Khamis, 31 Mac 2011

Pemain SEO menjengkelkan.

Assalamualaikum...

SEO..ataupun dalam ayat panjang dia search engine optimizer.
Bagi blogger2 yang mementingkan traffic
SEO adalah salah satu teknik supaya post blog kita berada diatas
bilamana satu2 kata kunci tu di klik.peghhh!!!ayat skema aku!!
betul ke tu makna SEO??hahhah..ikut pemahaman aku je la..

Tapi pada blogger2 yang menitikberatkan SEO ni
dia tak kan mengaku dia pentingkan traffic...
walupun hakikatnye ya..kenapa???
entah la..kenapa nak berpura2 pulak..kan??
cakap je la..ye saya kejar traffic.
sebab tu SEO sangat penting dalam blog saya..

tapi dalam entry siap hentam blogger baru2 ni..
"blogger baru sekarang tak pentingkan kualiti..
cuma pentingkan traffic saja.blogwalking semata2
nak cari shoutbox."

padahal entry dia pun bukan berkualiti sangat.
apakah sebab kita guna ayat skema tu menggambarkan blog kita berkualiti??

Cuba korang bayangkan kalau semua blogger asik tulis
benda yang sama dengan orang lain.
pi blog si mamat dia cerita tentang "punca kucing cik Aiman Mati"
lepas tu kat blog munah pun cerita itu jugak..
blog manap pun itu jugak ceritanye..
blog talib pun sama..
aduhai..!kalau jarang2 tak pe jugak..
ni dah selalu sangat buat cerita berulang gitu...

Tak salah la kalau nak bermain dengan SEO.
tapi jangan lah sampai identiti diri tu hilang.
sebelum ni orang ikut blog dia sebab cerita2 menarik yang dia tulis.
semakin hari dia makin malas..nak ambik cerita yang memang wartwan dah siap korek je..
tinggal nak tempek kat blog sendiri..

Orang nak jugak baca cerita yang dia sendiri kaji dan gali.
setakat nak baca cerita yang dah kita tau dari tv dan blog yang
kita singgah sebelum blog dia,rasanye tak de la orang nak baca cerita sama
dalam tempoh 2 jam blogwalking.

kalau orang singgah blog dia pun bukan sebab tajuk SEO dia tu
tapi sebab "kawan"...tak pun sebab "tadi dia mai blog saya.."..

lain la kalau kat umah orang tu cuma ada
tenet je.tv,radio,suratkabar tak de.kalau pun ada tenet je dia
baca cerita tu sekali je,tak de dia ulang baca macam baca quran.

blogger itu hebat bila dia mengoleh berita itu menjadi hasil tulisan
nya sendiri.menulis dengan pendapat dan pandangan sendiri.
menjadikan penulisannya satu sebab kenapa blog dia dikunjungi.
bukan sekadar copy and paste.

minta maaf kalau ada yang berkecil hati
dengan entry aku ni..

sekian...



kagum hasil
tulisan padin dan cik tom.

susu badan atau susu formula

Assalamualaikum...

Korang lebih suka anak hisap susu badan atau susu formula??
ada orang yang masa anak kecik dia bagi susu badan..
bila dah habis pantang
sibuk nak bagi susu formula pulak..
sebab nak kerja katanye..
kang nak tinggal kat orang
mana nak cari susu badan..
heheheh...

betul ke tindakan tu ye??
kan susu badan kita boleh
perah siap2 simpan dalam botol..kan??

kalau kita mintak
kerjasama dari pengasuh tu agak2 dia nak tak??
maksud aku kita sediakan susu badan yang dah
kita pam siap.
lepas tu tinggal kan kat pengasuh tu
masa kita pi kerja..

jom kita kongsi pendapat..:)

sekian..

**eh!!korang jangan lupa join segmen jejaka terhangat tu ye..
bagitau la apa yang tak best kat blog aku ni..
jangan segan2 tau...

Masa dalam pantang

Assalamualaikum..

sapa tengah mengandung??
masa mengandung seronok ..kan??
yang tak best masa dalam pantang...
dah nama pun pantang,
memang pantang banyak sangat.

Tambah2 bila yang jaga kita masa pantang tu
memang kuat pantang..
aih!!serba tak kena kita ni..
nak minum air pun dia sukat..hehehee
minum terlebih karang..
"aih..kamu ni banyak nye minum..kembang le tempat jahit kamu tu nanti.."
jenuh la malam2 bangun curi2 minum air..hehhe

bab makan satu hal..
naik muak dah asyik makan ayam je..
nak makan ikan takut gatal..

masuk bab berbengkung..
aduhai..dah siap berbengkung kang anak pula menangis nak susu..
dah la masa berbengkung ni nak bergerak payah sikit.
kena baring je sebaiknye.

orang dulu2 punye bengkung panjang tau..
dalam 3 meter ada la.
masa nak pakai tu kita kena paut kat tiang.
tahan le masa tukang yang pakaikan bengkung tu
menjerut perut kita ketat2..

sebab tu la orang dulu2 pinggang ramping je.
bukan macam sekarang..
anak 2 perut dah mengelebeh..
malas berbengkung.
berbengkung 3 hari je..hehehe

sekian..!!

**eh!!korang jangan lupa join segmen jejaka terhangat tu ye..
bagitau la apa yang tak best kat blog aku ni..
jangan segan2 tau...
**

"ENTRY INILAH YANG PALING AKU SUKA"


Assalamualaikum...

Segmen pertama dibulan April aku join ni..
teringin nak join sebab tuan punye segmen ni
pengunjung setia blog aku..heheh..
dah la aku jarang2 pi jenguk dia..
tak kan dia buat segmen aku tak nak join..kan??

Ok..ni segmen anjuran Puan Liza@AdzrielAB .
dalam segmen ni kita kena bagitau entry mana dalam
blog kita ni yang paling kita suka...
ha...kalau aku pulak aku suka entry ni..
sebab entry ni tentang anak aku yang betuah ni..maisara!

korang nak tau cerita apa?
klik dan baca la..

sekian...


Setahun sudah berlalu

Assalamualaikum...

hari terakhir dibulan mac 2011..
esok dah masuk bulan April..
apa yang kita terlepas dibulan Mac ini tak kan
sama dengan apa yang kita akan buat pada bulan April..
kalau dibulan Mac ini kita banyak terleka
harap2 bulan April nanti kita perbaiki semua kekurangan itu..

Ini adalah entry aku yang ke 988.
Bulan April ni genap la setahun aku melangkah bersama2 blog
kesayangan aku ni..
tak sangka la dah setahun berlalu..

cepatnye masa berlalu dan aku terus mengejar.
aku berharap ilmu berblog yang aku dapat seiring dengan
365 hari aku meneroka dunia blog ini..

entah kenapa ayat aku skema kemain ni??
tetttttt!!!testting..testing!!dah ok...hhehehe..

mengikut rank alexa hari ni blog aku masih berada di rank ke 225291.
sama macam semalam..
setahun yang akan datang aku nak
dia berada di bawah 200k..
rasa2 boleh tak??
insyaallah...

sejak awal bulan mac aku kembali
menjadi seorang penggiler traffic..hehehe
walaupun penggiler traffic tapi aktiviti blogwalking
sangat malas aku lakukan..kenapa la aku tak rajin??

2,3bulan lepas aku digoda cik tom..kemudian digoda pasangan kekasih ni..
siti safiyyah dan fariq..digoda untuk bertukar pakai domain sendiri.
mula2 tergoda jugak..lama2 aku rasa malas la.
sebab kalau kita tak bayar blog kita akan hilang.
buatnye satu hari nanti aku pergi menyahut seruan ilahi
terkubur la aku bersama2 blog aku ni..
tak dapat la maisara baca bila dia besar nanti..kan?kan???
tak kan sebelum aku pergi nak pesan kat Abang Lan
"aaa,..a..abang..ja..ja....ngan lupa setiap ta..ta..hun bayor kat..kat netkl tu....ye??
ajer giler...

jadi biarlah aku begini saja..:p
hhehhhe....

eh!!korang jangan lupa join segmen jejaka terhangat tu ye..
bagitau la apa yang tak best kat blog aku ni..
jangan segan2 tau...

kalau menang dapat traffic tau..
rugi sapa tak join..

sekian...

Rabu, 30 Mac 2011

seksi itu subjektif..hehehe

Assalamualaikum...

Korang baca suratkhabar hari ahad lepas tak??
tengok muka depan dia..
betul2 macam iklan jual pompuan..
ni tektik nak naik kan rating suratkhabar depa la..

apa releven nye ada undian siapa
artis paling seksi??
untuk apa semua ni??
pelik kan??kalau dia buat tu untuk bangsa cina dan india ke
aku tak kisah sangat la..
korang pun sedia maklum kan sapa artis yang terpilih tu?

tak sedar ke semua ni
macam menyokong je tindakan artis ni
pakai seksi2 ..
bagi setengah orang dia akan kata
"seksi tu subjektif.."
heheh..subjektif tang mana pun aku tak tau..
yang aku nampak semua artis tu pakai baju nak
tayang dada ja..mana yang tayang lebih dia
dapat anugerah artis paling seksi..
jadi apa sebenarnye makna seksi pada
penganjur yang dok buat undian bodo ni??

Yang aku tau suratkhabar ni
selalu menyiarkan cerita2 tentang gejala sosial
masa kini.jadi aku beranggapan mungkin
depa nak membenteras masalah2 sosial..
nak menyedarkan kita supaya jangan terlibat dengan perkara2
tak sihat..
rupa-rupanye mereka nak menggalak kan ..
erm..

sekian...

oi..aku benci la..

Assalamualaikum...

line slow sangat la malam ni..
dah la aku tengah giler traffic ni..
hahahah...nak bw pun rasa tak tau nak mula dari mana..
mujur la cuaca sejuk nyaman F&N sarsi..
aku pun bernyaman-nyaman di dalam selimut..:p

"aku benci betoi kalau line slow.."
tak payah bagitau la kita benci..
mana ada orang suka nak online guna line slow2 ni..kan??
tapi orang kita macam tu la..

benci itu..benci ini...
semua nak bagitau kat orang...
orang benci kat dia ja yang dia tak mau dengar..heheh..

paling haru siap buat page kat facebook..
apa motifnya entah la..ada jugak tu orang nak "like"
hehehh..
jom layan gambaq ni..


ni baru sikit je ni..
ada beratus lagi yang "aku benci" kat facebook tu..

"aku benci polis."(kenapa??dia buat apa kat hang)
"aku benci nyamuk"(sian..ahad ni buat gotong royong la..)
"aku benci payedd"(payedd tu apa weh??)
"aku paling benci bakrie"(tak tau la bakrie mana..)
"aku paling benci bila lighter hilang"(heheh..ini pun ada..)

ada kah korang tergolong dalam mereka2 yang "like" tu??
hehehehe


sekian

bertudung kerana terpaksa?

Assalamualaikum...

sebenarnye dah lama nak buat entry pasal ni..
Ni sebenarnye melalui perbincangan dengan adik aku eija.
kami memang selalu berbeza pendapat..
tak tau la kenapa.mungkin masa mak aku mengandung
kuat makan jering kot...
hahahah...

ok..terus kepada apa yang aku nak sampaikan..
ada orang kata
"buat apa bertudung kalau terpaksa..?"
"belum sampai seru lah nak bertudung.."
"nak bertudung kena ikhlas..tak ikhlas berdosa tau.."
"ala..aku tak mau la berpura2 pakai tudung..padahal hati tak nak.."

pada kawan2 yang berfikir seperti ini meh baca satu
ulasan yang aku dapat dari blog ustaz zaharuddin ni..

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.


ok..tu je lah ye..

pada kawan2 semua..ikhlas atau tidak bukan kita yang tentukan itu satu pahala atau dosa.kewajipan kita hindari yang keji dekati yang terpuji..


sekian..

kenapa isteri curang??

Assalamualaikum..

zaman sekarang banyak betul dengar cerita
tentang isteri curang.dulu tak de ke pompuan curang???
ada..tapi tak banyak diperkatakan macam sekarang...
sekarang kita kerap dengar cerita2 gini
mungkin sebab media kita sekarang dah luas..
dulu cerita2 gini cuma disampaikan oleh ahli2 mesyuarat tingkap je..
sekarang suratkhabar,internet,tv kan??

kesunyian menjadi faktor utama kenapa
isteri berlaku curang..setuju tak??
mungkin suami asyik kerja luar saja..
tinggalkan isteri kat rumah.
semua perkara isteri lakukan sendiri..
mendedahkan dia lebih kepada dunia luar..

Ada jugak yang berlaku curang untuk menunjuk kan
protes atau merajuk dengan suami..
jangan fikir tak ujud perempuan yang berakal pendek gini ye..:p
bila suami kecewa dia kata..
"padan muka..tu la.hati aku tak nak jaga.."

Yang berlaku curang sekadar suka2 pun ada jugak..
nak test market la,samada dia masih cantik dan menarik..heheh
dari suka2 terus jadi cinta..ha..naya!!!

Kalau dari mula lagi berkahwin tanpa ikhlas
juga boleh jdi punca kecurangan..
sebab tu la bab kawen ni kita jangan la dipaksa dan memaksa..
biarlah atas dasar cinta dan kasih sayang..


sekian...

Selasa, 29 Mac 2011

siapa la nak copy entry batok ko ni??

Assalamualaikum...

malam ni sibuk balas kunjungan..
maklum la tuan blog ni bukan boleh bejalan jauh..
ada anak kecik(perasan kecik sebenarnye)..heheh..
baru nak ziarah kawan2 dah anak merengek nak itu ini..

malam ni macam biasa la aku tengok2 la shoutbox aku tu..
ada satu blog ni mintak aku follow blog dia semula..
wah!nampak ramah kemain dia ye..
aku suka tu..nak pi blog dia la.
gagah kan jugak la walau broadband malam ni
slow sikit gara2 hujan ni..

disebabkan line slow entry dia keluar sekerat je..
aku pun klik la kanan..
ingat nak refresh..
sekali yang keluarnye gini....

Whoi whoi!tamalu ke!wa wat blog ni!lu banyak senang kerja ae!tader sivic punya orang.gilaa

amboi..amboi..cantik nya bahasa kamu ye pompuan??
berilmiah sangat ke blog kamu tu sampai
tulis gitu??
setakat cerita kamu batok sampai terkencing
dalam seluar ada ke orang nak copy cerita kamu tu???

macam ni ke blog yang nak suruh orang follow??
masuk2 je dah dapat pangkat giler..
sape yang terasa tu mai unfollow balik.
aku tak hingin la nak follow blog orang gila perasan entry dia best ni..

memang entry kita hak kita..itu blog kita.tapi patutkah kita keluarkan ayat2 macam tu??
ramai je blogger yang letak benda alah ni kat blog depa..
tapi ramai yang gunakan perkataan yang elok ..
tambah2 pulak kamu tu pompuan..

cuba bayang kan kalau kamu datang undangan..
kamu pun pi umah orang tu..
kamu ketuk pintu umah tu..
sekali keluar sorang pompuan cantik..
"eh!tak malu ye..ko datang nak rampas laki aku kan..giler!"

sapa yang giler sebenarnye tak tau la...

sekian...

Bila Anonymous datang menyerang..

Assalamualaikum...

mula2 kita berblog kita tak tau sebenarnye apa akan jadi pada blog kita..
kita menulis macam biasa..bw macam biasa..dan berkawan2 macam biasa..
sampai satu tahap orang semakin mengenali blog kita.walaupun kita orang tak kenal pun,cukup la blog je yang orang kenal..sana sini orang sebut pasal blog kita..tetiba rasa bangga je..

tapi disebalik kebanggaan tu kadang2 terselit jugak rasa kecewa..
bila dah terkenal mula la di kecam anonymous..kita berprasangka baik saja lah pada orang yang kecam kita tu..

"dia bukan dengki kat aku tapi dia cuma nampak sedikit kesilapan aku..
dan aku akan berusaha untuk jadi yang terbaik.."

dulu bila aku dikecam anonymous aku pun buat jugak entry serang balas ni..sekarang baru aku tau itu bukan caranye..bukan kita tak peduli dengan mesej2 dia.kita ambik peduli cuma tak perlu bagi panas keadaan tu..

kenapa bila kita dikecam kita terus buat entry..tajuk mau panas.."anonymous yang kurang ajar"
adakah tujuan untuk mempertahan kan diri??dalam entry tu kita bidas dia cukup2.kita
kutuk pulak dia..penyelesaiannye apa???anonymous tu datang lagi..
hentam lagi..bila mau habis daaaaa???

cara yang aku buat senang je..kata lah apa pun aku tak kan serang dia kat entry aku.banyak benda lain lagi aku nak sampikan pada pembaca2 blog aku ni..aku bukannye seorang yang suka bergaduh sampai 5,6 episod.sebab tu kalau ada anonymous yang komen terlampau aku setakat jawab kat komen je.tak payah nak buat entry khas..

kalau pengkomen tu tak sorok identiti pun aku tengok jugak nak buat entry ke idak.kalau dia serang peribadi aku,tak guna aku buat entry untuk naik kan traffic dia dan traffic aku.tapi kalau melibatkan hal2 semasa baru aku buat entry meluahkan pendapat sendiri.

sekian...

JOM HEBOH BATU KAWAN:gelagat artis malaysia

Assalamualaikum...

ahad lepas ada jomheboh kat batu kawan,pulau pinang..
batu kawan tu dekat je dengan umah aku..
tapi tak pi pun jomheboh tu..
anak aku ni bukan suka tempat panas dan sesak2 dengan
orang ramai tu..

tapi kawan aku ada la pi..
macam2 la dia cerita..
ada sorang pelakon lelaki tu,
belakon dalam drama yang
kira meletup jugak la kat tv3 tu..
dalam drama kemain jantannye..
tapi kat luar lembut tau tak..
meliuk lentok..terus kawan aku ni hilang minat.
hahahhah

yang sorang lagi tu lain pulak..
pelakon lelaki jugak..
wah!!sombong kemain..
dah tentu2 dia tu pelakon..
sah la ramai yang nak bergamba..
peminat pun panggil la dia datang dekat sikit supaya
dapat ambik gambar pelakon kacak ni..
korang tau dia cakap apa..
"tak mau la..panas!!!

erm..nak sejuk kau duduk kat umah je la..
layan nona kat umah..pasang penghawa dingin..
yang tunjuk muka kat situ nak buat apa..??

hehehhe...
amacam..
boleh lawan gayah gebu tak???
hahahah..
eh!!tapi cerita diatas adalah benar ye??
bukan rekaan tau...:p

sekian..

ni kekasih saya...

Assalamualaikum...

Sepanjang berkenalan dengan pasangan korang
sebelum berkawen dulu pernah tak sidia kata..
"jom saya nak kenalkan awak dengan kawan2 saya.."
pernah tak???

bagi sesetengah lelaki dia nak kawan2 dia
kenal dengan wanita pujaan nye..
tapi ada jugak yang lebih suka berahsia..
hari kenduri kawen tu
baru nampak muka pompuan tu...

perlu ke kenalkan kekasih pada kawan2??
pada aku tak payah la..
kadang2 pasal si pompuan tak mau jumpa kawan2 dia pun
dah jadi punca pergaduhan,..
padahal benda tu kecik je..

pendapat dia..
"kalau awak tak mau jumpa
kawan2 saya maknanye awak tak boleh
terima kawan2 saya sedangkan mereka sebahagian
dari hidup saya.."

wah!!!tak fikir ke bila dah kawen
kena jugak ada jarak berkawan tu..
mana boleh berkawan sama macam bujang2 dulu..
cemana pun keluarga lebih penting dari kawan2..
isteri dan anak2 lebih
penting dari kawan2...

lagipun pompuan tu nak kawen dengan kamu..
bukan dengan kawan2 kamu..
tak penting pun untuk jumpa dan berkenalan kenalan..

sekian...

blog aku ada nilai..

Assalamualaikum...

Biasa kita dengar orang jual rumah..jual tanah..
tapi cemana kalau nak jual blog?
aku tak mau la jual blog aku ni..
blog aku ni tengok je lekeh2 gini tau..
tapi harga dia boleh lepas la buat beli kereta..
bukan kancil ye..
heheehhe..

korang pun nak tau nilai blog korang??
meh klik kat sini..
masuk kan je url korang
dan klik value..

sekian...

wanita dah kawen paling rajin mengomen

Assalamualaikum...

sepanjang aku berblog ni aku
rasa kepuasan bila
orang mai komen entry aku..
sapa yang tak suka..kan??
pengkomen tu pun jadi syok mengkomen..
sehari dia tak mai komen rasa tak best je..
ketagih mengomen kot..
hahahah...

tapi korang perasan tak
biasanye yang rajin komen ni adalah blogger pompuan..
blogger perempuan yang sudah berkawen..
yang belum kawen pun ada...
tapi rajin komen
tu antara ciri2 blogger pompuan tu dah nak kawen..
hahahaha

blogger lelaki tak ramai yang suka2 komen ni..
kalau dia nak komen pun kat blog yang
selalu dia singgah je..

kenapa ye??
adakah blogger perempuan yang
dah kawen ni ramai
yang ramah tamah dan mesra??
dah semestinye..
lagi satu orang perempuan ni
boleh masuk cerita apa je..
gosip artis.masak2,sukan,kereta politik..
semua boleh.

blogger perempuan yang umur belas2 ni pulak lebih
suka tegur2 kat shoutbox je..
semalam jumpa satu blog adik ni..
entry dia tak boleh komen..
nak komen2 tinggal kat shoutbox je..
pelik kan??
hahahhha..tu mungkin cara dia..

orang lelaki pulak memilih..
blog masak2 tak mau masuk..
blog cerita tentang anak2 tak mau singgah..
eksen!!!

akhir kata..
jom marah aku!!
hahahahhha

sekian...

Isnin, 28 Mac 2011

sampai hati abang Din...

Assalamualaikum...

Malam ni aku nak ceritakan satu cerita lucu..
cerita ni terjadi tahun lepas..

satu petang kak ida datang rumah aku..
sembang sakan la..
maklum la,jumpa seminggu sekali je..
bila jumpa banyak la cerita nye...

dah puas bergosip2
dia pun balik la..

sampai je kat rumah dia pun terlentang
tergolek tiba2...
nampak satu enpon...
dia tak tau enpon sapa..

"eh!!ni enpon sapa ni?"

dia pun bukak mesej kat enpon tu..

"la..ni enpon pompuan mana ni ?abang din ni ada pompuan lain ka??
tertanya2 dia kat dalam hati..
resah gelisah kak ida..
hancur luluh hati dia bila baca mesej2 romantik
dalam enpon tu..
hampir menitik airmata kak ida..

kak ida pasrah..
dia kuatkan hati untuk tengok pulak gambar2 dalam enpon tu..
tetttttt!!!
sekali keluar gambar anak kecil..
comel je..

eh!!ni gambaq maisara..
la..awat yang aku bawak balik enpon diana ni..


hahahah..
rupanye kak ida terbawak balik enpon aku..
tu la..
pengajaran nye jangan suka syak yang
bukan2 kat laki..
heheheh

sekian...

Bila perigi mencari timba..

Assalamualaikum...

Salah ke kalau perigi mencari timba???
tak salah la..kalau kena caranya..
zaman sekarang ni orang dah tak kisah perigi nak cari timba ke..
timba nak cari baldi ke..baldi nak cari tuala ke..
dah tak de orang peduli pun..

kalau dulu2 ye la..
orang pompuan tak boleh terhegeh2 kat lelaki..
biar lelaki tu yang datang kat pompuan,tu baru betul!

tapi zaman sekarang tak boleh pakai dah..
nak tau kenapa??
sebab utama ialah kalau orang pompuan tak
bertindak dulu jawabnye lambat la nak kawen.
saingan banyak..sapa cepat dia dapat!

yang kedua nye semakin ramai lelaki yang ego..
belagak macho la konon..
hari2 keluar jumpa pun susah nak cakap
"aku cinta pada mu.."
hehehhe..nak tunggu pompuan je yang
cakap dulu kat dia..

cara nak bertindak:-

orang pompuan kalau nak jadi perigi cari timba
kena pastikan maruah diri terjaga..
tarik perhatian sidia tapi pastikan
tidak timbul fitnah dan cerita buruk.
misalnye kalau lelaki tu nak balik kerja tapi
tayar motor pancit..
masa ni kita tarik la perhatian dia tu..bagi dia jatuh hati kat kita..
pelawa dia tumpang kereta kita..

dalam perjalanan tu
ajak la dia berenti makan..
cakap la kita tak makan lagi..
belanja dia ke...
tak salah pun ...

jangan pulak bila suka kat lelaki tu
asik buat perangai tergedik2..
nampak je lelaki tu dan2 suara jadi manja melampau..
siap ada merengek2 lagi..
ha..macam tu ye la orang nampak
perigi cari timba ni satu yang tak elok..

sekian...

Dashboard

Assalamualaikum...

selamat petang semua...
dah lebih sebulan dashboard aku ni
bermasalah..
kenapa blog yang kita follow tak tertera di
dashboard ni??

kalau ada tertera kat situ senang sikit nak bw.
tak kan semua blog yang kita follow
kita nak letak kat bloglist..
mau runtuh blog aku
gara2 keberatan..
ahahha



sekarang ni kalau follow blog orang
pun tak pasti boleh datang lagi atau tak..
Disebabkan masalah dashboard ni jugak,
blog2 lama yang aku selalu singgah dulu tak dapat
aku jejaki lagi..

korang tau tak cemana nak selesaikan masalah ni??

sekian...

nak balas apa ye???

Assalamualaikum....

selamat petang semua..
dah makan???
sibuk betul aku hari ni...
menguruskan rumahtangga..
maklum la,kerja2 rumah ni tak pernah nye habis..
setelah 2 hari bercuti dari berblog kini aku kembali lagi...
walaupun cuti tapi entry tetap ada..hehheh..
tu semua auto publish ye..

pada yang belum tau cemana nak buat entry auto publlish
meh nak ajar..

mula2 sekali korang taip la entry macam biasa..
lepas tu set kan tarikh tu bila korang nak entry tu keluar..
setkan jamnye sekali..

kemudian klik kat terbitkan catatan..
siap le..

hari ni jugak dapat bungkusan dari
kawan maya aku yang tiapkali aku update
kompem komen dia mesti ada..
dia lambat mai pun
tetap dia khatam semua entry yang terlepas..
kan bagus kalau semua blogger gini..:p

oleh sebab laptop aku ni ada masalah sikit tak dapat nak upload gambo
bungkusan tu jadi aku amik gambo
dari blog dia je la..
hahaahh..





spa tak kenal dengan pemilik blog
permata hatiku ini??
kat mana2 je dia ada..
sebab dia rajin bw..
dia jugak adalah antara kawan maya yang paling rapat dengan aku..
terima kasih sarah-najwan!!

orang kata kalau ada orang hantar makanan kat
umah kita kena lah kita balas mangkuk tingkat dia tu..
tengah pikir2 nak balas apa ye..
heheheh....

sekian..

Ahad, 27 Mac 2011

belum ada suami..

Assalamualaikum...

Hari ni ada kenduri kawen dak??
seronok betul kalau ada kenduri ni..
meriah..makan free.tu yang best...

tapi ada jugak pompuan yang tak suka kenduri kawen..
dia suka..cuma dia malas nak pi..
kalau pi satgi ada je yang tanye2..
"ha..hang bila lagi?semua kawan2 hang dah belaki ni.."

sekali dua orang tanya tak pe la..kan??
kerap2 sangat mula nak melazer..
tak baik lazer2..kang lagi kerap orang hina kita..
ehem..ehem..!!

kalau orang lelaki umur 30 tak kawen lagi
tak jadi hal la..
tapi bila pompuan masuk umur 26 ke atas mula
la risau.nak tido malam pun tak nyenyak.
terbayang2 status kawan2 lama kat fb..
"alhamdulillah..selamat melahirkan anak ke 7.."
"selamat pengantin baru Munah..laki hang ensem la.."
"jangan lupa mai kenduri aku ahad ni.ada dodol durian dalam beg kecik.rugi sapa tak mai.."

rasa macam nak berjumpa dengan
orang ramai pun malas..
kalau boleh nak ja menipu..
"hang dah kawen ka..?"
"dah..anak sorang..."

tapi sampai bila nak menipu..
menipu bukan jalan nya..
tu membusukkan lagi keadaan..buatnya satu hari
ada lelaki yang berkenan tiba2..
"eh!!dia tu tak boleh..dah belaki.."
erm..melepas lah sudah!!padahal kita single mingle lagi..

Jangan risau jangan resah..
kita diciptakan berpasang pasangan..
kalau tak jumpa maknanye lambat nak jumpa..
bukan tak kan jumpa langsung..

tapi bila dah jumpa jangan la menolak jodoh tu..
dah ada yang nak satgi kita tak berkenan pulak..
kerja elok,jaga agamanya tapi cuma
sebab dia tak dak lesung pipit ja
dah tak mau..
jangan memilih melampau2..
kita cermin diri kita jugak.
walaupun kita kerja hebat,duit banyak
tengok pulak dalam diri kita..hebat kah???

sekian...

bila isteri tiada...

Assalamualaikum...

selamat petang semua...
aku baru habis balas jejak yang korang tinggalkan..
sikit je..maklum la blog tak gelemer..
kalau blog gelemer sah2 sampai esok tak habis lagi.hahaha..

meh kita mengata lelaki nak tak??hahahahah..
wanita yang berkerjaya pernah tak
tinggalkan anak2 kat suami untuk 2,3 hari??
kadang2 kena pi kursus kan...
terpaksalah suami yang ambik alih tugas menjaga hal ehwal anak2 dan rumahtangga.

Tapi kalau ditanya pada suami..

isteri:abang boleh buat ke..?'

suami:alah..mudah je tu..tak pe.jangan risau la..pergi je.

Tak pernah nye nak kata

"alamak..cemana ni.abang tak biasa ni.."

hahahha..
bila isteri dah masuk kereta
dan melambai2 tanda bye bye
suami pun membalas dengan wajah yang penuh ceria
dan yakin je..
hilang je deruman enjin kereta dan2 muka gelabah tu muncul.

kalau anak tu dah besar dan boleh mandi sendiri,
bangun pagi sendiri,buang air besar dan cuci sendiri..
itu memang tak jadi masalah..
tapi kalau yang baru belajar nak hidup tu..
aduhai..boleh timbul kedut resah didahi..

setiap malam bila isteri telefon..

isteri:semua ok ke abang??
suami:ok je..jangan risau.ni abang la..:p

letak je talipon...
erm..lambatnye ayang balik..:(

sampai hari yang si isteri nak balik
si suami lak kemain bersemangat.
bangun pagi2 siapkan anak2..
kemas rumah..lap minyak2 kat dapur..
biar bila isteri sampai nanti
dia tak nampak haru biru yang
sebenarnye masa ketiadaan dia..
heheheh...

pernah jadi pada korang??

sekian....

kalau tak de anak...

Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan2...
hari ni baru berpeluang menjenguk kawan2 semua..
tetamu dah pulang.:pseronok sebenarnye bila ada tetamu
yang dah lama kita tak jumpa..bila datang bawak sekali anak2.
bertambah meriah dan ceria je rumah kita.bila jiran2 tengok..
"amboi..riuh no umah hangpa.."heheheh....

Cuba kalau tetamu tu datang tak bawak anak..
meriah tak???tak kot..sebab tu ramai orang kata
anak2 ni penyeri rumahtangga.bukan rumahtangga je..
kat mana2 pun kalau ada anak2 mesti suasana tu jadi lain..
bunyi ketawa..bunyi menangis..seronok!!

Ada orang yang dah kawen tapi tak mau anak..belum bersedia katanye..
nak kumpul harta dunia dulu.Ada pulak yang dah lama nenanti tapi
belum jugak mendapat.kesian kan??

tertekan jugak pun ada bila sesekali orang bertanya.."dah ada anak ke belum..?"
pasangan kita mungkin memahami,tapi tidak orang sekeliling.

kepada mereka2 yang sedang menanti tu jangan lah
terus berputus asa.banyak kan berdoa.sedangkan Nabi Zakaria
yang berdoa memohon zuriat juga telah Allah perkenankan doanya
selepas 40 tahun..Doa seorang Nabi tu.. nak dibandingkan dengan
kita yang tak de apa2 ni..jadi pikir2 lah ye...

dengan usaha dan doa
yang berterusan Insyaallah akan berbuah hasilnya..

Ada petua yang aku dengar kalau nak kan zuriat
minum susu kambing
bersama kurma ..tak tak tau la rasanye apa..
sapa berani cuba???
heheheh

sekian...

Sabtu, 26 Mac 2011

.kalau lah boleh...

Assalamualaikum....

bestnye kalau kita dapat menguruskan masa mengikut
apa yang kita suka..
maknanye kalau kita nak pergi kerja,pergi lah..
tak mau pergi pun tak pe..
hehheh..
tapi mana boleh gitu kan..

Agak payah jugak bila
jadual masa depan pun kita tak tau lagi..
apa akan jadi pada isnin depan..??
bulan depan kita nak bercuti kat mana??

sedang orang kaya punya wang berjuta
pun tak boleh nak tentukan jadual dia sendiri..
bangun pagi niat nak bercuti..
tiba2 ada urusan lain lebih penting..
gitu lah maksud aku.

Macam aku dengan suami lah..
sepatunye bulan ni kami tak de perancangan nak balik kampung
dan bercuti..
tapi disebabkan opah kat kampung tak sihat
awal bulan 3 hari tu dah kena balik..
bercuti 2 hari...:p
kemudian seminggu lepas tu
tiba2 je adik ipar nak bertunang
sampai suami terpaksa ponteng kerja.

Oleh sebab bulan ni dah bercuti disertakan
ponteng kerja
makanye bulan depan jangan harap la suami nak dapat cuti.
jadi majlis harijadi maisara tahun ni
cuma diraikan di pulau pinang saja lah..
berbeza dengan tahun2 sebelum ni yang diadakan dengan majlis Marhaban dan
bacaan Yassin..
kesian anak ibu..:p

Tak pe..
tahun depan
insyaallah kita
panggang kambing kat kampung ibu..
hehheheh..

sekian

waktu bila nak guna "kot".?

Assalamualaikum...

Masa aku kecik2 dulu
bila orang tanya dan jawapan yang aku bagi tu
macam aku sendiri kurang pasti aku akan jawab dengan ada
tambahan "kot" kat belakang ayat tu..

contoh..

"bila dia nak balik??"

"entah la..esok kot!"

perkataan "kot" hanya bila kita tak pasti atau ragu2..
tapi semalam aku bw
aku tengok ramai jugak yang guna perkataan "kot"
tu tapi kat ayat yang tak seperti aku guna kan..

"malam ni aku tak boleh tido "kot"..
mata rasa letih tapi tak boleh tido..pusing sana,pusing sini
tak boleh tidur jugak"

maksudnye tu dah lain..
maknanye dia sendiri tak tau dia boleh tido ke tak.heheh..
aku sendiri tak tau apa benda
sebenarnye dia nak sampaikan..

lain la kalau ayatnye gini...

"malam ni aku tak boleh tido la..
mata rasa letih tapi tak boleh tido.."

kan??kan???.

korang pun cakap macam tu jugak ke??
heheheh...

sekian...

cerita blog aku pulak

Assalamualaikum...

Nak cerita pasal blog sendiri la pulak..
asyik cerita tentang blog orang je..
hahhah...

kalau diikutkan sekarang ni
aku dah kurang update blog.
kalau dulu sehari 6,7 entry..
tapi sejak maisara dah besar ni sehari 4-5 entry je..

biasanye waktu siang
entry2 aku banyak berkisar tentang
keluarga,suami isteri dan cerita2 orang dewasa..
sebab waktu siang ni
memang pengunjung blog aku ramai yang
terdiri dari orang2 yang dah berkawen..

bila petang sampi malam baru aku
buka cerita tentang blog atau cerita yang semua
peringkat umur boleh terima.

sekarang ni aku tengah cuba2 buat entry tutorial.
tengah fikir2 bila jam
yang sesuai publishkan entry sebegini..
tapi tak la banyak pun tutorial yang aku reti..
sikit2 boleh la..
maklum saja lah,aku tengah belajo lagi..:p

pasal header pulak..
header belum ada lagi..
tak de idea la nak buat macam mana..
aku suka header yang simple je..
tengok la nanti cemana.
buat masa ni tu je yang ada..heheh

dah la..
tu je nak cerita pasal blog aku..
tetamu yang datang semalam,
bermalam kat rumah aku ni..
jadi tak
dapat berblog sakan..
tinggal kan jejak kat kotak komen ye..
senang nak terjah semula..
kalau kat sb aku terlepas pandang pulak nanti..

sekian...

Selamat harijadi Maisara

Assalamualaikum...

Hari ini genap 4 tahun maisara dilahirkan ke muka bumi Allah ini..
sangat2 bersyukur punya anak yang
baik,comel dan sentiasa nak berkepit dengan ibu dan ayah..
hahhaha..

ingtkan nak buat kontest sempena
ulang tahun maisara ni..
tapi disebabkan masalah laptop
yang tak boleh nak masuk kan gambo
maka semuanye terpaksa di kensel kan..

semoga maisara membesar dengan sihat dan kuat.
dijauhkan dari segala penyakit..
diberikan kepandaian dan kebijaksanaan..
semoga tabah menghadapi
orang2 yang kuat mengusik..
dan jangan kerap menangis..
Amin....
heheh

Jumaat, 25 Mac 2011

Aku kasar ke??hehheeh

Assalamualaikum...

Pernah tak korang rasa aku menegur
dengan kasar??
hahahah..
bukan pe..adalah seorang adik tu..
katanye aku menegur dengan kasar..
kalau ada post aku yang menegur dengan maki hamun dan carut marut
sila bagi tau yang mana..

Selalunye aku
menegur orang dengan menggunakan bahasa yang lurus saja..
sebab aku tak reti nak berbahasa bunga2..
adakah lurus itu yang buat dia nampak kasar..
ataupun sebenarnye orang kita ni
memang tak boleh terima teguran..

Gunalah bahasa macam mana pun tetap dikatakan
sengaja mengaibkan orang dan
membuka pekung orang lain..

kalau teguran aku terkena kat batang hidung korang
itu cuma terkena saja..
jadi macam mana
boleh kata aku membuka aib orang ye??
agak pelik tu sebab aku tak letak nama
si pelaku kat blog aku ni..

Tapi aku paham ..
manusia ni tak ramai yang boleh terima teguran.
kita buat gini di katanye mengaibkan orang..
padahal siapa yang teraib tu??
namanye siapa??
tinggalnye dimana??
anak siapa??
kerja dimana??
pernah aku cerita disini siapa nama2 orang itu???
tak pernah kan??

misalnye kita baca suratkhabar..
sebahagian ayatnye tulis gini..
"seorang wanita ditangkap kerana melacur.."
namanye tak ditulis..
mukanye dikaburkan..
dan boleh kah kita kata
"ish..suratkhabar ni mengaibkan orang je.."

tak kan???
sama lah macam post2 aku kat dalam blog ni..
cuma berkongsi cerita.
salah kah???

oo..sebab entry aku tak de selit hadis2?
gitu???atau sebab aku tak pakai jubah meleret2
dan tutup mulut dan hidung??
atau aku tak kepit fail keluar masuk masjid??
jadi aku tak layak untuk menegur??

sekian...

Biarlah dia..

Assalamualaikum...

"Lantak la kat dia..
kubur lain2..."

Aku kurang setuju bila ada orang
yang suka cakap gini..
tambah2 bila melibatkan moral masyarakat..

Tengok maksiat di depan mata..
"biarlah..bukan urusan aku.."

"lantak ko la..asal aku selamat sudah.."

"alah..kubur lain2..asal kubur aku
tak berasap sudah la.."

memang la kubur ko tak berasap..
tapi kubur jiran ko tu berasap
ganggu kubur2 lain jugak dik oi...

Boleh kah kita cuma pejamkan mata
pekak kan telinga bila berlaku
kemungkaran..
kalau langit ni belipat
bukan yang berdosa je yang kena..
yang tak berdosa dok berzikir kat masjid
24 jam pun akan kena sekali..
jadi tak salahla kalu kita saling ingat mengingati..
malah amalan ni memang di tuntut.

jangan lah kita fikir bila kita
sembahyang,kita berpuasa
maka kita tak perlu lagi kesahkan orang lain...
kompem kalau bala turun tak kena kat kita..
gitu pulak..!!!

sekian...

Aku hodoh atau dia yang kacak???

Assalamualaikum....

selalunye bila kita pi kenduri kawen
tengok je pengantin kita akan kata..
"amboi,..macam pinang di belah dua.."
maknanye sama cantik la tu...
mana tak cantik dah di tepek nye mekap..
mak andam ada sijil lagi tau..
hehehh..

tapi bila tak mekap baru nampak
rupanye bini dia tak lawa sangat pun..
laki dia je ensem..
hehhe..gatai!!berani2 kata laki orang ensem..!

eh!!betul ke kalau
lelaki tu kacak,bini mesti tak lawa..
kalau bini lawa,laki dia pulak kurang kacak...

contohnye Siti Nurhaliza tu..
dia lawa,dato K tak ensem..
sapa kata dato K ensem??
dia cuma nampak kemas je..
kena pandai bezakan kacak dan kemas ye kawan2..
heeheh...

tengok Erra Fazira..
dia cantik tapi suami dia..ha!!
macam kena bom..
dengan selekeh nye semua cukup..

ok,jangan tengok artis..
kita tengok orang biasa sudah..
contohnye macam aku la..
tak mau la kata orang lain kang korang kecik hati pulak..
hahahahh...
ok,tengok macam aku..
aku cantik tapi Abang Lan kurang kacak..
hahahah...mau kena pelangkung
kalau Abang Lan baca ni..

Cer sambil2 korang bw kat
blog2 yang tunjuk gambar dia dengan suami
tu korang tengok muka bini dan laki dia.
sapa cantik sapa ensem???
hahahha...
saja je bagi
korang panas hati sikit baca entry ni..

sekian...

Bersekedudukan

Assalamualaikum...

Betul ke sekarang trend pasangan kekasih tinggal serumah?
Oh!!bunyinye macam menggerunkan.
Aku dengar ni dari mulut seorang kawan..
baru2 ni berjumpa di facebook.
katanye dia tinggal di kolompo..
dengan kekasih nye..
aduhai..tak pasal2 aku jadi penceramah..
lepas tu aku di remove dari friend list!!hheheheh...

mungkin dia rasa teguran aku sangat keras..
tapi apa yang dia lakukan juga adalah
satu kekejaman terhadap
diri sendiri dan pasangan nya...

Kebaratan sungguh muda mudi sekarang ye..
mula2 aku malas nak tulis pasal ni tak mau
nanti orang kata aku asyik cerita pasal buruk orang je.
tapi tadi pi blog Amy
dia cerita pasal
ibu bersekedudukan dengan anak sendiri..
jadi perlu lah aku tulis jugak sebab
perkara ni bukan main2 punye hal..
macam dah jadi virus..

Ada yang kata ibu dan bapa tunggal adalah
golongan yang paling ramai bersekedudukan..
sebab mereka ni pandai belakon macam pasangan suami isteri..
maklum la..pengalaman dah ada..
dikaburi oleh imej ibu2 dan bapa2 tu..

kenapa ye benda yang salah itu
yang seronok untuk kita buat???
kurang mengingati Allah mungkin....

kat bawah ni aku dapat dari google tadi..
meh baca!!

(1) Mana-mana lelaki Islam yang tinggal bersama sebagai suami-isteri dengan mana-mana perempuan Islam atau bukan Islam dengan tidak nikah yang sah mengikut Hukum Syarak dan bukan mohrimnya dengan sebab keturunan, persaudaraan, susuan atau peliharaan adalah melakukan kesalahan bersekedudukan.

(2) Mana-mana perempuan Islam yang tinggal bersama sebagai suami-isteri dengan mana-mana lelaki Islam atau bukan Islam dengan tidak nikah yang sah mengikut Hukum Syarak dan bukan mohrimnya dengan sebab keturunan, persaudaraan, susuan atau pemeliharaan adalah melakukan kesalahan bersekedudukan.

(3) Barangsiapa yang melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) atau (2) seksyen ini hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.



itu hukum dunia je...
tak gerun pun kan???
hukuman kat sana cemana pulak..??
ha..lu pikir la sendiri..
hehehh

sekian....

Sertai peraduan Lancôme Maqui Miracle.

Assalamualaikum...

Adakah korang pengguna Lancôme Maqui Miracle.kalau ya tunggu apa lagi..
ada kontest weh!!hadiah luamyan giler..
aku tak join pun.sebab aku bukan pengguna dia..
nak guna tapi tunggu orang bagi free la..
hehheh

Cara nak join senang je..
korang kena buat satu post
tentang keajaiban produk ni yang merubah korang..
bila dah siap semua korang masuk kan entry
korang tu kat sini-

http://www.nuffnang.com.my/contest-submission-lancome-maqui-miracle
.


korang boleh guna gambar,video atau
apa pun mengikut kretiviti korang..
6 entry kretif akan berpeluang menang produk lancome
bernilai RM2000..
cepat2 join sebab kontest ni sampai 31 mac 2011..

maklumat lanjut dapatkan di sini

sekian...

Tetamu Tak Diundang

Assalamualaikum...

Dah pun hari jumaat...
hari ni aku nak ada tetamu ni.
Tak tau la tetamu tu nak mai pukui berapa...

korang pernah jadi seorang tetamu??
pembohong la kalau tak pernah..kan??
pernah dapat tetamu yang tak diundang??

"assalamualaikum..kak,saya mai ni nak juai tikaq ni.."

"hello..hello..sorry!derma..derma.."

"ni kami mai nak sembuq nyamuk..bayaq 20 ringgit ja."

ish!!rimas dak???
sebab tu aku malas nak bukak pintu siang2..
bukan saja tak bagi lalat masuk
malah tak mau tetamu tak diundang ni mai.

kalau setahun sekali mai tak pa jugak..
ni tiap2 bulan..
ada yang mai tiap2 minggu.
bila sekali kita layan bulan
depan mai lagi.selagi tak bukak pintu selagi tu
la dia dok jerit kat depan pagar rumah..

pernah sekali aku tengah cabut rumput kat depan umah.
datang sorang pakistan jual kapet.

"kakak..kakak..."
aku buat tak tau je...

"kakak..kakak..kakak.."

last2 aku cuci2 tangan masuk umah tutup pintu.
terus dia balik.
dengan depa ni kena buat sombong sikit.
kalau dak habis la..
pantang kita bukak pintu dia mai la..
rimas oi..
tu belum yang mai nak suruh gores dan menang..
macam kawan aku kena dulu..

"wah!!kakak..u sudah menang keleta..BMW ma..
petang nanti i datang bawak itu kunci ma.."

petang nye..

"kakak..kalau you bayar 300,u ada peluang menang ini lumah..
2 tingkat..sana KL.."
dah nampak sangat menipu nye...
rasa nak lempang je..
mujur kawan aku tu tak bagi apa..
heheheh

bukan hari bekerja je depa aktif..
hari cuti pun sama..
nak rehat2 pun tak senang la..

sekian..

Khamis, 24 Mac 2011

tutorial bergambar cara buat scroll untuk blog archive

Assalamualaikum....

selamat malam kawan2....
hari ni kita belajo buat tutorial nak tak???
aku tengok banyak blog yang tak gunakan scroll untuk
bloglist dan blog archive.
bila klik je,nahhh!!!berjela2 sampai ke lantai..hehheh..
kalau guna scroll ni jimat ruang dan tak payah scroll sampai
bengkok jari..heheh..

ikut satu2 ye..tak paham tengok gambo.
mula2 sekali klik layout dan klik Edit HTML



kemudian akan keluar macam ni.klik kat tempat yang aku bulat kan tu..


lepas tu cari code ni <div id='ArchiveList'> .nak cari dia senang je.tekan ctrl+f.masuk kan code kat dalam ruang tu.otometik dia cari.dah jumpa code tu.masuk kan kode ni

<div style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'> kat ats kode yang kita cari tadi tu.
macam dalam gambo ni..
kemudian korang ubah dulu size dia kat perkataan height.macam aku punye sizenye 200px.

dan last sekali bubuh penutup coding ni </div> kat hujung dia.macam dalam gambar..letak dia sebelum code ni <b:include name='quickedit'/>


dah siap!tekan preview..kalau tak de error tekan save...
sekian...

cara masuk kan code HTML didalam entry.

Assalamualaikum...

Selamat petang kawan2...
wah!!bunyi macam ceria je kan..
sebenarnye tengah mengantuk ni..heheh..

ok la..petang ni aku nak cerita tentang Encode.
aku pun tak tau Encode tu apa..
hehheh...korang yang lama2 dan otai2 tu mungkin
akan kata "eleh..orang tau dah la.."
korang memang la tau..tapi pada yang baru2
nak jadi blogger sejati tu bukan tau pun..
heheh

kalau kita nak buat
tutorial lepas tu kita nak masuk kan coding2 dalam
post kita tu,kita kena encode dulu code2 tu..
itu yang encik pasan kacak ajar aku dulu la..
hehehh..kalau kita tak encode kan code2 tu
dia tak muncul dalam post kita tu...

misalnye code nak buat scroll untuk blog archive..
kalau kita masuk kan dalam post tanpa encode kan dia dulu
code ni tak keluar..
kita encode dulu dan kemudian
masuk kan dalam post kita baru dia muncul di post....
paham dak??

jadi kalau korang nak encode kan dia ada dua
website untuk encode coding2 tu..
pilih je yang mana korang suka..

1). http://centricle.com/tools/html-entities/

2). http://www.opinionatedgeek.com/DotNet/Tools/HTMLEncode/Encode.aspx


sekian..

Ibu yang paling dibenci di America

Assalamualaikum...

Malam tadi aku menonton Oprah.
cerita tentang seorang ibu yang cuai.
Kejadian berlaku tahun 2007..
Brenda Slaby kerja disebuah sekolah.
setiap pagi suami dia kan menghantar anaknye Cecillia,ke rumah pengasuh.
tapi hari tu suami dia ada temujanji dengan doktor gigi.

jadi dia lah yang ambik alih tugas menghantar anak.
dia letak anak dia kat dalam kereta.
dia memandu ke pasaraya
sempat beli donut untuk kawan2 dia kat sekolah..

lepas tu sampai kat sekolah dia terus masuk.
dia terlupa anak dia kat dalam kereta.
8 jam kemudian nak habis masa sekolah
ada sorang kawan dia tanye dia tentang anak dia yang ada dalam kereta tu.
kawan dia sangka brenda dah balik dan datang
semula ke sekolah tu dengan bawa anak dia..


brenda dan cecillia



masa tu baru brenda teringat yang 8 jam lalu dia bawak anak dia
dalam kereta tu..
hancur luluh hati dia bila
dia buka je pintu kereta tengok
mulut anak dia dah berbuih
dan kulit dah mengelupas sebab kepanasan..

sampai sekarang dia asyik menyalahkan diri sendiri
dan merasakan dia bukan lah ibu yang baik.

sekian...

SEMPURNA

Assalamualaikum...

selamat pagi semua...
siapa tak sayang anak??
giler la sapa yang tak sayang..
mungkin dia ada masalah jiwa tu..

Bila anak sakit kita tak sanggup nak tengok.
Sambil pandang wajah anak
hati kita akan berkata..
"kesian anak ibu..kalau ibu boleh
ganti tempat kamu dah lama ibu buat.."

Bila anak terjatuh kita cepat2
berlari kearah dia..
memeluk erat anak kita..
berharap dengan pelukan
dapat mereda kesakitan nya..
Biar anak tahu dia tidak bersendirian..

Tapi kecuaian kita bisa
membuat kita kehilangan anak kita..
Anak2 kecil sentiasa perlukan
perhatian..
tak kira dimana pun..
walaupun dalam rumah sendiri..

Kita tidak meminta perkara yang buruk itu terjadi.
tapi jika kita cuai
itu lah harga yang perlu kita bayar..

pegang tangan dia walau kemana saja kita pergi..
pastikan dia sentiasa ada di sisi..

jangan fikir anak kita sudah cukup
besar untuk itu dan ini..

jom layan lagu ni..khas untuk anak2 kita...





sekian...

Rabu, 23 Mac 2011

lu bikin wa hangen la bro!!!

Assalamualaikum...

Tadi petang aku blogwalking macam biasa..
buka dari satu blog ke satu blog..
buka satu blog ni...
header lambat keluar...maklum la..
tenet dah slow.

tak pe..
header tak penting.yang penting isi dalamnye..
sementara nak loading header dia
aku baca la apa yang ada di tulis kat situ..

"nama saya ......berumur...tahun.berasal dari.....
saya single.bukan tak mau bercinta cuma
susah nak percaya perempuan sekarang ni..
ramai yang tak ikhlas dan suka berpura2..tunggu la nanti2 kalau ada jodoh.."

tengok ayat tu pun dah tau dah
mesti tuan blog ni ensem..
dah abis baca entry dia aku pun komeng2 la..
cari shoutbox.wajib la..kan..!
hehehhe..

ok ok..header sudah keluar..
memang la.....



tak ensem langsung.
gemuk!!



hekelleh!!!!kau bajet kau ensem la buat ayat gitu kan??
lain kali sebelum salahkan orang
cermin la diri tu dulu bro..
bikin wa hangen je..
lu nak kata ramai pompuan tak leh caye la..
tak ikhlas la..suka pura2 la..padahal lu tak ensem..
kasi la segak2 sikit.muka pakai krim kasi ilang jerawat..
pakai seluar panjang...
kalau asik seluar jual ikan je lu pakai
pompuan mana yang nak..

hangen betul wa sama lu..

sekian...

baby,sayang,manja,darling..bla..bla..bla..

Assalamualaikum...

jom kita cerita tentang nama panggilan
bersama orang tersayang..
maksud aku orang tengah bercintan cintun la..

bagi yang tak bercinta
mungkin bila dia dengar rasa geli tang ketiak..
tapi pada yang tengah bercinta
panggilan ni menggambarkan
betapa dalamnye rasa cinta tu terhadap
pasangan dia..

ada orang selesa dengan panggilan Abang dan Sayang..
ini yang ramai la..
seronok suami panggil kita sayang..
gaduh2 pun tetap panggil sayang..
ada jugak yang panggil baby..darling..manja..
macam2 ada..hehheh..

ada orang yang malu nak panggil
panggilan manja ni walaupun
bukan depan orang ramai..
dia setakat panggil nama je..
"mah..ambik kan kasut abang tu.."
senang..kan??

tapi dulu ada jiran aku panggil bini dia adik..
dia panggil suami dia abang..
aku ingatkan adik beradik.
aku tanye la..
"adik beradik ke?"hehehhe

Ada jugak yang mula2 kawen bersayang bagai..
bila dah lama2 sayang tu melayang..
nak sebut sayang pun dah tak mau..
"oi..ko masak nasik tak hari ni?aku
nak balik makan dah ni.."

kejam betul bunyi nye..
isteri pun ada jugak yang gitu...
memula kawen..
"abang..meh la makan ni.ayang dah masak.."
10 tahun kemudian..
"ha..dah masak ni.lekas sikit makan..."
gitu je..tak de dah abang dan ayang tu..

tapi tak pernah jumpa la kan bila
pasangan umur 90
masih bersayang dan ber baby2..
hheheheh..

sekian...

lelaki atau perempuan??

Assalamualaikum...

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."
**********************

kenapa aku kira memula tadi
ada 3 jugak..
adakah otak aku sebenarnye
milik seorang lelaki???

"milik siapa kah otak ini..?"

sekian...

Saya menang ke???oh..lihat lah dunia....

Assalamualaikum...

header belum ada lagi..
aku buang yang lama tu..
cemuih...nanti ada yang lain,baru aku letak header.



selamat pagi semua...
pagi ni cuaca mendung saja..
sedap ni kalau dapat tidur sekejap..

Untuk kali ketiga aku dapat hadiah..
kalau yang pertama dulu dapat dari kembara minda..
kemudian dari kakchik ellla..
dan yang bakal nak dapat ni dari kak hanis azla.
seronok weh!!!

tak percaya??
tengok ni..
hadiah yang bakal aku dapat ialah..
jeng..jeng..jeng...

dari medan tau...
mintak2 kak hanis bagi kat aku yang
memula sekali tu..kaler kuning.
saya sangat suka..!!!

nak tau cemana aku boleh teka jopannye 6?
memula aku ingatkan jopan nye 5.
tapi aku tengok ramai betul yang jawab 5 tapi tak jugak kak hanis tutup
penyertaan tu sedangkan katanye kalau yang jawab betul tu cukup 5 orang serta merta
penyertaan di tutup.bijak tak aku??
sila angguk beramai2..

ok la...
tu je cerita pagi yang mendung ni..
mintak2 hujan..
boleh aku sambung tidor 3,4 jam..
hahahah

sekian..

Selasa, 22 Mac 2011

Perempuan jual mahal=bajet hot,muka tak cun,bakal kena lempang!

Assalamualaikum...

selamat malam semua...
hujan..hehehhe..gelak suka tu..
best betul kalau hujan malam2..kan??
tambah2 bila suami ada kat rumah....
hahahah..rugi la sapa yang tak mau kawen tu..!

korang biasa tak jumpa orang pompuan yang jual mahal??
bukan pompuan yang jual goreng pisang ke..
kain batik ke..bukan!!bukan!!
maksud aku pompuan yang menolak pelawaan dari
lelaki..atau menolak sesuatu yang lelaki tu tawarkan..

salah ke kalau jual mahal ni??
tak salah kot..
lagipun kita kan berhak memilih samada nak atau tak nak..
kalau semua perkara kita kena angguk saja susah la..kan??

lelaki:hai..saya nak berkenalan.saya Sasa Al-Syarif

Pompuan:sorry..saya tak nak bekenalan dengan mana2 lelaki sekarang ni.

"eleh..bajet hot la tu..muka tak cantik..dah la mulut busuk.
sekali aku sepak baru tau.."

tu la ayat yang lelaki biasa cakap bila
kita orang pompuan menolak mereka..
tapi...

Lelaki:hai..saya nak berkenalan dengan awak.saya Fariq.

Pompuan:saya Echah mahsuri..nak bekenalan??boleh ..ni no phone saya.esok kita pi tengok wayang nak??

"baiknye Echah tu..dah la cantik.kulit halus..bau pun wangi je.."

ha..nampak tak???
bukan semua ye lelaki gini..
tapi ramai..blogger pun ada..
terkejut jugak aku baca cerita dia petang tadi..


hahahahhaha

Nuffnang dan terbalik.!

Assalamualaikum...

terkejut betul aku hari ni..
semalam buka nuff tengok duit ada sepuluh hengget je..
hari ni buka lagi
tengok2 dah ada 5 belas hengget..
walupun be satu ajo...heheh

memang sayang nuff ketat2 la..
tak de dah nak majuk2 lepas ni..
jadi kawan2 sila yakin kepada nuffnang sekarang..
hahahhaha..

petang ni aku nak cerita tentang cara buat tulisan terbalik kat facebook..
korang biasa nampak kan ada
yang suka buat tulisan terbalik ni..
padahal aku paling nyampah la benda ni..
kalau nampak memang malas nak baca.buat tak tau je..
hahah..

˙˙!u !ƃɐd nʞɐ ɐpɐd uɐႨ ƃuɐqɐ 2ɐʇɐʞ nʇ!"˙˙ɹnp!ʇ !ɹɐp unƃuɐq ɐႨ!q ʞ!ʇuɐɔ ʞɐdɯɐu ƃuɐʎɐs"

kalau sapa2 teringin nak bagi
rakan2 lain pening silakan ke sini...http://www.sherv.net/flip.html
mudah kan???

sekian...

pentingnya membalas komen pengunjung.

Assalamualikum...

Hari ni broadband dah slow..
hehhe..kuota dah habis..
tapi nasib baik abangkusayang kata nak bayar petang ni..
kalau dia bayar petang ni,
petang ni jugak line laju semula ka??
hehheh...harap2 la.

komen...
la..cerita pasal komen lagi!!
nak buat cemana..aku memang pentingkan komen
dari mesej kat shoutbox..
hehhehhe

korang lebih suka kalau tuan blog jawab komen atau
tak kisah dia jawab atau tak??
macam aku,aku lebih suka kalau tuan blog jawab komen tu.
esok lusa aku datang balik kat blog tu
nak tengok apa tuan blog jawab..:)
sebab tu kat blog aku pun aku akan balas
komen2 peminat..eh!!pengkomen!!!
kalau lambat pun aku balas la jugak walau sikit.heheh

tak balas komen bukan bermakna tak baca..
mungkin pemilik blog tu bukan jenis yang suka
komunikasi 2 hala ni.atau pun dia sibuk..
dia sempat baca je..

bukan apa..bila kita balas komen tu baru la nampak wujudnye
komunikasi antara kita dan pengunjung.
misalnye bila kita sapa orang tu..
tapi orang tu buat tak tau je..tak best la..kan??


sekian...

Isnin, 21 Mac 2011

Suami sekarang suka ikut cakap bini.

Assalamualaikum...

ramai lelaki yang tak suka isterinya mengarah2 kan dia..
"abang..bagi mandi anak.."
"abang..tutup kipas sat..
"abang..pi buang sampah.."
semua benda nak panggil laki..
mula la laki nak naik angin..

"aku bukan jenis ikut cakap bini tau..
bini yang dengar cakap aku.."

"wei..nampak lemah la kalau lelaki ikut cakap bini.."
biasa dengar kan orang cakap gitu..??

tapi peliknya bila bini kata
"dah kawen ni jangan sesekali isap rokok..
saya dapat tau abang isap rokok,saya ketuk2 kepala lutut abang..biaq bengkok!!"

"kalau saya bau rokok kat abang..seminggu saya tak bagi.."

dan2 takut...tambah2 bila bini merajuk.
sampai tak berasap dapoq.
tu yang menambah kesengsaraan tu...
last2..tak isap dah rokok depan bini...
belakang bini baru berani isap rokok..

bini pun bangga kemain..pi kerja cerita kat opis..
"laki ai.tak hisap rokok pun..ai yang tak bagi.dulu dia hisap,
sekarang dah berenti.."
ceh!!padahal laki dia kat belakang dia dah rupa naga..asik berasap je.
nak isap depan dia takut pulak..kang malam tak dapat..

dulu...
"hang jangan isap rokok,mat..hang sekolah lagi.Mak tak larat nak cari duit.Mak bagi belanja sekolah hang perabis kat rokok..hang tak kesian ka kat mak.."Mak pun batuk2 sakit dada dok hidu asap rokok Mat.Ada Mat kesah?????masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
Mak dia demam2 pun pi motong nak cari duit bagi dia sekolah,bagi belanja hari2..
dia beli jugak rokok..tak peduli cakap mak ayah..

bila dah benikah..
balik kampung tak dak segan2 dah..cucoh rokok depan mak ayah ja..bini jegil mata sikit dan2 tohok kot tingkap..takut weh!!

Nampak tak betapa lelaki2 sekarang ramai yang takut bini berbanding mak ayah.depa lebih dengar cakp bini berbanding mak ayah.kesian.padahal mak ayah tu jaga dari kecik sampai la berbulu atas bawah.tak makan nasihat pun.

sekian..

**abang lan pun merokok.tapi tak pernah sekali kali hisap rokok depan mak ayah.**

Blog Review Assignment 3 Oleh Jejaka Terhangat

Assalamualaikum...

petang ni aku nak join segmen review dari jejaka terhangat..yang dulu aku malas nak join oleh sebab2 tertentu.blog yang kita nak review ni adalah blog Cik Nadea..aku tak berapa pandai review blog orang.maklumla blog aku pun bukan bagus sangat pun.bagus sikit je..hahah..dan lagi puji siri sendiri walaupun sikit


memula kita tengok apa yang bagus kat blog nadea ni..
1)Entry tak panjang dan meleret2.senang orang paham dan yang paling best dia
tak guna bahasa sms.

2)header dia pun menarik dan cantik..akak suka!!


dah habis yang menarik..yang menolak pulak.:p
1)lebih elok sekiranye nadea guna sebalah je sidebar tu.kalau guna dua belah tenggelam entry kita.bila orang datang tak nampak entry kita tapi nampak sidebar dulu.

2)walaupun warna tema blog ni ialah pink dan hitam tapi nampak terlalu
banyak sangat warna kat blog ni..sebabnye entry dia kejap2 kaler kuning.
kejap2 kaler merah..'kejap2 warn warni.lebih elok kalau nadea fokus pada satu warna je untuk entry.

3)terlalu banyak benda dekat sidebar dan tak tersusun kemas.ada bloglist yang sebelah kiri.ada yang belah kanan.padahal kalau orang datang dia jumpa satu bloglist kat kiri dia tak cari dah bloglist yang kat belah kanan.jadi baik letak ikut turutan je..

ok tu je la..
nak tag echah mahsuri dan solihin zubir.

sekian..

Macam mana nak dapat tiket wayang dari nuffnang

Assalamualaikum...

Setelah reda merajuk aku dengan nuffnang
aku pun jadi rajin la buka akaun nuff aku tu..
seronok sebab minggu lepas ada lima kupang..
tapi sehingga hari ni dah ada 10 ringgit..
maknanye aku kembali mempercayai nuffnang walaupun
hanya berbekal kan satu BE..
hehehehhe

Aku jugak dah 2x dapat tiket wayang..
tapi tak pi...
nak pi lagu mana??
pertama kali dapat dulu maisara tak sihat..
kali kedua dapat
kena balik kampung pulak..

cemana nak dapat tiket wayang??
oh..mudah saja..
korang pi kat nuff korang.
nampak muka depan dia gini..kan?


kalau ada tugasan yang dia bagi tu buat je..
kadang2 dia suruh bagi slogan..
kadang2 dia suruh buat entry..
tapi aku kalau buat entry malas sikit..
kalau setakat slogan2 budak sekolah tu aku join la..
hehhehe..

sekarang ni aku pun tak pasti nuff ada buat atau tak..
korang pi la tengok sendiri..
untung2 dapat tiket wayang..:p

sekian...

Cara-cara nak dapat Buffered earning.

Assalamualaikum....

Sape tak mau buffered earning???kalau ada yang tak mau apa kata hantar tiket kat nuffnang
mintak dia bagi BE korang tu kat aku je..hahahaha..boleh ke buat gitu??

Macam mana nak dapat BE??ha..blogger2 baru kena tau la ni..jangan rasa pelik pulak bila 1/2 tahun berblog dalam nuffnang ada 3 kupang ja..lepas tu buat entry kutuk2 nuff..tak baik gitu..jangan ikut perangai huduh tu ye???(eh!!macam ngata kat aku je..tak pe ngata diri sendiri tak bedosa)

Ini apa yang disampaikan sendiri oleh orang kat opis nuffnang tu..bukan aku reka2 ye??kalau aku kata aku reka pun korang tak kan percaya sebab ayat dia tersusun je.beza dengan ayat aku yang lintang pukang..

ok..dah!!!baca sekarang!!
*************************

Terdapat beberapa faktor/ciri-ciri yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM (BE). Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sararan mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi.

- Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!


Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

**jadi..dah tau kan???sebab tu kita punye survey kat nuffnang tu kita kena selalu kemas kini..
insyaallah..ada la BE untuk kita..tak tau nak kemas kini yang mana??tengok gambo bawah ni...
yang aku bulatkan tu..nampak tak???

traffic tinggi bukan lah jaminan kita akan dapat be..ok..tu je..

sekian...

Suami isteri bermesra di khalayak ramai.

Assalamualaikum...

korang tau kan kita tak boleh buat benda tak senonoh kat tempat awam??kalau yang berpeluk2 sakan di tempat awam tu adalah pasangan suami isteri cemana pulak ye???mesti ada yang kata..
"tak pe la..sebab tu suami isteri..."..

Contohnye kalau MONA dan SUAMI duduk tepi pantai..peluk2 sambil gesel2 hidung.padahal depa dah kawen.tiba2 datang orang jabatan agama.ustaz tu pun kata kat depa.."tak baik duduk macam ni ......"tapi suami mona jawab.."kami dah kawen ustaz.."..heheh..
jangan marah pulak bila ustaz tu bagi ceramah tentang cara2 menjaga maruah rumahtangga dan mengelak kan fitnah..hehhehe

elak kan la buat perangai gini ye..pertamanye takut menjadi fitnah pada orang lain.."eh..apa la depa ni.belum kawen dah berpeluk2 depan orang.."ha..padahal dah kawen.bila jadi fitnah gini maruah kita pun jatuh jugak,.jadi bahan umpatan orang lain..

yang keduanye bila kita tunjuk benda2 gini kat depan orang..orang lain pun akan ikut.."eleh..depa beromen kat situ boleh..kita pun mesti boleh jugak..jom!!!"sedangkan depa tak tau yang kita main gigit2 telinga tu adalah suami/isteri kita.dah pulak tempat tu jadi tempat couple2 gigit telinga.

memang la benda ni tak haram kalau itu adalah suami isteri.tapi bila perkara tu mempengaruhi orang sekeliling dan menjurus kearah yang tidak elok,sebaiknya lah kita elak kan.lagipun dalam islam pun kita digalak kan menjaga maruah diri..kan??..

Ada yang tak setuju ka???

sekian...

Ahad, 20 Mac 2011

MAISARA::dalam mulut

Assalamualaikum...

petang tadi...
sewaktu aku sedang minum2 sambil layan bahulu
bersama kopi O panas.......


MAISARA:ibu..ibu...awak kat mana??

IBU:kat dapur ni..kenapa??

dia pun datang la ke dapur......

MAISARA:ibu..cuba tengok dalam mulut maisara ni..

IBU:ha..kenapa pulak??sakit gigi??

MAISARA:ada sesuatu yang hilang..

IBU:meh ibu tengok..apa yang hilang?ok je semua...

MAISARA:mulut maisara ni tak de BOTOL SUSU!!

ish!!budak ni..cakap je la nak botol susu..
ada2 je la..

dah beso pun isap botol lagi..
tak malu!!!


******

ubat untuk senyum-Dalam nafas cinta# Strider Buzz

Assalamualaikumm

korang sedang runsing???
kepanasan duduk dalam umah gara2 aircond rosak??
bengang dengan jiran yang tak habis2 mencarut sambil menghalau lalat dirumah??
apa kata tenangkan jiwa dan pikiran dengan
membaca sesuatu yang bisa membuat
korang tersenyum...

Aku tau ada lagi yang tak pernah jejak ke blog dalam nafas cinta ni..

tengok url blog!!peghhh..berbulu ketiak..kan??
padahal takdenye jiwang2 blog ni.
sebab tuan blog ni kalau bab merepek memang
boleh bagi markah 9/10.
markah tak boleh bagi penuh sebab kang dia eksen!!

mesti ada yang kata..
"saya tak suka blog adik2 student ni...
saya suka blog resepi2 je.."
hammmmmmboi...sekali sekala layan apa salahnye..
tak la otak kita ni tau satu benda je..
aih!!tu pun nak kena ajaq..
memang la kita ni taraf ibu2..tapi
kena la ambik tau benda lain jugak..
huhu....

Kalau tak boleh senyum jugak apa kata ramai2 kita pi pulak
kat blog kawan baru kita ni..
blog ni penuh dengan cerita2 lucu yang best.


harap2 lepas ni encik strider
memperbanyak kan lagi entry2 menarik macam entry ni..
sebab akak suka cerita kamu tulis..!
tambah2 cerita panas..heheheh

jom terjah depa ni..
tu pun kalau korang nak traffic la..
sebab depa rajin bw...
hehehhe
klik je gambo untuk ke blog depa..
sekian

Sabtu, 19 Mac 2011

punggung Nora Danish.

Assalamualaikum...

tadi jalan2 kat blog achie tengok dia
buat entry pasal keyword..

aku pun teringin pulak nak tengok
apa benda yang orang cari kat blog aku..

terkejut kucing aku tengok keyword yang keluar.
aku nak baca pun malu.
sampai tutup sebelah mata..
(apa beza tutup sebelah mata dengan tak tutup langsung..?)

jom layan...


~gambar lucah.blogspot.
~gambar-gambar lucah.blogspot.com
~cerita dalam kain
~maisara anak ayah
~punggung nora danish
~noongju
~reza mohammad
~sup yang sedap
~bagaimana dapat isteri yang tidak pandai masak
~berita harian bintang paling popular
~cara mengetahui ada dara ke tak
~cincin tunang 2011
~lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
~norshahrul idlan talaha
~pahit akan manis akhirnya
*******************
Apahal la pi cari cerita lucah kat blog aku ni..
agak2 rupa blog aku ada ke macam blog lucah..??
siap mencari punggung Nora Danish kat sini...

kat sini ada punggung maisara je..
****
sekian..

masa mengandung....

Assalamualaikum...

Orang kata kalau mengandung jangan suka mengata orang.
jangan suka cari gaduh dengan orang...
kena bersikap suci .
kena bersih kan hati.masa mengandung ni
memang kena hati2 terutamanye dalam bab
tutur dan kata.bukan apa..
takut jadi kebencian pada orang dan mereka mendoakan yang bukan2 pulak..
"ei..si minah tu dah la mengandung.mulut pulak macam buntot ayam,
dapat anak nanti entah apa la rupanye.."
nampak tak???nak ke orang doakan kita macam tu???

Selalunya dari dalam kandungan ni la
anak2 akan mewarisi sikap ibu bapanya..
kalau ibu jenis yang suka menangis
anak pun akan ikut...
keluar je tak henti2 menangis..
mujur kecik..kalau tak..
kena lempang dah..hahhaha.!kejam..

kalau ibu jenis suka mengata kat orang,
suka cari gaduh..
jangan terkejut anak nanti jadi macam tu la..

lagi satu jangan cepat merajuk..
orang tegur perangai huduh mula nak sentap..
tak mau bercakap dengan orang.
remove orang dari facebook sebab tersentap.

jangan suka meninggi diri..
dah la puji diri sendiri
lepas tu mengata kat orang..
"oh..aku masak sedap..masak laksa kuah pekat.merah.
bukan macam orang tu..sup pun tak reti masak.."

banyak kan berzikir dan mengaji..
bukan dok telentang depan tv saja..
habis ngadap tv buka facebook.
pastu mengata orang tu..mengata orang ni..
orang kata kat dia tak boleh..

aih..takut masa besalin tak dan nak mintak ampun kat orang.
tengah dok teran,nyawa melayang..
erm..kesian..!!

banyak kan makan makanan yang berkhasiat.
jangan kedekut nak beli ayam ka daging ka..
tak kan la hari2 nak makan ikan kembung ja..
untuk anak sendiri pun nak kedekut ka..
beli daging banyak2..jangan beli tulang buat sup ja..
kalau pun buat sup tulang pun kena ada jugak isi.bukan tulang semata2..
dalam makanan tu jangan la bubuh ajinomoto
dan serbuk2 perasa.tak elok untuk anak tu..
kita yang tua ni makan pun tak elok
apatah lagi untuk anak dalam perot..

sekian...

tutorial cara pasang jquery lava-lamp navigation menu

Assalamualaikum...

hari ni nak buat tutorial cara pasang jquery lava-lamp navigation menu.menatang apa tu??kalau nak tau tengok gambar bawah ni..ha..tu la nama menatang yang aku tulis kat atas tadi..tutorial ni permintaan dari jejaka paling hot iaitu encik crow..


1)cara mula2 sekali pi kat HTML/Javascript..tengok gambar.


2)masuk kan kod bawah ni dalam tu

<style>
#container {
width: 100%;
margin: 0px 0px;
padding: 0px 0px 40px 10px;
}

ul, li {
margin: 0; padding: 0;
}

#blob {
border-right: 1px solid #0059ec;
border-left: 1px solid #0059ec;
position: absolute;
top: 0;
z-index : 1;
background: #810541;
background: -moz-linear-gradient(top, #810541, #800517);
background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#810541), to(#800517));
-moz-border-radius: 4px;
-webkit-border-radius: 4px;
-moz-box-shadow: 2px 3px 5px #011331;
-webkit-box-shadow: 2px 3px 5px #011331;
}

#lava-lamp {
background: #F52887;
float: left;
border: 1px solid #BDBCBA;
margin: 0px 0px 15px;
padding: 8px 35px 10px 0px;
}

#lava-lamp li {
float: left;
list-style: none;
border-right: 1px solid #4a4a4a;
border-left: 0px solid #4a4a4a;
}

#lava-lamp li a {
color: #DDDCD8;
text-shadow: 0 0px 1px #81807B;
position: relative;
z-index: 2;
float: left;
font-size: 13px;
font-family: arial, sans-serif;
font-weight: bold;
text-decoration: none;
padding: 0px 20px;
}
</style>

<div id="container">

<ul id="lava-lamp">
<li id="selected"><a href="http://letak link kat sini/">Home</a></li>
<li></li>
<li><a href="http://letak link kat sini/">suhaiza</a></li>
<li><a href="http://letak link kat sini/">maisara</a></li>
<li><a href="http://letak link kat sini/">facebook</a></li>
<li><a href="http://letak link kat sini/">twitter</a></li>
</ul>

</div>

<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jqueryui/1.7.2/jquery-ui.min.js"></script>

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.spasticNav.js"></script>

<script type="text/javascript">
$('#lava-lamp').spasticNav();
</script>



lepas tu edit kod2 yang kaler cerah tu ..save dan letak dia kat bawah header korang..pastu save lagi dan siap..



rujukan untuk korang edit2..:)

~kalau nak ubah kaler button tu edit kod yang macam bawah ni

background: #810541;
background: -moz-linear-gradient(top, #810541, #800517);
background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#810541), to(#800517));

~nak ubah warna background edit kod ini

background: #F52887;

~jangan lupa saiz background dia pun kena ubah jugak .sesuaikan ikut saiz yang korang nak.edit kod ini..

padding: 8px35px 10px 0px;

~dan kod2 yang bawah ni korang kena ubah la ikut apa yang korang nak bubuh..
facebook ke..twitter ke..profil ke..

<ul id="lava-lamp">
<li id="selected"><a href="http://linkdisini/">Home</a></li>
<li></li>
<li><a href="http://letak link kat sini/">suhaiza</a></li>
<li><a href="http://letak link kat sini/">maisara</a></li>
<li><a href="http://letak link kat sini/">facebook</a></li>
<li><a href="http://letak link kat sini/">twitter</a></li>
</ul>


Bak kata ciktom..
try and error...
klik sini untuk kod warna

tutorial dirujuk dari sini..
atas bantuan Fariq

sekian...


Related Posts with Thumbnails