IKLAN BERBAYAR

Photobucket Photobucket Photobucket

Rabu, 18 Januari 2012

BILA WANITA MENGGADAI WANITA

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..nampak nye ramai blogger yang dah sedar
tentang etika2 dalam menyiarkan gambar di post blog..
Ramai tapi tak semua...masih ada lagi yang buat pekak dan tuli..
bagi mereka tak kisah nak siarkan gambar payudara wanita,
gambar celah kangkang...,Walaupun belambak2 post dari blogger2 yang
menegur sikap mereka..

ada dua kemungkinan...
yang pertama mereka memang tak pernah baca entry2 teguran...

dan yang kedua...
apa pun tolak tepi..yang penting traffik mencanak naik dan dapat duit...

Kalau blogger lelaki mungkin dia rasa tak kesah kot nak
tayang gambar payudara atau gambar perempuan berbikini..
ye la..bukan gambar bini dia pun..bukan gambar sedara mara dia.
kalau gambar adik ke,mak ke,kakak ke,sepupu
ke baru la boleh melenting.

selain dari menyebarkan gambar2 macam tu
boleh jugak dijadikan koleksi.dah tua nanti..bagitau kat anak cucu..
"atok dulu blogger.."
lepas tu anak cucu pun buka la blog atuk nye..kagum betul anak cucu dengan datuk depa..ternyata atuk memiliki jiwa seks yang sangat hebat..

yang perempuan pun nak jugak tayang gambar tak senonoh kat blog...
gambar artis tayang dada pun ada..gambar artis menari
sampai terselak kain nampak anu pun ada...variasi betul blog dia..

kalau wanita pun dah tak de rasa segan nak tayang benda yang dia sendiri ada
pada orang lain apa lagi nak dikata??
nak kata wanita menggadai wanita ke??
selalunya wanita yang menggadai wanita untuk dapatkan sesuatu
ni kita panggil apa ye??ibu ayam???
bezanya ibu ayam nak kan duit..
tapi blogger nak kan traffic...

perempuan..nak tak kalau blogger lelaki begini yang jadi suami korang???
lelaki....nak tak blogger wanita begini jadi isteri korang???

**baca sini untuk lebih lengkap dan paham.jangan malas...malas buat kita sesat!!


sekian...

32 komen disini:

Tihara berkata...

mintak dijauhkanlah benda2 macam ni..

ArulchelseA berkata...

tu la pasal..pmpuan jg la pakaian..nak tungu gmbar lelaki seksi tersebar susah sikit lah..kih kih kih kih

Ezad Skytech berkata...

sebab nak trafik tinggi..tak fikir langsung pasal tu...main sebar je...

JIJI YU berkata...

nak naik merket blog punya pasal

Azlan Hasan berkata...

hehe..mereka tak sedar kot yang sedangkan artis hollywood pun bila dah tua menyesal sebab time muda dedah sana dedah sini..hehehe

Regards,
-Strider-

~~zAnAfAhMi~~ berkata...

Blog saya belum ada lg entry begitu, rasanya la......
Inilah jenayah dunia cyber, tegur salah, tak tegur pun salah.

Cik Azizah berkata...

huhuhu setakat ni..post jijah takde lagi..harap2 di jauhkan la dr perkara2 ini :)

Azhafizah[フィザ] berkata...

harap harap takde lagi pasni yang buat camtu.

mira maisara berkata...

harap2 de yg sedar :)

Rtp Farra Arisha berkata...

semuanya tergantung pada hati dan nawaitu.

QasehSuci berkata...

ada erk blog mcm tu?

Cikpuan rara berkata...

ada ke blogger cm ni kak?saye ke?

diana berkata...

Qaseh Suci
@
ada banyak la blog gitu..
tak kan tak perasan...
yang tunjuk gambar wanita pakai kain ketat..
yang tunjuk wanita pakai baju ketat..
yang tunjuk wanita pakai kain singkat..
gambar wanita tak tutup aurat..
itu la dia...
tak kan la tak perasan...

ctpayong berkata...

Ini musti kes tak faham Rukun Negara yang ke 5;

Kesopanan dan Kesusilaan.

kiz berkata...

selalu elakan entry yg hot2 mcm tu..

Iffah Afeefah berkata...

xmau2

da tak letak pas kne tegur

Botak berkata...

jangan katakan perempuan saya sendiri yang lelaki ni tak pernah tayang gambar kat blog..

ieda berkata...

hurmm macam2 ..
x paham .. takut dah biasa koot
dan sblm nie x pernah kena tegur
harap sekurang2nya lepas nie
dia sedar ..

SoLy SoLicious berkata...

nk up trafik tp cara slh..huhu

Izz Faizah berkata...

kalo diikutkan blogger laki yang rajin beno wt cmni...tp pmpuan pun ada gak...hehehee..:)

anamizu kaito berkata...

mmg ade jenis yg suke2 je tempek gambar2 gitu..cisssss betol la!









luv,
cik ana

remyhazza berkata...

jujur pada diri sendiri......
nak buat apa ler letak pic yg boleh org dpt dosa semata2 nk naikkan rating..... takut biler dh byk nanti jadi tabiat pulak....
boleh mendtgkan haram.....

gedek! berkata...

(terasa)


hehe

Solihin Zubir berkata...

kdg2 tu ada yg kononnya taknak tayang gambar sendiri kononnya jaga maruah taknak tercemar, tak elok tayang2 muka kononnya.. tp still jadikan gambar selebriti yg tak tutup aurat sbg default pix..

adan berkata...

oh.. sy terkesan gak dengan entri ni.. thanks kerana mengingatkan akak.. ^_^

Woofer Storm berkata...

trafik mengila tu..grrrrrrrr

Lifesaver Hamzah berkata...

kalo tayang...lebih org masuk diana...hehehe

Izan Ishak berkata...

maish ramai blogger yg izan tgk tanpa segan silu letak gmbr yg tuttt dalm blog masing2. nak kata tak tau agama...pakai tudung juga. entahlah... trafik ajelah yg dikejarnya. dosa tetap dapat selagi gmbr tu semua tak di delete dalam entry dia...

Mrs.Yie berkata...

tahu2..hehehe..tp kalau di tegur jugak dia hentam kita balik macam mana tu ek..akhirnya yg tukang tegur pun mengalah..huhu..sedihh

najihah sahami berkata...

mereka terasa tu kak. tapi dorang wat bodo. tak sampai seru alasannya.

KhaiRin - anies berkata...

yg jd persoalan, ada da tau tp masih nk buat...cm ne tu kak?

Shahrul Izzuwan berkata...

Terpulang pd individu itu..populariti ramai yg tgk maybe tu yg mereka kejar.. Interesting article n blogs here.. =D Alang2 tu,j0m layan VIDEO2 aku kt YouTube bermain gitar/berkaraoke.. Kalau ada yg tak pakai baju atau cuma pakai boxer je tu sorry la..hehe.. Tp suara aku ni tak la sedap mana.Gitar pun baru2 nk belajar.Ada salah silap tolong tunjukkan =D Klik link YouTube aku ni, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan

Related Posts with Thumbnails