Skip to main content

NAK ANAK BERJAYA SEBAB ANAK JIRAN BERJAYA

Assalamualaikum..

selamat pagi semua..
hari ni hari sabtu..
ada lebih kurang seminggu je
lagi anak2 kita nak bersekolah .
dah siap ke persiapan nya??

cerita pasal sekolah..
semua ibu bapa nak anak2 depa
berjaya kan??

tapi kadang2 tindakan kita
macam memaksa depa tu belajar
bukan untuk diri depa sendiri tapi untuk diri kita.

Kita nak depa berjaya sebab
anak jiran sebelah tu pun pandai2 semuanya..
malu la kalau anak kita tak pandai..kan??
kita hantar anak kita tuisyen sebab
kawan kita kat tempat kerja
kata kalau tak hantar tuisyen nanti gagal periksa.

aduhai..
kita terlupa kemampuan anak kita sendiri..
kita terlupa apa kemahuan anak kita..
kita cuma pentingkan diri kita saja..

tak patut kan???

sekian...

Comments

  1. Adik buat pilihan adik sendiri, yang penting kena belajar dan berjaya supaya parent adik bangga dengan adik. :) Persiapan untuk ke sekolah belum siap lagi. hehehe.

    ReplyDelete
  2. mentaliti orang kita.jiran ada keta besor..nak jgk..ada meja besar nak jgk...

    ReplyDelete
  3. mende macam ni la buat anak2 stress nih...

    ReplyDelete
  4. setiap org lain thpnye...xunik la kalau semua org sama je...

    ReplyDelete
  5. kadang2 ada gak jiran2 yg menunjuk2 kemampuan anak mereka..meluat!! dia terlupa kejayaan anak2 tu bukan utk selamanya..

    ReplyDelete
  6. betol tu kak
    keupayaan setiap manusia tu berbeza2
    mak ayah seharusnya paham la kan, corak pemikiran dan kemampuan anak cm ne
    betol2

    sebaliknya sapot, sokong mane yg patot kan.. :))

    baru si anak bersemangat jadi lbh baik! :))

    ReplyDelete
  7. pada kak ati pula cuma
    jadi kan contoh org2 yg
    tak berjaya pada anak2..

    mahu jadi seperti mereka ke..?
    biar mereka sendiri yg jawab :)

    ReplyDelete
  8. ingat lagi masa kecik2 mak sm selalu pakse belajar...tapi kadang2 apa yg depa suruh tu byk kebaikannya...

    ReplyDelete
  9. huhuhu tak kan lah nak tiru anak orang, tapi kan kekadang bagus gak lah sebab benda tu jadi pemangkin semangat kat kita nak jadi yg lebih baik kalo jiran kita tu baik lah..
    tapi kalo anak berjaya kita pun nak anak kita berjaya jgn lah sampai push anak kita kan? kesian dia..
    stress hehehhee.. ain doakan Maisara tercapai cita-cita dia.. :)

    ReplyDelete
  10. hehe..betul tu kak..kita kena tengok kemampuan dan kebolehan anak kita..kalau dia lebih minat nak jadi doktor jgan kita mold dia jadi engineer plak..hanya sebab kita nak anak kita seorang engineer..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. serba sedikit dlm sesetengah hal memang x dinafikan kan .. itu adalah hakikat ..

    soo itulah bezanya melayu dan bangsa2 lain .. bangsa lain lain pula caranya .. terpulang pada diri kita utk mengawalnya .. :)

    ReplyDelete
  12. cuma cara didikan jangan memaksa,tapi jangan terleka pula...didik dgn cara sokongan,beri pujian meskipun anak ada kekurangan dalam mata pelajaran..jadi patahkan usahanya,tp lebih memberi kata semangat supaya utk maju lagi...semua berkait dgn emosi jgk masa mendidik ni...<---ckp macam dh kawen jer,hehe

    ReplyDelete
  13. satu contoh dan juga satu cabaran kalau anak jiran kita berjaya...kepada kita dan anak kita.

    ReplyDelete
  14. kena ikut kemampuan anak la.. tak semua budak memiliki kepintaran yang sama. mungkin anak org lain bijak belajar, mungkin anak kita bijak dlm benda lain. kn?

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …