Selamat petang semua..
setiap kali bercuti dan menyewa hotel
yang paling kita tumpukan selain keselesaan bilik pastinya
adalah kolam renang..betul tak??
kolam renang yang cantik dan menarik akan memberi
satu kenangan manis sepanjang percutian kita.
petang ni aku nak kongsikan dengan korang
5 kolam renang paling cantik di dunia..
Marina Bays Sand Hotel, Singapurakolam renang The SkyPark yang berbentuk perahu ini terdapat di Marina Bay Sands Hotel . salah sebuah hotel paling mewah didunia. kolam renang yang dimiliki Marina Bays Sand Hotel merupakan kolam renang terbesar di dunia. Keindahan yang ditawarkan oleh kolam renang ini adalah birunya langit Singapura dan pemandangan indah ke pusat bandaraya.
Hotel Caruso Belvedere by Orient-Express, Ravello, Italiakolam renang yang berada di tepian pantai Amalfi ,Itali terletak didalam Hotel Caruso Belvedere yang pada asalnya adalah istana pada abad ke 11.
The Joule Hotel, Dallas, Texas, USAThe Joule Hotel, Dallas, USA menempatkan bangunan bekas bank nasional Dallas. Hotel ini merupakan perpaduan antara sejarah dan kontemporeri.kolam renang dibahagian atas hotel ini juga dilengkapi dengan kafeteria di sekeliling kolam.
Ubud Hanging Gardens by Orient-Express, Bali, Indonesiahotel yang agak tersembunyi,Hotel Ubud Hanging Gardens by Orient Express, Bali, Indonesia.Kolam renangnya dibuat bertingkat, dengan bentuk seperti daun padi. Dari kolam renang ini dapat dinikmati pemandangan yang indah,dari gunung, hutan, hingga matahari yang bersinar.
Qasr Al Sarab Desert Resort by Anantara, Abu Dhabi, UAEQasr Al Sarab Desert Resort yang berada di Abu Dhabi ini berdiri di antara bukit-bukit pasir di Gurun Liwa.kolam renang Qasr Al Sarab Desert Resort bagaikan danau semulajadi di gurun pasir. Di sekitarnya juga terdapat pulau-pulau buatan lengkap dengan air pancur.
cantik kan??tapi yang paling menakutkan
kolam renang kat bali tu..heheh
sekian..











25 komen disini:
cantik! tapi tak mampunya saya.... :D
best nye bekubang dalam tuu :)
betullah yang kat bali tu agak scary..tetiba kalau gempa bumi ke tsunami ke camana? huhu
cantik semua...yg kat bali tu bertingkat lak..tgk mcm dlm hutan je.kalau terjatuh ke bwh naya...
paling suka yg di bali tu!
seyesss seram ..
macam x caya tu kolam renang ! ;)
kat abu dhabi tu mmg cantik
rasa macam teringin giler nak berenang kat sana eh!sejak bila capa pandai berenang plak ni
musim sejuk2 camni tak bole pergi kolam. Beku nt.
yang dekat Bali tu cantikk !
bestnye kalau dpt mndi kt ats sekali =D
mne scary la.. best apee
perghhh.. cantiknya kolam2 buatan manusia ni..
wow! terlihat sangat hebat...i could imagine if i being there and i would like to go there jika diberi peluang hehehehe
bestnya...terbayang dah ni
eh, yg dekat Bali tu la yg best...
teringin nak pegi sana tgk pool dia tu...
indahnya tengok..agak2 kalau terover swimming boleh jatuh ke bawah tak tu?seram lak tgk.hihi
saya lagi takut yang marina bay punya..hehehe..tinggi giler..hehehe
Regards,
-Strider-
boleh la g honeymoon nanti..haha
tapi takut la tgk yang Bali tu..
wah.... nice! rindu nak berenang balik, sejak sakit nie kena kurangkan aktiviti berenang sbb tkt kena jangkitan... sedih....
huhu..gayat tengok kolam kat bali tu..
fulamak..cantiknya...kan best kalau dapat pegi..
Ubud Hanging Gardens nampak cam best!
mmm smpi mati la mmg x merasa..
memang cantik sungguh kolam renang ni... marina bays tu tengok dari jauh bangunan dia pun dh tertarik..
memg lawa giler...hehe
kolam kat ubud tu best giler......
Catat Ulasan