Skip to main content

MAISARA::termenung!

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..dah makan malam..
aku teringin nak makan ikan kembung..
ikan kembung goreng.lepas tu ada sambal belacan..
wah!!sedapnya..tapi ikan kembung
sekarang mahal giler..baik beli ayam je..
kalau kat utara ni orang panggil ikan temenung.

minggu lepas suami aku ada la beli ikan kembung untuk buat laksa.
jadi aku simpan 2 ekor untuk goreng.bila dah siap goreng..

Ibu:maisara..meh makan nasik.

Maisara:lauk ayam ke??

Ibu:tak goreng ayam.goreng ikan je.

maisara:ikan apa tu??

Ibu:ikan temenung.

maisara;ala..maisara tak makan ikan temenung.

Ibu:ya ka??ibu buat laksa tu guna ikan temenung la..

Maisara:tapi hari ni maisara tak makan ikan temenung.tak suka..

Ibu:kenapa pulak dah..

Maisara:maisara bosan dah dengan dia.asyik temenung saja.muka dia membosankan.

alasan langsung
tak boleh diterima!

sekian..

Comments

  1. waduh..anak..anak..akalnya banyak!

    ReplyDelete
  2. huhuu nasib baik ckp ikan termenung kalo ckp ikan kembong apa pulak yg maisara ckp kann

    ReplyDelete
  3. kikikiki
    kepala dok hengat ayam
    maisaraaaahhhh
    ooohh maisaraaahhh
    hehehe :p

    ReplyDelete
  4. ekeke ieda pernah dgr pasal ikan kembung org panggil ikan termenung tuu .. skrg mahal kan ..
    adakalanya melampau rm 12 sekiloo dah lah halus je huhuhh

    ReplyDelete
  5. oh eh? ikan termenung tu ikan kembung..saya baru tau laa.hehe, clever maisara ni kan..

    ReplyDelete
  6. hehe dia tak mau temenung dah fikir ikan lain pulak diana yg aktif2 sikit .. hehehe ...

    dekat sini ada satu lagi ikan mahal nyaaa.. 3 ekor leh cecah RM9 , bentuk sama macam ikan temenung , cuma warna dia kelabu berkilat .. nama dia ikan timah .. pernah tengok tk ?

    ReplyDelete
  7. sebelum makan maisara suka
    tenung ikan ye..hihi

    ReplyDelete
  8. memang patut pun dipanggil ikan termenung sebab bila nak bayar termenung kita sekejap .. mahal gila !

    ReplyDelete
  9. adoiii maisara ni..gitu lak alasan die..memang tak munasarawak lansung la =_='..sabo je la

    ReplyDelete
  10. eleleel..cakap je nk mkn ayam sayang oi.huuhuh

    ReplyDelete
  11. Eh, betul al ikan kembong mahal. Tadi baru beli 5 ekor yg saiz sedang2, RM8.70. Kalau beli ayam sekor pun baru 7.50.

    ReplyDelete
  12. hehe...lucu la maisara neh:)

    sedapnya mkn ngn sambal belacan,huhu...

    ReplyDelete
  13. Di Aloq Setaq ikan temenungnya masih murah, sekilo RM4-RM7 ikut saiz (harga Sabtu lepas)...Esok nak pi market lagi survey harga...

    Entri terbaru di blog JR: "Kisah Benar Aku: Bertemu Hantu Pokok Durian"

    ReplyDelete
  14. mesti diana termenung sekejap lepas kena komen ngan maisara...he3

    ReplyDelete
  15. tak mampu nak beli ikan..paksa makan telur je la ari2 ni..ermmm

    ReplyDelete
  16. Heheee, pandai betul dia cipta alasan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …