Skip to main content

REMAJA HAMIL TAPI TAK MAHU ANAK

Assalamualaikum...

“Setiap tahun pasti ada saja kes wanita mengandung anak luar nikah hasil hubungan gadis Melayu dengan lelaki Afrika dirujuk kepada kami,” kata Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof.

Yahya berkata, kes terbaru diterimanya pada awal bulan ini membabitkan seorang pelajar kolej swasta berusia 20 tahun.


“Apabila dia hamil, kekasihnya enggan bertanggungjawab. Jadi, dia datang ke Kewaja untuk melahirkan bayi di sini dan bersetuju untuk menyerahkan bayi itu kepada keluarga angkat,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperolehnya menunjukkan sebahagian besar gadis Melayu yang mempunyai hubungan dengan lelaki Afrika berkenalan menerusi laman sosial, menuntut di institusi sama atau hasil pergaulan bebas bersama rakan. - Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof.- sumber:metro

**********************

Baca berita ni teringat ada kakak sorang yang ambil anak angkat dari sorang remaja yang terlanjur.selepas bersalin kakak tu suruh remaja tu susukan anak dia.tapi dia pegang anak dia pun tak nak.dalam pantang kakak tu jaga remaja tu sementara habis pantang,tapi dia berpantang pun nak tak nak je..anak menangis nak susu tak dipeduli.belum habis pantang dia dah lesap entah pi mana.kesian baby tu tak sempat nak rasa kasih sayang ibu....

sekian.

Comments

  1. ish.xpatut betul..org ckp pndai buat pndai tnggung..

    ReplyDelete
  2. ish.xpatut betul..org ckp pndai buat pndai tnggung..

    ReplyDelete
  3. ada 2 cerita dlm entri ni kan..
    1. pasal selera ppuan tmpatan ngan awang import
    2. pasal ppuan yg hamil tp xnak anak..

    1. uhhhhh.. bnyk dh kisah psal awang import dgn bdak2 ppuan tmpatan.. hope xtermasuk dlm minah2 yg kemaruk cinta awang.. AMIN..~
    2. dia xrasa apa2 ke masa beranak tu? xada hati perut..

    ReplyDelete
  4. minta dijauhkan anak2 kita jadi macam nie D ..
    sedihh bila baca .. dunia skrg nie manusia dah memang x der akal fikiran malah agama jauh ditinggalkan huhuh :(

    ReplyDelete
  5. kwn sy tgh alami maslh i skrang, mgandung tp bukn dgn awang itam la.. dy xnak ank tu..sedih sgt tgk dy, tp tu kputusan dia..dy xnk jaga ank tu sb bolh roskkn masa depn dia.

    ReplyDelete
  6. jiwa remaja camtu lah....
    tak berfikir sebelum bertindak....
    lupa halal dan haram....
    tahu nk seronok jer....

    ReplyDelete
  7. macam2 yang jadi..kesian baby yang tak berdosa..apalah nasib mereka bila besar nanti..huhu..

    ReplyDelete
  8. risaunya dengan remaja sekarang ni...kesian bayi tu...:(

    ReplyDelete
  9. Masalahnya mengapa majoriti yg jadi barang mainan lelaki hitam tu ialah gadis Melayu? Mengapa gadis Melayu? Kerana pak hitam tu tau gadis Melayu pemurah dlm soal seks, kerana mereka tau gadis Melayu senang dipujuk rayu, kerana mereka tau gadis Melayu mudah miang, kerana mereka tau gadis Melayu tak patuh dengan agamanya?

    Mengapa?

    Entri terbaru di blog JR: "Mengapa Malaikat Maut Suka Cabut Nyawa Orang Pada Pagi Isnin?"

    ReplyDelete
  10. Aiyo' kesian baby tu! Apa nak jadi dengan remaja sekarang ni? ==' Hampeh!

    ReplyDelete
  11. taste awek melayu masa kini kat warga afrika ke?

    ReplyDelete
  12. pandai buat patut pandai tanggung.bukan lepas tangan..ishhhh..pkiran ke mane ntah

    ReplyDelete
  13. ramai yg takmau menyusu dan pegang anak sbb mereka kata mereka takut terlalu syg nnt.entah la..keadaan menyebabkan mereka terdesak kot?

    ReplyDelete
  14. kecian si anak tak bersalah jadi mangsa..ermm

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …