
dalam sebuah majlis pernikahah seorang lelaki thailand telah menikahi kekasihnya yang telah meninggal dunia.
Thai-Asean News Network melaporkan, lelaki tersebut bernama Chadil Deffy yang juga dikenal sebagai Deff Yingyuen. Dia melakukan upacara pernikahan dengan mayat kekasihnya Sarinya 'Anne' Kamsook di Surin, Thailand.
Yingyuen dan Kamsook menjadi pasangan kekasih selama 10 tahun. Kedua-duanya memang merancang untuk berkahwin. Tapi Yingyuen ingin menghabiskan dulu pengajian nya sebelum dia berkahwin dengan kekasih hatinya - seperti dilaporkan dari Huffington Post.
Manusia hanya merancang, tapi memang Tuhan yang menentukan segalanya. ketika perancangan masa depan itu belum tercapai, Kamsook meninggal dalam satu kemalangan.
Pattaya Daily News melaporkan, pasangan Yingyuen dan Kamsook bertemu di Eastern Asia University, Thailand, 10 tahun lalu. ketika Kamsook meninggal, kalungan bunga tanda duka cinta banyak diletak kan di universiti tersebut.
Video dan gambar pernikahan Yingyuen tersebar di Facebook. ramai orang memberikan komen2 mengenai pernikahan tersebut.
Salah seorang sahabat pengantin, Onsiri Pravattiyagul menulis di kolom opini Bangkok Times mengenai perkahwinan itu. Dalam tulisan tersebut dikatakan, Yingyuen berkahwin dengan mayat kekasihnya kerana perasaan bersalah terhadap Kamsook
"Dia merasakan belum melakukan apa-apa untuk kekasihnya selama 10 tahun ini. Sebelum kekasihnya meninggal kerana kemalangan, kekasihnya itu sudah minta berkahwin Tapi dia memilih untuk menunda perkahwinan tersebut," begitulah isi tulisan yang menjelaskan pernikahan aneh tersebut.
**lepas ni bawak la pi berbulan madu..:p
sekian..











21 komen disini:
tetiba sy rs nk nanges la kak
kesiannya.. dah tiada jodoh..
hmmm pelik, tapi terharu gak laa..
sedih baca yg last.dye mintak tunda.last2 kemalangan,baru menyesal n kawen dgn mayat.tu org kata,manusia bila benda depan mata tak nk hargai.dh takde baru terhegeh2.
ksian... ;(
pelik dengan manusia ini
alahai awat jadi lagu nie..dah x de jodoh nak uat cam ner huhu...
Ini kisah lama kan?
Sy tahu kisah nie. Mmg sgt popular kat Thailand smpikan ada filem adaptasi dari kisah benar nie.
aduhai.. tak reti nak ckp apa dah.. sian la pulak.. ada akal tp letak akal kat lutut..:)
ee..org macam ni pun ade?
trlajak bercinta dah ni
:)
:)
Sedihnya kisah cinta tak kesampaian ni. Cuma itu lah, cara org handle sedih tu berbeza la. Kita yg Islam ni mungkin takkan buat gitu. Tp sebab dia bukan Islam, ada bnyk benda dia boleh langgar.
nasib baik badan dia ok lagi, cuma ada lebam-lebam je..
sangat pelik lah..ada jugak macam ni ye.demi cinta sanggup buat ape saje..ishh seram je kawin dgn mayat tu.
agaknya tempat mana yg sesuai utk diaorg gi berbulan madu
pelik gak klu dah sayang tahap macam nie..hehehe..tapi khawin pun dia kena admit yang perempuan tu dah xde..hanya dalam memori jer...hehehe
Regards,
-Strider-
hargai semuanya selagi mereka masih ada...
tapi tapi tapi...err...tengok tu mayat tu da lebam2 da kat tangan dia..huuuuuuuu...
adoiii...seram plak bila nak sarung cincin..mayat plak tu
adeih !!.. ada jgk yg kawin dgn kete, dgn ular, dengan tangga.. dgn blablabla.. byk yg gila sekarang ni..
Catat Ulasan