Skip to main content

MAISARA::sekolah

Assalamualaikum.


Selamat tengahari semua..
tahun depan maisara akan bersekolah..
sekolah tak jauh pun dengan rumah..
aku jerit pun dia boleh dengar dalam kelas.
maisara memang tak sabar2 nak ke sekolah..
masa daftar kan dia hari tu pun dia masuk dalam kelas dan tak mau balik..

Kalau ada budak2 yang baru masuk sekolah
mungkin akan alami masalah anak menangis nak ikut balik..
tapi aku percaya maisara tak macam tu sebab
dia jenis yang bila jumpa kawan
ibu dan ayah nak balik pun tak datang dah pun tak pe..muahahah..

lagi satu maisara memang pandai memulakan
perkenalan dengan rakan2 sebaya atau dengan sapa2 je la..
ayat pertama dia bila setiap kali jumpa kawan..

"selamat berkenalan..nama saya maisara..
jom kita main sama2.."

mudah kan..padahal ramai yang kata

"maisara ni mesti susah nak berkawan kat sekolah nanti.."

sebab depa tak tahu maisara ni macam mana sebenarnya..
dia memang dok rumah je dengan aku hari2..
tak de kawan..tapi bila ada kawan dia pandai bawak diri.
tak caya tanya solihin zubir..ekekek.

semalam dia cakap kat aku..

"ibu..nanti ibu hantar maisara pi sekolah
lepas tu ibu balik masak nasik dan goreng ayam ye.
dah siap masak baru ibu datang ambik maisara 'kat sekolah tau.ibu kena la duduk sorang2 kat rumah.tak pe ke??"

Ibu:tu la..ibu takut sikit nak duduk sorang2 ni..

Maisara:tak pe..maisara sekolah kejap je.dekat situ je.
kalau ada orang jahat ibu jerit kuat2 ye..

ekekekek

sekian...

Comments

  1. Alalala... Hehe. Untung akak..:-)

    ReplyDelete
  2. Comel je Maisara ckp mcm tu ye... Risau pulak nak hantar anak ke sekolah ni...maukah die...ermmm...salam kenal & terus follow~

    ReplyDelete
  3. comelnya maisara...:)

    bijak2..heee

    pss : cantik bulu mata maisara..akk nak pinjam blh?hehhehehe

    ReplyDelete
  4. Budak2 skrang makin cerdik. Kes budak2 nak ikut ibu bapa balik jarang2 berlaku. Yg masih banyak berlaku ialah kes ibu bapa yg berhimpun di luar bilik darjah di awal persekolahan...macam tak percaya kat cikgu!!

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Amira 'Putri Yang Ditukar' Rupanya Pelakon Budak Sekolah Terkaya"

    ReplyDelete
  5. selamat bersekolaah maisara.. ehe

    ReplyDelete
  6. maisara next year 5 tahun ek..sama le dengan my maisarah hehehehe...

    mmg rmi yg risau kalau anak yg dok ngan ibu 24hours..tak pe kita tgk jek dorang pnya bdikari nnt :)

    ReplyDelete
  7. alahai..sweetnya dialog ibu n anak tu:)

    blajar rajen ye maisara...^-^

    ReplyDelete
  8. maisara peramah dan tak takut org, kan.

    ReplyDelete
  9. jgn dia x nk blk ke umah udah ler sbb seronok dok kt sekolah..

    ReplyDelete
  10. saya mcm maisara la dulu..masuk tadika suka sgt. tinggal mak bpk terus.

    sbnrnya dok rumah dgn mak bkn faktor utama anak penakut. sbb saya pun dok rmh je dulu..mak tak kerja.

    ReplyDelete
  11. rasanya anak2 zaman sekarang semua berani2, macam anak saya dulu mula sekolah tadika pun siap tanya "ibu taknak balik rumah ke?" hehe, so, maisara pun mesti ok punya kan..:)

    ReplyDelete
  12. mak oi bukan main kuat lagi jeritan mak yer...hehe

    ReplyDelete
  13. Comel jer ayat yg keluar dr mulut maisara.hehe..sebaya Aiman ekk Maisara nie?

    Aiman pun macam tu jugak,tp taun nie ada beberapa hari dia buat perangai,aiman nangis melalak masa sy hantar dan dia mula borin p sekolah. Siap cakap nak kawan lain.cikgu kata bila sy balik dia ok.bila tanya kenapa nangis,dia kata Aiman nangis kejap jer.Sabo jer la..haha

    harap2 taun nie Aiman ok..takut jugak..:)

    ReplyDelete
  14. budak bijak ..lagu tulah :)

    diana ...dia dah boring
    dok rumah main sorang2..

    faham tak2..hehehe

    ReplyDelete
  15. solihin tu bapak sedara maisarah ke

    ReplyDelete
  16. maisara da besar...kene dgr cakap mak...

    ReplyDelete
  17. wah wah wah maisara dah x sabar nampaknya nak bersekolah..nanti tinggal la diana sorang2 kat rumah mesti sunyi je kan suasana rumah dah x kecoh..

    ReplyDelete
  18. haha...siap pesan lagi tu kat ibu dia...bagus mcm tu kak, saya dulu jenuh melalak kena tinggal kat sek..huhuu

    ReplyDelete
  19. maisarah mak panggil balik makan kat rumah :) hehe

    ReplyDelete
  20. ala la la comelnya , dia care sangat kat mak dia :)

    ReplyDelete
  21. cleverla dia..mesti ramai yang nak kawan dengan maisara nanti sebab cerdik n petah sangat..:)

    ReplyDelete
  22. pandai nye maisara ni..meh nak kiss pipi sikit ^_^

    ReplyDelete
  23. wah ade nya sangat lucu sekali nie gan ,,,,,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …