Skip to main content

PRIHATIN TAK KENA GAYA

Assalamualaikum...

sambil2 layan running man tetiba dapat sms dari maxis..

"PEMANCAR MAXIS DI KAWASAN ANDA SUDAH DIROBOHKAN KERANA ADUAN.SOKONG RAYUAN KAMI UNTUK MEMASANG SEMULANYA DAN MEMULIHKAN PERKHIDMATAN.HANTAR YA KE 27709 SEBELUM 28/11"

nak sokong???boleh je...
dengan syarat bagi be maxis satu..hehehhehe

Aku pun tak tahu kenapa sampai buat aduan suruh dirobohkan..
rata2nya semua orang pakai telefon bimbit sekarang ni kan??
nenek tua yang kutip kotak kat kawasan umah aku ni pun
pakai telefon bimbit...
rasanya tak de lagi pencawang kat tempat aku ni yang
betul2 duduk kat bumbung rumah orang.
kalau dah dirobohkan cemana pengguna nak dapat liputan
yang baik kan??

kadang2 tengok kat dalam suratkhabar ada aduan2 dari
orang ramai yang kata liputan itu ini tak elok..
tapi ada jugak yang pentingkan diri sendiri dengan
buat aduan yang bukan2 sampai kepentingan orang lain terkorban sama..

sebab hang sorang tak pakai
telefon bimbit tak kan kami semua
kat satu simpang Ampat ni tak boleh pakai telefon bimbit jugak..ye dak??

WHO (World Health Organisation) ada melaporkan, setakat ini tiada bukti saintifik mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang adalah bahaya . Dalam laporan itu juga ada mengatakan pancaran gelombang radio dari pencawang telefon mudah alih adalah lebih rendah kandungan elektromagnetik jika dibandingkan dengan pancaran dari pencawang penyiaran seperti Radio FM dan Television.

jadi kalau nak fikir pasal kesihatan apa kata buang je tv dan radio,jangan pasang astro..padahal benda2 gitu lebih tinggi kandungan elektromagnetik..

sekian..

Comments

  1. hmmm..macam-macam ya diana..

    p/s: blog diana ni tak mesra telefon bimbit. Dalam BI bukan friendly user mobile lah kiranya. Apa kata diana ubah setting sikit...hehe. Ada yus update di blog yus pasal ni...:)

    ReplyDelete
  2. rmh mak saya kat kg dekat je dgn pencawang maxis. yg bagusnya..mlm2 cerah dgn lampu situ.

    ReplyDelete
  3. lol? macam ni pun ada ke...terlebih prihatin sudah -___-''

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …