelah dikira jumlah rokok yang dihisap sudah lebih dari 1.5 juta.
Mrs Gobey berkata "Saya sudah merokok sejak berusia 30 tahun dan tak pernah ada masalah kesihatan."

"ramai orang yang cuba menasihati dan mengatakan bahawa tabiat itu buruk, namun keluarga saya tak berani meminta saya untuk berhenti merokok dan mengambil alkohol.jika mereka lakukan, saya akan tampar mereka."

"Saya selalu berusaha menikmati hidup. Saya rasa adalah penting untuk melakukan perkara yang ingin anda lakukan dan tidak membiarkan orang lain mengatur hidup anda."

"Saya suka merokok, setetes wiski dan Guinness, dan saya masih suka bermain skittles. Mungkin itu sebahagian dari alasan mengapa umur saya panjang. Saya tak pernah berfikir akan mencapai usia 100 tahun, namun ternyata saya masih berumur panjang. saya kagum."

Anak lelakinya, Bob Fisher, 66, mengatakan, "Di usia begitu ibunya masih kelihatan sihat dan cergas.dia merokok lebih cepat daripada kami semua dan dia masih suka meneguk minuman keras. Selain itu dia juga sangat suka bermain bingo dan bersiul serta jalan-jalan keliling bandar ini dengan memandu kereta "

**apa lagi??pi la hisap rokok banyak2..
tapi ingat ye..tak semua orang bernasib baik..:)



sekian..

WANITA HAMIL SUKA MAKAN SURAT KHABAR

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
korang yang pernah hamil cer ingat2 balik pernah tak
mengidam nak makan sesuatu yang lain daripada lain..??

Ada seorang wanita hamil dia mengidam makan suratkhabar.
wanita tersebut,Ann Curran ,35 dari Amerika syarikat
mula menjadikan suratkhabar sebagai kudapan sejak hamil.
surat khabar yang dia suka bukan sebarang2 suratkhabar..
dia cuma nak yang dari Dundee Evening Telegraph.
sebab katanya suratkabar jenis tu lebih sedap.

Ann begitu sukakan rasa suratkhabar tersebut.
Sehinggakan dia menyimpan beberapa lembar suratkabar
di dalam beg tangannya jika dia berasa ingin makan
ketika jalan2 atau berbelanja

menurut Ann,kawan2 nya jugak
sanggup menyimpan lembaran surat khabar
tersebut untuk nya..

*aku nak makan nasi ulam je.
tapi susah la nak jumpa kat pulau pinang ni.
ganti dengan benda lain la..pasemboq..heheh...
sebenarnya aku dari mengandung anak
pertama dulu tak pernah mengidam yang pelik2..
semuanya yang 'hari ni nak makan,hari ni terus beli."
tak susah pun..:p

sekian..

HILANG DARA..PERLUKAH BERTERUS TERANG DENGAN BAKAL SUAMI

Assalamualaikum...



Selamat petang semua..
aku pernah buat entry pasal dara dan
ada yang tinggalkan komen dengan mengatakan
kalau perempuan tu tak de dara dia kena berterus terang dengan bakal suami.
aku tak tahu dia punye pendapat tu rujukan dari ustaz mana
atau buku2 motivasi yang mana.hehehe..

sebenarnya islam menggalak kan kita
menutup aib kita sendiri.
perkara yang dah berlalu tak perlu kita beritahu..
yang penting kita bertaubat nasuha..

Selalunya lelaki yang nak bakal isteri berterus terang
tentang soal dara bukan lah mengharapkan kejujuran pasangan..
tapi mereka menganggap itu satu kelebihan pada mereka untuk
pasangan lebih memberi berbanding mereka.

apa2 pun kemuskilan rujuk la dengan ustaz2 atau alim ulamak.
jangan la terus menganggap perempuan yang tak
berterus terang tentang dara adalah tidak jujur kerana ianya tidak perlu..
wajib menjaga aib sendiri.apa lagi aib orang lain.
jadi perlukah kamu tahu sama ada dia dara atau tidak??jawapan nya tak perlu..

jika kamu ikhlas mencintai nya dan ingin menjadikan nya isteri kamu
maka lakukan dengan seikhlas hati.siapa pun dia bimbing la
dengan sebaik mungkin.

ada lelaki yang kata..
"kena bagitahu la..benda tu penting.."
apa yang penting nya???
bila dah kawen nanti penting untuk lebih rasa sedap ka??
atau penting untuk diceritakan pada kawan2??
"bini aku masih dara oi.."
kalau kata penting untuk buktikan kejujuran
fikir balik...kalau dia kata tak de dara dah,kamu pun jujur ikhlas ke nak
ambik dia sebagai isteri..??
kalau tak kan ambik sebagai isteri jadi buat
apa bagi tahu kamu sama ada dia ada dara atau tak???

jadi pada perempuan2 yang dah terlnjur tu jangan la dedahkan aib sendiri..
risiko nya besar.cuba bayangkan kalaau kamu diotolak..
sedangkan si lelaki sudah tahu status kamu..
rugi tak???jadi tak perlu bagi tahu ok..yang penting kamu bertaubat dan
kembali ke jalan yang benar.

kalau nak kan lebih kepastian tanya lah ustaz2
atau ustazah2..


sekian...

AIR BARLI BAGUS UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
siap sudah merebus barli..
rebus dari semalam lagi tu...
hari ni dah siap dan boleh la aku minum air barli je
sepanjang mengandung ni...
tak payah dah nak suruh2 suami pi beli
tiap kali nak minum...


air barli memang bagus untuk ibu2 yang hamil..
bukan je untuk ibu hamil..
untuk orang2 yang demam pun sesuai minum barli..
antara khasiat barli ni ialahmenyejukan badan,
melawaskan air kencing dan baik untuk buah pinggang kita..


barli ni tak de kolestrol macam bijirin2 yang lain
setakat ni tak nampak apa kesan buruk pengambilan
barli untuk jangka masa panjang..



bagi aku barli lebih baik dari soya.
oleh sebab aku minum friso jadi soya memang aku tak ambil la..
dan aku pilih barli sebagai minuman harian.
minum barli kulit anak pun jadi bersih je..kan??
bukan ke barli adalah bahan asas dalam produk penjagaan kulit???
jadi jom amalkan minum barli..tak mengandung pun elok minum..

sekian...

TIPS MELUAHKAN PERASAAN MARAH PADA SUAMI

Assalamualaikum...

Selamat pagi..
dah lama tak menaip entry waktu pagi...
lama ke?rasanya 2 hari je kan??hehehhe..

ada yang sedang marah2 pada suami??
tapi takut nak meluahkan rasa tak puashati tu???
takut terlepas cakap yang bukan2???

meh nak bagi tips cara nak meluahkan
rasa tak puashati atau marah pada suami..

cara yang paling2 mudah sekali
ialah dengan tulis surat..
lepas tulis letak kan surat tu kat tempat yang mudah suami nampak..


kenapa surat???
sebab bila kita menulis ni kita akan berfikir dan
ulang2 baca apa yang kita tulis supaya
apa yang kita nak luahkan tu tak terlepas satu pun..

Lagi satu bila kita ulang2 baca kita akan
lebih berhati2 dalam memberi pendapat..
tak kan ada ayat2 yang tak baik dalam surat tu dan
dengan surat kita tak berbalas2 cakap..
bila berbalas2 cakap ni
tau2 je la kadang2 benda yang tak sepatutnya kita cakap
pun kadang2 terkeluar jugak..

menulis surat ni juga adalah
satu cara untuk kita bertenang dan berfikir sedalam2 nya...

**sesekali tulis surat cinta untuk suami kan bagus..:)

sekian..

Monday, 20 February 2012

MAISARA:: ada janji petang ni..

Assalamualaikum..

Selamat malam...
masa dalam perjalanan balik dari sekolah
tadi maisara ada bagitau...

maisara: ibu..petang nanti kita pergi taman permainan tau.
maisara dah janji dengan kawan2 nak jumpa kat taman.

Ibu:pandai2 je berjanji ye???lain kali kalau nak berjanji kena tanya ibu dulu tau..

Maisara:kenapa??ibu pun nak main papan gelongsor jugak ke??tak boleh la ibu..ibu kan dah besar....

aih..kesitu pulak dia...


sekian...

MEREKA BUKAN YANG TERBAIK??

Assalamualaikum...

Jika anda terus berfikir bahawa selalu ada yang
salah dengan lelaki/wanita
yang mendekati dan
kekurangnya yang kecil membuatkan
Anda memutuskan hubungan,
maka Anda tidak akan
mendapatkan pasangan selamanya.
Ingatlah bahwa di dunia ini tidak ada yang sempurna.

sekian...

MOODY DALAM RUMAHTANGGA

Assalamualaikum...

Selamat petang..
lambat update blog hari ni..sibuksikit..
sibuk berguling2 dan bermalas2..hehehhe..
petang ni aku nak cerita pasal moody la..
kalau setakat rakan2 dan kawan2 yang moody..
" ada aku kesah..." kan???tapi kalau yang moody tu
pasangan kita..aih...bagi kesan jugak kat kita..betul tak??

dalam RUMAHTANGGA..antara
lelaki dengan perempuan siapa yang suka moody??
perempuan???oh..tidak...lelaki la sebenarnya..
tak percaya???

buktinya...dalan rumahtangga,
bila seorang wanita itu memerlukan perhatian atau apa saja
dia akan terus bersuara..sebab wanita ni
bila dia dah jadi isteri dia lebih terbuka
dan berterus terang dengan suami..
tak macam masa bercinta yang semuanya nak di pendam.

"abang..sila bagi perhatian lebih pada saya.."
"saya nak beli barang tu..."
"saya nak abang buat macam tu.."

tapi berbeza dengan lelaki yang bila
perkara2 yang memerlukan dia meminta ni,dia agak ego sikit..
dia lebih suka kita sebagai orang perempuan memahami dia..
bila kita tak buat macam yang dia nak
dia mula la masam muka.
balik kerja je mOnyok.
bangun pagi je monyok..
entah apa yang dia nak pun kita tak tahu.

bukan lah dalam semua perkara.
ada perkara2 tertentu yang dia nak kita paham sendiri.

tips nak menghadapi pasangan yang moody???entry lepas ni ye..

sekian..

Saturday, 18 February 2012

MAISARA:: Sedih

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
tengah dok menggoogle,aku panggil maisara..

Ibu:maisara..meh kejap ..

Maisara:kenapa ibu...?

Ibu:meh tengok gambar ni..

maisara:kenapa ni ibu???



ibu:ni semua gambar kawan2 yang tak cukup makan..tengok..
kesian kan??badan tinggal tulang je.sebab tak de apa nak makan..
nak minum pun air tak de..tengok gambar adik ni..
dia kutip2 je makanan yang orang buang kat lantai sebab tak de duit nak beli makanan..
awak pulak tak habis je makanan sikit2 nak buang..
kalau awak jadi macam ni
baru awak tau betapa susahnya nak dapat makanan..

tetiba je dia terus pi dok kat atas tilam dia..
tutup muka dengan bantal dan menangis..

Ibu:sedihkan??awak nak buang makanan tak??

Maisara:tak nak..maisara janji tak buang dah makanan.kalau maisara tak habis makanan maisara suruh ibu je yang habis kan...

aku jugak yang jadi mangsanya...
(sampai sekarang tak berenti la pulak menangis nye...
pantang bagi peluang menangis..)

sekian..

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU KETIKA MENJALINKAN HUBUNGAN JARAK JAUH

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
ada yang menjalinkan hubungan jarak jauh tak??
nak bagi tips ni..
elak kan dari melakukan kesalahan2 ni
bila kita menjalin kan hubungan jarak jauh..

1-selalu meluahkan rasa tidak puas hati.
yang ini kerap berlaku bila pasangan jarak jauh kita
bagi tau dia nak jumpa kawan atau ada hal lain
dan tak dapat nak call nanti.mula la kita nak marah dan
tuduh dia tak pentingkan kita..

2-menuduh pasangan curang
sikap begiuni tak kan berjaya mengekalkan perhubungan jarak jauh.
tanpa bukti yang kukuh kita menuduh dia curang itu membuktikan
yang kita belum bersedia dan cukup matang untuk
menjalinkan hubungan jarak jauh.

3-jarang berhubungan..
hubungan jarak jauh memerlukan kita supaya lebih
kerap menghubungi pasangan.cukup sekadar sehari 1-2
kali menghubungi pasangan untuk bertanya kabar.
namun jika lebih kurang dari itu pasangan mungkin
merasakan anda kurang memberi perhatian padanya.sebenarnya
dengan hanya memberitahu "hari ni saya pakai baju warna pink"
cukup membuatkan dia merasa dekat dengan kita.

4-curang
perasaan sunyi dan kerap bersendirian mungkin
akan membuatkan hati meronta untuk mempunyai
teman disisi seperti pasangan2 yang lain.dengan membenarkan
orang lain selain dia memasuki ruang hati anda menunjuk kan
anda belum cukup bersedia untuk hubungan jarak jauh.


sekian..

Friday, 17 February 2012

BEZA ORANG BIJAK DAN ORANG KURANG BIJAK

Assalamualaikum...


malas nak cakap banyak jom
kita tengok apa beza orang Bijak dan orang kurang bijak.

1-orang kurang bijak selalu memikirkan keuntungan jangka pendek, tapi orang yang bijak memikirkan keuntungan jangka panjang.

2-Biasanya orang kurang bijak selalu bergerak berlebihan di waktu yang tidak tepat, tapi orang yang bijak banyak menggerakan otaknya di waktu yang tepat

3-orang kurang bijak menghabiskan waktu yang banyak untuk belajar tapi yang diserap sedikit, tapi orang yang bijak menghabiskan waktu yang sikit tapi pelajaran yang di serap banyak.

4-orang kurang bijak berseronok dengan jangka waktu lama tapi tidak pernah puas , tapi orang yang bijak berseronok dengan jangka waktu yang singkat dan selalu puas

5-orang kurang bijak selalu tidur di waktu yang tidak tepat oleh sebab itu dia selalu mengantuk , tapi orang bijak tidur di waktu yang tepat sehingga dia dapat menumpukan perhatian pada pelajaran

6-orang kurang bijak selalu berpakaian berlebihan tanpa melihat penampilan , tapi orang bijak bepakaian tidak belebihan sehinggaia nampak tidak melampau dan sempurna.

jom layan running man pulak.

sekian..

sumber:penakluk.com

KENA MARAH DENGAN NURSE.

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.tak sempat nak update blog macam selalu hari ni.
pagi tadi sempat buat satu entry je.tak sedap badan la..
hari ni kandungan cukup 2 bulan 2 hari.sekejap je dah 2 bulan.
lagi 7 bulan nak bersalin.dah kira2 hari ..muahahha..
masa bersalin nanti kalau suami dapat teman
kat dalam bilik bersalin kan best..macam bersalinkat maisara dulu.

kalau hospital kerajaan memang tak dapat la suami nak masuk..kan??
tapi bersalin kat maisara dulu suami boleh je masuk tengok sedangkan
kat hospital kerajaan.sebab tu aku suka Hospital Seri manjung tu..
dokter dan nurse pun baik2 je semuanya.

teringat selepas bersalin dah masuk wad
aku tak reti nak menyusukan maisara.nurse2 kat situ
sanggup tunggu dan ajar aku sampai 2,3 jam
untuk pastikan aku menyusukan anak dengan betul.

seminggu kat hospital,sekali pun tak
pernah dengar nurse yang marah2 atau mengeluh tak puas hati
dengan ibu2 kat wad tu...

ramai orang anggap nurse ni garang2 semuanya.
sampaikan ada yang kata "nanti misi marah.."
mungkin dulu dia pernah kena marah kot..ekekeke
ataupun dia la nurse yang suka marah2 tu..:P

dari awal aku mengandung sampai la
nurse datang rumah periksa jahitan bersalin
tak pernah jumpa nurse yang garang dan bercakap ikut sedap mulut.
semuanya baik2 dan memahami.

dari klinik kesihatan kat Simpang Ampat,pulau pinang sampai la ke Beruas,Perak
dan kemudian nurse di hospital Seri Manjung
semuanya baik2 saja..

korang ada pengalaman kena marah dengan nurse tak??


sekian...

DISINI JUAL IKAN SEGAR

Assalamualaikum...

Seorang peniaga memulakan harinya dengan menjual ikan. dia mula memasang papan tanda yang bertulis ” Disini Jual Ikan Segar”. Tidak lama kemudian datanglah seorang
pengunjung yang bertanyakan tentang tulisannya.

“Kenapa awak tulis "DISINI"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau
awak berniaga DISINI, bukan DISANA?”

“Betul juga!” fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan “DISINI” dan
tinggallah tulisan “JUAL IKAN SEGAR”.

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga bertanyakan tentang tulisan nya di papan jualan tersebut
“kenapa awak tulis perkataan "SEGAR"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau yang
awak jual ni sememangnya ikan segar, bukan ikan busuk?

“Betul juga” fikir si penjual ikan, lalu dpadamnya perkataan “SEGAR” dan
tinggallah cuma “JUAL IKAN”.

Tak lama kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga bertanyakan
tulisannya: “Mengapa awak tulis perkataan JUAL? Bukankah semua orang sudah tahu
kalau ikan ini untuk dijual, bukan untuk pameran?

Benar juga fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan JUAL dan tinggallah
perkataan “IKAN”.

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga
bertanyakan tentang tulisannya: “kenapa awak tulis perkataan IKAN? Bukankah semua orang
sudah tahu kalau yang ini Ikan bukan Daging?

“betul juga” fikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

Untuk renungan:Bila kita ingin memuaskan semua orang, kita tidak akan mendapat apa-apa. Be yourself!

sekian

Thursday, 16 February 2012

MITOS TENTANG DARA

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..
kita cerita pasal dara.ada orang yang suka belagak pandai..
bila tengok pompuan tu lain macam sikit.."macam tak de dara je.."
mana dia tau pun tak tahu la..bahaya tu..takut jadi fitnah...



tak dinafikan la ciri2 fizikal seseorang tu berubah bilamana
dia dah pernah melakukanhubungan seks.tapi tak semua orang
kita boleh nilai dengan fizikal dia.
antara yang selalu jadi penilaian orang tentang
dara ni ialah..

1-jalan mengangkang maknanya tak de dara.
hal ni tak de kaitan langsung dengan masih dara atau pun tidak.
Kerana cara berjalan seseorang dipengaruhi oleh
pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya,
seperti lebar tulang pinggul dan juga lemak di sekitar peha.

2-payudara besar sebelah maknanya tak de dara.
umumnya apabila seseorang wanita teransang payudaranya
akan membesar.jadi tak de kaitan dengan masih dara atau tidak.

3-punggung tak pejal maknanya tak de dara
seseorang yang kurang bersenam akan
menyebabkan punggungnya kurang pejal dan nampak tak cantik.
ianya tidak ada kaitan dengan dara.

4-air kencing yang jernih tanda tiada dara
Air kencing jernih atau tidak ianya bergantung kepada jumlah
air putih yang kita ambil.

5-gadis yang tidak mengeluarkan darah pada malam pertama bermakna tiada dara
selaput dara bukan saja boleh terkoyak ketika melakukan
hubunagn seks malah aktiviti senaman yang melampau jugak boleh menjadi punca.selain itu kemalangan dan berbasikal jugak boleh menyebabkan selaput dara terkoyak.


sekian..

RITUAL MAKAN MAYAT

Assalamualaikum...

Endocannibalisme adalah upacara di mana manusia
memakan tubuh orang yang mati.
kepercayaan bahwa dengan memakan tubuh
si mati maka sekaligus akan
`menghisap` sifat-sifat si mati untuk asimilasi roh.

Beberapa suku di Amerika Selatan dan Australia
dikatakan telah mempraktikkan ritual menyeramkan ini.

aih..tak lalu nye tengok..
kalau dah di masak,
buat daging masak merah ke,masak kicap ke..
ok la sikit..kan??
ekekekekke


sekian..

TELUR AYAM YANG ANEH

Assalamualaikum...


tau tak apa ni???
ye betul..tengok tajuk baru tau ni telur..
ingatkan ubi kentang..kan??
aku pun rasa macam tu masa mula2 tengok gambar..

telur ayam ni
datang nya dari seekor ayam
yang diternak oleh Neda Glibota (72)
seorang penternak ayam yang berasal dari crotia selatan.

“Terus terang saya sangat terkejut dan saya memanggil
kawan2 saya untuk melihatnya sediri.
Mereka semua sama seperti saya,sangat
terkejut dan hairan” kata Neda.

sekian...

NAK REMOVE SEMUA RAKAN BERLAINAN JANTINA KAT FACEBOOK

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua....
Dah sarapan ka??
Tadi aku buka facebook..nampak la ada status rakan
yang cakap pasal ikhtilat...



tak paham kenapa manusia suka menganggap
islam ni berat ye??
selalu rasa itu tak boleh ini tak boleh..
padahal kalau tahu mengawal sesuatu perkara
tu semua nya jadi mudah..

kalau gini ustaz2 dan
ustazah2 kena remove la rakan2 kat
facebook
yang berlainan jantina..
heheheheh

sekian...

PESANAN SEPANJANG TEMPOH MENGANDUNG

Assalamualaikum...

Selamat pagi...
aku pernah dapat komen yang melucah..
komen yang menghina..
komen yang tak puas hati..macam2 jenis komen la...

korang komen la cemana pun..aku tak marah punye..
aku tak suka marah2 orang.tambah aku tengah mengandung ni
lagi la aku malas nak melayan perasaan marah dan tak puas hati.

masa awal2 tau aku mengandung hari tu
aku pesan kat suami..

"abang,sepanjang tempoh kita mengandung ni kita tak mau
ada siapa2 ganggu emosi kita ye..
sebab kita tak mau marah,sedih dan sakit hati.
.masalah kawan2 ke,keluarga ke,
masalah adik beradik ke,
sedara mara ke,
kita tak mau ambik tau..kita nak dengar perkara yang
baik2 dan mengembirakan saja.klau orang nak bergaduh dengan
kita,kita malas nak layan"

sebenarnya satu sikap aku yang dari dulu sampai
sekarang tak hilang2 ialah mudah naik angin.
aku sendiri tak suka dengan sikap aku ni.
sebab tu masa mengadung ni aku pesan awal2 macam tu kat suami..heheheh

sekian...

Wednesday, 15 February 2012

PEREMPUAN SUKA BERCAKAP

Assalamualaikum..

selamat malam..
korang tau tak perempuan suka bercakap.
walaupun ada yang pendiam tapi
bila dengan seseorang yang dia selesa dia
akan mula bercakap dan bercakap.heheh
jadi jangan ada yang anggap wanita tak banyak cakap
dengan hanya sekali dua pertemuan..

sekali lagi....
tahu tak korang...wanita tak perlukan Alasan
untuk memulakan percakapan.

akhir sekali..
tahu tak korang
wanita bercakap dengan 6000 – 8000 perkataan setiap hari.
Bandingkan dengan lelaki yang hanya 2000 – 4000 kata sehari..


sekian...

SELANGOR LAGI GANAS DARI KELANTAN??

Assalamualaikum..

selamat malam semua...
semalam kan ada bola..
masa tengok tv satu tu aku ada la sembang2 dengan suami

Suami:ramai penyokong kelantan
Aku:jangan bergaduh dah le..

rupa2nya bergaduh jugak..
puncanyA adalah dari penyokong selangor.
aih,..dulu kemain kata penyokong kelantan yang suka bergaduh.
nampaknya penyokong selangor pun 2x5 jugak rupanya..
aih..

"insiden berdarah ini tercetus apabila penyokong selangor mula mencetuskan provokasi dengan menjerit “kelantan bodoh” pada penyokong mereka dan salah seorang penyokong selangor bersikap kurang sopan apabila tanpa segan silu menanggalkan seluar sehingga menampakkan seluar dalam ketika selangor menjaringkan gol menerusi safiq rahim."
-illustrasiaku-


yang menyedihkan tu boleh
pulak berbangga dengan aksi ganas mereka.siap melaungkan nya kat facebook lagi...


Aku cukup menyampah penyokong2 yang macam ni..
mencalarkan imej penyokong pasukan je tau..
perangai macam tak pernah tengok bola kat stadium je..

pada yang terasa..telan je la entry aku ni..
hahahah...

untuk entry penuh pi ke blog -illustrasiaku-

penyokong perak dan kedah
jangan buat kelaku tak elok macam depa no...:P


sekian...