Skip to main content

KALAU BUAT SEGMEN ADA KE YANG NAK JOIN??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
sebenarnya hari ni aku tak sihat..
tapi gagahkan jugak diri
balas jejak ke blog korang..

ada nampak 2,3 blogger jemput
join GA dan segmen2..
tapi maaf ye kalau tak dapat join semua..
kalau ada masa ahad atau sabtu aku join..
insyaallah..

Aku nak tanya pendapat korang ni..
kalau aku buat segmen review alexa
korang nak join tak??

mesti ada yang tanya apa benda review alexa tu??
bagusnya review alexa ni untuk meningkatkan
ranking blog kita dalam alexa.
cara mudah untuk review adalah dengan
download dulu toolbar alexa..
klik sini untuk download.
bila dah download....


buka blog orang yang kita nak review dan klik kat rangking blog dia macam dalam gambar..lepas tu ikut langkah seterusnya macam kat sini...

kalau ada ramai yang nak
join aku buat la..tapi kalau tak de sapa
nak join tak payah buat..baik kita
update je banyak2 dan biar la
ranking tu naik sendiri..heheheh


sekian..

Comments

  1. bila klik 'kat sini' untuk tengok langkah seterusnya kenapa laman itu tidak ditemui diana...

    saya tak tahu cara nak review di alexa tu, toolbar dah lama download dah..:)

    ReplyDelete
  2. patutla sepi je..demam.

    kalo akak buat rasanya ramai join.
    saya join!

    ReplyDelete
  3. yus..
    @
    dah betul kan..
    link double lak tadi..:P

    ReplyDelete
  4. Saya tak join. Sbb saya mmg pemalas. Tak sedar diri, blog traffic rendah, tp pemalas. heheh.

    ReplyDelete
  5. hayooo
    mende baru ni
    sy kene explore lag
    hehehe
    semoga akak cepat sembuh ye
    rehat2! :))

    ReplyDelete
  6. Sejak tukar domain...review dah hilang jugak...join jg kak :) buat la..

    ReplyDelete
  7. mesti ramai yg nak joinnye...insyaallah saya pun nak join...

    ReplyDelete
  8. Banyakkan berehat kak, semoga cepat sembuh. Ikut mood kalau nak join segmen or GA.

    ReplyDelete
  9. Uuh.. Alexa.. Lama dah xbuka tu.. hehe.. boleh juga buat tu kak.. tapi, xjamin sya join.. huhu..

    ReplyDelete
  10. nak ikut ni.hehee


    #tak sihat minum ubat,tak sihat juga jangan lupa jumpa dr sis..kesihatan tu penting..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …