Wednesday, 21 December 2011

MINUMAN YANG BOLEH BUAT WANITA LEBIH GHAIRAH KEHIDUPAN SEKSUALNYA.


Ingin kehidupan seksual Anda lebih baik? Ada minuman yang boleh menjadi penawar iaitu anggur merah. Menurut kumpulan pengkaji dari University of Florence, Itali, wanita yang minum anggur merah, lebih menikmati kehidupan seksualnya.

Tak perlu minum terlalu banyak. Hanya dengan satu hingga dua gelas anggur merah sehari, dari hasil kajian diketahui, wanita akan merasa lebih puas dengan kehidupan seksualnya. kajian ini melibatkan 800 wanita Italia, yang berusia antara 18 hingga 50 tahun.

Dengan menggunakan Female Sexual Function Index, yang biasa digunakan doktor untuk mengukur kesihatan seksual, diketahui wanita yang suka minum anggur merah mencapai kepuasan seksualnya lebih tinggi.

Pencapaian ini ditentukan dari berbagai faktor. Antara lain gairah seksual, orgasme, kepuasan dan rasa sakit dan berkisar antara 2 hingga dan 36 poin. Dengan poin yang lebih tinggi, bererti kesihatan seksual yang lebih baik.

Secara keseluruhan wanita yang minum dua gelas anggur merah setiap hari, pencapaiannya rata-rata 27.3 poin. Sementara, yang minum satu gelas anggur sehari pencapaiannya 25.9 dan yang tidak minum pencapaian nya adalah 24.4.

sumber::tribunnews

4 comments:

  1. perghhh ! kena minum ni . ehh ? haha bawah umur -_-'

    ReplyDelete
  2. that why kenapa mat salleh suke minum red wain kut !...

    ReplyDelete
  3. kalau anggur merah dekat Malaysia yang jenis minuman macam mana? eh, teruja pula nak tahu. haha

    ReplyDelete
  4. kalau minum lebih gerenti mabuk ..
    hohohoho

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();