Selamat malam semua...aku nak kongsikan dengan korang
10 cara untuk menjadi ayah yang baik.

1-menjaga kepentingan anak
kita mesti tak mau anak kita jadi perokok atau kaki botol..kan?jadi jaga persekitaran anak kita.jangan pengaruhi mereka dengan tingkah laku buruk kita.apatah lagi perbuatan tersebut membahayakan kesihatan.
2-melindungi anak
melindungi mereka bukan saja mengajar anak menjauhi benda2 yang tajam atau boleh mengundang kemalangan malah melindungi mereka dengan agama dan aturan hidup yang betul.
3-luangkan waktu untuk mereka
kerja2 jugak..tapi masa dengan anak2 sangt penting kerana dari situ boleh memupuk rasa kasih sayang anak2 terhadap bapa.
4-berikan pelukan dan pujian
jangan rasa pelukan dan pujian itu tak perlu ..ada bapa merasakan tak perlu memberi pujian dan pelukan pada anak sebab takut anak rasa sudah cukup berpuas hati..tapi ini adalah satu cara yang perlu supaya anak sentiasa mahu buat yang terbaik untuk ayahnya.
5-belajar berperanan sebagai ibu
sesekali ayah boleh beraksi didapur untuk anak2..tunjuk kan pada anak2 ayah juga boleh melakukan sebaik ibu mereka.ini jugak untuk membuina sikap positif anak2 suapaya sentiasa bantu membantu dalam keluarga.
6-peruntukan waktu untuk isteri
sebagaimana acuan nya begitu jugak la bentuk dan hasil yang kita dapat.jika anak melihat ayah mereka melayan ibu dengan baik begitu jugak la dia terdidik dengan apa yang dia lihat dan dipraktik kan di masa depan.
7-ajar tentang harga diri
menghargai dan dihargai...tak perlu jelaskan pada anak2.cukup dengan cara apa kita tunjuk kan pada anak2 kita melalui gaya hidup kita sendiri.hornati orang sekeliling dan bersyukur dengan adanya kawan2 dan saudara mara di sekeliling kita.
8-ajar mereka tentang nilai wang
cuba terapkan sikap berjimat cermat dalam diri anak2.jelas kan pada mereka betapa peritnya untuk mencari rezeki dan mereka perlu menghargai setiap nilai wang yang ada.
9-tunjuk kan rasa menghargai diri sendiri
sebagi ayah tak perlu menyerahkan seluruh kehidupan kepada anak2 saja.tunjuk kan pada anak2 sesekali ayah juga memerlukan waktu untuk melakukan aktiviti2 bersama kawan2..
10-jadi ayah yang baik untuk ibu mereka..
ini tidak sama dengan yang no 6.menghormati ibu mereka dan melayan dengan baik,bercakap dengan sopan dan lembut akan membuatkan anak2 menghormati ayah mereka..
sekian...











26 komen disini:
ayah saya baik, ayah saya pandai masak, ayah saya penyayang...saya syg ayah saya!!
rindu kat arwah abah...
semoga bakal suami nanti ada ciri2 ayah yg baik ;)
insyallah kak...papa mifz akan cubo menjadi ayah yg terbaik...:)
Me, Like No.5!heheh...alolo,baiknye ayah!
belum bersedia nak jadi ayah..hehe
khusyuk bace
last2 sekian
haha
bakal-bakal ayah patut jadikan sebagai panduan.
dan yang sudah bergelar ayah,rasanya belum terlambat untuk praktiskan.
tersentuh hati
bila menganangkan ayah ieda x banyak ada faktor2 diatas ..
walau bagaimanapun dialah segalanya bagi kami , kini dia terlantar di wad .. pilu dan hibu payah utk digambarkan D ..
doakan buat ayahanda ieda D .. ;((
semuga suami aka abah anak2 mama mampu jadi suami yg paling hebat buat mama dan anak2...
lepas habis baca semunya..sm rasa sm dh layak kut..haha
HUBBY BUI SETAKAT NI ALHAMDULILLAH BOLEH JADI PELINDUNG YG BAIK KEPADA ANAK2 KAMI..*_*
jasa seorang ayah yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.inilah ayah ayah yang baik.^__^
nak jadi papa yg mithali lah jugak !!!!!
tapi tak tau biler ???
kusyuk baca..sesambil teringatkn arwah ayah...AL-FATIHAH...
bersyukur dapat ayah yang mcm skunk. cukup baik. i love my hero. :')
harap ini mampu menjadi antara ciri ciri jodoh suha. amin hee
ayah dah baik,anak je belum tentu baiknya..
slmt malam kak^^
semua orang hanya tahu menuding jari bila lelaki berbuat salah atau kesilapan. tapi jarang ambil tahu bagaimana tahap beban seorang lelaki bila menjadi seorang ayah dan seorang suami. thanks atas perkongsian.nice entri.
Entri Terbaru Saya:
Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain
opsss...saya mcm dah buat kesalahan aje di ruang komen kamu ni..maafkan saya.tak sengaja nak komen di ruang orang lain sbnrnya
syukur ayah aku punya ciri seperti diatas.dan kami sekeluarga sangat bahagia...
Kadang2 lelaki ni tau camne nak jadi ayah yg baik, tapi tak mau buat... Nape la agaknye....
ayah saya baikk.. sanguup berkoban demi anak :)
Beberapa tip ni pun boleh di praktikkan oleh ibu. Maksudnya, sama-sama la menggembleng tenaga dengan suami utk menjadi ibu bapa yg baik kepada anak2 ye tak. Jangan karang, ayah dah cemerlang, tetiba mak plak yg tak cemerlang. Apa-apa pun, karektor anak2 memang akan dipengaruhi oleh karektor ibu bapa mereka. :D
terbaik ni diana..
kena bagitahu suami ni
wahhhh...kna get ready wahai cik abang. opss..sape ntah. haha
Catat Ulasan