Sabtu, 31 Disember 2011

SEGMEN REVIEW ALEXA

PENGUMUMAN PENTING UNTUK
BLOGGER YANG BERMINAT...


INI STICKY POST.ENTRY BARU DIBAWAH ENTRY INI
Assalamualaikum...
Oleh sebab da lebih 5 orang yang setuju
maka kita buat segmen review alexa ok..

Sapa nak join kena la patuhi syarat2 nya ok..
1-buat satu entry dengan tajuk "JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA" .letak banner yang kat atas ni dan link kan ke entry ini.kemudian tinggalkan link entry kat kotak komen

2-aku akan bahagikan korang kepada kumpulan2.lagi ramai yang join lagi bagus sebab lagi banyak la masing2 dapat review dan ranking dalam kedudukan akan bertambah baik

3-Bila senarai kumpulan dah keluar,setiap ahli kena review alexa ahli dalam kumpulan masing2.aku akan sertakan link untuk review sekali.contoh macam ni..:

www.dianarashid.com -klik sini untuk review

jadi jangan risau ok..bagi yang tak tahu review alexa cemana boleh rujuk entry ini.

4-jangan lupa bila nak review korang kena letak nama blog korang sekali kat tajuk tu..contoh macam dalam gambar bawah ni..


pinjam alexa azlan sekejap..heheh


nak letak nama sendiri pun boleh.nama yang ahli2 lain tahu, Itu nama korang.ok??

5-jadi tak boleh ngelat2 ye sebab sapa yang dah review nama dia ada kat situ.yang malas review tu tak jujur la namanya..kan??

6-tarikh tutup 1 january 2012.lepas 1 january baru senarai kumpulan akan keluar.

ok..dah paham...jom mulakan sekarang..:P

sekian..

SALAH KE KALAU BERAZAM UNTUK TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..tahun 2012 nak ubah la align post aku ni.tak nak dah buat rangkap2 macam pantun.boleh dak???ekekek..ok..tipu je..memang dah gitu style aku menulis.tak nak la ubah2...selesa macam tu...

Cerita pasal azam..
aku tengok ramai yang update pasal azam tahun depan..
bagus la kita ada azam..kan??
tapi ada orang tak suka canang2kan apa azam dia..

salah ke kalau kita ada azam bila tiba tahun 2012 ni????
ada yang berfikiran jenis
nak nampak buruk orang je...

"tahun baru islam tak nak buat azam..
tahun baru omputih baru nak sibuk berazam .."

aduhai..mana hang tau dia tak berazam
masa tahun baru islam tu??
entah2 dia segan nak canang2kan...
jadi dia diam2 kan je la..

"aku berazam tahun ni tak nak tingal sembahyang.."
"aku berazam tahun ni tak mau lagi pegang awek aku.."
"aku berazam tahun ni tak mau lagi curi duit akak aku.."

nampak tak?ada azam yang tak perlu kita canang2 kat orang.
kalau setakat nak canang2 untuk tunjuk kat orang
kita ni ada azam tapi azam yang setakat kat mulut ja
bukan kat hati baik jangan kata tu azam kita.

jadi tolong la..jangan kata
orang tu setakat buat azam bila tiba 2012 ja..
tahun baru islam tak mau berazam..
nampak ayat macam suka cari salah orang tau..

sekian..

FAM UMUM HARGA TIKET PIALA FA DAN PIALA MALAYSIA 2012

FAM telah mengumumkan harga tiket, venue dan masa perlawanan, status pemain import dan lain-lain lagi pada sidang media di Wisma FAM pada 29 disember lalu.

FAM terutama sekali telah memberitahu bahawa semua rayuan bagi pemain-pemain import yang mempunyai masalah teknikal tidak dilayan dan ditolak.

Seperti yang telah dimumkan sebelum ini, terdapat sembilan pemain import yang tidak layak untuk beraksi dalam liga Malaysia pada musim depan kerana gagal menepati syarat asas.

Geran dan insentif sebanyak RM5.1 juta telah dikreditkan kepada semua pasukan dan kelab oleh FAM.

FAM turut mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia 2012 yang berharga RM40. Manakala tiket perlawanan persahabatn yang melibatkan pasukan kebangsaan senior dan bawah-23 pula berharga RM 20, kejohanan berkumpulan RM 30, separuh akhir RM 40 dan tiket perlawanan akhir berharga RM 50.

Bagi venue dan masa perlawanan pula, hampir di semua venue perlawanan akan berlangsung pada waktu malam kecuali Stadium MP Selayang, Stadium Bandaraya P.Pinang, Stadium Batu Kawan (Pulau Pinang), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Terengganu), Stadium Hang Tuah (Melaka), Hang Jebat (Melaka) dan Stadium Likas (Kota Kinabula) yang dimana perlawanan di stadium-stadium ini akan berlangsung pada waktu petang.

Menyentuh tentang pasukan Harimau Muda B pula, FAM memberitahu bahawa pasukan itu telah mendapat jemputan perlawanan dari Singapura dan Brunei. Mereka juga tidak akan bersaing dalam Piala FA. Sebaliknya akan diganti dengan pasukan dari Kemboja yang akan bertemu Pulau Pinang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

SUKMA 2012 bagi sukan bola sepak pula akan berlangsung pada 1 Mei sehingga 14 Mei 2012. Piala Presiden dimulakan pada 26 Januari 2012 manakala Liga FAM akan berlangsung pada 29 Januari 2012.

Dalam pada itu FAM turut mengumumkan bahawa pasukan Harimau Muda A, FAM dan jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee akan membuat lawatan ke Stadium di Singapura antara 5 hingga 9 Januari.

Stadium Yishun Singapura dikatakan akan menjadi 'rumah' kepada pasukan Harimau Muda A semasa bersaing dalam Liga Singapura pada musim hadapan.

Dalam lawatan itu juga FAM akan menilai layanan Football Association of Singapore (FAS) terhadap pasukan Harimau Muda A.

SUMBER:espn

MAISARA:: tapi...

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..
hari ni tak dapat nak bw macam biasa..
kat sini mendung dari tadi lagi..
tak hujan pun..
bila mendung je astro pun hilang..
tenet pun lambat sangat2..
lebih lambat dari selalu..
sudahnya aku melayan '
maisara berbual je la..

berbual tentang klip rambut yang dia dapat
dalam jajan tadi..

Maisara:cantik tak maisara pakai ni?

Ibu:cantik..

maisara:tapi..??

Ibu:tak de tapi..

maisara:cakap la tapi ibu...

Ibu:tak de tapi la..memang cantik..

Maisara:cakap la tapi apa2 je..

Ibu:tapi dia warna biru..

maisara:betul la..tapi warna biru..maisara tak mau la klip rambut ni sebab dia warna biru..

Ibu:akai hang ja kan??nak buang la tu..

maisara:tak la..nak bagi kat ibu la..ibu pakai.satgi suami ibu balik mesti dia cakap ibu cantik.



ye la tu...

sekian..

KENANGAN BERBLOG SEPANJANG 2011

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..hari terakhir ditahun 2011..lepas ni tak de dah 2011.boleh kenang je..berlalu sudah 2011 yang banyak memberi kenangan manis dan pahit sepanjang aku berblog ni..

tahun 2011 baru pakai domain sendiri.dengan bantuan sifu yang banyak tunjuk ajar akhirnya aku boleh membiasakan diri dengan domain baru ni.awal2 memang rasa menyesal pakai domain sendiri.

Baru pakai domain sebulan lebih dah hadapi masalah feed bila mana entry aku tak update kat bloglist kawan2.memang siksa la rasa minggu tu sebab bila siap satu entry jenuh kena pergi kat satu2 blog dan bagitau ada entry baru.tapi ada rahmat Nya bila setiap kali aku pi blog kawan2 hubungan aku dan rakan blogger jadi makin erat.

tahun ni jugak blog aku di hack 2 kali.rasa luruh semangat aku bila buka2 blog aku terpampang gambar2 lucah dan entry aku diedit dengan ayat2 lucah.nak tak nak terpaksa la aku delete entry aku tu termasuk la komen2 yang aku dapat..sayang nye...

kemudian tahun 2011 jugak aku berjaya cashout earning nuffnang setiap bulan.lebih dari yang dijangkakan.cuma bulan 11 je tak cashout sebab nak tunggu hujung tahun baru cashout.dan akhirnya semalam aku cashout dengan jumlah yang berganda dari selalu..Alhamdulilah..

tahun ni jugak ada rasa sedih bila kawan2 blogger hilang macam tu saja.ramai sangat..rasa sedih la sebab hubungan kami memang erat.tapi tiba2 saja menyepi memang aku rasa kehilangan la.sesekali aku rasa malas sangat nak menulis blog bila ingatkan depa.tapi mengenangkan aku punya sokongan kuat dari suami maka aku teruskan jugak.suami memang menyokong aku berblog.kalau aku tak larat nak update dia sendiri menulis 1,2 entry kat blog ni.terima kasih abang..syukur..:)

harapan aku untuk tahun depan aku nak kawan2 lama yang tinggalkan blog tu dapat la kembali aktif seperti dulu.tujuan kita berblog yang utamanya nak kawan..kan??jadi tak de depa aku tak kuat sebenarnya..tahun depan jugak harap2nya kita semua lebih rajin untuk update blog.heheh.. untuk blog aku sendiri tahun 2012 aku nak berada di rank bawah 100k.harap2 tercapai la.aku memang kagum dengan pengguna blogspot yang duduk diranking alexa yang baik.itu memerlukan keja yang kuat..

*tahun 2011 jugak hilangnya rasa hormat dan kagum pada sorang blogger bila dia serlahkan sikap meninggi diri dan angkuhnya.

SELAMAT DATANG 2012..!!

Sekian...

Jumaat, 30 Disember 2011

WAJAH DJ BARU HOT FM

Assalamualaikum..

Tahun baru bakal tiba..
tahun baru yang akan datang ni
memberi makna kepada sahabat blogger kita..
tau tak sapa???
jeng..jeng..jeng...!
kenal tak ni sapa???



kalau nak tau ini lah wajah Dj baru hot FM kelate..
tengok kecik2 gini..
kecik2 cili padi tau..
jangan nak ngorat pulak ye..
dia dah ada cik abang..heheheh

Tahniah untuk Wani sebab ini sebenarnya
kerjaya impian dia..harap2 wani dapat
lakukan tugas dengan baik.
dan tingkatkan prestasi jauhkan kontroversi..'ekekeke

bermula 2 january ni akan bermula la siaran
hot fm dikelantan..
bagi penduduk kelantan boleh mendengar hot fm
di 105.1 fm dan bagi pendengar2 luar kelantan
boleh mendengar di hotfm.com.my .

kalau dikalangan rakan blogger kami biasa panggil dia Wani.
tapi bila dah masuk dunia gelemor amor ni
lebih sesuai kalau kita panggil dia Shaz..:)

bagi yang nak lebih mengenali Shaz atau Wani ni
boleh la geledah habis2 blog shaz.
tak kenal maka tak cinta..:p

sekian..

LIVE STREAMING FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA

Assalamualaikum..

Bagi yang nak tonton Final maharaja lawak mega malam ni..
Jom2 tonton maharaja lawak mega final kat sini..
jam 1o malam..

LIVE STREAMING FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA

agak2 siapa yang yang pegang titke maharaja lawak mega ye???
pilihan korang??

sekian..

KOSMO NAIK HARGA

Assalamualaikum...

Semua pakat naik harga ni..
sampai suratkhabar pun nak naik jugak...
tak pa la..
pilihan kat tangan kita..kan??
kalau rasa mahal baca je kosmo online.
kalau rasa tak puas baca kat online
kongsi2 la dengan kawan2 untuk beli suratkhabar..
hehhehe..naik sekupang tau..

Lagipun kosmo bukan best pun..
ekekekek....

sekian...

JADUAL LIGA SUPER KEDAH 2012

Assalamualaikum...

jadual liga super kedah musim 2012.

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

Anda juga boleh mendownload jadual
diatas di sini..

sumber:PSHK

BAGAIMANA CARA DIA MENDIDIK AISHAH

Assalamualaikum...

Aku nak korang baca entry Ini..
sesuai la untuk ibu -bapa yang
anak2 nya baru memasuki alam persekolahan...

kalau nak tahu Aishah
ni sejak kecik lagi
dah tunjuk keinginan untuk
belajar..

jadi tak hairan la dia memang
sentiasa cemerlang dalam pelajaran..

Aku berharap Maisara akan
jadi macam Aishah.

sekian..

POLITIK OH POLITIK

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...korang pernah jumpa tak orang yang
bercakap dengan niat untuk menyindir tapi dalam tak sedar
dia menunjuk kan kebodohan diri sendiri..

Ada sorang kawan mengadu pada aku dia ada sahabat..
kita namakan sahabat dia ni sebagai A dan kawan aku ni sebagai B.

A dan B berbeza parti politik.satu hari B berbual2 dengan A
tentang Wang RM500 yang kerajaan bagi tu..kemudian Si A kata pada B.

A:awak tak boleh ambik duit tu.sebab awak orang PAS.

hehehe..
si B mula panas telinga mendengar nye..
dan si B mula menjauhkan diri dari A.Bagi si B agak susah untuk berkomunikasi dengan A memandang kan A suka bercakap tanpa menggunakan akal.
walaupun diberi penjelasan tapi cara penerimaan nya seperti kanak2.

aduhai..aku yang jadi tukang dengar ni boleh gelak je la.
rasanya kalau dah namanya kawan tak perlu kot nak menyindir sampai menyakitkan hati.jangan la jadikan politik sebagai penyebab kita nak bermusuh..kan??

**bukan orang UMNO je yang menyumbang kepada pendapatan negara.

sekian..

TUTORIAL PASANG BUTANG TUTUP DAN BUKA

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..petang ni nak ajar korang buat butang tutup dan buka..ala..yang macam kat fibox aku tu..ada tutup ada buka...dulu ada dah pasang tapi terlupa apa kode nya..mujur ada encik Kiz yang datang menjadi hero...ekekeke..

mula2 sekali pi kat dashbord-->design-->page elements.
klik kat 'add a gadjet' dan pilih html/javascript
masuk kan kode ini

<center><div><div style="margin: 5px;">
<div style="margin-bottom: 2px;" class="bigfont"><input style="margin: 0px; padding: 0px; width: 120px; " value="BUKA" onclick="if (this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display != &#39;&#39;) { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display = &#39;&#39;; this.innerText = &#39;&#39;; this.value = &#39;TUTUP&#39;; } else { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display = &#39;none&#39;; this.innerText = &#39;&#39;; this.value = &#39;BUKA&#39;; }" type="button" />
</div>
<div style="border: 0px inset ; margin: 0px; padding: 6px;" class="alt2">
<div style="display: none;">
SENBUNYIKAN DISINI
</div></div></div></div></center>

Tukar perkataan TUTUP dan BUKA dengan perkataan yang korang suka.gantikan perkataan SEMBUNYIKAN DISINI dengan kode yang korang nak sembunyi..bila dah siap tekan save.dia akan muncul macam ni.






cer tekan butang ni..kita boleh masuk kan apa je.gambar,shoutbox,iklan,banner..dan macam2 lagi..selamat mencuba..

sekian..

BUAT-BUAT LUPA..

ASSALAMUALAIKUM...

MEMANGNYA KALAU BERHUTANG DENGAN ORANG,
KENA TUNGGU ORANG MINTAK DULU YE BARU NAK BAYAR??

SELAGI TAK MINTAK SELAGI TU LA
TAK BAYAR..

ORANG TAK MINTAK SEBAB ORANG INGAT
TAK NAK MALUKAN KITA.

TAPI KITA SEBAGAI ORANG YANG BERHUTANG
KENA LA TAHU BAYAR BILA TIBA MASANYA..

EH!!INGAT BILA KITA BUAT MUKA TAK INGAT TU,
ORANG TU PUN TAK INGAT YE???

BILA BERHUTANG JANGAN BUAT2 LUPA YE..
KALAU KITA LUPA ATAU BUAT2 LUPA ORANG AKAN FIKIR
KITA TAK PERNAH BERNIAT PUN UNTUK MEMBAYAR..
KERANA KITA MERASAKAN HUTANG
ITU SESUATU YANG REMEH SAJA.

SEKIAN..

MANA DIA..?TAK MUNCUL PUN!

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
cer korang tengok kat sidebar aku ni..
kat menu follow google+ tu..
tak keluar apa kan??
kenapa ye??
aku buka blog lain ada je keluar google+ tu.

aih...ada je yang tak kena kat blog ni..
ok la..nak pi sekolah maisara jap..
pi bayar yuran ..

sekian..

Khamis, 29 Disember 2011

MAISARA::termenung!

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..dah makan malam..
aku teringin nak makan ikan kembung..
ikan kembung goreng.lepas tu ada sambal belacan..
wah!!sedapnya..tapi ikan kembung
sekarang mahal giler..baik beli ayam je..
kalau kat utara ni orang panggil ikan temenung.

minggu lepas suami aku ada la beli ikan kembung untuk buat laksa.
jadi aku simpan 2 ekor untuk goreng.bila dah siap goreng..

Ibu:maisara..meh makan nasik.

Maisara:lauk ayam ke??

Ibu:tak goreng ayam.goreng ikan je.

maisara:ikan apa tu??

Ibu:ikan temenung.

maisara;ala..maisara tak makan ikan temenung.

Ibu:ya ka??ibu buat laksa tu guna ikan temenung la..

Maisara:tapi hari ni maisara tak makan ikan temenung.tak suka..

Ibu:kenapa pulak dah..

Maisara:maisara bosan dah dengan dia.asyik temenung saja.muka dia membosankan.

alasan langsung
tak boleh diterima!

sekian..

BILA BLOGGER HILANG PRINSIP

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
sakit pinggang la hari ni..:(
tapi sebab gila nak berblog aku
turunkan monitor aku letak kat bawah..
hahahah..dah jadi macam guna laptop je.

laptop sakit hari ni..
jadi kena guna komputer je la.

Aku selalu geledah entry lama orang.
ada satu blog aku pergi ni..
dalam entry dia kata lebih kurang gini la..

"blogging ni bagi saya untuk suka2 saja.
sekadar isi masa lapang dan tempat saya meluahkan
emosi.kadang2 jadi tempat saya berkongsi suka duka.
traffic dan follower tak penting untuk saya.
yang penting saya puas dengan apa saya buat."

ok..dia tak pentingkan traffic katanya..
tapi heran gak sebab sekarang blog dia
main seo sudah.seo yang copy2 paper tu la ..
hehehe..agaknya baru sedar
kot dari traffic tu la kepuasan tu datang..
heheheh..

*aku pun selalu tak berpendirian tetap gitu..ekekeke

sekian..

ARTIS MELAYU MINTA MAAF

Assalamualaikum...

Wah2..pagi2 dah dijamu dengan
cerita artis heheh..

sehari sebelum krismas tu kan..
aku buka twitter dan tengok
ramai artis yang tuju2 ucapan krismas..
ramai..bukan seorang..
ada yang kita boleh nampak sangat betapa teruja nya depa
nak sambut krismas tu..

pagi ni dijamu pulak dengan gambar artis
sambut krismas..
macam mat saleh la artis2 malaysia ni..

bab pakaian pulak tak payah cakap la..
memang cukup2 kebaratan..
memang mata kita tak berkedip kalau tengok..
menarik sangat..

Yang gambarnye tersebar tu lepas ni
apa lagi..
keluar la kat melodi mintak maaf bagai..
tapi minta maaf sekadar nak tunjuk diri tu naif la..
lain kali buat lagi..
terlupa yang dia minta maaf dulu tu.

tapi kalau dengar kenyataan depa kat tv tu
macam betul2 insaf je..kan??
padahal..hampeh!!

sekian..

JANGAN BERLAGAK SUCI LA...

Assalamulaikum...
selamat pagi semua...sihat ka??

Untuk ibu2 dan bapak2...:P
...kita semua pernah remaja kan??
masa kita remaja tu kita
mesti pernah buat silap.tak kira la silap kita tu
sekecik kuman atau sebesar gajah.

Jadi bila kita sendiri pernah berada di tempat remaja2 tu
kenapa kita perlu hina mereka ye..

"budak2 sekarang ni b*d** la..
benda salah gini pun nak buat.."

"kau ni minah macam pompuan j*l*N*
aku nampak kau naik motor dengan jantan.."

aduhai..perlu ke kita
sembur mereka macam tu??
tak boleh ke nasihat baik2
sesuai dengan usia dan status kita yang taraf ibu ayah ni..??

pagi ni aku buka je facebook
nampak ada rakan yang upload gambar
gadis tunjuk jari hantu.
punye la banyak kata2 tak baik untuk gadis tu..
tak de satu pun nasihat yang elok..
yang taraf bapak2 orang pun tau nak memaki je..

agaknya hari2 mulut tu
dok sebut yang tu je kot...

*

sekian..

PELAKSANAAN SBPA TELAH DITANDATANGANI

Assalamualaikum...

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Diantara perkara yang dipersetujui ialah:-

1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.

6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.

* Selamat membuat keputusan keatas opsyen SBPA dan Umur Persaraan Wajib 60 tahun kepada semua penjawat awam*


sumber::Abu Bakar Haji Abdullah

Rabu, 28 Disember 2011

HARI NI AKU...

Assalamualaikum...

Ada yang cari tak???
heheheh..
esok baru ada entry baru ye..
hari ni ada hal lain..
rindu sangat kat blog.mujur tak gila..hehhehe

sekian..

Selasa, 27 Disember 2011

MAISARA::teman ibu.

Assalamualaikum...

Tadi berbual2 dengan maisara..

Ibu:anak ibu ni nak sekolah dah..dah besar rupanya dia..

Maisara:ye la..maisara ni nak sekolah dah tau..

Ibu:sunyi la ibu nanti..

Maisara:tak pe..kalau ibu sunyi ibu ambik je puteri ni..dia akan teman ibu..


ibu anggkat kain dia..Ibu cuma buka je butang menari kat sini.dan dia akan menri..tak la ibu sunyi..


Ibu:o..ye ke??mujur ada puteri menari..

hehehhe..
mainan dia tu dia suruh teman aku..
aih..dia tak tahu dia masuk je sekolah
mainan dia tu dok dalam kotak ..
letak dalam stor.ekekeke..

sekian..

GAMBAR PROFILE DI FIBOX

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...
nampaknye ramai yang dah guna kan fibox.
ada yang bertanya
cemana nak ada gambar
kita kat fibox tu..

Mudah je..
kat fibox korang tu ada
icon facebook kan??
jadi klik je facebbok tu dan
klik apa yang patut..dah siap!
heheh..

bagi yang belum menggunakan fibox
cuba la guna untuk sehari..
klik sini untuk daftar.daftar pun mudah je..
tak sampai seminit..heheh.
lagi satu yang best tentang fibox
dia siap paparkan berapa jumlah pembaca yang
sedang membaca blog kita...

kalau semua blogger pakai fibox lagi bagus..
fibox ni orang kita yang punya..
orang malaysia...:)


sekian..

BESARKAN PAYUDARA TANPA PEMBEDAHAN PLASTIK

Assalamualaikum...

Pada dasarnya setiap perempuan adalah cantik. Namun masih ramai yang ingin "mendandani" tubuh agar nampak lebih menarik. Salah satu bahagian perempuan yang paling dititik beratkan adalah payudara.

pembedahan plastik menjadi salah satu pilihan cara untuk mendapatkan ukuran payudara yang lebih besar dan padat. Namun, pilihan ini menimbulkan kekuatiran bagi kebanyakan perempuan. Kini, untuk mendapatkan tambahan ukuran payudara, ada alternatif lain yang boleh dilakukan.

Salah satu nya ialah dengan Macrolane. Teknik filler Macrolane memberikan volume pada bagian tubuh yang diidamkan, seperti payudara.

Macrolane adalah sebuah jel kristal asam hialuronat yang diformulakan untuk breast augmentation, volume restoration, dan meningkatkan kualiti tubuh. Secara am nya, Macrolane boleh digunakan untuk membesarkan payudara, betis, dan menutupi parut.

"Macrolane boleh digunakan untuk membesarkan ukuran payudara sampai meningkat satu cup untuk perempuan Asia, dan dua cup untuk perempuan Amerika. Namun sebelum dilakukan prosedur ini, perlu ada pre treatment terlebih dahulu dan harus dilakukan oleh doktor pakar,"

-dr Debby Puspa, Group Product Manager Restylane Indonesia-

sekian..

SERONOK ADD RAKAN DI FACEBOOK

Assalamualaikum...

Selamat petang...
Rupa-rupanya seronok bila kita add
orang kat facebook..kan??
kita add ramai2 lepas tu semua tulis kat wall
kita "terima kasih sudi add.."
mau tak seronok..
kemudian kita pun balas.."sama2..:p"

Dulu aku malas nak add orang..
tapi hari ni terlebih rajin aku add blogger
yang ada kat facebook tu..
tak de kerja namanya ..muahahha..

hahah..
ni gara2 pagi semalam aku dapat mesej
kat facebook kata aku ni
blogger sombong..orang add tapi aku tak approve.
sebenarnya bukan sombong cuma
aku tak kenal..kalau blogger aku approve la sebab
aku lebih banyak berhubung dengan blogger.
yang saja2 nak ajak besembang kat facebook
memang aku tak approve..

Tapi sekali dia balas..
"saya blogger la kak.."
oh..ye ke??awat tak habaq...hehe.
jadi hari ni aku add ramai blogger..
puas hati aku..heheheh

tapi aku add yang aku pernah pi
blog depa je la..:p
tak nak sombong2..
takut jadi macam yang blogger ni cakap dalam entry dia..
klik sini..

sekian...

SENARAI BLOGGER TEGAR 2011

Assalamualaikum...

tajuk kemain lagi..heheh
Selamat petang semua..
seronoknye berblog.bila buka je blog
rasa macam kita dialam kita sendiri.
apa yang jadi kat umah sebelah pun kita
tak ambik kesah..
meraung la cemana pun aku tetap dok
ngadap blog..ekekeke..

Aku mengaku la aku ni blogger tegar..
tapi kalau pi mana2 aku lupa kat blog.
jangan ada peluang untuk online je,...
kalau ada peluang memang aku tak peduli dah..
nak berblog jugak..hehehe

tapi bukan aku je blogger yang tegar..
ada lagi..ramai..nak tau jom tengok senarai blogger tegar ni..


jangan lupa bw guna list ni setiap hari..
mereka penyumbang traffic blog aku hari2..:)

ada yang dalam senarai ni
tak nak ngaku tu depa tu blogger tegar.
ala..malu2 pulak nak ngaku..ekekek

mungkin ada ramai lagi
blogger tegar selain mereka2 ni..
cuma ini yang paling kerap ke blog aku
tak kira aku singgah blog depa atau tak..
tegar kan???:)

sekian...




TAK SEMPURNA SEBAB NAK CEPAT

Assalamualaikum...

Gigih aku hari ni..
saja je nak buat senarai blogger tegar tu
untuk kembalikan semula mood berblog aku ni.
cuti 2 hari betul2 buat
jari aku ni lembap menaip..hahhah..

senarai nye hampir siap..
lepas entry ni aku publish..
sebelum tu nak cerita pasal "nak cepat".

semua orang kalau boleh nak cepat.
tak mau lambat2..lagi2 kalau
orang tu masa yang dia ada singkat je..

tapi walaupun kita nak cepat
kesempurnaan tu biarlah ada..
jangan cepat saja tapi hasilnya tak sempurna.
benda dah cukup simple pun kita
tetap uruskan dengan tak sempurna..
gara2 nak cepat...

gara2 nak cepat jugak ada yang
tinggal komen tapi baca lompat2..
hehehe..
aku rasa entry aku sebelum ni ringkas je..
baca seminit pun boleh habis..
tapi sebab nak cepat,lompat2 je la..
sudahnya kita komen pun buat orang gelak..

sekian..

BLOGGER TEGAR

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
2 hari tau aku tak berblog..
setakat update entry lepas tu
sibuk dengan aktiviti lain..
mujur pakai broadband..
dalam kereta pun boleh update..:P

Korang kalau tak update blog
ada tak rasa teringat2 je kat blog??ada??
kalau tak de tu belum sampai
tahap blogger tegar lagi..
heheh..

satu lagi bila pi mana2 sibuk
ambik gambar..niat dah dalam hati..
"nak letak dalam blog.."
sah la blogger tegar la tu..

Sebelum tidur semalam
sempat la jenguk blog kejap..
bila tengok je ada kawan2 yang update
sepanjang 2,3 hari ni dan bw kat shoutbox..
terus hati aku ni kata...

"dia ni blogger tegar ni.."

nak tau sapa??
satgi aku keluarkan senarai blogger tegar ye..

ekekekek..
kita tengok siapa yang kena..

sekian..

MUDA2 DAH KENA SERANGAN JANTUNG

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
ada jiran mati semalam..
anak lelaki india kat sebelah umah aku.
umur nya dalam 20 lebih kot.
kena serangan jantung kat
cyber cafe dekat dengan rumah aku ni la..

Mayatnye masih ada dalam rumah tu..
kesian jugak la kat mak dan adik2 dia
sebab anak lelaki dia tu la
tempat depa bergantung.
ayahnya dah lama tak de.

Tambah2 pulak adik dia 2 orang
masih bersekolah..
cemana la depa nak mulakan seisi persekolaha
nanti kan??

Anak lelaki dia ni badan besar..
agaknya pasal tu kot
kena serangan jantung..
walaupun masih muda..

Adik2 sekalian..
walaupun masih muda tapi
makan dan cara hidup kita biarlah sihat ye..
jangan lupa bersenam..

sekian..

Isnin, 26 Disember 2011

MAISARA::hobi baru

Assalamualaikum...

Jom tengok maisara
mengulas sukan pulak..heheh..
aih..bila masa dia buat video ni pun tak tahu la..
sejak dah pandai merakam gambar guna
henpon ayah ni memang banyak la
rakaman2 dalam henpon tu..






sekian...

SUAMI KAKI GAME

Assalamualaikum...

“I am selling my 22 year old husband. He enjoys eating and playing video games all day. Easy to maintain, just feed and water every 3-5 hours. You must have Internet and space for gaming. Got tired of waiting so free to good home. If acceptable replacement is offered will trade.“

itu sedikit petikan iklan seorang isteri
yang nak jual suaminya yang asyik main game..
heheh..rupanya isterinya cuma bergurau..

jadi masalah tak pada korang
kalau suami kaki game??
tak de masalah sebenarnya asalkan
dia tak abaikan tanggungjawab dia yang lain..

daripada dia asyik keluar melepak dengan
kawan2 setiap malam di kedai mamak
rasanya baik dia main game.
depan mata kita kan..kalau
dia keluar kita tak tahu dia buat apa..hehe..

jadi..kalau suami main game..
bersyukur je la..
jangan marah2..kalau marah2 nanti dia merajuk dan
start motor terus keluar baru padan muka kamu..heheheh

tapi kalau dia main game sampai lewat malam
dan pagi2 bangun lewat untuk kerja
sampai ponteng2 kerja itu kita kena
ambik perhatian la ye..:)

sekian..

REMAJA HAMIL TAPI TAK MAHU ANAK

Assalamualaikum...

“Setiap tahun pasti ada saja kes wanita mengandung anak luar nikah hasil hubungan gadis Melayu dengan lelaki Afrika dirujuk kepada kami,” kata Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof.

Yahya berkata, kes terbaru diterimanya pada awal bulan ini membabitkan seorang pelajar kolej swasta berusia 20 tahun.


“Apabila dia hamil, kekasihnya enggan bertanggungjawab. Jadi, dia datang ke Kewaja untuk melahirkan bayi di sini dan bersetuju untuk menyerahkan bayi itu kepada keluarga angkat,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperolehnya menunjukkan sebahagian besar gadis Melayu yang mempunyai hubungan dengan lelaki Afrika berkenalan menerusi laman sosial, menuntut di institusi sama atau hasil pergaulan bebas bersama rakan. - Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof.- sumber:metro

**********************

Baca berita ni teringat ada kakak sorang yang ambil anak angkat dari sorang remaja yang terlanjur.selepas bersalin kakak tu suruh remaja tu susukan anak dia.tapi dia pegang anak dia pun tak nak.dalam pantang kakak tu jaga remaja tu sementara habis pantang,tapi dia berpantang pun nak tak nak je..anak menangis nak susu tak dipeduli.belum habis pantang dia dah lesap entah pi mana.kesian baby tu tak sempat nak rasa kasih sayang ibu....

sekian.

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum..

Pagi2 lagi dah join segmen nih..
heheh..ala..entry pemanas la kata orang..
kehkehkeh..

Kali ni nak join segmen dari blogger Mia Liana

Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011


sapa nak join terjah tuan blog ye..
untuk tengok syarat2 nye..

sekian...

Ahad, 25 Disember 2011

WANITA DAN CONTEST

Assalamualaikum..

Suka join contest??
aku pun suka.tapi kalau syarat2nya
macam berat je aku tak join la..
kalau syarat2 nye semudah ABC aku join.:)

Bila ada blogger buat kontest
yang paling ramai sekali join mesti wanita..
yang anjurkan kontest pun
kebanyakan nya wanita..

kenapa ye??
memang lumrah la orang perempuan ni
cukup suka benda2 percuma.
sedaya upaya depa sertai contest tu..
kalau suruh letak gambar,depa letak..
suruh like,depa like..
memang rajin la..

itu lah sebenarnya sikap orang perempuan.
berusaha,teliti ,rajin..
tak putus asa..

lelaki kenapa tak join??
"leceh la..kalau saya nak benda tu saya beli je la.."
"ala..benda tu pun nak rebut..kalau camera ke nak la.."
"ramai sangat yang join..malas la saya.sah2 saya tak menang."

lelaki memang macam tu..kan??
heheh..marah blogger2 lelaki nanti..:p


sekian...

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR 1 PIALA EMAS RAJA-RAJA

Assalamualaikum..

berikut adalah keputusan separuh akhir Piala Emas Raja-Raja
yang berlangsung malam tadi..


sumber:bolasepak malaysia

sekian..

Sabtu, 24 Disember 2011

MAISARA::bulan 3 nanti la..

Assalamualaikum...

petang tadi....

maisara:Ibu...tau tak hari ni hari jadi maisara??

Ibu:tak tahu pulak..

maisara:hari ni harijadi maisara tau..

Ibu:kan harijadi hang bulan 3 nanti..

maisara:maisara tak mau harijadi bulan 3.maisara nak hari ni..

Ibu:ok..bagus jugak..lagipun hari ni ayah kerja.jadi kita sambut dengan makan nasik dan tengok tv saja la.

Maisara:ok la..tak jadi la buat hari jadi hari ni.kita buat bulan 3 nanti la..

huh!!dia ingat
aku ni senang nak di perkotak katik kan..


sekian..

DEPA NAK SAMBUT KRISMAS,AMPA LAK YANG KALUT!

ASSALAMUALAIKUM..

AWAT YANG RAMAI SANGAT BERIAYA2
WISH KRISMAS NI??
ARTIS PUN KEMAIN..WISH SANA SINI..

MAULIDUR RASUL
TAK DE PULAK WISH SANA SINI..

SERONOK KA NAK SAMBUT KRISMAS??
SERONOK SEBAB BANYAK PARTY YE??

25 DISEMBER -
HARI KELAHIRAN DEWA MITHRAS
IAITU DEWA YUNANI.

SIBUK DOK TUJU2 UCAPAN NAK BUAT APA??

SEKIAN..

**bila tiba je krismas aku mesti teringat
kisah lama yang berlaku dalam blog aku ni..
hahahaah..

Sekian...

SAYA MALU DAN KECEWA

Assalamualaikum..

Selamat petang semua...pernah salah sangka tak??
Perempuan atau lelaki tu layan korang baik je selama ni..
ajak korang pi makan la..kalau korang tak pi kelas/kerja
dia akan call tanya kenapa..

Ingatkan dia cintakan korang.rupanya korang salah sangka ..
korang kecewa tak bila tahu hakikatnya??
kalau korang kecewa meh baca cerita bawah ni..
dia lagi kecewa tau..
************************************************
Nama saya Mar.Awal bulan 9 yang lalu saya mula berkerja sambilan di sebuah pasaraya di bandar Ipoh.Disana saya tinggal serumah dengan kawan2 yang sama tempat kerja.kami diberi tempat tinggal.

Ditempat kerja saya dapat ramai kawan.lelaki,perempuan semuanya agak baik dengan saya.salah seorangnya ialah seorang lelaki yang berumur 23 tahun.saya panggil dia Abang Zam.dia selalu layan saya dengan baik.

Bila pulang dari kerja dia akan menunggu saya untuk pulang bersama.kebetulan kami melalui jalan yang sama setiap hari.jadi pergi dan balik kerja saya selalunya dengan Abang Zam.lama kelamaan saya merasakan Abang Zam seperti menyayangi saya lebih dari seorang kawan.

Cara dia memandang saya,bercakap dengan saya dan dia kerap melayan saya dengan baik berbanding kawan2 yang lain.dalam diam saya juga jatuh hati pada Abang Zam.mendengar kata2 semangat dari kawan2 ,saya pun berani kan diri meluahkan perasaan saya pada dia.dan Abang Zam menerima cinta saya.

sebulan selepas itu Abang Zam menjemput kami semua ke rumahnya untuk jamuan makan.malam itu Abang Zam berlainan sekali.dia kurang bercakap dengan saya.kawan2 saya yang rapat dengan saya pun seperti ada menyembunyikan sesuatu.

selesai majlis tu abang Zam terus hantar saya pulang tanpa sepatah kata.selepas hari ituAbang Zam jadi lain dengan saya.di tempat kerja dia tak lagi berbual dengan saya.sampai la satu masa saya terus berdiri di depan dia dan bertanya apa sebenarnya yang terjadi.tapi yang dia cakap cuma "nanti malam Abang Zam telefon Mar.kita bincang k.."

malamnya saya tunggu dengan debaran.Abang Zam telefon dan menjelaskan segalanya.rupanya saya hanya bertepuk sebelah tangan.Abang Zam tak pernah cintakan saya.Abang Zam terpaksa menerima cinta saya sebulan yang lalu hanya kerana tak mahu saya malu dengan kawan2 serumah.dalam tempoh sebulan Abang Zam cuba untuk menyintai saya tapi tak boleh kerana yang ada hanya perasaan seorang abang kepada adiknya.

sehingga hari ini saya masih sedih kak diana.sbb tu saya meluahkan semuanya untuk kak diana.saya tak tahu nak cerita pada siapa2.saya malu pada kawan2 sebab mereka sudah tahu dari awal lagi yang Abang Zam tak pernah cintakan saya.
**************************
sedih kan..email ni panjang sebenarnya tapi aku ringkas2 kan
untuk mudahkan korang baca.aku baca pun sedih tau tak.
dapat bayangkan perasan kecewa + malu tu cemana.
kalau kecewa saja tak de malu tak pe jugak..kan??

untuk mar jangan sedih2 ye.
kamu masih muda..
meh bagi kata2 semangat untuk mar..

sekian..

NAK ANAK BERJAYA SEBAB ANAK JIRAN BERJAYA

Assalamualaikum..

selamat pagi semua..
hari ni hari sabtu..
ada lebih kurang seminggu je
lagi anak2 kita nak bersekolah .
dah siap ke persiapan nya??

cerita pasal sekolah..
semua ibu bapa nak anak2 depa
berjaya kan??

tapi kadang2 tindakan kita
macam memaksa depa tu belajar
bukan untuk diri depa sendiri tapi untuk diri kita.

Kita nak depa berjaya sebab
anak jiran sebelah tu pun pandai2 semuanya..
malu la kalau anak kita tak pandai..kan??
kita hantar anak kita tuisyen sebab
kawan kita kat tempat kerja
kata kalau tak hantar tuisyen nanti gagal periksa.

aduhai..
kita terlupa kemampuan anak kita sendiri..
kita terlupa apa kemahuan anak kita..
kita cuma pentingkan diri kita saja..

tak patut kan???

sekian...

HANTU TAK WUJUD .

Assalamualaikum...

Cakkk!!dah mandi ka??
sejuk oi pagi ni..ekekkek..

Biasanya kalau hari sabtu ni apa
aktiviti korang??
tidur?kerja??

alamak..kalau kena kerja memang boring..kan??
tapi ada jugak yang kerja
separuh hari je..jam 12 dah boleh balik.
jadi sebelum korang boring2
jom kita baca cerita lucu ni ye??
********

Hantu Wujud ke Ayah ???

Sorang anak dan bapanya berpindah ke rumah baru..
selepas beberapa bulan mendiaminya...
...
Anaknya bertanya kepada bapanya...

Anak : Ayah percaya ke dengan hantu ???

Bapa : Tak...memang tak wujud hantu kat dunia ni...

Anak : Tapi orang gaji kita cakap yang hantu itu wujud...

Bapa : Bila masa kita ada org gaji ni ?? Jom packing barang kita ni,kita pindah...
**************

ekekekek...
tadi dia kata hantu tu tak wujud..
last2 dia jugak yang takut..

sekian..

Jumaat, 23 Disember 2011

ADUHAI..READ MORE PULAK..!!

Assalamualaikum...

alahai..
slow sangt internet hari ni..
nak bw pun hilang mood sudah..

dah la banyak blog yang
sibuk pasang read more sekarang ni...
nak komen susah..
nak baca pun susah..

ye la..
tahu la korang pentingkan page view..
tapi apa guna pageview tinggi
kalau pembaca tak selasa..

ambik masa tau nak loading 2,3 kali.


sekian..

SAFEE SALI MAHU TINGGALKAN PELITA JAYA

Masalah ini membuat saya keliru. Saya masih menunggu untuk mendengar dari PSSI dan Fifa, dan diharapkan ia akan dipadam tidak lama lagi, "katanya kepada pemberita pada sidang media dalam acara promosi Jaya Pelita pada hari Khamis.

"Jika ada sekatan [Pelita] maka saya akan memilih untuk bermain di luar Indonesia. Saya belum benar-benar membuat keputusan lagi tetapi saya masih menunggu perkembangan selanjutnya daripada PSSI dan Fifa, supaya saya masih boleh bermain untuk pasukan kebangsaan . "

"Mereka [FAM] memantau perkembangan di sini. FAM bimbang tentang kewujudan saya di sini kerana saya seorang pemain pasukan kebangsaan."

"Persekutuan sentiasa menyokong saya bermain untuk kelab ini, dan mereka telah melihat kemajuan saya di sini. Oleh itu, saya masih berharap untuk bermain untuk pasukan kebangsaan dan saya ingin tinggal dengan PPK Jaya."


-safee sali-

sumber:goal

*****************
kalau dibaca dari artikel ni rasanya pengurusan Pelita jaya semuanya senang dengan Safee Sali.cuma demi masa depan rasanya baik la dia cari kelab lain luar indonesia yang lebih baik dan menjamin masa depan dia..setuju???

sekian..

LIVE STREAMING KELANTAN VS PERSEBAYA

Assalamualaikum..

Perlawanan bolasepak Piala PERMAI .. Kelantan menentang
Persebaya malam ini akan berlansung jam 8:45 malam
di STADIUM SULTAN MUHAMAD KE IV.
yang tak boleh ke stadium boleh menonton di Astro Arena.


Ramai yang meramalkan kelantan akan
menang besar malam ni kerana sedia maklum
Persebaya adalah kelab yang menjuarai liga
diperingkat bawahan

Jadi kalau kelantan kalah malam ni
malu besar la kita..kan??
bukan kelantan je malu..satu malaysia malu..heheh

walau apa pun jangan pandang rendah
dengan kelab ni,mana tahu dengan sokongan rakyat
Indonesia Pemain mendapat semangat yang luar biasa..

asalkan jangan bergaduh ye..
ekekekek


sekian..

MAISARA::pinjam duit

Assalamualaikum..

kalau dia nampak gambar ni masuk blog kompem ngamuk.
dia cukup tak suka orang tengok gamba dia yang tak elok..heheh

Selamat petang..
sambil2 tengok tv..
tiba2...

Maisara:ibu..pinjam duit sikit..

Ibu:nak buat apa??

maisara:nak beli helmet barbie..

Ibu:kalau ibu bagi pinjam bila nak bayar??

Maisara:secepat mungkin..

Ibu:secepat mungkin tu bila??

Maisara:raya nanti la..

mak aih..raya nanti baru nak bayar.
mentang2 la raya je dia dapat duit pun..
jenuh aku nak nunggu dia
bayar hutang..
kalau raya cina tak pe jugak..

sekian...

JANDA KENA BELASAH

Assalamualaikum..

selamat petang semua..
petang ni kita cerita pasal janda ye.

berita pasal janda kena belasah ni aku tengok kat
blog Ellen tadi.
ringkasan dari berita tu
janda tu dibelasah oleh teman lelaki dia.
dibelasah guna tukul besi.
kena belasah pulak kat depan orang ramai.malunya..

punca bergaduh bila teman lelaki
minta dia kembalikan kunci rumah.
sebelum bergaduh tu depa dok sekali la..
bila dah tak tak nak kat janda tu,
dia ada pompuan lain jadi dia mintak
la kunci rumah dia balik.

patutnya kan..bila dah namanya janda..
dia ada la kesedaran untuk
kearah hidup yang lebih baik
bila menghadapi penceraian yang pertama tu..kan??
tapi mungkin silap percaturan
dan terlalu mengejar cinta
jalan yang kusut tu jugak yang dia tempuh..

memang ada perempuan yang ambik
kesempatan dengan gelaran janda yang dia dapat.
mentang2 janda..dia boleh la
tak peduli pasal dara ke apa..kan??
boleh duduk sekali hidup macam laki bini..
pengalaman dah ada jadi
tak perlu kekok nak berlakon macam pasangan
suami isteri untuk mengaburi jiran tetangga..

perempuan macam ni la yang merosak kan nama
baik janda2 lain..


sekian..

SARAPAN MACAM DALAM DRAMA

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
ada yang baru buka blog ni..
dah sarapan ka?
bila pagi2 ja mesti nak buat entry pasal sarapan..

Korang biasa kan tengok drama2 tv..
kalau babak waktu sarapan tu
mesti meja depa penuh atas tu..
lagi2 kalau yang ditunjuk tu keluarga kaya.
dengan roti,bihun,karipap..
heran aku..yang makan nye 3 orang je...
tak logik kan..??

umpama macam disogok dalam
kepala otak kita ni yang
orang kaya memang makan banyak
dan suka membazir..

lepas tu kita yang menonton ni
pun bila rasa senang sikit mula nak
tiru macam dalam tv tu.bila sarapan
selagi tak penuh meja rasa tak puas hati je..

hehehe

sekian..

PENTINGNYA GIGI YANG SIHAT UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum..

selamat pagi semua..
Setiap orang harus mengutamakan
kesihatan gigi dan mulut.
begitu juga bagi ibu hamil supaya terhindar
dari kesan2 tidak baik mulut dan gigi
yang mungkin boleh menimbulkan risiko kehamilan.



Hasil penelitian menunjukkan 77 % ibu
dengan kelahiran bayi yang beratnya kurang,
mengalami infeksi gigi dan mulut.
Penyebab berat bayi lahir rendah memang beragam,
namun penelitian ini menunjukkan,
ia juga dipengaruhi keadaan ibu yang
mengalami masalah mulut dan gigi.


Masalah mulut dan gigi pada ibu hamil
kebanyakan nya ialah radang gusi dan gigi berlubang.
ianya boleh diatasi dengan pembersihan karang gigi
atau penampalan yang masih boleh untuk keadaan ibu hamil..

selain itu ibu hamil mestilah berkumur
setiap kali dia muntah supaya
sisa2 muntah tidak menjejaskan
keadaan gigi dan mulut.

sekian...

SENARAI VIDEO YOUTUBE PALING POPULAR 2011

Assalamualaikum..

youtube mengumumkan video-video di youtube telah di tonton sebanyak 1 trilion kali pada tahun 2011.

"Jika dibahagi2 kan ,setiap orang di bumi ini melihat video di YouTube sebanyak 140 kali," -youtube-

Jumlah tersebut mengalami kenaikan pesat jika dibandingkan tahun 2010 lalu yang hanya dilihat 700 milion kali.Video klip dari penyanyi pendatang baru Rebecca Black, berjudul Friday, menjadi video yang paling banyak ditonton di YouTube sepanjang 2011. Video itu telah ditonton 167 juta kali, namun Rebecca dengan sengaja menutup video itu pada Julai 2011.

Video yang Paling Banyak Ditonton (Bukan video dari label muzik besar)
1. Rebecca Black - Friday (Official Video)
2. Ultimate Dog Tease
3. Jack Sparrow (feat . Michael Bolton)

4. Talking Twin Babies - PART 2 - Official Video
5. Nyan Cat [original]
6. Look At Me Now - Chris Brown
ft. Lil Wayne , Busta Rhymes (Cover by @KarminMusic )
7. The Creep (feat . Nicki Minaj & John Waters)
8. Maria Aragon - Born This Way (Cover) by Lady Gaga
9. The Force: Volkswagen Commercial
10. Cat mom hugs baby kitten

Channel yang Paling Banyak Ditonton (Bukan channel dari label muzik besar)

1. Machinima - http://www.youtube.com/user/machinima
2. IGNentertainment
3. RayWilliamJohnson
4. Expertvillage
5. BlueXephos
6. Smosh
7. Realannoyingorange
8. Roosterteeth
9. Thelonelyisland
10. Barelypolitical

Video Klip dari Label Muzik Besar yang Paling Banyak Ditonton
1. Jennifer Lopez - On The Floor ft. Pitbul
2. LMFAO - Party Rock Anthem ft. Lauren Bennett, GoonRock
3. Bruno Mars - The Lazy Song [Official Video]
4. Nicki Minaj - Super Bass
5. Pitbull - Give Me Everything ft . Ne-Yo, Afrojack, Nayer
6. Pitbull - Rain Over Me ft. Marc Anthony
7. Jessie J - Price Tag ft. B.o .B.
8. LMFAO - Sexy and I Know It
9. Katy Perry - E .T. ft . Kanye West
10. Katy Perry - Last Friday Night (T.G.I.F.)

Berikut adalah daftar 10 video yang paling banyak dilihat sepanjang tahun 2011 :
1. Ultimate Dog Tease
2. The T-Mobile Royal Wedding
3. Winning - A Song by Charlie Sheen
4. Nyan Cat
5. Michael Collings - Britain's Got Talent 2011 Audition
6. Masterchef Synesthesia - Swede Mason
7. Diary of a bad man 5
8. Rebecca Black "Friday"
9. Talking Twin Babies - Part 2
10. TomSka - Sketch Animations

sekian..

sumber:mashable

Khamis, 22 Disember 2011

CURRENT EANING DARI DIGI DI WWW.DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..hari ni aku bukan sihat pun..
entry pasal santau tu pun bukan aku yang tulis..
tapi suami aku..hehehheh..aku paksa dia tulis..

Akhirnya dia tulis jugak.dia memang pembaca setia blog aku.
jadi dia tahu la macam mana cara aku menulis.
terima kasih abang..
nanti bila2 boleh tolong kita lagi eik??ekekek

malam ni aku cuma nak tunjuk ini..
jeng..jeng..jeng..!ada buffered earning baru la..
kali ni dari digi lagi..seronoknye dapat be dari digi..


be kalau dari digi memang masyuk giler2 punye la..
malah be dari digi akan melekat lama.
contohnya be digi yang atas sekali tu.
itu be yang aku dapat dari bulan 10.
masa mula2 dapat be tu sampai bulan 11 cuma naik 2,3 puluh ringgit je..
tapi masuk bulan 12 mendadak naiknye...

terima kasih untuk digi dan nuffnang

Sekian..

KALAU BUAT SEGMEN ADA KE YANG NAK JOIN??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
sebenarnya hari ni aku tak sihat..
tapi gagahkan jugak diri
balas jejak ke blog korang..

ada nampak 2,3 blogger jemput
join GA dan segmen2..
tapi maaf ye kalau tak dapat join semua..
kalau ada masa ahad atau sabtu aku join..
insyaallah..

Aku nak tanya pendapat korang ni..
kalau aku buat segmen review alexa
korang nak join tak??

mesti ada yang tanya apa benda review alexa tu??
bagusnya review alexa ni untuk meningkatkan
ranking blog kita dalam alexa.
cara mudah untuk review adalah dengan
download dulu toolbar alexa..
klik sini untuk download.
bila dah download....


buka blog orang yang kita nak review dan klik kat rangking blog dia macam dalam gambar..lepas tu ikut langkah seterusnya macam kat sini...

kalau ada ramai yang nak
join aku buat la..tapi kalau tak de sapa
nak join tak payah buat..baik kita
update je banyak2 dan biar la
ranking tu naik sendiri..heheheh


sekian..

PELAKSANAAN SBPA DITANGGUHKAN.

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

*****************

PM mintak tangguh..

rakyat cemana??hehehh..

setuju ke??


sekian...

MALAYSIA UNTUK GAY,LESBIAN,MAKNYAH..ADUHAI!!

Assalamualaikum...

Oh..nak kata apa lagi..

majlis peguam pun nampaknya nak
sangat golongan2 sebegini
terbela dan dan diberi perhatian supaya
tak tertindas..

maknanya depa nak kita terima jugak
golongan ni supaya bergerak bebas dalam negara kita..
negara islam..



sekian..

SARAPAN PAGI ITU WAJIB

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
sihat ka pagi ni???
sarapan apa ye pagi ni??

selalunya pagi2 gini beli je..kan??
kalau suri rumah macam aku pun ramai yang beli
apatah lagi kalau yang bekerja..ye dak??

Tapi aku jarang2 beli sebab
sarapan aku dan maisara setiap pagi memang
ringkas dan mudah disediakan.

Ada anak2 yang tak biasa sarapan pagi..
masa aku kecik2 dulu
cukup susah nak sarapan pagi
sebelum pegi sekolah.

jadi sekarang ni memang aku biasakan maisara
untuk ambik sarapan selepas bangun tidur.
tak kisah la dia nak mandi dulu ke tak nak
yang penting kena sarapan dulu.
sebab aku tak nak dia jadi macam aku dulu..
tak biasa makan awal pagi sebelum kesekolah..
sampai sekolah perut dah lapar..
nak tunggu rehat jam 10 tu lambat je rasa..

ok la..tercerita pasal diri sendiri pulak..hehe

sekian...

FULHAM VS MANCHESTER UNITED LIVE STREAMING


Rabu, 21 Disember 2011

KELEBIHAN BUTANG LIKE DI BLOG

Assalamualaikum...



Selamat malam..
aku memang suka like post2 blogger.
bila entry tu aku baca dan rasa menarik mesti aku like.
kalau menarik dan tak reti nak komen
pun aku like jugak..

Ada banyak lagi blog yang tak pasang butang like .
kebanyakan nya ada like untuk fanpage dia je.
aku kurang minat like fanpage ni.
lebih suka like post mereka.

kelebihan pasang butang like
untuk post...salah satunya tentu la
dari segi traffic.
tambah pulak yang rajin like tu ada rakan
beribu orang..

cer bayangkan
kalau dia like post korang
dan post korang berada kat wall dia.
rakan2 dia yang lain pun kalau tengok
mesti akan ada rasa tertarik untuk
klik kat link post korang..
walaupun tak semua...kan??

Jadi pada blog yang belum pasang butang like tu
apa kata satgi cuba2 la pasang ye..
tak susah pun sebenarnya...
rujuk tutorial ini ye..


sekian...

BATANG DIA SEDAP

Assalamualaikum...
selamat malam semua..
malam ni ingat nak goreng mee..
tapi sawi pulak tak de..

Korang suka sawi..
kalau kat rumah aku ni sayur sawi memang laku..
Apa2 je sayuran berdaun hijau memang
menjadi kegmaran aku dan suami..

Tapi batang sawi aku tak suka..
makan jugak la cuma tak la sesedap daun nya..

kalau orang tua2 dulu
batang sawi tu diketuk2..
walaupun ketuk2 tu akan buat segala zat
dalam batang melantun2 keluar tapi
bagi depa ketuk2 gitu lagi sedap
sebab masa masak manis dalam batang tu
keluar dan menyedapkan masakan..

pernah masa ada kenduri kat kampung..
paginya aku potong sayur..nak goreng bihun..
aku ambik sikit je batang sawi tu..
yang selebihnye aku buang..
ada makcik sorang tu kata..

"jangan buang batang dia..
batang dia tu yang sedapnya..
ketuk2 sikit bagi ayaq dia keluar..
manis ayaq dia tu.."

hehehe..
aku pulak malas..
terpaksa la aku ambik jugak batang sawi tu walau
dalam hati tak mau ambik..
(aku memang degil..)heheh

sekian..

WANG KERTAS BARU 2012

Assalamualaikum...

selamat malam semua..


wah..macam ni rupanya gambar wang kertas baru ye?
cantik jugak..kan??

wang kertas baru akan keluar awal january tahun depan.
bukan saja wang kertas malah
syiling pun ada keluaran baru.
apa pendapat korang??cantik kan??


semalam mimpi yang kita
kembali menggunakan wang syiling RM1 ..
hehehe..ala..yang kaler emas tu..:P

sekian..

CAWAT BESI

Assalamualikum..

Selamat petang semua..
rupa-rupanya aku demam hari ni..
patut la sakit kepala pagi tadi..

demam2 pun nak berblog jugak..
bukan susah pun..kan??
sambil guling2 je aku menaip ni..hehhe..
(jangan bayang kan..)

petang ni aku nak cerita pasal cawat besi..
atau dalam bahasa yang lebih sopan
kita panggil seluar dalam besi.
tau tak apa kegunaan cawat besi ni??


cawat besi ni dugunakan oleh wanita2
zaman dulu untuk mengelak kan dari dirogol.
zaman dulu
soal dara atau perawan ni memang di titik berat kan.

Cawat besi ni jugak digunakan oleh isteri2
yang suami nya kena jenis kerja luar kawasan..
ada yang suaminye keluar berperang sampai 2,3 bulan..
jadi isteri tu dipakaikan cawat besi..lepas tu di kunci.
kunci tu suami je yang pegang..
untuk mengelak kan dari isteri berlaku curang..

(kalau suami mati berperang,
haru ja..hehehe)

**betapa ramainya isteri yang
berlaku curang sekarang ni..
rasanya penggunaan cawat besi ni
perlu dipraktik kan kembali..
ekekekeke..sanggup tak pakai??

sekian...

RAMAI PELAJAR YANG TIDAK SETUJU DENGAN PEMBERIAN BAUCAR RM200








Nampak masih ramai yang tak
paham dan ramai yang tak setuju dengan
pemberian dalam bentuk baucar..
Setahu aku bukan untuk beli buku saja,
boleh jugak beli alat pembelajaran...kan??
(sila betul kan kalau aku salah..)

apa pun harap kerajaan dapat
terangkan perkara ni dengan lebih jelas
supaya masing2 dapat kelebihan..

kan??

sekian..

MAISARA:: cinta

Assalamualaikum...


ni masa umur awal 3 tahun tak salah


tadi maisara tiba2 je
bawak pen dan buku satu..

maisara:ayah..tolong tulis sekejap..

Ayah:nak tulis apa ni??

Maisara:tulis "cinta"

Ibu dan ayah:ha?????

Maisara:tulis cinta....

Ayah pun tulis la perkataan cinta kat buku tu..CINTA..

Maisara:bukan tulis macam ni..

Ayah:macam tu la tulis cinta.nak tulis macam mana lagi??

Maisara:tulis la yang "bergelut-gelut"

Ibu:apa??begelut??begelut macam mana?

Maisara:macam ni...(sambil buat aksi melintuk liuk..heheh)

Ayah:O...ayah tau...macam ni ka??

maisara:ye....macam ni la..hahahah..terima kasih ayah.

tulisan sambung tu
dikatanya bergelut-gelut???
aih..apa2 je la maisara..
ayah je yang boleh paham dia..heheheh

sekian..

(entry malam tadi..:p)

SAYA INTAI KEKASIH LAMA

Assalamualaikum...

"..saya sakit hati tengok xbf saya
yang upload gambar dia dan isteri
kat facebook..
benci saya tengok.macam nak menunjuk-nunjuk
pada saya saje.."
_gadis_

habis tu kamu nak akak buat apa dik??
nak akak pi rumah depa dan lempang2 laki tu??
heheheheh...

aih..ni la masalah gadis2 sekarang ni..
dah putus sudah la..
yang hang pi jadi stalker buat apa??
dia kan dah kawen...tak payah la dok
jadi rakan dia lagi atau dok intai2
wall dia..

percaya la dik..
lelaki tu tak buka pun wall
kamu untuk tengok apa aktiviti kamu..
mungkin jugak nama kamu pun dah tak de dalam
pikiran dia sekarang ni..

jadi lupakan segera..
ada banyak cara nak lupakan dia..
salah satunya ialah cari pengganti..

tak boleh kawal diri'untuk intai2 wall facebook dia??
apa kata tutup je akaun facebook kamu..

sekian..

TIPS MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
sakit kepala la pagi ni..
mungkin sebab makan durian 4 biji semalam..
4 biji aku sorang je bedal..
hehehhe...


sakit2 kepala gini agak susah nak memerah idea menulis..
nak angkat kepala pun tak larat rasa..
tapi ada tips untuk mengurangkan sakit kepala
iaitu minum air suam banyak2
dan tidur..

kemudian bila sakit kepala
elak kan minum kopi dan makanan yang manis..
lagi satu jangan makan
makanan laut..terutamanya udang.
lagi apa ye...tak ingat dah..

tapi yang terbaik sekali adalah tidur..
jadi mintak maaf ye kawan2..
aku nak tidur kejap ye..
ekekekek...


sekian...

HERO DALAM KONFLIK ADLIN AMAN RAMLIE DAN CHEF WAN

Assalamualaikum...

Orang lain bergaduh..
kita jangan la nak menambah
panas dan jadi batu api..



ramai yang kata orang perempuan
mulut jahat..kan??
nah..sekarang kita tengok
jahat mulut lelaki pulak..

berbahasa yang baik2 tak boleh ke??



sekian..

MINUMAN YANG BOLEH BUAT WANITA LEBIH GHAIRAH KEHIDUPAN SEKSUALNYA.


Ingin kehidupan seksual Anda lebih baik? Ada minuman yang boleh menjadi penawar iaitu anggur merah. Menurut kumpulan pengkaji dari University of Florence, Itali, wanita yang minum anggur merah, lebih menikmati kehidupan seksualnya.

Tak perlu minum terlalu banyak. Hanya dengan satu hingga dua gelas anggur merah sehari, dari hasil kajian diketahui, wanita akan merasa lebih puas dengan kehidupan seksualnya. kajian ini melibatkan 800 wanita Italia, yang berusia antara 18 hingga 50 tahun.

Dengan menggunakan Female Sexual Function Index, yang biasa digunakan doktor untuk mengukur kesihatan seksual, diketahui wanita yang suka minum anggur merah mencapai kepuasan seksualnya lebih tinggi.

Pencapaian ini ditentukan dari berbagai faktor. Antara lain gairah seksual, orgasme, kepuasan dan rasa sakit dan berkisar antara 2 hingga dan 36 poin. Dengan poin yang lebih tinggi, bererti kesihatan seksual yang lebih baik.

Secara keseluruhan wanita yang minum dua gelas anggur merah setiap hari, pencapaiannya rata-rata 27.3 poin. Sementara, yang minum satu gelas anggur sehari pencapaiannya 25.9 dan yang tidak minum pencapaian nya adalah 24.4.

sumber::tribunnews

Selasa, 20 Disember 2011

BLOGGER YANG TERTIDUR

Assalamualaikum..

Selamat petang semua...
penat tak berblog??
penat kan??sakit pinggang.sakit tangan...
sakit mata..tapi sebab minat..nak buat jugak..
heheh..

Aku pun kadang2 rasa penat...
bila penat aku tidor je..
kemudian bila terjaga kan...

"ish...ruginya aku tidur tadi..
kalau aku blogwalking pun bagus.."


Link
aku kalau tidur nampak cantik gini la..muahaha..

Tambah2 bila kita dah janji dengan
blogger lain untuk buat entry itu ini..
bila terjaga je..
"alamak..aku lupa nak nak join GA dia ni..
haritu dah janji.lupa pulak.."

lepas tu tergesa2 la buat entry..
sambil menaip tu..
marahkan diri sendiri sebab lebih
suka tidur dari tunaikan janji..ekekek..

entah apa2 entry ni..
cuma nak bagi tau aku baru bangun tidur..
ekkekek..

**tengok kat sidebar ada menu "MEREKA JUGA BUSUK"
itu widget busuk.org sebenarnya..
tapi hari ni entah kenapa widget tu tak keluar pulak.

(menjawab soalan belalang dan kak mimi di chatbox..:)

sekian..

Giveaway Craft n Crochet

Assalamualaikum..


Selamat petang semua..
petang ni aku nk join giveaway
yang dianjurkan oleh seorang sahabat..
ini adalah giveaway dia yang ke 4.
selain blog herba tihara ni..
dia juga ada satu blog lain..Craft N Crochet.

Craft N Crochet adalah blog yang
menjual brooche,pin rambut,
penanda buku dan banyak lagi..
semuanya adahal hasil tangan dari owner blog sendiri..

Paling menarik dan yang aku suka sekali adalah :


comel tak Baby Booties
ni??suka sangat.harganya RM12 sahaja.
yang RM10 pun ada..klik sini kalau nak

yang ni pun aku suka jugak...

penanda buku..
harganya cuma RM3.50.
boleh klik sini kalau berminat

Pada yang berminat nak join GA dari Tihara ni
apa kata klik je kat gambar atas sekali ok..
untung2 dapat pin rambut..
maisara suka tu..:P
kalau dapat boleh pakai pi sekolah..:)

sekian..

Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak

Assalamualaikum..

Nak join jugak boleh dak???
aku blogger dari pulau pinang..
5 orang blogger yang aku tag ialah...

http://lydsunshine.blogspot.com/
http://herba-tihara.blogspot.com/
http://gadisbunga93.blogspot.com/
http://prettywrite.blogspot.com/
http://mynzahome.blogspot.com/

Kebaikan Blogwalking 2012 by JiwarOsak(copy je)
1. anda dapat backlink dari blog jiwarosak.com
2. sememangnya list ini akan saya gunakan utk blogwalking 2012
3. list blogwalking ini akan di share utk kegunaan group
blogger sya di PORT BLOGGER (2875 members)
4. list ini akan di letakkan di side blog syauntuk kegunaan pelawat yang datang.

sekian..

MAKAN GUNA TANGAN KIRI??EIII....UWEKKKK!!

Assalamualaikum...

selamat tengahari semua...
dah makan ka???
jom cerita pasal makan nak tak???

korang pernah makan makanan yang pelik???
tak terkejut sebab memang banyak makanan
yang pelik2..
tapi pernah jumpa tak orang makan
dengan cara yang pelik..

percaya tak ada orang yang makan dengan tangan kiri.
bukan makan suap dengan sudu tau..
tapi suap dengan tangan..
menjijik kan...

dia ni kidal..
sampaikan makan pun dengan tangan kiri.
jadi pernahla ada yang tanya dia
"habis tu ko cebok guna tangan kanan ke?"
dan dia jawab "ya"

aduhai..
pelik kan..
sepupu aku pun kidal jugak..
tapi bila bab cebok dan makan
dia tau la nak guna tangan mana.
aku rasa orang lain pun macam tu jugak kan??

jadi kalau kita ada anak yang
kidal tu kena la pandai2 ajar dia
bab makan dan cebok ni ye..
biar dia tau tak kira la kidal ke apa
makan tetap kena guna tangan kanan
dan cebok kena guna tangan kiri..


sekian..
Related Posts with Thumbnails