Monday, 31 December 2012

YANG TERAKHIR UNTUK 2012

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...
semua orang sibuk buat entry terakhir 2012..
aku tengok je ke??
tidak..aku pun nak buat jugak la..
kalau tak buat mungkin aku nampak tak normal.muahahah..

jadi ini lah entry terakhir untuk tahun 2012.
lepas ni tak de dah 2012..
kot2 ada sape2 nak cipta mesin masa untuk kembali ke tahun ni
sekali lagi,silakan..
nanti aku boleh la buat entry terahir 2012 untuk ke dua kali..heheh

Untuk entry terakhir 2012 ni aku
cuma nak ucap terima kasih untuk semua pembaca blog ni
yang banyak menyokong blog aku
walaupun ada masa2 nya angin aku
untukberblog tu memang dah takde..

Dalam seminggu dua ni la aku
baru rajin balik mengupdate sehari 6,7 entry..
aku harap dengan kembalinya aku aktif berblog seperti dulu
akan terus dapat sokongan korang semua..

Selamat tahun Baru..
  sekian...


MUHAMMAD AL-ARIFI,ULAMAK BERMAZHAB WAHABI MENGHALALKAN ZINA


Assaklamualaikum..


Dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Youtube, seorang ulama Saudi Arabia bermazhab Wahabi bukan Sunnah mengeluarkan fatwa yang mengizinkan bagi para “mujahidin” di Syria untuk berzina dan memperkosa para wanita Syria.

Ulama Wahabi dan bukan sunnah Arab Saudi itu bernama Muhammad al-Arifi, dan sangat berpengaruh di kalangan para pengganas. Yang menghairankan,dia mengeluarkan fatwa (perintah agama) yang memungkinkan bagi semua pengikutnya untuk terlibat dalam perkahwinan singkat dengan wanita-wanita Syria.

Dia menyatakan,ianya boleh dilakukan hanya beberapa jam untuk memenuhi hasrat seksual dan meningkatkan tekad mereka untuk melakukan pembunuhan warga Syria. Dan merupakan syarat wajib masuk surga setelah berzina dengan wanita Syria

Al-Arifi menyebut pernikahan tersebut sebagai “pernikahan hubungan seksual”, dan dibolehkan bagi wanita-wanita Syria minima berumur 14 tahun, janda kematian suami atau bercerai.

video di sini:

sumber:viva


sekian..

KANAK-KANAK INI MAKAN TARANTULA SETIAP HARI


Assalamualaikum...


Labah-labah Tarantula yang terkenal sangat ganas dan boleh membawa maut kini tidak ditakuti lagi oleh kanak-kanak di pedalaman kemboja Trov Pheang Ctas, malah ianya menjadi makanan kegemaran mereka seharian. Tanpa menggunakan sebarang pelindung kanak-kanak  menangkap tarantula. Kemudian haiwan itu dibersihkan dan disapu dengan mentega.

Goreng. Lalu ngap!!! Tarantula masuk ke mulut mereka,





Jurugambar British, George Nickles, yang mengambil gambar kehidupan di Kampung Trov Pheang Ctas, hanya terdiam melihat kejadian itu.



"Mereka begitu santai menangkap tarantula, seperti kanak-kanak memetik strawberi" kata Nickles.
Saya kagum." Tarantula, tikus, cicak, katak, dan kala jengking merupakan menu biasa yang kerap disantap warga Kemboja. Namun tidak ada kepastian sejak bila mereka memakan haiwan berbisa dan beracun.


"Beberapa sumber mengatakan memakan haiwan berbisa diamalkan  sejak pasukan Khmer Merah berkuasa di Kemboja," kata Nickles. "Ramai rakyat yang kelaparan, hingga nekad memakan haiwan berbisa."


Tarantula-tarantula itu kemudian dibersihkan lalu digoreng dengan mentega atau minyak. walaupun nampak merbahaya, tapi tarantula itu tidak  membawa maut. Sengatannya hanya terasa seperti sengatan lebah. Tarantula di Kemboja ini dari jenis tarantula zebra Thailand, atau Haplopelma albostriatum.



Ketika menangkap Tarantula,kanak-kanak ini  hanya menggunakan buluh atau cangkul. Dengan alat itu, mereka gali sarang tarantula. Bila haiwan itu keluar ditangkaplah binatang itu. "Mereka pegang bahagian punggung tarantula agar terhindar dari gigitannya,'' kata Nickles.



##kesian nya tengok budak2 ni..kena cari makan sendiri..untungnya anak2 kita...

sumber:dailymail



sekian..

SURATKHABAR LAMA...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
kat rumah korang banyak tak surat khabar??
selain dari boleh dikitar semula
surat khabar ada banyak lagi kegunaan nya..
terutama untuk membersihkan sesuatu..



Piring atau cawan kaca yang kerap kita .
gunakan pasti permukaan nya
sedikit pudar dan tidak cantik.
kita boleh gunakan suratkabar yang di
celupkan dengan air panas yang telah dicampur sedikit cuka(1:1)
untuk menngilatkan permukaan cawan dan piring..

kasut yang basah pasti akan mengambil masa yang '
agak lama untuk kering.
masuk kan gumpalan suratkabar ke dalam kasut dan biarkan
di tempat panas.kasut cepat kering dan
kasut juga tetap sempurna bentuk nya..

semburkan cecair pencuci kearah  tingkap kaca atau cermin yang kotor.
kemudian lapkan cermin atau tingkap kaca
dengan surat khabar.hasilnya memang memuaskan

Bungkus buah-buahan yang belum
cukup masak dengan suratkhabar,
buah akan cepat masak dengan menggunakan cara ini.

Jika ada bekas makanan yang berbau walaupun
sudah dicuci,masuk kan kertas suratkabar
kedalam bekas tersebut dan biarkan semalaman,.
bau tersebut akan berkurangan dan hilang.

daun bawang lebih tahan lama jika
dibungkus dengan suratkabar.
potong akar nya dan balut dengan kemas.




DIA PUN GEMUK,NAK JUAL PRODUK KURUSKAN BADAN PULAK

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
hari ni timbang berat ,badan dah naik sikit berat nya..
hahhha...kepala pun dah dekat 2 minggu tak pusing2..
kalau idak bangun pagi je dah melelong2 rasa..
aku tak de ambik apa2 ubat pun 'untuk
atasi tekanan darah rendah aku ni..cuma aku ikut pesan doktor je..
makan jangan skip dan makan makanan yang berkhasiat.
minum nestum,horlicks makan bayam,kerang,hati ayam..

Ada orang yang makan ubat bila sakit.
tapi aku ni bukan jenis orang yang percaya dengan ubat.
aku makan ubat pun sebab suami suruh.kalau doktor suruh pun aku tak makan,.
aku percaya kalau kita ubah cara makan kita,
iInsyaaAllah ,tahap kesihatan kita jugak boleh berubah

Biasanya bila kita makan ubat tu dan rasa berkesan
mesti lah kita nak syorkan pada kawan2..kan??
kita makan ubat tapi tak jadi apa,
nak syorkan kat kawan2 pun tak sanggup rasanya.
macam menipu pulak...kan??

macam sorang artis tu...
ala..citer yang tengah panas tu la..
ada ke patut dia ambik gambar entah sapa2 lepas tu
dia kata orang tu kurus sebab guna produk dia..
last2 orang tu muncul dan buat pengakuan kata
dia tak guna pun produk kuruskan badan yang artis tu jual..
ha!!dah orang nampak artis tu tak jujur.


Lagipun kalau nak jual pun agak2 la..kan??
badan dia sendiri bulat bam bam..
nak suruh orang pakai ubat dia untuk kurus..aci dak??
rasanya kalau letak gambar sendiri
yang dari bulat ke sekeping,mesti orang lagi percaya..
tak la orang kata menipu..kan??

kesian ayahnya...
bukan calang2 orang..tapi anak2 memang tak jujur..
dulu adik..sekarang kakak..

sekian...

ORANG SIBUK PASAL BOLA,DIA SIBUK PASAL KENCING BERBUNYI

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
entry awal pagi...

Aku memang selalu tengok Keyword
yang masuk kat blog aku ni..
boleh kata tetiap hari tengok.

sekarang kan orang sibuk pasal bola.
Liga malaysia nak start dah ni..kan??
ramai la dok search pasal pemain2 yang berhijrah ke pasukan baru..

tengok keyword aku ni...
semua pasal bola...

eh!!eh!!orang sibuk pasal bola
dia pulak sibuk pasal kencing berbunyi..
yang nak tau cerita pasal kencing berbunyi tu
boleh la klik sini..

sekian...

SIJIL KELAHIRAN OBAMA DAN GAMBAR OBAMA KETIKA MUDA

Assalamualaikum...

jom tengok gambar2 Obama masa
dia masih muda dulu..






Ni sijil kelahiran dia..klik untuk lebih jelas

gambar bonus.:P

sekian...

sumber:marimaju.net

JADUAL PERLAWANAN BOLASEPAK LIGA PERDANA KEDAH MUSIM 2013

Assalamualaikum...



Jadual Terbaru perlawanan Liga Perdana Kedah selepas Rombakan Jadual oleh FAM berkuatkuasa 27 Disember 2012.

Pusingan Pertama
1. Uitm FC vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 08/01/2013
2. Kedah vs Pos Malaysia - Stadium Darulaman - 11/01/2013
3. PDRM vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 14/01/2013
4. Kedah vs Johor - Stadium Darulaman - 18/01/2013
5. Sabah vs Kedah - Stadium Likas - 21/01/2013
6. Kedah vs Perlis - Stadium Darulaman - 15/02/2013
7. KL SPA vs Kedah - Stadium Uitm - 18/02/2013
8. Kedah vs Sime Darby - Stadium Darulaman - 22/02/2013
9. NS Betaria vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 01/03/2013
10. Kedah vs Kuala Lumpur - Stadium Darulaman - 08/03/2013
11. Sarawak vs Kedah - Stadium Negeri - 29/03/2013

Pusingan Kedua
1. Kedah vs Sarawak - Stadium Darulaman - 12/04/2013
2. Kedah vs Uitm FC - Stadium Darulaman - 19/04/2013
3. Pos Malaysia vs Kedah - Stadium Selayang - 26/04/2013
4. Kedah vs PDRM - Stadium Darulaman - 03/05/2013
5. Johor vs Kedah - Stadium Pasir Gudang - 06/05/2013
6. Kedah vs Sabah - Stadium Darulaman - 10/05/2013
7. Perlis vs Kedah - Stadium Utama - 13/05/2013
8. Kedah vs KL SPA - Stadium Darulaman - 17/05/2013
9. Sime Darby vs Kedah - Stadium Selayang - 21/06/2013

sumber:penyokong setia anak rantau kedah..

sekian..

Sunday, 30 December 2012

MAISARA::baju

Assalamualaikum...

Kemarin aku ada buka kotak yang ada baju2 lama maisara.
saja nak tengok kot2 ada
baju2 yang adik boleh pakai..
musim hujan ni kena sediakan baju2 lengan panjang banyak sikit.
takut adik sejuk..

Bila buka kotak tu dia pun sibuk sama la..
ada satu baju tu aku tengok dah layak buat kain buruk je..

"baju ni buruk dah ni..
tak boleh pakai dah...'

Maisara: eh!!tak boleh2..maisara nak pakai lagi tu..

Ibu: mana muat dah..baju ni kan kecik.

Maisara: muat..biar maisara tunjuk kat ibu..

Dia pun pakai la baju kecik tu..
"ha..nampak??muat lagi ni...
muat kat atas je..bawah nampak pusat



######################
Pagi tadi ...
lepas mandi..

Maisara: ibu..maisara nak pakai baju kokodot hari ni..
Ibu: kokodot?????

maisara dan kokodot


suka hati hang la maisara oi....


sekian..

SENARAI PENUH PEMAIN BOLASEPAK SELANGOR MUSIM 2013



Assalamualaikum...


Musim 2013 menyaksikan ramai pemain musim lepas yang
digugurkan dan berhijrah..berikut merupakan senarai penuh
pemain bolasepak selangor bagi musim 2013;_



GK-Mohd Fairul Azwan Shahrullail
MF-V. Kavi Chelvan

DF-Fairuz Abdul Aziz
DF- Mohd Asraruddin Putra Omar
DF- Ramez Dayoub
DF- Mohd Nasriq Baharom
DF- Adib Aizuddin Abdul Latif
MF- Abdul Shukor Jusoh
MF- Solehin Kanasian Abdullah
FW- Francis Forkey Doe
FW- Afiq Azmi
DF- Mohd Bunyamin Omar
MF- K. Gurusamy
MF- Mohd Raimi Mohd Nor
MF- S. Kunanlan
FW- Mohd Amri Yahyah (Kapten)
DF- Mahali Jasuli
FW- Wan Mohd Hoesne Wan Hussain
GK- Norazlan Razali
FW- Muhammad Ramzul Zahini Adenan
MF- S Veenod
MF- Mohd Fitri Shazwan Raduwan
GK- Mohd Sharbinee Allawee Ramli

sekian..

SENARAI PENUH PEMAIN BOLASEPAK TERENGGANNU MUSIM 2013

Assalamualaikum...


Berikut merupakan senarai penuh pemain Terengganu FA musim 2013.

Syed Adney - GK
Wan Muhammad Firdaus Wan Demi- DF
Mohd Muhaimin Omar- DF
Qhairul Anwar Roslani- DF
Nik Zul Aziz Nawawi- DF
Ismail Faruqi Asha'ri (Vice-captain)- MF
G. Puaneswaran- MF
Farderin Kadir- FW
Jean-Emmanuel Effa Owona -FW
Nasril Izzat Jalil- MF
Khairan Ezuan Razali- MF
Hasmizan Kamaruddin- DF
Mohd Fakrulrazi Musa- MF
Vincent Bikana- DF
Mohd Zubir Azmi- DF
Khairul Rahmadhan Zauwawi- MF
Ahmad Nordin Alias- M
Rosdi Talib- DF
Shamsul Kamal Mohammad- MF
Abdul Manaf Mamat- FW
Mohd Ashaari Shamsuddin- MF
Mohd Faizal Muhammad (captain)- DF
Mohd Sharmiza Yusoff- GK
Wan Azraei Wan Teh- GK

sekian...

SENARAI PEMAIN BOLASEPAK PASUKAN DARUL TAKZIM FC (JOHOR) MUSIM 2013


Assalamualaikum...


Liga Malaysia musim depan menyaksikan rombakan setriap pasukan yang begitu ketara sekali.ini termasuk lah pasukan Johor yang cuba untuk memikat semula hati penyokong rakyat Johor.Menurut Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim  rombakan ini bagi menaikkan martabat negeri Johor dalam arena Bolasepak Johor itu sendiri.

Berikut merupakan barisan pemain Johor bagi musim 2013

Mohd Zamir Selamat -GK
Mohd Rofi-DF
Mohd Tuah Iskandar-DF
Ahmad Tarmini Saiban-DF
Mohd Muslim Ahmad-DF
Mohd Aidil Zafuan-DF
Mohd Azmi muslim-DF
Mohd Safiq Rahim-MF
Simone Del nero-MF
Norshahrul Idlan Talaha-FW
Daniel Guiza-FW
Mohd Nurul Azwan Rora-MF
MOhd Zaquan Adha-FW
Mohd Safee Sali-FW
Muhammad Al-Hafiz Hamzah-GK
Zulfadhli Mohamed-GK
Mohd Yusri Abas-MF
Ezaidy Kadar-MF
Mohd Shahrul Azrin-MF
Muhd fazly mazlan-MF
Mohd Faizal Mansor-M
Mohd Redzuan nawi-MF
Ahmad Syamim Yahya-FW

sekian...

Saturday, 29 December 2012

TIPS MEMILIH JEANS

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
suka pakai jeans tak??
Perempuan  memang bermasalah dalam mencari jeans yang sesuai
dan sepadan dengan mereka.,aku pun macam tu la..
kalau beli jeans memang lama sangt pilih..'
kadang2 sampai Abg lan dah sampai ngantuk2
aku tak habis pilih lagi..hahaha

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang tips2
macam mana nakpilih jeans yang sesuai...
yang penting sekali sebelum beli mesti di cuba dulu.
jangan tengok saiz je terus ambik.
kena cuba ok..

1-masuk kan tapak tangan dalam poket jeans untuk
memeriksa kedalaman poket.poket depan dan pelang perlu
muat dengan tapak tangan.tak sempit.pastikan juga poket tak terlalu dalam.
sebab kalau terlalu dalam nanti poket yang dalam tu mudah terlipat.
bila pakai takcantik la ada lekut2 lak kat peha.
tambah2 bila masuk kan duit kertas tambah bergumpal
la kat situ.dengan syiling nya lagi..kan??

2-kalau korang jenis yang pakai tali pinggang jangan lupa
masa cuba tu test sekali dengan tali pinggang yang
korang suka pakai supaya nampak kesesuaian nya tu.
mana tau kot2 tempat tali pinggang kat jeans tu kecik..kan dah tak boleh masuk tali
pinggang kegemaran korang..kan>??? kan lagi...heheh

3-jangan lupa untuk mencuba duduk atau bongkok ketika mencuba jeans.
supaya bahagian belakang kita  tidak terlalu terdedah dan bahagian peha dan perut tidak sakit.

4-Jika jeans yang korang cuba tu rasa sedap pakai
di bahagian punggung dan peha,tapi agak labuh
itu takpe..sebab bawah nya tu boleh korang hantar kedai je.
nanti suruh tukang jahit tu buat apa yang patut..

jadi..jomla shopping!!

sekian...

8 TIPS CARA MENERAN KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
pagi ni aku nak bagi tips untuk besalin..
aku tengok ramai jugak kawan2 yang bakal
menimang cahaya mata tak lama lagi.
mungkin tips ini sedikit sebanyak dapat membantu..
Meneran memerlukan teknik yang tepat ketika bersalin normal
pahami teknik nya supaya proses bersalin menjadi mudah dan tepat:-


1-menunggu waktu yang tepat-
jangan sesekali meneran ketika belum masa nya.
tunggu sehingga diarahkan oleh bidan kerana ia akan menyebabkan laluan
menjadi bengkak

2-simpan tenaga -
jangan buang tenaga dengan menjerit
atau meronta.

3-jangan cemas berlebihan
sebab ini akan membuatkan
otot2 menjadi tegang

4-jika rasa terdorong untuk mneran tarik
 nafas dalam2 melalui hidung
dan hembus melalui mulut supaya dapat meneran dengan lebih lama

5-ketika meneran fikiran perlu lah tenang
supaya bila kita meneran nafas tak habis.

6-Teran seperti buang air besar.

7-Jangn pejam mata ketika meneran supaya
pembuluh darah sekitar mata tidak pecah.
usahakan untuk melihat kearah perut.

8-Jangan angkat punggung
kerana akan buat vagina terkoyak,.

Diharapkan tips2 ini dapat membantu kawan2.
selain tu jangan lupa berdoa pada Allah
supaya dipermudahkan.
baca doa2 khas untuk bersalin.
aku harap kawan2 yang nak bersalin tu dipermudahkan
Allah untuk menghadapi saat2 kelahiran bayi kawan2 nanti..

sekian...


Friday, 28 December 2012

HOTEL YANG MENGGUNAKAN SMARTPHONE SEBAGI KUNCI


Assalamualaikum..


Sebuah hotel  di Seoul, Korea Selatan, mula mengunakan smartphone sebagai kunci hotel.

Dengan kunci ini,tetamu boleh mengakses intenet serta mengawal pencahayaan di bilik,televisyen dan suhu bilik.. Hotel Skypark Central yang berada di pusat perniagaan Seoul melancarkan  layanan smart-key (kunci pintar) pada Rabu (26/12/2012) yang lalu.

Pihak hotel pun menganti sistem kunci danpengawalan bilik di  16 bilik milih hotel ini. tetamu menerima smartphone ketika mereka check in di kaunter

"Ini yang terbaik untuk tetamu. Mereka juga boleh mengawal sushu bilik dari luar hotel. contohnya ketika musim sejuk, mereka boleh mengubah suhu bilik agar lebih panas sebelum mereka sampai di hotel," kata Dong-hui Lim, wakil bahagian hubungan masyarakat untuk LG CNS, selaku penyedia teknologi layanan smart-key tersebut.

Walaupun beberapa hotel di seluruh dunia telah menempatkan tablet di bilik hotel dengan ciri pengatur bilik yang serupa, LG CNS dan Hotel Skypark Central mengatakan ini pertama kalinya di dunia, teknologi tersebut digunakan di sebuah hotel.


Mereka juga merancang akan menggunakan ciri yang sama pada dua hotel lainnya yang akan dibuka dalam waktu terdekat.

"Sebelum ini kami telah membuat percubaan  sebelum secara rasmi meluncurkan perkhidmatan  tersebut, dan para pengguna sangat menyukainya. Mereka merasa perkhidmatan tersebut sangat berguna," kata Bahagian Pemasaran Hotel Skypark Central Woo Hye-yeon.

Sementara itu, ciri telepon tidak boleh digunakan pada smart-key. Namun, ciri wifi disediakan oleh pihak hotel tanpa tambahan kos. Masa akan datang, pihak hotel kemungkinan dapat menambah aplikasi pada smartphone milik tetamu peribadi untuk dapat menggunakan perkhidmatan smart-key tersebut, tanpa menggunakan smartphone milik hotel.

##mak aih...kalau orang rembat smartphone tu cemana ye??heheh
mesti hotel ni mahal giler...

sekian

MENGAPA NABI SAYANGKAN KUCING?


 Assalamualaikum....


DALAM perkembangan peradaban Islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan perkembangan Islam.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan membelai lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam waktu lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diletak di ribanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan,seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan sangat ini sangatlah berat, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda,
”Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak membenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhari)

Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saws, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?


Keistimewaan dari Kucing

Fakta Ilmiah 1 :

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum,tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Fakta Ilmiah 2 :

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, walaupun dilakukan berulang-ulang.

Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

Walaupun ada kuman yang ditemui ketika proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen Para pengkaji:

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium diHospital Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui ada kuman pada lidah kucing.

Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl menemui  kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
Dokter haiwan diHospital haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air keranaair merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri,lebih-lebih lagi pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll)

Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak menghampiri air.
Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Fakta Ilmiah 3 :

Dan hasil penelitian kedoktoran dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Fakta Ilmiah Tambahan :

Zaman dahulu kucing digunakan untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesihatan selain itu mengusap kucing juga boleh menurunkan  stress.

Sisa makanan kucing hukumnya suci

Hadist Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas sampai kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata,

“Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu,d ia memberikan isyarat untuk menyimpan nya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur.

Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda,

“Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa jilatan kucing.” (H.R AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadits yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya adalah suci, Liurnya bersih dan membersihkan, serta hidupnya lebih bersih daripada manusia.Ini lah sebab mengapa Rasulullah SAW sangat sayang kepada Muezza, kucing kesayangannya.


sumber:yangpalinganeh.blogspot
 

CARA UNTUK PRANK KENGKAWAN

Assalamualaikum...

Jom nak ajar korang kenakan kengkawan..
Boleh kenakan kawan seumah 
atau pun sebilik..










kompem menjerit2 dia bila masuk tandas..
hahaha...


sekian...

CARA MEMOHON REBAT RM200 UNTUK TELEFON PINTAR





CARA MEMOHON REBAT RM200 TELEFON PINTAR | Ketahui syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan rebat RM200 Smartphone yang ditawarkan kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk golongan belia di Malaysia.

Dan hari ini Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas berkenaan syarat-syarat serta cara memohon rebat RM 200 ini.

Syarat-Syarat

  • Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  • Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
  • Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  • Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis, Umobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ


Cara Memohon

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rebat RM200 bagi pembelian smartphone ini boleh memohon melalui portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia di laman web www.skmm.gov.my Tempoh sah memohon bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013.


Untuk menyemak telefon pintar yang berharga bawah Rm500 sila rujuk di sini

sekian..

Thursday, 27 December 2012

GAMBAR-GAMBAR SEKSI NEELOFA

Assalamualaikum....

Selamat malam...

sebenarnya bukan nak tunjuk gambar 
seksi Neelofa tuu..
cuma nak tunjuk yang ni...
 Komen seorang lelaki yang
baru lepas melihat gambar Neelofa..



Mesti Neelofa bangga dengan kecantikan
dia..kan???
mungkin dia lebih bangga bila tengok komen yang macam kat atas tu..
kenapa dia bergambar macam ni kalau
bukan sebab nak orang komen2 macam lelaki tu bagi..kan??kan??


sekian..

APA PERLU BUAT KALAU LELAKI MENANGIS DI DEPAN ANDA

Assalamualaikum...

pernah tengok lelaki is menangis???
kalau tak pernah tengok bukan bermakna lelaki tu tak pernah menangis.
cuma tak menangis kat depan kita je..
tapi ada jugak lelaki yang menangis di depan orang.
sama ada memangis depan kawan,isteri,kekasih atau ibu bapa.
kalau kita sebagai kawan apa perlu kita buat
kalau lelaki menangis depan kita:-


LELAKI MENANGIS KERANA AHLI KELUARGA MENINGGAL
-pujukdia..tapi bukan macam pujuk anak kecik..
katakan pada dia korang juga turut bersimpati.
kalau anda seorang lelaki mungkin pelukan boleh membuat dia tenang.

MENANGIS KESAKITAN
terdekit jugakdalam hati "sakit sikit pun nak nagis"
cakap dalam hati sudah.jangan cakap depan2 dia gitu.
yang rasa sakit nya dia.bukan kita,..sebaik nya tolong dia..
bawak pi hospital ke..,sapu ubat ke..


MENANGIS KERANA PUTUS CINTA
ucapkan kata2 yang oleh buat dia tenang.jangan diejek2 pulak..
"ei..hati tisu la ko ni.."jangan cakap gitu ye..
ayat paling ringkas "tak pela..ada yang lebih baik lagi..InsayaAllah"


MENANGIS DISEBABKAN FILEM/DRAMA
ingat tak de ke??ada..ramai..
yang nikorang boleh tanya dia gini..
"eh!ko nangis ke?drama /filemni memang sedih.."
mungkin ada sejarah hidupdia yang kebetulan
sama dengan jalan cerita yang ditonton.
siapa tau lepas tu dia akan cerita kisah hidup dia pada korang.
boleh gak buat idea update blog..hahhaha


MENANGIS TIBA2 TAK KETAHUAN HALA
sebaiknya jangan dekati orang macam ni..
sah2 ada masalah mental..
silap2,sambil nangis dia ambik pisau
kerat telinga korang...hahhhaha


sekian...


BLOGLIST DAN RAHSIA MENJADI BLOGGER AKTIF

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
setiap kali aku  mulakan aktiviti berblog dengan
update post baru..kemudian aku akan buka bloglist
dan mula ke blog kawan2 lain..

Tapi sejak akhir2 ni aku perhatikan semakin ramai blogger
yang dah tak menulis lagi..
kalau menulis pun seminggu sekali..
ada yang sebulan sekali..
Jadi aku rasa tak banyak blog yang aku boleh jejak dalam sehari.
semalam aku dah tambah beberapa  blog dalam bloglist.
harap2 kekal lama la dalam bloglist tu..

kalau korang nak masuk kan url korang kat bloglist
klik je kat icon bloglist kat sidebar tu ye..
kalau dah ada tak payah la tinggalkan url kat situ..
keliru nanti aku..
lepas tu tak reti2 nak letak url aku kat bloglist korang??heheh

kalau tengok dari bloglist tu ada yang tak update sejak
beberapa bulan lepas,...
tapi aku sayang rasa nak buang.
takut terlupa nanti..
mana la tau kot2 masa akan datang depa nak menulis lagi..kan??

kalau nak menulis dan berblog balik,
jangan lupa..untuk jadi blogger yang aktif dan produktif
kita perlulah ..

*banyak membaca

*banyak blogwalking

*banyak beri komen

selamat berblog...:)

sekian..