Selamat malam semua..
baru sat tadi pi kat blog kak mimi ada baca cerita pasal
barang2 Aizat yang hilang masa malam AJL tu..
Korang terfikir tak kenapa orang tu ambik
barang2 berharga tu???
sah2 la sebab barang tu berharga kan>?ada harga tu kalau jual..
tak jual pun boleh pakai untuk diri sendiri..
nak beli mahal pulak tu..
yang paling kelakar tu bila Aizat di twitter merayu pencuri tu
pulangkan barang2 yang dia curi..
alahai...Aizat oi..
kalau dia nak pulangkan buat apa dia curi..

apa hang ingat dengan rayauan manja gitu
dia nak pulangkan ke???
hang tu Artis,anak orang kaya..
rasa2 dia nak tak pulangkan semata2 sebab kesian..
dari dia kesian kat hang baik dia kesian
kat diri sendiri yang pokai dan
tak mampu nak ada barang2 macam tu..
ekekek...
makanya...
dah tahu barang tu berharga letak la
kat tempat yang selamat..
bagi la orang yang kita percaya untuk jaga barang kita..
ni nasihat untuk korang dan diri aku sendiri jugak..
bila jadi apa2 yang tak kita ingini
tak guna dah merayu dan menyesal..
sekian...











22 komen disini:
kesian pulak kat aizat..
yela, bila semua2 kerja2 and hard work dia in that lappy..haish..
kesian. x de rezeki la tuh. lain kali buat back up :)
ish..tak patut betul pencuri ni. takda keja lain ke...sian aizat.
yap. if ada back up, everything is settled. rasa kasihan tetap ada even he's from a well family. tapi itu belakang cerita, apa yang utama adalah kerja mereka. ahh, turut merasa tension if i being him at the same time :'(
kesian tapi mcm biase, manusia di dunia yang kejam. takde makne nak pulangkan. kan?
kesian gak kat aizat bila barang tu ilang tapi apa yang dia buat tu tak membantu..
Regards,
-Strider-
dah nasib badan.. moga dpt balik la laptop dia tu...
apa boleh buat.. semoga lebih berhati-hati.
hehe..tu la pasal..akak pun x tau nak kata apa sebenarnya bila aizat merayu camtu kat twitter suruh pencuri tu pulangkan barang yg hilang tu..adoi..kalau pencuri tu pulangkan maknanya memang dia makan diri sendiri la..heheheh
setuju seratus pertus ngan cik tikah...
tak baik bile orang dalam kesusahan digelakkan. aizat buat status tu dgn harapan dan doa supaya Allah lembutkan hati sipencuri. kenapa digelakkan? tak percaya ke bahawa Allah boleh melembutkan hati sesorang.
ini bukan soal anak orang kaya atau tak, tapi ini soal barang dan harta kesayangan kita.
Jangan main gelak suka hati je!
Harap awak lebih peka.
kesian dengan aizat.memang sedih kot kalau barang hilang..mungkin dalam camera tu byk gambar kenangan atau kerja photography ke..dugaan buat aizat.moga si pengambil memulangkan semula..aminnn
kalo nk beli lain xde nilai dh...sian dia...i adore u jat kahkahkah
Kesian kat dia. Kalau nak beli yg lain pun kerja2 dia tetap hilang. Sebab tu dia nak bali kot..
ksian aizat.T__T..errr..semua barang kerja ada dlm tu kn..errr...harap2 lembut hati s pncuri tu..
mgkn kertas kerja ada kat dalam tu smpi dia merayu sebegitu..hehee
#apapun berhati2 setiap masa,,
follow u 4547
Entri nie sgt cool! Kecuaian sendiri, tanggung akibat sendiri. Bukan tak nak tolong. Masalahnya, mcm ne nak tolong? Klu mcm tu, sy pun boleh emrayu tukang pecah umah dulu yg curik gelang kawen sy. Tp ape rsult die? Nan ado kan? Lagilah kami nie, klu nak beli cincin belah rotan sekalipun...terpakse ikat perut bagai. Ape lagi kamu tu anak org kaya.
Anyway, simpati saja yg mampu.
haha apa2 entah Aizat ni.. kiamat dunia org mncuri pulangkan blk brg.. ingt pncuri tu dak kecik ke.. hehe ;p kelakar2.. rayuan anda tak di layan.. sila ke kaunter sebelah.. haha tiba2! ;p
Selalu letak merata-rata juga barang tp kalau tak ada tangan panjang tak kena curi juga..cuma bhati-hati simpan barang bharaga je lah
betul tu kak.dh tau tempat tak selamat knp letak situ.hmm tp yg mmg dasar pencuri.pantang lepa.
tak kisah kat mana kita berada.....
makesure brg2 berharga dijaga.....
dah tau kat area stadium putra tu byk pintu kuar dan masuk..... kena be careful ler....
Catat Ulasan