IKLAN BERBAYAR

Photobucket Photobucket Photobucket

Jumaat, 13 Januari 2012

BAYARAN RM500 BR1M MULA DIBAYAR AHAD INI|CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 10 Februari 2012.Ini bermakna orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh 10 Februari 2012.

Untuk info,sebanyak 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari.Sebanyak 3,102,054 permohonan sudah diluluskan.Selain itu,pemohon yang gagal untuk mendapatkan BR1M boleh membuat rayuan melalui borang yang disediakan di LHDN atau agensi kerajaan yang berkenanaan dan boleh juga download daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).

Bayaran dalam bentuk baucar yang akan mula diedarkan kepada penerima yang layak bermula ahad ini.

SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M
Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan

sekian..

10 komen disini:

Cikpuan rara berkata...

akk mohon ke?

Aretikz berkata...

kalau orang bujang mcm sya boleh ker? haha..

KhaiRin - anies berkata...

sy awl2 lg x layak hehehe

Azlan Hasan berkata...

roughly dekat sejuta yang kena reject permohonan dia..banyak gak tu...hmm..

Regards,
-Strider-

Mama Ema berkata...

harap kami dapat..huhuhu

ArulchelseA berkata...

sy bukan tk layak..layak memohon.tp tk pohon pun..bukn sombong..tp org kata bukn sokong kerajaan tk leh mohon...kah kah kah kah kah... =========

munna berkata...

banyak juga yg dah di tolak tu....

Pok Amai-Amai berkata...

Alamak, mcm tu je ke? Mmm...

JR berkata...

Duit dari kerajaan datang mencurah2...pilihanraya dah dekat kot??

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Ustaz Riduan: Kentut Tidak Membatalkan Wuduk"

ghost writer berkata...

yang bujang boleh mohon tak,kak?haha.

Related Posts with Thumbnails