Assalamualaikum...
Selamat pagi semua..pagi tadi maisara susah betul nak bangun tidur..selalunya tak macam ni..tapi pagi tadi siap bagitau tak mau sekolah dah sampai bila2..heheh...
Ibu:kenapa tak mau pi sekolah..??
Maisara:balqis tak de..maisara tak de kawan..
Ibu:kawan yang lain kan ada..
Maisara:mereka tak suka berkawan..mereka diam saja.
Ibu:awak tak berbual dengan depa kot...
maisara:dah berbual..mereka tak mau cakap dengan maisara jugak.
Balqis tu kawan yang mula2 dia kenal masa
masuk sekolah hari tu..
tapi budak tu dah berapa hari tak sekolah.
pelik jugak sebab awal2 hari tu ada..
sekarang dah tak de.
Satu yang aku perhatikan
yang ada pada maisara tak de pada kanak2 lain
kat dalam kelas dia ialah sikap suka berkawan.
setiap hari ambik maisara dari sekolah
aku tengok anak2 lain buat hal sendiri je.
macam dalam penjara pulak keadaan nya..
termenung..monyok..tak saling bertegur..
maisara pulak keluar kelas je sambil pakai
kasut dia sempat lagi babai kawan itu..
babai kawan ni..tapi pelik kawan2 dia tu buat tak
nampak dan tak dengar je..
ni kan pulak nak melambai balik.
macam tak ceria je berada kat sekolah tu.
Aku tak tahu la kalau2
cikgu tu tak bagi peluang untuk
anak2 tu berkenalan antara satu sama lain..
mungkin masuk2 sekolah je terus belajar.
tapi rasanya tu diluar tanggungjawab aku
untuk ajar cikgu kena buat itu kena buat ini..
rasanya dia lagi arif tentang tu..
Cuma kalau keadaan ni berpanjangan
aku berkira2 nak hantar maisara kat sekolah lain je.
sebab tujuan aku hantar anak aku kesekolah
bukan saja untuk dia belajar ABC dan 123
tapi aku juga nak dia belajar berkawan..
sekian..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











20 komen disini:
maisara peramah orangnya..saya rasa maybe balqis pindah sekolah kot..tak pon balqis pun takmau pi sekolah :D
Btol tu kak.mgkin kanak2 lain xsemesra maisara kot..bg la masa skit lg.bru dua mggu skolah bukak kn.
betul!!! sarah pun now nie dia bkawan ngan org ptama dia kenal kat skolah tu hahahahaha..
saya pun hantar utk dia bergaul bukan sekadar blajar abc jek :)
maisara kan baik orangnya
insyaallah x de pe2
cikgu terlepas pandang kot bab2 gini
alahai kesiannya maisara..
pelik lak apesal budak-budak lain x nk kawan dan main sama..
selalunya bebudak ni seronok kalau dpt jumpa kawan kan..
Biasalah tu..bulan pertama ramai kanak2 yg belum tunjuk bakat nakal dan ganasnya. Lepas 2-3 bulan pasti berubah..cubalah mengendap2 kat kelas, jika cikgu tak ada masing2 tunjuk bakat luar biasa hingga kelas dah jadi macam tongkang pecah!!
Tajuk terbaru entri di blog JR: "Perodua Keluarkan Model Baru 'Myvi Terbang'"
Kejap lagi ramai kawan, kang tak nak balik rumah pulakkkkk.. hihi
cuba intip dia masa kat sekolah, nengok dari jauh, mcamana keadaan budak2 lain pasif ke atau aktif..
Biar la dia lama skit kat skolah tu. Kot2 maisara boleh dijadikan contoh dan teladan utk budak2 lain mula suka berkawan. Tp kalo dia dah takde mood nak gi skolah bahaye jugak kan.
betul2, kita hantar sekolah salah satunya nak anak belajar berkawan. Cikgu pun kena mainkan peranan tu.
Maisara macam Abid anak yus, terlebih peramah di sekolah, tp kalau orang tak layan dia, dia tak kisah, buat hal sendiri yang boleh buat kawan lain nak datang dekat. Lama2 oklah...
Susah juga kalau anak tak nak ke sekolah kan...
Kalau Qayyum..Kak Alin siap warning jgn borak2 ngan kawan masa cikgu ngajar..
mula2 kot malu la...biasa la bdk2 kan..kalau yg jenis peramah mmg senang cite...sbb tu penting gak htr sklh awal2 ni biar dorang pandai berkawan..:)
sy rasa mmg budak2 tu diajar oleh mak ayah dorg cm tu kot kak.
cian maisara..apa kata bia dlm sminggu dua lg? sbab bnde macam ni mmg normal..tak lme lg dia bese la tu..:)
budak2 yg lain tu mungkin belum biasa dgn keadaan kat sekolah tu...lama2 depa pun oke kot kak...
kawan2 maisara tak mesra plak ye. kesian dia sampai tak seronok nak pegi skolah.
yelah diana... kalau suasana kat tadika tu tak ceria, nak belajar pun tak best je kan...
Maybe baru lagi kot, budak-budak belum mesra. Nanti diorang ok la tu
setuju dgn diana.....
public speaking juga perlu....
baru anak2 lebih confident !
peramahnya...rasa nak jumpa la maisara tu..
Catat Ulasan